Wednesday, October 8, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 06 - Takayama : Hida Folk Village

Masih lagi di area Takayama.

Hujan buat aku tak boleh nak bergerak mana. Nasib baik la ada bangsal kat situ dan aku lepak lepak tunggu hujan berhenti sambil aku pose pose kodok bernyanyi girang memanggil hujan supaya cepat turun dan cepat berhenti !

Jambatan merah di Takayama

Lepak lepak sampai la hujan reda sikit then aku fikir nak gerak je la balik ke hostel. Tapi time tu masih awal, aku pun tak pasti aku dah boleh check in ke tidak. Masih belum pukul 3 petang lagi.

Naya macam ni. Sebab bosan dah tak tau nak buat apa dan pegi mana.

Cuaca lak sejuk boleh tahan tapi huajn nampak dah macam berhenti so aku menapak melilau di pekan Takayama ni tanpa arah tujuan.

Macam hantu zombie menyerang kampung yang sunyi.

Singgah di convenience store.

Vending machine jual rokok ni adalah pemandangan biasa.. tapi sebab aku ada stok rokok aku sendiri so aku tak layan mana.

Tetapi barang di ingat, dekat Jepun ni tak semua tempat boleh merokok. Ada kawasan kawasan tertentu. Dan antara kawasan yang biasanya memang jadi port untuk perokok perokok adalah di depan convenience store.

Biasanya kat situ memang boleh merokok.

Beli kopi dan makan kerepek perisa cheese tu. Sedap macam pizza. 

Kopi dia tak sedap sebab black coffee. Aku tersilap beli. Tapi kerepek tak tau nama tu memang menyelerakan. Ke sebab aku lapar?

Sesapa kalau ke Jepun sila cari kerepek sedap tu. Masalahnya aku tak tau nama dia. Dan aku jumpa kat kedai runcit kat area Old Town tadi tu je. Lepas lepas pada ni memang setiap kedai aku cari dah tak jumpa jumpa !

Apakah makanan ni cuma ada di Takayama sahaja?

Jawapannya aku sendiri pun tak tau...............

Tapi ada satu kejadian menyayat hati masa dok lepak hisap rokok kat sini sambil minum kopi tu.

Tengah minum kopi tu tetiba aku tersedak.

Uhuk ! Uhuk ! Uhuk !

Macam tu aku terbatuk. Pastu aku tersedak macam non stop. Rasa macam sesak nafas. 

Uhuk ! Uhuk ! Uhuk !

Batuk lagi.

Tak tau la kerongkong tersekat ke atau ada orang mengumpat tapi serious aku rasa macam..........

"alamak............ nak mati ke aku ni? Ya Tuhan,. jangan sampai aku mati di sini.. "

Tersembur la kerepek kerepek tu keluar dari anak tekak.

Macam mana nak cakap eh, tapi memang tersedak teruk.

Nasib la ada kucing meredakan keadaan.

Hahaha. Tipu je. Kucing tu aku nampak tepi jalan. Aku snap.

Lepas OK skit dari tersedak tu. ( sapa mengumpat aku time tu memang arrrr )...then aku menapak jalan kaki tak tau nak ke mana lagi...........

Jalan jalan nampak kedai sayur

Ambik gambar sayur

Jalan jalan lagi nampak sungai.

Ambik gambar sungai.

Jalan lagi nampak kedai kedai.

Kehidupan separa membosankan.

Ada yang di buka dan jual macam macam benda. Kau nampak tak betapa boringnya aku masa tu?

Sebab nak buang masa aku just usha mana yang patut jer...

Deretan kedai kedai

Ada jual teko

Dan kawasan kedai kedai ni memang non smoking area

Memang aku cakap pekan Takayama ni tak de la besar mana pun. So kebarangkalian untuk sesat tu agak susah jugak la. Kalau sesat pun kejap je blur blur pastu cari jalan utama mesti tau kat mana dah kita berada.

Tapi kalau jalan jalan tanpa tujuan pun rengsa jugak.

Akhirnya membawa aku ke station bus dekat dengan Takayama Station.

