Dah abis borak borak, gelak ketawa, kutuk mengutuk, bercerita panjang lebar dekat Palawan Beach tu kami pun bergerak.
Dari Beach Station di Pulau Sentosa kami kembali ke Imbiah Station. Boleh je nak jalan kaki tapi sebab kami malas, so naik monorail. Lagi pun free jer.
Tujuan singgah di Imbiah adalah nak tengok Merlion Sentosa yang besar gedabak tu.
Merlion Sentosa. Boleh naik sampai dekat taring dia tu
Tak seperti Merlion Singapura di CBD tu, yang ni boleh naik sampai ke atas. Ada charge di kenakan. Tapi aku tak naik. Aku lepak dengan CP minum air, BW dengan IH yang pegi merayau.
Aku setakat ambik gambar dekat dekat situ je.
Sedikit kisah mengenai merlion ini.
Merlion atau Singa Laut merupakan haiwan dongeng yang menjaga kemakmuran Singapura. Al kisah lagenda Merlion ini adalah separuh singa dan separuh ikan yang menjadi sejarah dongeng Singapura sejak zaman berzaman.
Singa menggambarkan cerita rakyat Putera Sang Nila Utama dan Pura adalah bermaksud bandar. Ekor ikan melambangkan perkampungan nelayan purba Temasek. Temasek juga bermaksud "laut" dalam bahasa Jawa. Hari ini, Merlion adalah ikon Singapura yang berdiri megah dengan ketinggian 37 meter di Pulau Sentosa menghadap pelabuhan Singapura dan menarik pengunjung dari seluruh dunia.
Lagenda lama ini turut menceritakan, suatu malam yang gelap, pulau ini telah diancam oleh ribut ganas dan merlion telah berjuang menggunakan kuasa-kuasa ajaibnya dan berjaya melindungi tanah Singapura. Dipercayai juga bahawa merlion akan melawat Pulau Sentosa setiap tahun untuk menjaga kesejahteraan Singapura.
Hebat jugak kisah merlion ni rupanya.
Merlion atau Singa Laut merupakan haiwan dongeng yang menjaga kemakmuran Singapura. Al kisah lagenda Merlion ini adalah separuh singa dan separuh ikan yang menjadi sejarah dongeng Singapura sejak zaman berzaman.
Singa menggambarkan cerita rakyat Putera Sang Nila Utama dan Pura adalah bermaksud bandar. Ekor ikan melambangkan perkampungan nelayan purba Temasek. Temasek juga bermaksud "laut" dalam bahasa Jawa. Hari ini, Merlion adalah ikon Singapura yang berdiri megah dengan ketinggian 37 meter di Pulau Sentosa menghadap pelabuhan Singapura dan menarik pengunjung dari seluruh dunia.
Lagenda lama ini turut menceritakan, suatu malam yang gelap, pulau ini telah diancam oleh ribut ganas dan merlion telah berjuang menggunakan kuasa-kuasa ajaibnya dan berjaya melindungi tanah Singapura. Dipercayai juga bahawa merlion akan melawat Pulau Sentosa setiap tahun untuk menjaga kesejahteraan Singapura.
Hebat jugak kisah merlion ni rupanya.
Merlion Sentosa
Lepas BW dengan IH balik dari melilau di kawasan ni kami pun bergerak.
Tak naik train pun, jalan kaki je menuju ke Resort World Sentosa.
Info and ticketing
Pamphlets
Masuk dalam bangunan The Forum. Banyak kedai kedai di sini termasuk HRC.
Aku sempat cilok ke Hard Rock Hotel, Sentosa
Pegi Hard Rock Shop kejap
Dan shopping baju untuk aku dengan OR. Baju budak budak sama harga dengan baju orang tua. Malas nak beli
Aku macam biasa lah, jalan cepat cepat tetiba je toleh belakang dia orang semua dah tak de !
Melilau ikut kaki, lama tu baru la gi cari dia orang semula. Dia orang ni memang dah faham sangat aku. Kejap ilang, kang aku muncul la semula. Sebab tu aku boleh travel dengan dia orang ni je sebab dia orang boleh tahan dengan perangai aku yang kejap hilang pastu baru ada balik. Dah terbiasa sebab selalu jalan sorang sorang jer. Suka merayau ikut kaki.
