Thursday, May 8, 2014

02 - Trip GBS Gerek Seh ! - JB | Restoran Singgah Selalu

Lepas solat kami bergerak keluar dari perkarangan masjid.

Perut dah mula berkeriuk keriuk minta di isi. Fikir nak makan kat mana, akhirnya kami decide nak makan di restoran Singgah Selalu di JB yang terkenal ni. 

Masing masing belum makan tengahari dan sepanjang jalan dari KL cuma berhenti kencing dan beli air je. Masing masing tak berapa lapar tadinya, now baru lapar.

Nak cari Restoran Singgah Selalu berpusing pusing jugak la. Nasib jalan tak busy dan kecekapan CP drive memang tak boleh disangkal lagi walaupun kadang kadang dia bawak ikut suka dia je. Kena hon dengan orang dia berbalas balas lagi hon dengan orang tu.

Bekas perempit jalanan memang macam tu.

* lari.............

BW pakai iPhone dia guna Waze tapi memang tak jumpa, jumpa kubur lagi ada. Last sekali singgah kat Dataran JB ni sementara aku nak snappy dan IH tanya orang.

Dia tanya orang Indon !!!

Hahahah. Tapi nasib la mamat Indon tu dah terlebih local, dia tau je kat mana Restoran Singgah Selalu tu.

* campak iPhone BW dalam longkang sebab Waze tak jumpa cari restoran tu.

Dataran Bandaraya JB untuk acara acara kebangsaan dan negeri

Akhirnya kami pusing semula dan baru la jumpa restoran Singgah Selalu tepi jalan dekat area Danga Bay tu. Memang signboard dia besar gedabak tapi sebab masing masing dok busy buat benda lain, mata kerrow memang lah tak jumpa.

Teluk Danga

Dah jumpa. Apa lagi. Mari mengisi perut yang lapar.....

 Tempat geng geng MU melepak sampai dikenali sebagai Old Trafford JB...  * picit kepala *

Singgah Selalu ni macam food court je sebenarnya..

Agak luas dan banyak pilihan makanan

Menu untuk di pilih.

Boleh jugak nak ber shisha... eh benda alah ni bukan dah di haram kan ke?

Ada goreng pisang. 

Kami makan goreng pisang dulu. Standard orang Johor lah makan goreng pisang dengan cili pedas. CP memang la hantu pedas.. suka benor dia. 

Aku takut nak makan pedas pedas sebab takut cherry berry. Maklum la perut Italian....

Cendawan Goreng juga. Keras macam apa jer.... nasib tak tertanggal gigi

MU dan Kansai Paint

Pastu menu menu sampai dan kami mula melantak tanpa mempedulikan orang sekeliling.

Sorry warga Johor. Kami lapar !!

* macam tu makan sebab lahap dan kurang sopan.

Pilihan CP dia kata sedap. Nampak pun macam sedap. Mee Lakna

Bihun Lakna kot. Pilihan BW. Aku jamah sikit. BW cakap sedap. Aku rasa biasa biasa je lah. Lebih kurang macam CP punya makanan

Haaa. Bihun Goreng aku. Errrrr. rasa kicap. So aku makan tak abis.

Nasik Goreng Kerabu pilihan IH. Nampak sedap. Jamah sikit.. OK lah.

Apa yang best dengan tempat ni adalah pilihan menu yang banyak. Dan port yang menarik untuk usha awek awek Jay Bee...

Tapi Indon pun ramai !!!

Pilihan makanan tu rasanya ikut selera masing masing lah dan sebab banyak choices sini, boleh je nak datang banyak kali dan tukar tukar menu ikut anak tekak.

Kami lepak lebih kurang kat sini sebelum mula bergerak meninggalkan Restoran Singgah Selalu ni.

Insya Allah ada kesempatan kami akan singgah selalu selalu lagi.

Bangunan baru di bina di area Danga Bay.

Lepas makan tu dan mula bergerak, CP sebagai driver tanya.

"So kita nak gi mana ni? Check in hotel terus ke?"
"Hmmmm apa kata kita pegi usha Villa Nabila?"

Masing masing terdiam kejap. 

Tetiba dengar suara BW.

"Jom !!"
"Menarik jugak"

Kata IH.

"Boleh jer....................... !"

Sahut CP.

Jeng jeng jeng.................

Misi seterusnya, datang tempat orang dan buat keje gila. Mari bikin onar !



