Friday, April 25, 2014

Kathmandu Valley, Nepal

Kathmandu Valley merupakan kawasan tamadun purba Asia yang mempunyai lebih pada 100 monumen penting termasuk tempat terpenting untuk penganut Buddha dan Hindu. 

Terdapat 7 UNESCO sites di kawasan lembah Kathmandu ini. 

Kawasan Kathmandu Valley merupakan kawasan paling maju dan padat di Nepal merangkumi pejabat pejabat kerajaan, hub ekonomi selain daripada pusat pelancongan yang kaya dengan budaya dan senibina lama.

Kathmandu bermaksud 'Wooden House' dari bahasa Sanskrit. Kebanyakkan struktur asal diperbuat daripada kayu termasuk kuil dan pagoda. Sejarah mitologi menceritakan kawasan Lembah Kathmandu pada satu dahulu merupakan tasik yang besar dan Tuhan Manjusri telah menggunakan pedang untuk memotong bahagian bukit bagi mengalirkan air untuk penempatan. Dari situ lah tanah yang subur didiami oleh penduduk sehingga kini.

Keluasan Lembah Kathmandu ini adalah sebesar Negara Singapura dan merangkumi bandar bandar lain termasuk Kathmandu, Lalutpur, Patan dan Bhaktapar. Sungai utama yang mengalir di Kathmandu Valley ini adalah sungai Bagmati.

Layan gambar gambar sekitar kawasan tarikan pelancongan di Kathmandu Valley.

Kathmandu Valley

Kathmandu Durbar Square - Istana lama

Kathmandu Durbar Square - Istana lama

Kathmandu Durbar Square - Istana lama

Kuil Pashupatinath - Hindu Temple yang terkenal

Kuil Pashupatinath

Kuil Pashupatinath

Boudhanath Stupa - Stupa Buddha yang terkenal di Kathmandu

Patan Durbar Square

Patan Durbar Square - Istana lama di Patan

Patan Durbar Square

Patan Durbar Square

Patan Durbar Square

Swayambhunath Stupa atau Monkey Temple untuk penganut Buddha

Swayambhunath Stupa

Swayambhunath Stupa

Garden of Dreams, Kathmandu

Garden of Dreams, Kathmandu

Lukisan Pergunungan Himalaya

Kathmandu adalah tempat wajib untuk dilawati kalau ke Nepal. Banyak UNESCO site kat sini cuma kawasannya agak berdebu dan kotor.

Orang agak ramai dan traffic agak sesak. Tak perlu nak stay lama lama. Sehari dua dah boleh cover tempat tempat utama di Kathmandu Valley ni.

Kalau mencari penginapan, cari la di kawasan Thamel kira kira 13 km dari airport. Kawasan tu lebih ramai pelancong dan adalah port menarik untuk membeli belah. Ada juga kedai makanan halal di situ.

Kalau nak tengok Himalaya atau Everest dari Kathmandu ni boleh ke Nagarkot lebih kurang 30 km dari Kathmandu. Tapi kalau nak lagi cun, boleh ke Pokhara dan tengok Himalayan Range dari lebih dekat. Kalau nak trekking boleh ke A.B.C atau E.B.C.

Apa apa pun, kalau ke Nepal, mesti kena singgah Kathmandu. Tak perlu berlama lama. Satu dua hari dah cukup boleh cover tourist attractions dah. Banyak banyak sangat tengok kuil kang melekat bau setangi kat idung !

Aku jumpa kereta Kelisa kat Kathmandu, dan ada Pasaraya KK ! Dan dia siap eja 'PASARAYA'.

One thing for sure, orang orang Nepal di Kathmandu sangat mengagumi Malaysia. Bagi mereka, Malaysia adalah lubuk rezeki buat sebahagian daripada rakyat Nepal. Walaupun tak berapa paham kenapa dia orang suka sangat kat Malaysia, tapi sedikit sebanyak, cuba cuba la berbual dengan dia orang ni, yang pasti... kita akan terasa dan terfikir, beruntungnya kita lahir dan memiliki kerakyatan Malaysia !!!

Syukur !!



