Monday, May 26, 2014

02 - Mai Pi Penang : Sup Hameed | Nasi Kandar Beratur | Masjid Kapitan Keling

Tak sah kalau ke Penang tak pegi cuba makanan makanan di sana yang famous amos tu walaupun aku bukan la kuat makan pun.

* lari menyorok belakang jamban

Hotel Penaga milik Hijjas Kasturi. Teringin nak duk sini tapi macam suram semacam jer

Misi pertama di Penang adalah mencari Sup Hameed. Nak pekena sup yang terkenal tu.

Berkat bersahabat baik dengan Waze tak payah mana nak cari tempat ni, cuma sebab teragak agak, ada la sekali dua salah masuk simpang dan kena buat pusingan. Tapi tak per, dah nama pun jalan jalan. Rasainn !

Apa apa pun, Sup Hameed terletak tak jauh dari Hotel Cititel, Penang ni.

Hotel Cititel, Penang

Ada kawasan parking berdepan dengan church. Boleh park ke situ dan jalan kaki cross jalan ke kedainya.

Ini la kedai Sup Hameed.

Restoran Sup Hameed

Kalau nak kepastian, cuba cuba la tegur orang kat situ.

"Baru balik Bang Meeddddddddddddddddd?"

* jangan lupa buat suara garau tertelan jagung

Sebenarnya kalau tengok kedainya, ada jual Nasi Kandar jugak, tapi tak glamer kot. Yang top di sini adalah sup dia. Dan sebab kedai dia agak kecik jugak, malam malam, dia bukak meja tepi tepi jalan tu.

So sila la cari port yang best sambil menikmati suasana malam di Penang ni.

Sambil sambil tu oder la sup mengikut citarasa dan selera masing masing.

Aku?

Hahaha. Aku tak makan pun sebab aku tak minat sup sup daging ni. Lebih lebih lagi kalau ada organ organ dan piano piano ni. So aku pandang sepi je. OR dan anak anak aku je yang makan.

Gerai sup

Kalau order sup di beri roti 2 keping. Boleh cicah

Close up sikit

Budak budak nak makan roti Milo. Order 2 kali. Sedap la kot.

Ini segala roti roti yang ada

Port tepi jalan. Agak kurang menarik tapi OK je la nak lepak kejap. Orang pun boleh tahan ramai

Suasana di depan Restoran Sup Hameed

Kalau susah sangat nak cari, restorannya terletak depan Hotel Malaysia ni

Ini sup sup yang ada. Ada sup torpedo lembu.... kalau makan sure meletop kebabooo.

Tempat makan di tepi jalan.

Sebab sup bukan la makanan aku dan aku tak jamah pun sup tu, jadi aku tak leh nak justify rasanya. Aku tanya OR, dia kata OK je lah. So aku assume OK je la kot. Tekak dan selera masing masing.

Kalau nak try boleh la pegi try. Di buka dari 4.30 petang hingga lewat malam sebab nampak ramai je yang melepak di sini.

Restoran Sup Hameed
48 Jln Penang | Chinatown, Georgetown, Penang Island, Malaysia

Dah abis tengok orang makan sup, kami bergerak ke lokasi seterusnya.

Kali ni memang nak cari makan malam. Mana lagi kalau bukan Nasi Kandar.

Ada banyak restoran nasi kandar yang glamer di Penang ni, dan tujuan kami adalah ke Nasi Kandar Beratur.

Pusing pusing cari parking

Dah park kereta, OR tunggu dalam kereta sebab budak budak dah start pengsan. Dia pun dah kenyang makan sup tapi sebab aku masih lapar jadi aku yang gigih !

Lagipun dah alang alang sampai, kena la menyebok macam orang lain.

Nampak Masjid Kapitan Keling, then usha akan nampak la view macam ni....

"Apa ramai ramai ni, ada sarkis kah?"

Macam tu jerit sambil cekak pinggang. Agak agak orang tak layan, buat buat la ambik gambar !

Bukan sarkis. Bukan funfair. Tapi itu la suasana kala malam orang orang beratur untuk makan di Nasi Kandar Beratur !

Nama pun beratur, so memang kena beratur.

Tengok orang lagi, then garu garu telinga jap. Garu dagu sambil pandang langit. Fikir.

"Sanggup ke aku nak beratur ni? Tercemarkah maruah artis antarabangsa kalau beratur dengan khalayak ramai di sini?"

* tadah perut nak kena baling telur

Tapi alang alang dah sampai. So beratur je lah. Orang lain pun semua beratur. Apa pengecualian untuk aku yang marhaein ni? Btol tak?

Nasi Kandar Beratur. Di buka jam 10 malam ke atas....

Sebelum beratur, pegi usha dulu Masjid Kapitam Keling yang terletak bersebelahan dengan tempat makan ni.

Info sikit.

Masjid Kapitan Keling didirikan oleh tentera dari Syarikat Hindia Timur yang menjadi antara penduduk India Muslim terawal di Pulau Pinang dalam penghujung tahun 1700. Beberapa tahun kemudian, komuniti India Muslim bertambah, menyebabkan mereka memerlukan masjid yang lebih besar. Dalam tahun 1801, komuniti yang diketuai oleh Cauder Mydin Merican atau turut digelar 'Kapitan Keling', dianugerahkan tanah seluas 18 ekar. Masjid satu tingkat yang diperbuat daripada batu ini telah menjalani beberapa kerja baikpulih.

