Thursday, October 9, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 07 - Takayama : Takayama City

Tau apa yang membuat aku gembira bukan kepalang?

Mc D !!!!

Memang aku kelaparan. Ntah apa masuk dalam perut pun aku tak pasti sejak semalam. Rasanya cuma malam semalam aku makan maggie cup. Pagi tadi tak breakfast pun. Tengahari dok makan kerepek sedap tu. 

Kalau Panda Fung Wa dengan Feng Yi memerlukan berkilo kilo buluh untuk bagi mereka kenyang, apa bezanya aku ni????

Dan nampak Mc D ni memberi cahaya kebahagiaan di raut wajah.

Macam biasa, masuk order fries dan fish fillet. Jangan tanya kenapa aku yang tak makan ikan ni  tapi boleh makan fish fillet Mc D ! Aku cuma makan ketika di luar negara jer. Kalau dalam negara, bukan setakat fillet o fish ni...  fisherman friend's pun aku tak mahu !

* mati la tak de kena mengena.

Tapi time tu sempena dengan musim sakura, ada menu hebat namanya sakura apabendantah. Hahaha. Dapat air ni.

Ada rasa soda dengan berry. Lagi menarik boleh tambah aiskerim

Apa yang penting, aku kenyang !

Dan bila kita kenyang.

We can do whatever we want !

Setuju tak???

Tu tulisan atas meja. Kat dalam Mc D ni banyak budak budak sekolah. Dia orang pandang aku semacam je. Nak je aku bahasa bahasakan mereka.

"Korang kenapa? Tak pernah tengok orang makan Fish Fillet dengan lahap? Haaaaaaaaaa"

Hiks.

Perut dah kenyang. Dah boleh melangkah dengan lebih yakin.

Ini ada tempat main bowling. 

Agak mental kalau aku tetiba pegi main bowling sorang sorang kan?

Walaupun aku bosan tak tau nak ke mana dan buat apa, aku akhirnya nekad nak balik hostel je la. Boleh la rehat rehat. Paling susah pun aku tidur je lah. Selain makan mencukupi, sebagai baby aku juga memerlukan tidur yang terjaga rapi dan mencukupi. 

Baru la baby tak tantrum !

Budak budak sekolah melepak

So aku melangkah kaki balik ke hostel di Takayama.

Mc D dengan Takayama Station dan area hostel aku tu terpisah dengan laluan rel keretapi. Kena ikut jalan khas bawah tanah. Tapi selamat la walaupun jalan sorang sorang.

Area Takayama depan station ketapi

Bila waktu menjelang petang nak ke malam cuaca pun menjadi tambah sejuk mencengkam.

Akhirnya aku sampai di hostel. Berjaya jugak aku buang masa berjam jam di Takayama ni since aku sampai awal pagi tadi. Ini membukti bahawa, kalau kita travel even sorang pun, tak akan ada rasa lonely sebab kalau kita sunyi, pastinya kita akan busy dengan tercari cari dan akhirnya kesunyian itu hilang secara sendiri......

Btol?

J Hoppers Takayama

Sampai kat hostel lepak lepak ambik kunci dan borak borak apa yang patut dengan budak hostel tu then aku pun naik ke bilik.

Bilik sharing la. Memula aku memang nak cari single room tapi dah penuh. Tak de rezeki so aku terpaksa la menepek tidur dengan orang lain.

Memula masuk tu, nampak ada 1 katil je berpenghuni tapi orangnya tak ada.

So aku mandi dan bersiap siap rehat rehatkan badan. Nasib la ada wifi so tak de la bosan sangat.

Hostel

Tilam dan alas

Cukup selesa lah dan aku tak leh nak komplain lebih lebih sebab ni je pun bilik yang ada. Memang kalau ikut kan hati dan naluri ni rasa lemas jer tapi aku kena redha daripada aku tak de tempat tinggal dan bergelandangan tanpa arah tujuan dalam cuaca sejuk sejuk begini.

Lepak lepak dan lihat di luar.

Pemandangan dari dalam bilik hostel. Nampak tak gunung ganang bersalji di belakang tu?

Senja berlabuh

Memang aku agak kecewa sebab tak dapat nak naik cable car Tateyama Japanese Alps tu sebab masih belum di buka lagi. Tapi aku fikir takkan tak de cara lain aku boleh pegi bersatu dengan alam. Atau dalam erti kata lain, tempat yang aku boleh pegi bermain main dengan snow?

