Friday, May 30, 2014

06 - Mai Pi Penang : Hard Rock Hotel, Penang

Untuk penginapan di Batu Ferringhi, kami telah memilih Hard Rock Hotel. Bukan kami tapi aku !!

* gelak bunyi langsuir mabuk

Mula mula aku macam nak duduk Lone Pine sebab tu salah satu resort kat Batu Ferringhi yang aku belum pernah lepak. Tapi tempat tu sesuai untuk warga bulan madu jer ler pulak. Tak bagus untuk budak budak.

Dan sebab fikirkan budak budak lebih seronok kalau duduk kat sini so aku pilih sini je lah. At least budak budak ralit mandi kolam dan aku pun boleh beraksi sama.

Pose pose platypus !!!!

Belah depan

Belah belakang

Ini bukan la kunjungan pertama kali aku ke sini, jadi tak de la susah sangat nak cari tempat. Tapi sebelum sampai tu kami singgah dulu kat mini market stock up apa yang patut especially jajan sebab budak budak kan histeria tengok barang barang dalam fridge hotel tu. So sebelum aku kena charge melampau baik aku charged diri sendiri beli dulu jajan jajan ni semua. 

Sampai je nanti suruh OR asingkan barang barang makanan dalam fridge Hard Rock tu, nanti dah nak check out, letak balik semula. Tak de la terguna. Harga ntah hapa hapa. Tapi aku lupa, rasanya semua dalam fridge tu FOC jer cuma jajan jajan je kena bayar.

Check in

Check in agak kalut sikit sebab aku memula booking bilik Kids Rock yang ada king size bed pastu ada bilik khas untuk budak budak. Siap ada PS4 dengan mini playground. Tapi lepas fikir panjang, kang Hero aku tu asyik main game jer so tak jadi lah. Kat rumah pun dia dok asyik main game jer.

So aku mintak tukar ke Lagoon Room walaupun bilik tu tak sesuai untuk budak budak. ( kena sign surat full responsibility kalau jadi apa apa sebab bilik tu betul betul depan pool ).

Salahkan aku, sebab aku yang nak terjun kolam !

Nasib baik ada lagoon room yang kosong, tapi kena tunggu kejap sementara dia orang kemas. Tu yang check in agak tersangkut sikit.

Apa apa pun.... layan view sekitar Hard Rock Hotel, Penang.

Ruang menunggu

Arah tuju...

Sambil sambil tu usha kawasan lobby.

Nak try? Kalau aku sure tak muat baju baju ni sebab aku lagi petite * muntah tepi kolam

Beetles kot. Aku pun tak check siapa mereka ni.

Dapat kunci terus ke bilik.

Untuk Lagoon Room semuanya kat bawah sekali. Tapi every time masuk ke arah bilik kena lalu corridor ni. Aku paling suka bau dia. 

Harum semerbak !!

Corridor ke bilik

Room Key

Dah dapat bilik. Budak budak dah henyak dulu

Sampai je ada yang terus terberak ( seluar atas katil )

Bilik air

Amenities

Shower yang best

Bantal

Lampu bilik

Haa jajan jajan... 

Ruang yang agak besar

Sebab utama aku ambik bilik ni

Sebab masing masing sebenarnya lapar.

Sampai je terus belasah makanan. Makan Nasi Kandar Line Clear yang kami dah tapau tadi.

Nom nom nom

Dah kenyang. Baru budak budak di benarkan mandi.

Kalau guest kat sini, di beri wristband ni untuk di pakai.

Tapi aku tak pakai pun. Budak budak je lah. Hari lain dia bagi kaler lain.... Siap dia hantar ke bilik.

Ini pool untuk lagoon view

Kalau tak duduk kat Lagoon view ni buleh je la mandi manda kat depan bilik orang. Tapi kalau pool dah depan mata, boleh turun naik sesuka hati je lah.

Tapi pool agak dalam untuk budak budak. Tak sesuai sangat. Kena awasi selalu. Tapi budak budak akan histeria bila pegi ke pool dia orang kat center sana. Sebab bilik aku agak ke tepi sikit, so kena la ulang alik jenguk dia orang kat sana.

Pasu

Tu bilik aku kat belah hujung. privacy sikit untuk platypus beraksi seksi

Ini port budak budak.. Memang heaven untuk dia orang

Aktiviti petang di pantai

Slide budak budak

Senja di Ferringhi

Senja di Hard Rock Hotel

Senja di Ferringhi

Senja di Ferringhi

Ni gambar gambar waktu malam.

Pool depan bilik. Masa ni ujan. Pool di buka sampai 9 malam jer.

View kat lobby

Berwarna warni

Lagi

Dan lagi

Lagi

Budak budak tidur awal sebab keletihan mandi kolam siang hari nya.

Lepas makan bekalan Nasi Beriyani Kapitan. Aku keluar layan live band kat lobby. Lepak lepak jap. Pastu balik bilik dan membuta. Letih jugak la rasa.

Layan view skit lagi time malam di Hard Rock Hotel Penang.