Masalahnya aku yang nak kena cari dia orang balik !
Cari cari dia orang, ada rupanya tengah melepak sambil bersembang.
Dan dia orang sangat lah baik hati, tak pernah lah complain bising bising aku hilang ke mana atau tarik muka.
Lepak lepak dekat area Universal Studio kejap.
Memang plan dalam trip ni tak masuk dalam sebab tak de masa. Dan aku memang plan nak ke sini nanti semula bawak budak budak. So datang jenguk je lah dulu. IH je dah pernah masuk US Singapore ni.
Universal Studio Singapore
Nanti Insya Allah satu hari nanti aku datang balik la ke sini.
Aku cuma pernah masuk yang di Orlando dan Hollywood je. Masa kat Osaka hari tu pun tengok dari luar jer. Tak de la excited sangat tengok USS ni.
Maybe sebab faktor faktor penuaan kot.
* curah SKII di muka untuk hilangkan kedutan di wajah
Entrance Universal Studio Singapore
Waktu operasi
Sempat snap ke arah dalam
Rasanya setting dia mana mana Universal Studio lebih kurang jer
Kawasan USS
Time hari tu orang tak berapa ramai sangat pun
Ada lagi attraction lain
Pastu balik ke monorail station dan ambik monorel balik ke VivoCity.
Ni view dalam USS yang aku sempat snap dari atas monorel.
Nampak menarik !
Maybe sebab ini la Universal Studio yang paling latest di bina jadi semuanya baru baru dan kebaboooooo !!
Wajib pegi nanti. Tapi kena tunggu bajet lebih dan masa yang sesuai. Paling penting, tunggu OR terbuka hati pegi buat passport dia dulu. Dia malas nak gi report polis, passport dia hilang !
Universal Studio, kau nanti aku datang !
Cinta... Cinta.. Cinta..
Aku menanti
Cinta... Cinta.. Cinta..
Menanti cinta
Cinta ...Cinta.. Cinta..
Aku menanti cinta mu
Peritnya hati ini gara gara cintamu
Ku cuba melupakan segala yang ada
Tapi mengapa ku masih perlukan kasih mu
Menagih cinta
Masih pantaskah kita bersama lagi
Biarpun yang kau mahu bukan ku lagi
Tapi masih ku harap kau kan kembali pada ku
Dengarkan la hati ini
Yang merayu kau kembali
Pasti akan tiada lagi cinta
Yang megisi ruang hidupku
Rindu bayangmu membara
Semakin menganggu menyiksa
Mengapakah ku rasakan begini
Ku menagih cintamu
Semestinya kau bukan milik ku
Seharusnya ku biar kau pergi
Tapi mengapa masih ku rindukan kasih mu
Menunggu cintamu
Masih adakah cinta di ruang hati ku
Untuk kau kembali bila di sisiku
Namun puas ku cuba masih terlihat bayangmu
Seharusnya ku bersalah
Usahlah biarkan ku sendiri
Tak mungkin lagi bertahan tanpa mu
Gate Sentosa.....
Nak ke mana lagi ni?
Janji nak keluar dari Singapore pukul 10 pagi. Ini dah dekat tengahari !!
bersambung...........
putera nila utama ?? pura ( cendana ) ? hihi tergelak aku...
ReplyDeletemusang berjanggutnya mana ?
ntah ntah nama komersialnya merlion!
#peminatcitermusangberjanggut
Wah... Merllion garang sangat... Rasa nak tumbuk je ...USS tu best.;;
ReplyDeleteNanaT : banyak sgt tengok TV ko ni.
ReplyDeletePopstar 601 tengok? Elly dan epit?
MKL : hahahha.. sapa yang garang sebenornya ni
Mak aku tanya apa kaitan Merlion ngan Singapura. Aku selamba jelah jawab, Mermiad tu berpura2 jadi ala Lion sebab nak takutkan musuh. Anggap jelah dongeng rakyat.
ReplyDeleteHajat aku nak round gak Sentosa Island ni. Haritu sempat gi uss je. Pastu teruja tengok candy2 pelesu tergantung tu. I got sxcited over small things kaedahnye. Tanda banyak sangat curah SKII.
BK : hahahaha
ReplyDeleteaku selalu ingat mcm merlion tu adalah dugong...