Ini perihal menyeberang Tambak Johor dari JB ke Singapura.
Aku tak pernah pegi Singapore ikut laluan darat. Balik pernah sekali, tapi tu pun ikut member so aku tak ambik pot cemana nak menyeberang. Kali ni untuk trip ke Singapore ni memang nak ikut tambak.
Jadi. Ini pengalaman pertama aku sebenarnya.
Tak berapa risau sebab IH dah biasa so dia lah jadi kepala.
Sepengetahuan aku, ada few port untuk naik bas menyeberang ke Singapore ni. Samaada dari Larkin atau dari JB Sentral sendiri. Tapi kalau dari Larkin pun, dia akan pass thru CIQ jugak untuk pemeriksaan kastam.
Ini wang kertas Singapura.
Yang bagusnya, hotel kami tu terletak dekat je dengan JB Sentral dan CIQ ( Custom & Immigration Quarantine ). Jalan kaki tak sampai 10 minit.
Yang tak bagusnya, sebab hotel tu tak de parking jadi kami tak tau nak tinggal kereta kat mana. Bagus kalau aci kepak kepak masuk dalam poket? Dah kepak aci, sami cemana? Hahaha mengarut.
Jadi. Nak tak nak kami tinggal je kereta dekat JB City Square tu.
City Square JB betul betul depan Hotel Citrus JB
Jalan menuju ke Woodlands ( Singapore )
Merlin Tower JB
Bangunan ni lagi. Kenapa aku mesti bubuh few times ni? * marah diri sendiri
City Square JB
Berdepan dengan City Square JB ni lah, Sultan Ibrahim CIQ Kompleks JB.
So dari hotel tu kami jalan kaki je di pagi hari.
So dari hotel tu kami jalan kaki je di pagi hari.
Bangunan JB Sentral bersambung dengan CIQ
Ikut je laluan yang ada. Masuk bangunan CIQ pastu follow laluan yang agak panjang dalam bangunan tu, chop passport dan turun bawah.
Kat bawah tu ada banyak bas ke Singapore. Ada bas kuning Larkin, dan ada jugak bas Causeway Link dan ada bas SBS Transit dan lain lain. Buat buat rajin je bertanya sebab destinasi dia orang agak berbeza rasanya.
Kami naik bas SBS Transit tu je. Harganya RM1.30 sampai ke station MRT Kranji ( belah Singapore )
Naik je, bas terus bergerak. Bayar tambang bas dan simpan tiket bas untuk rujukan nanti.
Dalam bas menuju ke Singapore.
Tambak Johor ke arah Singapore
Jalan agak jem. Biasalah tambak Johor tu, bila nya pun tak jem. So pasrah lah masing masing dalam bas sambil melayan perasaan sedih terpaksa berpisah dengan negara tercinta.
* pejam mata, genggam tangan dan tumbuk tumbuk kat dada tanda patriotik
Nampak macam jem tapi bas ada laluan dia so dalam 15 minit kami dah sampai ke luar negara !
* buka mata dan menyeringai macam ungka
* buka mata dan menyeringai macam ungka
Lepas cross Tambak Johor tu, bas akan sampai di Woodlands Checkpoint.
Di sini la tempat entry point di Singapore.
Bas akan berhenti. Turun lah bawak beg beg sekali. Jangan tinggal pulak sebab nanti kita akan naik bas yang lain pulak. Sebab tu kena simpan resit tiket tadi.
Turun dari bas masuk dalam bangunan ni dan terus je ke bahagian nak chop passport. Isi borang masuk ke Singapore dan bersiap sedialah untuk beratur.
Bab beratur ni ikut nasib lah. Tapi renyah jugak sebab walaupun kaunter banyak tapi orang pun boleh tahan ramai !
Jadi, bertabah lah.
Aku tak tau la masa pegawai Immigration Singapore tu check passport aku, aku nampak dia scan Visa China aku. Tapi tak de apa lah. Dia tak tanya apa apa pun. Cuma aku pelik apsal dia naks can Visa China pulak.
Semua clear cuma masa kastam yang scan beg tu, dia ada cuba cuba ajak berbual.
"Pegi Universal Studio ke?"
"Tak !"
Aku jawab macam tu dia terus macam terkejut.
"Tak pegi Universal Studio?"
"Tak !"
Apa, orang datang Singapore pegi situ je ke? Saya ni datang nak tengok harta harta saya yang berkoyan koyan di bumi Temasik ni !
* macam tu aku bercakap dalam hati
* macam tu aku bercakap dalam hati
Tapi dia nampak aku bawak rokok, so dia tanya.
"Bawak berapa kotak rokok ni?"
"Satu ni je. Dah bukak pun. Kenapa boleh bawak lebih pada sekotak ke?"
Dia gelak gelak je.
Kami menunggu dalam 30 minit jugak lah untuk urusan chop passport tu semua. Then CP pulak nak terberak.
"Datang datang negara orang terus nak menanda kawasan ! Kucing jenis apa kau ni?"
Hahaha.
"Datang datang negara orang terus nak menanda kawasan ! Kucing jenis apa kau ni?"
Hahaha.
Dia pegi berak dulu dan kami menunggu bas SBS Transit kat bawah semula.
Tapi kali ni bas yang lain la. Macam biasalah, bas tu akan jalan selepas buang orang dan ambik orang yang dah selesai urusan immigration. So bila selesai urusan chop passport cari bass company yang sama then tunjuk tiket, dan naik la semula.
Bagi aku, hassle jugak lah naik bas ke Singapore ni. Lagi lagi kalau orang ramai. Baik naik flight je, tapi kalau tak de pilihan. Boleh jer kot.