Hard Rock Hotel

Entrance

View waktu pagi. Tak de orang lagi

Pantai. Tak berapa sesuai nak mandi... tapi banyak watersport petang petang

Pantai

Pantai

Pantai

Kolam yang tenang....

Part budak budak

Breakfast. Princess siap dapat pinggan dan sudu sudu ni.. pastu dia bawak pegi korek pasir

Lepak lepak je la sini

Macam macam teh ada

Lil Rock. Boleh je tinggal budak budak kat sini kalau mak pak nak buat 'aktiviti' lain tanpa mereka mengacau...

Banyak aktiviti rehat rehat je lah.

Budak budak mandi lupa diri. Aku pun mandi jugak la. Overall OK. Suggested for lagoon view room je lah. Yang lain lain sama je macam hotel lain. Breakfast pun biasa biasa jer.

Budak budak memang heaven. Ada sekali aku tergelak besar, Princess konon konon nak being friendly, dia pegi tegur anak mat salleh.

"Awak buat apa tu???"

Cakap Melayu !

Hahahaha.... Sah la budak tu ting tong tak moh layan. Kesian anak aku tu tak mendapat respon lalu bersedih hiba.

Nasib ada bapak yang penuh kuasa memujuk.

"Adik tak payah cakap dengan dia. Dia ada syndrome kemurungan"

Hahahahaha. 

Pool view

Port Papa mandi berhempas pulas depan bilik sambil pose pose istirehat. Bunga tu hanyut sampai ke depan bilik aku

Sebelum balik gi Rock Shop dan lunch dekat Hard Rock Cafe jap

Overall OK la nak stay. Tapi bagi aku nak repeat tak mao lah. Nak try hotel lain pulak. Budak budak jangan di tanya. Memang dia orang suka sebab waterpark tu. 

Harga agak mahal la, so kalau nak try cari on weekdays atau bukan cuti sekolah. Save gak la 200-300 per room.  

Apa apa pun misi bawak budak budak berjalan tercapai, dia orang asyik dok bercerita pasal hotel ni je sampai balik KL pun. Best sangat la tu. Yang tak best nya Papa la pokai kalau selalu selalu...... !

bersambung.................

13 comments :

  1. syndrome kemurungan!!! Hahahaha..adoiii

    ReplyDelete
  2. seriau tgk harga 1 malam kat hard rock hotel. tp syok plak tgk bilik dia buka pintu terus pool...boleh terus terjun tiruk dari bilik..tp jgn buat keje gile pakai spetot jek terjun hahahahaha...

    ReplyDelete
  3. eh bes gak otel hard rock ni ada bilik pool access....heaven ni. harus coba onesweetday....

    ReplyDelete
  4. nak manja2kan diri boleh lah coba2 nanti..

    ReplyDelete
  5. "Sindrom kemurungan".. ayat yg x blh tahan langsung.. takpa.. janji anak kita setel..

    Tima kasih bang.. (halal ya panggil "abang")
    Byk info dpt psl Penang.
    Budak2 lama dah dok antar proposal nak ke sini.. hotel HRC ni je la..
    Cik Asben nak layan menembak..
    Ibu pun rasa mcm "bersemangat" nak layan benda melekat kat besi dlm kedai HRC tu.

    Tapi tu la.. cuti ciput tapi satu Malaya nak jejak kaki.. aduhaiiii..

    ReplyDelete
  6. Hard rick hotel? Boleh jeling je lah x mampu dgn gaji ciput ni lain lh org tu engineer heeee
    Mmg best gile ahh jgn kata hero ngan princess je yg teruja jm ni pun akan tergedik2 seronok bilik depan pool tu baring atas kerusi tu sambil layan perasaan pastu leh skodeng org mandi lagik tp mampu berangan je lah

    ReplyDelete
  7. Dasyat juga hotel ni ye.

    Walaupun Hard Rock sepelaung je dari rumah saya tapi tak pernah pi...kalau pi pun melopong je lah...nak bayar pun menggigil tangan..he he he

    ReplyDelete
  8. Cik Nun : hiks. anak aku pun x paham benda tu apa.


    HB : kena pegi weekdays la murah sikit. tapi x leh gi selalu... pengsan..


    NanaT : buleh cuba tu.....


    Nasa : sila sila...

    ReplyDelete
  9. SAR : pelekat besi tu mahaiii..

    x sanggup nak beli. malas nak start kumpul kang addicted..


    JM : hard rick hotel belum bukak lagi kot..

    ahaks...

    tak pe. nanti doa JM kawin dgn org kaya.. buleh cuti ke sana. or kawin dgn tokey hard rick hotel terus la..

    boleh duduk sana.... hari hari mandi pool..


    Naramas Aman : kalau dekat buleh gi skodeng je.. hiks..

    cas cas masuk jalan jalan x de yang marah kot..

    ReplyDelete
  10. Agak2 brp meter kedalaman pool kat lagoon room tu

    ReplyDelete
  11. Nak tanya harga buffet breakfast tuk tambahan berapa ye..utk kanak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti sebab room dah inclusive of breakfast 2 adults 2 kids.
      kalau sorang dua FOC je kot

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...