Cinta untuk Nabila
Aku ciptakan sepanjang hidupku ini
Telah lama aku mencari
Kemana menghilangnya puteri

Apakan daya
Sudah suratan tertulis kita bertemu
Hingga kini setelah berpisah
Salju yang beku terlerai sudah

Oh Nabila...
Lambang cintaku kepadamu
Hingga kini oh Nabila takkan lupa
Mengingatimu

Oh Nabila...
Lambang cinta yang telah layu
Hingga kini oh Nabila
Agar kau dapat mengerti
Kepada mu puteri
Kusanjung tinggi

Lagu untuk Nabila
Aku ciptakan bila mata
Kuterpejam lena
Kuutuskan bayu yang bertiup
Menyatakan cinta untuk Nabila

18 comments :

  1. aku ari tu dah sampai danga bay.. x tau nak wat ape... bosan giler... bila drive nampak la kedai ni kat belah sana jalan tapi masa tu dah nekad nak balik KL so teruskan jer la.. haha... kalau la posting ni kuar awal, mmg akan singgah tangkap gambar goreng pisang tu dan sambung drive balik... haha..

    ReplyDelete
  2. Best lagu nabila... Seram sejuk dgr lagu itu malam2..

    ReplyDelete
  3. Amir : nak try bihun orang johor... tapi hampeh.


    Hafiz : setakat goreng pisang tu, mana mana pun ada... tak rugi pun tak singgah...

    nama je singgah selalu, tapi kalau x singgah pun tak de org tau.. hehehehe..


    MKL : seram ka?? mana yang seram tu

    ReplyDelete
  4. wei villa nabila dah tutup la.. kene pagar lagi.. ko jgn cite esok ko boleh masuk lak...

    ReplyDelete
  5. fuhhh...nostalgia betol la lagu kumpulan Melissa ni.....kedai makan tu lama dh ada kat situ kalau x silap tp dulu buruk jek. Ada la 2@3 kali makan kat situ. Rasanya kedai situ ada dulu dari danga bay kot kalau x silap. Aku pun dh lupa, lama dh meninggalkan JB sejak dari 90an lagi hehehehe....

    ReplyDelete
  6. aku rasa makanan dia biasa je meng, tapi rege bit pricey, kata ko feeling makan kat old traford kan, harus la kira ikot pound kekeke

    ReplyDelete
  7. Restoran ni famous kat JB...dua2 lakna tu nampak sedap..

    ReplyDelete
  8. glemer tempat ni tp makanan tak inzal...so tak masuk dlm list lah...hahaha

    ReplyDelete
  9. First time gi JB last year. Pastu duk Tune Danga. Makan pun cuma kat mall dekat ngan JB Sentral tu. Danga Bay masa tu tengah reno. Banyak kren je aku tengok. Rupanya dalam tu banyak gak gerai.

    ReplyDelete
  10. ouch menyesal masuk sini time-time lapar, terpaksa mendera perut sendiri :)

    Nasi goreng kerabu dengan bihun ladna tu sumpah nampak sedap!

    ReplyDelete
  11. Singgah selalu katanya tgk ke mknan tu singgah sekali je lah tp bak d kata lah betul jgk ikut tekak masing lah kan. Ishh nostslgia dh lama x dgr villa utk nabila ni asyik dgr radio ikim fm matilah klau ada org baca komen nih

    ReplyDelete
  12. JG : tu la.. dah tutup. x de rezeki nak melawat. hahaha


    HB : aku pun rasa kedai ni dah lama. sebenarnya nak makan goreng pisang di warung mana lagi, tapi tak jumpa..


    Farikh : betul tu. aku setuju. makanan dia biasa je cuma banyak choices...


    ReplyDelete
  13. Nohas : nampak je la kot.. ahahaha



    DJ : haah. cari tempat makan lain je la.. banyak lagi yg sedap2 kot.


    BK : aku pun belum pernah masuk danga bay tu. tak tau apa yang ada kat dlm..


    MrsS : nampak je sedap. gambar hanya ilustrasi penyedap mata.. hahaha


    JM : JM lagu tu cinta utk nabila bukan villa utk nabila..

    harap maklum

    hiks ( saja bakar JM )


    ReplyDelete
  14. Ayookkkk salah ke bang...ahahah..cinta utk Nabila eh..terus lari masuk lemari...

    ReplyDelete
  15. JM : jaga jaga dlm lemari ada lipas

    takut tak? takut tak?

    ReplyDelete
  16. ahaahahah...abg ni...ishhh jahat tau

    ReplyDelete
  17. Cheh ! penakut lipas rupanya JM ni...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...