Bas tu bawak kami ke Station Kranji.
Dah sampai, turun !!!
Dekat station ni kami beli tiket MRT ke Chinatown. Sebenarnya nak beli Tourist Pass tapi tak di jual di sini. Tourist Pass tu kena beli kat station station tertentu yang besar besar jer. So beli je la tiket biasa. Harga??? Aku lupa ! Tapi dalam SGD 2.20 macam tu la kot.
Ni bukan buah keranji dalam perahu tapi buah Kranji dalam keretapi
Menunggu MRT sampai
Dah sampai. Cepat naik !
Yang bagusnya, naik dari MRT Kranji ni orang tak ramai so train tak penuh. Boleh la dapat seat. Tapi letih sebab rasa perjalanan lama gila. Dah la berhenti banyak station.
Bahagian MRT sebelum masuk underground
Memula boleh gak la layan view dari atas train. Nampak banyak pokok pokok, suasana yang bersih. Sejuk mata memandang.
Tapi bila train dah masuk underground.. hmmm layan buat bodo je lah. Nak borak pun tak senang sebab orang dah ramai. Berhimpit himpit.
Kami turun di Station Dhoby Ghaut dan tukar train untuk ke Chinatown
Station Dhoby Ghaut
MRT Station di Singapore pun agak bagus dan aku suka sebab dia tak besar sangat. Turun naik escalator je dah boleh tukar train. Tak de la kena menapak jauh jauh.
Dari Dhoby Ghaut, lepas satu station kami tiba di Chinatown.
Bangunan bangunan di Chinatown
Tetingkap
Keluar keluar station je terus dengar lagu Cina berkumandang.
"Wah ! Macam pegi Parkson time raya Cina !"
Maklum la dah nak raya Cina time tu. Dan tempat ni memang sibuk dengan orang dok berjual.
Tapi kami ke sini bukan sebab nak membeli tanglung atau kelengkapan nak meyambut raya Cina. No ! No ! No ! Kami ke sini sebab hostel yang IH dah book terletak kat sini.
Paling best, 10 langkah lepas keluar dari station Chinatown terus sampai hostelnya.
1
2
3
4
5
Ah.. tak jadi nak kesat peluh. Dah sampai. Tak sampai 10 langkah sebab aku langkah big foot !
2
3
4
5
Ah.. tak jadi nak kesat peluh. Dah sampai. Tak sampai 10 langkah sebab aku langkah big foot !
Tak penat berjalan tapi terpaksa lah bersesak sesak dengan orang berjual dan membeli belah.
5 Foot Way Inn, Chinatown
Malangnya kami sampai tu tak boleh nak check in lagi sebab masih awal.
Pukul 3 baru boleh check in, so tinggal barang dan terus keluar merayau.
Pukul 3 baru boleh check in, so tinggal barang dan terus keluar merayau.
Suasana di Chinatown
Gong Xi Gong Xi Gong Xi Ni....
"Kita nak gi mana ni?"
Tu soalan. Dan jawapan masing masing.
"Ntah"
"Ikut lah""Aku follow jer"
Semua blank.
Memang tak de agenda apa pun sebenarnya.
* merenung tanglung merah mencari idea.
Bermula langkah untuk mengorak tanah Temasek semula setelah sekian lama..
Excited dan resah gulana. Masihkah ada rasa cinta aku untuk negara ini?
Ataukah sekadar................... Ecececece.
Nampak tak? Nampak tak ada permainan jiwa di situ !!!
Betapa pun jauh pandangan mata
Betapa pun bebas kaki melangkah
Namun terasa diri terpenjara
Oleh suatu ikatan yg tidak ketara
Walau kau cuba menjauhkan diri
Walau kadangkala aku membenci
Namun setiap kali terpandang mu
Kehangatan di hatiku dingin bagai salju
Antara kasih dan kasihan
Antara jemu dan harapan
Biarkanlah di sini
Aku terus begini sendiri
Andainya ada yang dapat mengerti
Gelisah yg datang melanda diri
Masihkah ada rasa cinta
Ataukah sekadar kau berpura-pura
bersambung.............
Colourful...chinatown S'pore...cantik..
ReplyDeletesalam...baru berjinak-jinak baca & follow blog ini...ketika baca tu rasa kelakar pun ada....best...best besst.
ReplyDeleteHari tu x sempat pegi Chinatown tu, best ke tempatnya? Tak pegi universal studio jugak hari tu ... Jaga bajet , hihi
ReplyDeleteDulu aku naik bas dari larkin tp mmg leceh sebenarnya sbb dua kali kena turun pastu dgn ramai org nak menunggu bas pon satu hal..
ReplyDeleteTp kat tambak tu mmg ada laluan khas utk bas so mmg xde la jam lama sgt pon sebenarnya..
wahhh nebes nak tggu kisah permainan jiwa abg meng di temasek nih..hahahaha
ReplyDeleteNohas : betul. aku pun terkesimawati..
ReplyDeletepandai dia org jaga.. x perlu jadi unesco site pun dia org mampu jaga sendiri..
NM : baca je. jangan kemaruk sudah. kang meroyan tak de org leh tolong..
PM : tak de la best mana pung. kita org ni kebetulan sebab hostel kat situ jer..
USS pegi. tapi x masuk.. usha dari luar je
HB : betul. aku rasa naik bas memenatkan.. dan makan masa.
ReplyDeleteserik dah. lagi lagi kalau bawak budak2.. kalau budak2 tak pengsan, bapak budak yang buat2 pengsan dulu..
DJ : ahaks.. jgn percaya sgt.. citer karut komedia jer