Dikelilingi dinding rendah, masjid berwarna putih ini dihiasi dengan kubah kuning bergaya Moghul serta kubah-kubah kecil. Madrassah (tempat kelas agama diadakan) turut disediakan di dalam kawasan masjid. Menara tinggi yang pernah digunakan oleh bilal untuk melaungkan azan, terletak di penjuru Jalan Buckingham dan Jalan Pitt.

Adakah jalan Pitt tu bersempena dengan nama Ayah Brad Pitt?

Untuk info, masjid ini adalah salah satu heritage building UNESCO di Georgetown ni. 

Ada info depan gate masjid

Usha sikit

Bahagian dalam

Tak sempat nak usha abis sebab gate nak tutup.

Kembali kepada tujuan asal beratur untuk membeli Nasi Kandar Beratur.

Pose pose macho kacak bergaya dan beratur......

Bertabahlah demi nasi kandar yang digebang gebangkan sedap ni....

Sampai turn. Oder la mengikut citarasa dan selera.....

Address:

Restoran Liqayat Ali, 98, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, Penang.
Opening times: Open daily, 10pm onwards

Aku beli bungkus je dan balik makan kat hotel.

Suasana kedai nampak biasa la. Penuh dengan orang. Kebersihan pun normal. Tak de la bersih dan tak de la nampak tikus berlari lari anak. Setakat nak mencuba apa salahnya lebih lebih lagi kalau dah sampai ke Penang.


Nasi Kandar Beratur..

Verdict aku. Ayam goreng dia sedap !!! 

Memang thorbaik.....

Tak sia sia aku beratur di malam buta demi sesuap nasik !

bersambung...............

14 comments :

  1. Teringat kaedah bingai aku datang haritu kul 1pm. Alamatnye makan nasi kandar TAKPAYAH beratur. Ada gerai buka depan kedai tu waktu siang. Hampagas betul.

    ReplyDelete
  2. ingatkan sup tu ialah mendinner tapi bukan...sanggup pula pegi beratur kat nasi kandar.
    mak memang subaruimpreza dengan kedegilan ko nak oi .
    nasib baik berbaloi...

    ReplyDelete
  3. memang gayanya bratoq cenggitulah kalau nak makan huhuhu..

    ReplyDelete
  4. ko x try ke mee udang kat sg dua Meng?? Tp ni belah tanah besar la.....masa dok Penang dulu B.M tempat 'mainan' aku hehehehe...

    ReplyDelete
  5. sup hameed sedap sbb cicah dgn roti pastu mmg peminat sup...

    tapi....

    kisah x best plak kat nasi kandar beratuq...masa p aritu ada lipas keluar byk gilerrr....potong selera dan x lalu nk makan :(

    ReplyDelete
  6. Cantik pic..guna kamera apa yek :)

    ReplyDelete
  7. nasi beratuq if pergi jam 6pm tu bukan yer...tokey mamak lain..sedap tak sama...tapi 10pm baru tol nasi beratuq..so if p pagi makan dekat nasi beratuq memang tak brapa nak sedap..just kongsi info..hehe

    ReplyDelete
  8. BK : ko dah kenapa???

    memang siang ada kedai lain rasanya bukak..

    kedai ni malam je. apa motip dia aku pun tak tau. saja nak gemukkkan org penang kot suruh makan malam malam.


    NanaT : nasib baik berbaloi.

    kalau tak aku amokan puaka depan tu berguling2.


    CTH : tu lah. dia dah bagitau awal awal.

    tapi !!

    aku nampak ada je yang tak beratur. dia cilok mintak nasik dgn pekerja kedai tu...

    maybe regular customer

    ReplyDelete
  9. HB : mee udang sungai dua tu aku pernah gi makan dulu..

    sedap juga..


    ETK: kau biar betik...

    nasib aku x jumpa. jadi aku makan dengan berselera.. haha. lepas ni kalau pegi, kena bawak bygone..

    ReplyDelete
  10. Ros : terima kasih.

    pakai canon 550D..

    kamera cabuk jer... tapi sangat berdaya saing dan setia seirama...


    CN : kalau siang tu orang lain la kot.. maybe dia orang share sewa kedai...

    kalau tak de org beratur tu bukan la kot

    ReplyDelete
  11. meng ada lg satu sup sedap dekat padang broom.. dekat situ dia punya pasemboq pon sedap..dalm2 pasemboq dekat penang aku rasa situ plg sedap..

    ReplyDelete
  12. Azlol : padang broom? aku tak pernah dgr pun nama tempat tu...

    hari tu sebab ujan tu yang tak leh nak terjah tu.. main belasah je..

    x de rezeki nak jumpe yang sedap. next time la buleh kot

    ReplyDelete
  13. Padang Broom tu Padang Brown, area Dato Keramat. Yang azlol cakap tu tentu dah al-Bismi.

    Morning-morning blind pulak, cuba try pi terpa Astaka Taman Tun Sardon. Boleh pecah perut kalau nak ikut nafsu...

    ReplyDelete
  14. QQ : good good. nanti aku pi terjah penang lagi dgn nafsu yang membara...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...