Haaa?

"Takkan tak boleh?"

Tiba tiba amok dekat lobby tanya pekerja dia.

Lobby hostel

Dan mamat tu bertungkus lumus tolong fikirkan untuk aku dan memberi idea yang ada sebab aku sendiri pun tak pasti apa agenda aku esok hari di Takayama ni selepas balik dari Shirakawago trip. 

Kalau ikut kan, aku akan terus ke Tokyo esok petang tapi....... agak rugi jugak.

"I want snow ! I want snow !"

* hentak hentak kaki

Kat lobby hostel

Mamat tu memang agak helpful.

Aku dok borak borak dengan dia sambil hisap rokok kat luar. Dia cakap dia pernah pegi Bali dan dia suka ke Bali sebab dia nak surfing.

Aku pulak cakap, aku datang Jepun nak tengok snow sebab aku dah nampak ada snow capped mountain tadi dari tingkap bilik, takkan tak leh nak pegi ??

Dia baik hati tolong check apa yang patut sebab dia kata most tour yang operate ke tempat tempat bersalju tu semua masih belum beroperasi.

Tapi !

Jeng Jeng Jeng.

Dia bagi idea untuk aku ke Shin-hokata dan di sana boleh naik cable car dan tengok mountain mountain tu.

"Apa??????????????????????? Boleh?"
"I think so. You can try to go to Shin Hotaka"
"Hotak Aku?"

* dalam hati

"Let me check"

Dia call sana sini beriya riya la cuba membantu. Then dia bagitau aku, aku boleh ambik tour ke Shin Hotaka naik cable car tapi aku kena beli tiket di Lawson ! Kat situ je boleh beli. Tapi benda alah tu in Japanaese so aku kena mintak bantuan pekerja Lawson yang masukkan sebab benda tu kena beli kat machine.

Macam macam hal. 

Tapi berkat kesungguhan yang ada dan sudah pasti, izin Allah. Malam tu jugak aku ke Lawson yang terletak tak jauh dari hostel ni.

Gigih jalan kaki malam malam sebab cuaca agak sejuk

Lawson beli tiket Tour Cable Car Shin Hotaka

Masalah sebab pekerja Lawson ni tak pandai cakap English. Jenuh la aku nak bagitau dia suruh dia beli kan aku tiket ke Shin Hotaka tu.

Tapi selepas berhempas pulas maka berjaya jugak.

Tiket ke Shin Hotaka ni memang boleh di beli di mesin tu je. Kat Station Bas pun boleh beli tapi harga dia lagi mahal. Dan sememangnya harga dia sangat mahal sebab harga tiket adalah termasuk tiket bas dari Takayama ke Shin Hotaka ( return ).. Cable car ( return ) sampai ke puncak dan jugak boleh pegi mandi manda di kolam air panas di resort di kawasan pergunungan tu. Semuanya dah termasuk sekali. Dan harga tiket adalah valid untuk 2 hari.

Tapi aku cuma ada 1 hari je esok tu pun petang !!!!

Tawakal je la then aku beli. Harganya 5050 Yen ( RM 160 ). Mahal kan? Tapi tu la.. sebab dah nak sangat, belasah je lah. Dengan harapan, esok aku balik dari Shirakawago tengahari then aku pegi ke Shin Hotaka and make sure aku sempat balik dengan last bas dari sana dan malam esok aku naik Shinkansen ke Tokyo.

Tu la plan aku. Confirm agenda aku untuk esok tu.

Dah dapat tiket tu aku agak riang. Dan masa borak dengan budak hostel tu, aku siap tanya dia kot ada kedai kedai makan yang aku boleh makan.

"You vegetarian?"
"Yes"

Dan pantas dia ambik map dan tolong aku cari tempat makan ni.

Ini bukan kedai makannya, tapi kedai yang aku jumpa

Tak tau cemana nak describe tempat makan ni, tapi kat Takayama tu ada satu kedai makan daging yang popular dan rasanya tahap mahal mahal jugak la. Dan kat situ ada deretan kedai kedai lain dan kedai vegetarian ni terletak kat situ.

