Hari dah hampir gelap dan kami meninggalkan perkarangan Bangunan Sultan Ibrahim Johor Bahru untuk check in.
Urusan hotel semua aku serahkan pada IH. Mana mana pun aku OK je dan tiada bantahan dari sesiapa. IH dah booked Citrus Hotel di JB jadi kami langsung je ke sana.
Terletak betul betul bersebelahan dengan City Square JB
Bangunan bangunan di jalan Wong Ah Fook JB
Ada Muzium KTM di Station Keretapi
Shopping mall terkenal di JB
Citrus Hotel.
IH booked hotel ni sebab ianya terletak betul betul sebelah JB Central. Tempat kami nak ambik bas untuk ke Singapore esoknya.
Moh usha hotel ni.
Lobby
Lepak menunggu
Reception
Bilik
Bilik air
Dalam bilik
Ada TV
OK. Hotel dia biasa biasa jer. Paling best sebab lokasi dia lah yang terletak di tengah tengah bandar. Yang tak best sebab tak de parking kereta. Kena parking kat tempat lain. Jadi kami parking kat City Square Mall tu je sebab rate konon murah, 7 malam sampai 7 pagi cuma RM 3.
Bilik tak besar mana tapi boleh la nak sumbat kita orang dalam tu. Kami memang ambik bilik lain untuk BW.
"OK tak duduk sorang?"
"OK je. Kalau takut nanti I pegi la ketuk bilik korang"
Macam tu. Dia tu kan penakut sikit sebab tu suka berjalan ikut kami yang jantan jantan ni. Tapi tak pe bopreng BW dah kasi restu so tak kisah.
Bilik BW
Sebab BW dok sorang dan kami kekurangan tilam. Kami sengaja mintak bilik dekat dekat so malamnya ada aktiviti angkut tilam dari bilik dia masuk bilik kita orang.
Hahahaha..
Dapat bilik, kami terus keluar berkeliaran. CP nak rest je tak nak ikut so dia lepak dalam bilik.
Kami bertiga ke Pasar Karat Johor Bahru !!!
Pasar Karat JB ni adalah tempat shopping jalanan yang popular di JB ni. Lagi best letaknya tak jauh pun dari hotel Citrus ni so kami jalan kaki je ke sana.
Misinya?? Tak de apa. Saja nak gi usha.
Ini kuil dekat Kotaraya. Gambar gegar sebab ambik sambil berjalan............
Jalan jalan tanya orang sikit, akhirnya sampai....
Kedai kedai dah mula di buka...
BW siap beli PowerBank lagi untuk iPhone dia tu...
IH pulak beli selipar.. Last sekali dengan aku aku terbeli sekali.. Kelakar brader tu buat demo selipar tak putus. Konon konon tarik sekuat hati, tapi tangan tak tarik badan je over macam tarik kayu balak je lagaknya..
Antara benda benda yang di jual
Baju baju...
Baju baju lagi
Biasa biasa je. macam pasar malam atau uptown yang biasa kita tengok tu lah. Tapi setakat nak jalan jalan tengok tengok, OK jer. Di buka setiap hari waktu malam !
Yang menariknya...
Masad ! Masad !!
Dah abis meronda tengok tengok orang dan beli barang tu, kami pun jalan kaki balik semula ke hotel.
On the way tu tetiba rasa macam nak makan. Nampak few kedai, tetiba aku cakap kat IH.
"Kita try makan kat lorong lorong ni OK?"
"OK jer"
Haaaa. Tu yang best dia orang ni, tak de hal. Bawak la ke mana pun, tarik la ikut celah mana. Semua OK. Asal bersih dan tak meragukan.
Kami masuk dalam lorong warung makan yang banyak banyak di Jalan Meldrum tu. Memang banyak warung. Pilih jer. Memang tak berapa selesa sebab sempit dan banyak kedai, tapi... alah sekali sekala.. belasah je lah.
Ada sup kambing
Ada Hard Rock.. Tapi bukan Hard Rock Cafe la. Hard Rock ni jual Otak Otak !! * pengsan
Aku order Nasik Goreng Kampung. Apparently sedap okeh !!