Takayama Nohi Bus Station sebelah Takamaya Station

Pastu aku usha usha guide map ni.

Sebelah ni ada Tourist info center, ada la minah sorang ni jaga, so aku pegi borak dan tanya tanya dia. Aku cakap aku nak pegi ke Hida Folk Village.

"Jah. Cemana nak gi Hida Folk Village tu?"
"Kau naik bas je Bang Meng.."
"Berapa hengget?"
"200 Yen je. Kau bayar kat drebar bas tu..."
"OK ke tempat tu Jah?"
"Very guddddddddddddddddd"

Haaaa

Part last tu je dia jawab macam real. Part lain tu cakap omputih la. Mau aku pengsan kalau dia cakap Melayu dengan aku kat situ.

Maka.

Dengan panduan daripada minah nama Jah ( bukan nama sebenar ) kat Tourist Info Center tu aku pun naik bas. Aku pun lupa bas nombor berapa.

Dalam bas

"Hida Folk?"
"Okey. Okey"

Aku masukkan duit dalam bekas tu dan ambik port belakang driver.

"You let me know okay?"
"Hait... !"

Elok je bas bergerak, hujan pun turun semula...............................

Argh.

Rengsa. Cemana kalau hujan nak berjalan ni. Lebat lak tu. Silap silap kuyup aku jadi nya.

Dalam bas terpaksa la aku pose pose sendu sambil berhati hati kot driver bagitau dah nak sampai nanti. Dah lah dalam bas tu aku sorang jer !!!

Layan perasaan jer lah macam Kak Yah ni.



Yang hujan turun lagi
Dibawah payung hitam kuberlindung
Yang ingatkah kau padaku
Dijalan ini dulu kita berdua

Basah rambut ini
Basah tubuh ini
Kau hapus dengan sapu tanganmu

Yang rindukah kau padaku
Tak inginkah kau duduk disampingku
Kita bercerita tentang langit biru
Disana harapan dan impian

Benci,benci,benci tapi rindu jua
Memandang wajah dan senyummu sayang
Rindu,rindu,rindu tapi benci jua
Bila ingat kau sakiti hatiku
Antara benci dan rindu disini
Membuat mataku menangis

Yang pernahkah kau bermimpi
Kita bersatu bagai dulu lagi
Tak pernah menangis,tak pernah bersedih
Seperti saat rindu begini

Hahaha.

Bongok tahap tinja sapa yang buat video tu.

Hujan agak melemahkan nafsu syawat aku untuk berkeliaran. Sedar sedar dah sampai. Sememangnya bas tu memang bawak ke Hida Folk Village tu. Tak de la jauh pun. Tak sampai 15 minit.

So aku pun turun. Usha usha garing apa yang patut.

Hida Folk Village

Sampai kat entrance

Then aku fikir nak masuk ke tidak?

700 Yen. Mahal jugak tu. Tapi bila fikir fikir balik, kalau aku nak balik, nak kena tunggu bas semula.

Memula aku ingat boleh la intai intai apa tempat ni dari luar. Tapi tak boleh. Kena gak beli tiket. And sebenarnya masa naik bas tadi boleh beli tiket bas tu sekali dengan entrance masuk. Tak payah bayar tambang bas dah.

Atas kebangangan diri sendiri sebab tak leh nak decide awal awal lagi, maka aku kena bayar separate. Rugi la aku 200 Yen.

Tempat apa Hida Folk Village ni? Mesti orang tertanya tanya.

Hida Folk Village ( Hida Minzoku Mura) adalah muzium terbuka yang memiliki hampir 30 rumah-rumah ladang lama yang menggambarkan gaya seni bina tradisional kawasan pergunungan Jepun. Terletak di bandar Takayama iaitu kira-kira 2.5 km barat daya stesen kereta api Takayama. 

Yang menarik di sini adalah atap jerami dan gaya bangunan gassho-zukuri sepertimana yang ada di Shirakawago. Kebanyakkan bangunan ini telah dibawa ke lokasi ini dari laman asal mereka untuk dipulihara. 