Aku pun tak pasti nama kedai ni tapi on the way jalan tu nak menuju ke Takayama Station. Kalau dari membelakangi Takayama Station, belah kiri ada traffic light, dekat traffic light tu ambik kanan dan terus jer sampai blok ke 3.

Jumpa kedai di maksudkan so aku pun masuk.


Dan kehadiran aku di sambut oleh seorang lelaki yang agak berumur dengan isterinya yang juga menjadi pelayan.

Makcik ni memang la terlebih peramah.

"Where are you from?"
"Malaysia"
"Oh.. Malaysia.. Malaysia.. I like Malaysia. Where in Malaysia?"
"Kuala Lumpur..."
"Oh... Kuala Lumpur.... Kuala Lumpur. I like Kuala Lumpur...."

Nampak tak??

Ulang Malaysia berkali kali. Pastu ulang pulak Kuala Lumpur dengan muka excited.

"Have you been to Malaysia?"
"No.. But I like Malaysia"

OK. Makcik Zubaidah konon namanya dengan sambutan friendly beliau. Bila sebut I like Malaysia tu siap pejam mata tepuk tepuk tangan lagi tanda seronok. So aku ingat dia memang dia excited la dengan nama Malaysia. So aku duduk dan dia ambik order apa semua.

Banyak makanan berbased kan vege

Aku cuma order nasi goreng. Then di hidangkan dengan chinese teh FOC. 

So aku menunggu. Kedai dia kecik je dan ada yang duduk atas lantai dan ada jugak seat kat depan bar. Ada few orang la jugak mostly mat salleh.

Menunggu

So aku menunggu. Kebetulan ada pulak couple mat salleh datang dan dia duduk kat meja depan aku.

Aku relaks je la. Ada wifi so layan la wifi kejap.

Nampak makcik Zubaidah ambik order meja depan.

Makcik Zubaidah beraksi dengan kimono ambik order

"Where are you from?"

Aku dengar Makcik Zubaidah bersuara. Kemudian pelanggan tu menjawab.

"We are from America"
"Oh..America.... America.... I like America. Where in America?"
"Washington DC"
"Ohhh.. Wahington DC.. Washington DC.. I like Washington DC................."

Nampak tak?

Nampak tak permainan duniawi Puan Zubaidah di situ. Skrip dia adalah sama. Tanya tempat orang dari mana. Pastu ulang, pastu buat excited terlebih, hujung hujung kau blank tak tau kat mana. Pastu kau siap tepuk tangan?

"Puan Zubaidah. Get a life !!!!"

* hempas pinggan

Puan Zubaidah dengan Pitbull adalah sama. Sejoli. Suka sebut nama nama tempat.

Malas layan dia. Tapi telinga aku capang dan aku tak leh nak elak daripada tak mendengar. Nasib baik nasi goreng aku sampai.

Nasi Goreng Suami Makcik Zubaidah di Takayama

Percayalah nasi goreng yang di masak oleh laki Puan Zubaidah adalah sedap !!!

Sedap. Cukup rasa. Cukup pedas. Aku terfikir macam nak tambah...

Ingat ingat ! Panda Fung Wa dengan Feng Yi makan berkilo kilo buluh? So aku pun kena jugak !

Tapi aku tahan nafsu serakah aku sebelum di keji.

Cukup untuk malam ni.

Dia sediakan free cake sebagai dessert. Tengah aku menikmati cake tu tetiba dengar lagi skrip yang sama.

"Where are you from?"
"Sydney, Australia"
"Oh.. Sydney.. Sydney.. I like Sydney"

Isk. Aku selam jugak Puan Zubaidah ni bersama air ketum kasik dia ting tong terlebih.

"Shut up Pn Zubaidah. Check please !!!"

Mintak bil dan dia pun datang la dengan cubaan menjadi friendly lagi. Aku bayar dan nak keluar. Dia siap bawak aku keluar.

"Thank you. Thank you... Arigato Gozaimasu"

Tertunduk tunduk. Aku tunduk dia tunduk. Aku tunduk dia tunduk. Kang aku keluar tanduk, kau ku tumbuk !!

Last sekali dia yang terpatuk patuk. Haaa jadi pocong kau situ. Aku sempat ambik gambar dia.

"Kau dah kenapa Puan Zubaidah? Jangan salahkan aku kalau kau sakit leher nanti. Pegi layan customer sana !!!"