Mee apa benda ntah IH order. BW tak nak makan. Kami called CP, dia pun tak nak makan...
Hasil belian di Pasar Karat JB. Selipar IH dah nak putus... tu yang beli selipar baru
Sampai bilik mandi dan berehat rehat. Borak borak then aku tak sedar apa sebab aku yang pengsan dulu.
Tak tau kol berapa CP dengan IH tidur, tak sedar jugak kol berapa BW balik bilik dia tu.
Bangun pagi bersiap siap dan kami pegi breakfast sebab masuk sekali dengan harga bilik. Oh btw harga bilik agak murah. Dalam RM 110 per room per nite including 2 pax breakfast.
Cafe untuk breakfast
Menu breakfast. Dont expect much. Tak sedap. Hahahaa
Selalu bawak anak anak aku dia orang makan ni je lah, tapi dengan member member pun, dia orang belasah makan benda yang sama..
Suasana pagi di JB.
Lepas bersiap siap.. kami dah bersedia untuk bergerak..
Kali ini destinasinya............ Temasek !!!
Aku berdebar debar jugak sebenarnya sebab tak tau nak expect.
Dah lama tak ke sana, ada rasa sangsi sikit untuk jejakkan kaki semula. Tapi ada jugak rasa rindu lite lite..............
Di sebalik kata ada rahsia
Di sebalik senyum ada makna
Kan kubisikkan padamu
Satu hari bila perlu
Saat pasti kau jadi milikku
Biarkanlah aku menanggung rindu
Biarkanlah engkau tiada tahu
Halus kasihku padamu
Zahirnya takku lihatkan
Hingga pasti kau jadi milikku
Entah bila bermula
Cinta yang tak kusangka
Mungkin terlalu lama
Sangsi asmara... terpedaya
Berlalulah masa tak sanggup ku menanti
Gelora di jiwa tak siapa mengerti
Siksanya menanggung rindu
Sukarnya memendam rasa... kekasih
bersambung....
melior tgk nasi goreng kg telor mata lebih lebih lg aku masih kt hk. rindu food msia yg berkalori tinggi ! huhuk
ReplyDeleteberdebor terserempak dgn skendel temasek kahhh? ihihi
wow sedapnya nampak telur mata tu...terus lapar memalam nih!
ReplyDeletegitu rindu lite-lite...hahaha
cantik decoration dinding hotel..chandelier..
ReplyDeletepergi City Square ni masa mula2 buka dulu..tahun 90an..
Jauh nye bang beli selipar jepung, tergoda katanya tarik x putus, cer kasi gunting
ReplyDeleteKekadang warung2 mcm tu lg sedap dari restoran 7 bintang, ehh ada ke
Sedapnya nasik... Rindunya masakan Malaysiaaa abangg meng! Sobs...
ReplyDeleteJgn siksa batinku gitu. haha
Ala... Stay kat citrus jugak tahun lepas, tak tau pun psl pasar karat... Buka waktu mlm je ke? Kami asyik round2 city square je...
ReplyDeleteNanaT : ko tak balik lagi? motip la berlama lama kat HK tu..
ReplyDeleteberdebor tu sebab patah hati jerrr...
* duduk sebelah shila amzah
DJ : kdg kdg kedai yg bagi menu simple2 tu yang sedap sebenarnya...
lagi lagi kalau perut memang lapar..
Nohas : wall paper je tu... kaler striking sgt
JM : selipar di IH tu putus tgh jalan. tu yang beli sepasang selipar baru.
ReplyDeletemade in pasar karat..
FJ : tutup mata.. ambik sudip dan periuk. sila masak sendiri !!!
PM : bukak kol 6 ke atas rasanya.. kat area kotaraya tu jer..
tapi xde apa sgt la mcm pasar malam biasa biasa jer
pasar karat atau bazaar karat... tempat jalan-jalan yang best especially weekend... pusing punya pusing tak tau pun nak beli apa... hehee
ReplyDeleteHM : pasar karat macam uptown jer... banyak jual barang2...
ReplyDeletetapi semua lebih kurang sama jer..
setakat nak cuci mata atau ada benda nak cari boleh la terjah kot