Mata terpejam
untuk ku tahan
tangis ku linang
berpanjangan
makin ku lawan
makin ku ronta
tangis ku luruh bercucuran

Berkilau cahaya
di ufuk pandangan
masih ku nampakkan
wajahmu..
yang terindu - rindukan

Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan

Makin ku lawan, makin ku sedih
tangis ku tangis
berlarutan

Sandaran asmara
hanyalah harapan
esokku dambakan
disisimu.. tak lagi ku akan...

Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan

Syukur ku sedar sebelum bercerai nyawa badan
sempatlah diri buat perhitungan
janganlah pulang dengan kekesalan
cintanya...
tak pernah ku agungkan....

Makin ku pejam
makin ku sedih
tangis ku tangis
berlarutan

Sandaran asmara
hanyalah harapan
esokku dambakan
disisimu tak lagi ku akan

Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan

Syukur ku sedar sebelum bercerai nyawa badan
sempatlah diri buat perhitungan
janganlah pulang dengan kekesalan
cintanya...
tak pernah ku agungkan....

10 comments :

  1. Moga katmandu menggoda saya ke sana.. Harap entri anda terus menggoda saya...

    ReplyDelete
  2. Baca entri Meng ni buat hati jadi tertawan. Selain Jepun, Katmandu tetap jadi idaman untuk ke sana. Tq Meng for good info.

    ReplyDelete
  3. Kawan aku baru balik dari Nepal. Dia sempat join pesta Holi tu. Pastu duk cerita pompuan kat Nepal lawa2. Certain macam rupa Cina/Japan/Korea, certain macam Pakistan. So far belum terdetik ke sana, padahal budget nan hado. Tapi aku akan hadam habis2an gambar orang yang gi Nepal ni. Lawa gila tempat ni.

    ReplyDelete
  4. ada orang jumpa lelaki Nepal iras Keith Foo. Kawan ko la tuu Biee...si Des tu. Hehe. Kepingin juga nak ke sini, yang pasti memang kena pergi dengan travel buddies sebab cik abe tak kose nak melasak macam ni...

    ReplyDelete
  5. Ehhhhh dah ke nepal pulokkk abg meng eh en.meng kita ni....mana citer nagoya textiles tu...hahahaah

    Mcm biasa...ur gambar mmg superb...wpun tak pernah terfikir nak ke nepal tp bila baca dan lihat gambar2 tu rasa nak pegi jerrr...

    ReplyDelete
  6. MKL : entry tak keluar lagi. belum tulis pun lagi. keluar preview je dulu.. hahaha


    Ali : sama sama.. nanti kau menyusul pulak ke sana. aku doakan amin....


    BK : betul.. mereka adalah kadang kadang hindustan.. kadang kadang cina sikit.. kalau yang ada tu siap mata hijau...

    aku doubt it la dia org pakai lense.. tapi memang lawa lawa awek awek di sana. yang laki pun goodlooking juga..

    tapi ada jugak yang stock stock keje kat kedai basuh keta tu jer.. nampak busuk..

    hahahahhaa

    ReplyDelete
  7. NanaT : boleh je ajak cik abe pegi tanpa perlu melasak..

    tengok la bukti ni.

    * pose pose angkat tin milo 10 kilo


    Liza : thanks. nepal ni trip lama. baru nak start tulis tulis.. ni pun tulis preview je dulu..

    kalau ada rezeki dan berkesempatan.. sila la pegi

    ReplyDelete
  8. Ishhh mcm mana Jm leh terlepas entri ni klau x baca semua entri abg meng rasa mcm mkn nasi x ada lauk tau

    Nsk pegi nak pegi nepal lepas ni nak cari abg nepal pulak bwk blk msia kasi kerja sama dia

    ReplyDelete
  9. Kathmandu ni bandar dia mmg klasik la nampak...teringin nak gi tp biasa org gi utk trekking tp aku gi?? hahaha takut badan x mampo nak gi sana weeeeee....

    ReplyDelete
  10. JM : tak de lauk tapi ada air tak per..

    hahaha....


    HB : weh.. aku x trekking pun la.. ko jgn risau.

    kita seropaaaaa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...