Hahahaha.. 

Kelakar sebenarnya makcik ni. Hiburan jugak la untuk aku malam tu. Bila ingatkan dia aku nak tergelak sendiri.

Perut dan kenyang. Hati pun riang. Aku jalan kaki balik ke hostel.

Jalan balik ke hostel

Sejuk betul cuaca. Harap harap malam ni aku tidur dengan lena.............

p/s Aku dah jumpa nama kedai Puan Zubaidah ni iaitu Heianraku. Apparently, TA ranks kedai Puan Zubaidah paling top di Takayama. Memang highly recommended !

Heianraku 

Lagi cerita pasal Takayama

bersambung....

17 comments :

  1. Hahahahahhahaaa

    Satu office hairan kenapa I tersenggih senggih sambil berair air mata !!!

    Hahahahhahaa

    Ni semua aksi Puan Zubaidah !!!


    Hahahhahahahaa Puan Zubaidah !!!!

    ReplyDelete
  2. Sedap pulak nama makcik zubaidah...

    ReplyDelete
  3. Bang,
    Kita org lak
    - Mc D layan fries ngan fish fillet.
    - Pizza Hut lak.. pizza seafood.
    - Coffee Bean order pasta & grilled salmon.
    Itu je pun yg yakin..

    P/s;
    Bang.. masa hentak2 kaki tu.. ada aksi guling2 kat lantai tak?

    ReplyDelete
  4. part atas-atas tu ok je..
    sampai kat Pn. Zubaidah terus tergelak2 depan PC..
    bang meng, ntah2 Pn. Zubaidah tau perkataan tu je kot, saja la nak acah2 friendly hehehe

    ReplyDelete
  5. haha puan zubaidah sudahnya nama kau bagi meng.
    kekira itu memang taktik dia la tu nak menggembirakan customer.
    haa kau gembira kan? hiks :D

    ReplyDelete
  6. hehehheheh kak mieja yg baca nie pon tergelak....comellah keletah makcik zubaidah:)

    ReplyDelete
  7. Peasal semua org sebut2 nama pn zubaidah nih mesti tersedak dia kat sana. Where r u from? Me? From hitaly...u know where hitaly, i'm from ganu, ganu kita bae. Mesti dia tahu cara tu je n attract n tunjuk ramah tu

    ReplyDelete
  8. HAHAHAHAHAHAHAHA DAH LAMA GILE AKU TAK GELAK DIPAGI HARI TERHENJUT2 BAHU! siut la ko skrip kak bedah tu...adehhhhhhh sakit perut aku!

    weh tour bus ke shirakawago ko dpt mana?

    ReplyDelete
  9. Ghaz : jangan gelak banyak sgt. nanti tersedak lak puan zubaidah tu...


    Amir : mcm nak bagi nama makcik markonah memula. tapi mcm tak berapa komersial..


    Sham : hentak hentak kaki jer.. tak guling sebab tak cukup ruang.

    hahahaha..


    Dz : tu la pasal. kau tanya lebih lebih dia sengeh jer...

    tu ayat keramat dia

    ReplyDelete
  10. Amiza : makcik ni menjalankan business keluarga.. so dia sebagai pelayan. kena la bertindak friendly kot.. hehehe


    Nohas : tu la banyak sayur mayur. tapi sebab aku memang nak kena makan nasik. so belasah naik goreng.

    nasib la sedap..


    JJ : thanks bebeh

    ReplyDelete
  11. JM : tu skrip dia hari hari kot... dah lancar jadi nya...

    cuma dia dtg tanya kat meja..

    "egg?"

    sebab nak campur telur dlm nasi goreng tu kot...


    Biq : ya.. tour bas tu aku dpt dari hostel. masa booking dia org terus email tanya nak join ke tak...

    tour bus ni cepat abis.. sehari ada 2 kali je dia pegi sana. pagi dan petang. dan harga murah skit laaa

    ReplyDelete
  12. hihihi ok memang kelakar. memang kelakar.

    supermeng, i kena baca dari belakang blog u ni. nasib la baru terjumpa.

    ok salam kenal.

    ReplyDelete
  13. Harap dapat jumpa makcik Zubaidah dengan dramanya. Pasal Highly recommended. hihihi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...