Kampung ini agak indah, kerana ia dibina di lereng bukit yang menghadap ke Lembah Takayama dan dikelilingi kolam yang besar.

Dijadikan muzium dengan senibina perkampungan yang memiliki bangunan berumur antara 100 hingga 500 tahun. 

Terdapat beberapa artifak sejarah di sini selain daripada cara pembuatan kraftangan Jepun terkenal yang termasuk ukiran kayu, ikatan tali, tenunan, dan lain lain. 

Tempat ini telah mendapat jolokan 'The Village hidden in the leaf' 

Dan masuk masuk je aku terus terkesima.

"Wow !!!"

Terpacul kata kata dari bibir yang kering dan mula merekah. Sikit lagi nak pedih.

Aku ada terbaca pasal tempat ni dalam wikitravel tapi tak de la aku plan nak pegi sebab aku dah ada agenda nak ke Shirakawago.

Jadi, summary yang aku faham, tempat ini di jadikan seolah olah perkampungan di Shirakawago dengan senibina rumah rumah ladang berbentuk gassho-zukuri iaitu bumbung berbentuk seperti orang sedang berdoa.


Maka.. kalau tidak berkesempatan ke Shirakawago......... ini la tempat yang wajib di kunjungi !!!!! Cuma skala di sini kecik sikit kalau dibandingkan dengan actual lokasinya di Shirakawago nuh.


Dan lagi mengejutkan.. masuk masuk je aku sorang je dalam tempat ni.

Hahahahaha.

Ada few pekerja dia orang terus datang meluru. Nak tunjuk macam macam. Ada yang siap nak tolong ambikkan aku gambar.

"Tak per. Tak per. Jangan risau....."

Aku yang sombong dan malas nak layan.

Aku jalan sendiri je. Jadi moh kita layan suasana dan persekitaran dalam Hida Folk Village ini.

Bangsal bangsal di bina. Sebenarnya ini tempat orang jual cenderamata

Itik beraksi girang

Terdapat sebuah tasik di tengah tengah

Dan beberapa landmark lain

Ini pameran dalam rumah aka muzium. Banyak menceritakan pasal kehidupan mereka dan asas senibina rumah rumah sebegini

Masih ada itik lagi kesejukan

Lagi itik pose pose

Antara rumah ladang yang ada siap dengan kawasan tanaman

Ruang ruang  

Bahagian dalaman

Ada pertunjukkan dan tatacara pembuatan berasaskan jerami

Ni jamban !!!

Gassho-zukuri

Pekan Takayama dari jauh

Kawasan kawasan ladang

Cun gak

Rumah ladang

Atap jerami yang menjadi ciri ciri utama senibina ni. Atap dia tebal gila dan memang bertahan untuk menampung hujan mahupun salji....

Antara rumah yang ada

View menawan selepas hujan

OK. Sebenarnya aku agak impressed dengan tempat ni. Aku tak expect aku dapat tengok senibina Gassho Zukuri ni kat sini sebab aku memang plan nak gi Shirakawago esok. Tapi sebab tempat ni pun agak lawa dan di jaga dengan baik sekali.

Aku recommend sapa yang ke Takayama dan tak sempat ke Shirakawago untuk datang ke sini dan tengok sendiri. Not bad. Lagi lagi masa aku sampai tak de orang. Syok je merayau. Tapi lama tu ramai pulak dah orang. Nak ambik gambar pun susah.

Hujan pun dah stop.

Agak dah petang aku fikir nak balik je lah. Tapi tunggu bas agak lama jugak then aku decide nak jalan kaki je sebab aku rasa tak berapa jauh mana.

So aku turun balik ke pekan Takayama jalan kaki.

Sebab aku ada banyak masa dan tak terkejar untuk apa apa pun, so aku just jalan ikut suka hati.

Jumpa bear museum ni

Nampak port ni. Aku jalan berpandukan bangunan jer. Yakin boleh

Ikut laluan yang aku reka sendiri

Banyak store jual jual

Aku tak de la singgah shopping pun. Just jalan usha usha. Last sekali aku ternampak sesuatu.

