Thursday, November 19, 2015

Santai Hujung Minggu : The Saujana Kuala Lumpur - Resort

Santai hujung minggu di tengah tengah kota !

Tak tau nak gi mana. Dan malas nak gi jauh jauh, jadi kami gi bersantai berdekatan saja. Paling penting tukar enviroment dan santai santai mana yang buleh.

Pilihan kami, Saujana Hotel, Kuala Lumpur.

Nama je Kuala Lumpur, tapi letaknya di Subang !

Sign Saujana Kuala Lumpur. Terletak berhadapan dengan Sekolah International Jepun

Seingat aku hotel ni dah lama dah wujudnya dan aku pun pernah la stay sini jugak dan datang untuk acara acara opis yang di buat di sini. 

Resort dia agak menarik sebab walaupun berada di tengah kota, tapi suasananya macam santai dan relax. Ada banyak pokok pokok, tasik, ada padang golf dan memang agak sesuai untuk beristirehat.

Sebenarnya resort ni sepelaung je dari rumah, tapi tak pe lah... anggap je la perjalanan tu sangat sangat jauh sebab singgah sana sini dulu sebelum nak sampai.

Sampai sampai di sambut oleh pekerja resort.

Selamat datang ke The Saujana Hotel, Kuala Lumpur

Di sambut ramah oleh pekerja nya

Suasana kehijauan menyambut kami datang. Cuaca pun cerah dan terang benderang !

Parking yang mencukupi

Macam biasa, sampai pun agak lewat sebab check in hanya bermula jam 3 petang !

Pokok pokok menghiasi laman

Bendera melambai kami datang 

Sampai je drop barang barang dulu dan pergi parking di kawasan parking yang di sediakan. Kawasan parking agak lapang dan mencukupi. Banyak pokok pokok jugak di kawasan ni. Memang tenteram jiwa raga bila sampai ke sini. 

Laluan menuju ke lobby hotel

Perkarangan hotel di penuhi dengan bunga bunga orkid yang di jaga rapi

Kawasan lobby !

Lobby utama

Boleh lepak lepak santai juga di sini

Boleh check  in di sini.

Tapi sebelum nak check in dan tengok bilik, elok dulu ronda ronda kawasan resort dan tengok apa yang menarik di kawasan ni.

Ayuh !

Kawasan pool mengadap lobby utama. Ada kelihatan orang buat wedding kat taman masa tu

Perkarangan yang di jaga rapi. Bersih

Lobby yang luas dan mempunyai pengudaraan yang baik

Jom tengok kawasan tumpuan utama di resort ni. Dah tentu la kawasan pool dan lamannya yang ala ala resort di tengah kota !

Swimming pool

Tasik yang tenang

Padang golf di hadapan

Restaurant Senja. Salah satu tarikan di The Saujana Resort ni. Senja ni menyediakan makanan Italy dan recognized one of the best Italian Restaurant in Malaysia

Santai je kan tempat dia. Tepi tasik. Tapi harga pun boleh tahan mahal menu menu dia. Aku yang Italian ni pun tak sanggup nak makan kat sini.

Dah abis pusing pusing, boleh tengok biliknya pulak.

Bangunan resort dan bilik bilik.

Konsep resort ni adalah dalam taman

Ada bilik mengadap taman dan ada yang mengadap tasik dan kolam

Sememangnya bagi yang mencari penginapan ala ala resort di tengah kota, Saujana ni memang pilihan yang terbaik. 

Tapi kalau nak lagi menarik dan mewah, The Club Saujana di sebelah resort ni menampilkan resort yang lebih high end dan lebih mewah.

Salah satu lagi tarikan di Saujana Resort ni adalah RP Entertainment Center. RP adalah Rumah Peranakan. Tempat ni merupakan sebuah banglo yang menjadi pusat hiburan bagi yang dahagakan hiburan secara live band sambil lepak minum minum.

RP The Saujana Kuala Lumpur

Saturday Nite Fever?

Dulu ni port aku ketika weekend. Datang tengok live band dan lepak lepak di malam minggu dengan kawan kawan.

Dah lama dah. Sekarang tengok pun rasa tak menarik dah. Dah seasoned agaknya.

Apa yang penting, resort ni memang santai dan mendamaikan. Bunga Citra Lestari dengan laki dia Si Sinclair punya wedding dulu pun dilangsungkan di sini !

Memang sesuai resort ni untuk acara acara perkahwinan dan romantis !



Manakala hati menggeliat mengusik renungan
Mengulang kenangan saat cinta menemui cinta
Suara sang malam dan siang seakan berlagu
Dapat aku dengar rindumu memanggil namaku

Saat aku tak lagi di sisimu
Ku tunggu kau di keabadian

Aku tak pernah pergi, selalu ada di hatimu
Kau tak pernah jauh, selalu ada di dalam hatiku
Sukmaku berteriak, menegaskan ku cinta padamu
Terima kasih pada maha cinta menyatukan kita

Saat aku tak lagi di sisimu
Ku tunggu kau di keabadian

Cinta kita melukiskan sejarah
Menggelarkan cerita penuh suka cita

Sehingga siapa pun insan Tuhan
Pasti tahu cinta kita sejati

Saat aku tak lagi di sisimu
Ku tunggu kau di keabadian

Cinta kita melukiskan sejarah
Menggelarkan cerita penuh suka cita
Sehingga siapa pun insan Tuhan
Pasti tahu cinta kita sejati

Lembah yang berwarna
Membentuk melekuk memeluk kita
Dua jiwa yang melebur jadi satu
Dalam kesunyian cinta

Cinta kita melukiskan sejarah
Menggelarkan cerita penuh suka cita
Sehingga siapa pun insan Tuhan
Pasti tahu cinta kita sejati

Nanti kita usha bilik dan facilities lain yang ada di The Saujana Kuala Lumpur ni.

bersambung.................

10 comments :

  1. Cantik... Privacy n mewah. Boleh try.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tak very... kalau nak very kena duduk The Club kat sebelah

      Delete
  3. selalu dtg the club saujana... tapi masuk plant room je laaaaa... servis chiller haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah... gi hotel mewah. buleh la skodeng dan ambik feel....

      Delete
  4. a real retreat, tenang dan damai..walaupun diluar sana sibuk dgn construction sana-sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul... masuk je area dia terus hilang pencemaran bunyi bunyi kenderaan.... dgr budak budak jepun belajar jer kat sekolah depan tu

      Delete
  5. Selalu hantar client je kat hotel ni klu diorg dtg Dari Singapore... Mahal juga kan? Pernah tgk slip reservation diorg utk 12 hari stay RM11k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal tu.. agaknya dia duduk bilik paling mahal la tu kot. biasa bilik standard dlm rm 300 ++ per night termasuk breakfast

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...