Terus hati jadi riang..

Bunga bunga keluar atas kepala....................

Yehah !!!

bersambung................

18 comments :

  1. Kerepek tu seinbei namanya, Meng. Memang sedap. Perasa udang, sutun pun sodappp. :))

    ReplyDelete
  2. Cantik .shirakawago tu kami xsempat pegi.ketap gigi..kalau tau sini leh singgah.huhu.g autumn musti cantik ni.

    ReplyDelete
  3. Best gilos..
    Ni kalau Sham yg sampai sini..
    Byk subjek buleh buat bahan nembak..
    Port menambah umat Muhammad pun best.. very the classic.. (taste kg bang)

    ReplyDelete
  4. Cantik sungguh kampung ni meng.

    ReplyDelete
  5. ngahahaha. mungkin masa kau tersedak tu kami secara berjemaah menyebut2 nama kau kat blog aku "abang long kita gi Nagoya weh, nak beli kain raya katernyer!" kat entry nagoyatakjadi aku tu. hehe

    apasal macam kurang orang ek tempat kau jenjalan ni.

    pic yang tunjuk pembuatan jerami tu orang betul ke patung ? kalau patung, skeri. kalau orang betul kesian pulak dia sensorang situ takda orang nak tengok dia...

    ReplyDelete
  6. cun ar tempat ni...kalo ada jeki ke sana lagik, akan aku pi tempat ni...fuhhh....

    ReplyDelete
  7. FM : haaa kau tau nama dia????

    aku makan yang perisa cheese tu je. rasa mcm pizza. pastu x jumpa dah yg mcm tu.


    Ciku : kena repeat la tu nanti.autumn atau winter lawa kot...


    Sham : hahaha hati hati menembak...

    kalau tembak gambar.. dpt la yang cantik cantik.. kalau tembak tang lain... hahah bunting la jawab nya.. muahaha..


    Ren : eh ni bukan sebarang kampung.. ni kampung bebayo.. kena la lawo kot

    ReplyDelete
  8. NanaT :haaaaa betul la tu agaknya.... spekuan aku pegi beli kain di nagoya..

    pakcik tu orang lah. dia buat demo. tapi aku malas nak layan dia sebab dia pun tak melayan aku

    aku rasa dia letih.


    DJ : cepat packing beg. gerak ke sana skrg !!

    hahahaa

    ReplyDelete
  9. NanaT : kurang orang sebab hujan. lagi pun musim ni sejuk lagi. org x merayau mana..

    ReplyDelete
  10. cantik juga Hida Folk Village..best dapat pergi dua2 sekali..

    ReplyDelete
  11. perghh gambonye pun menawan sgt..tetiba bace blog ni rasa mcm mengembara sama plak..ahaks!

    Sudah folo anda..best pulak bace blog nih..kipidap!

    ReplyDelete
  12. Nk pegi takayama nk pegi takayama, ada sesapa nk sponsor x

    Kesian habang tersedak, klau jm ada leh urut dan gosok gosok belakang tu

    ReplyDelete
  13. ha ada gak eh sample umah ni kat takayama...hmmm ok akan dipikirkan...

    ReplyDelete
  14. Nohas : : kebetulan jer ni. tapi memang OK tempat ni. kalau sesapa x sempat ke Shirakawago boleh dtg sini, tapi of chos la shirakawago lagi authentic.


    LW : ayuh bertravel.. x perlu packing beg.


    JM : next time JM pegi jepun sila la ke sini. bawak baju melaram banyak2.. jangan pakai baju petani lak. kang orang ingat local ... hiks..


    Biq : oh Bonda. lama tak lepak sini ya....

    alang alang dah sampai takayama terus je ke shirakawago. kalau tersadai baru leh dtg kat tempat ni...

    ReplyDelete
  15. Dua-dua kena pergi..Hida No Sato dan Shirakawago.

    ReplyDelete
  16. Halal ke biskuit kerepek perisa cheese atau seinbei ?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...