Tuesday, February 11, 2014

BHUTAN : The Land of Thunder Dragon - Highlight and Itinerary

Okey tengok tajuk dah pecah lobang ! 

Ya. Apart from trip ke Nepal, aku telah melencong ke Bhutan. 

Negara landlocked yang orang kata susah nak pegi, susah nak masuk, mahal, banyak cekadak tapi sangat lawa.

Lawa ke??

Nah tengok ni !

Flight to Bhutan from Kathmandu boleh nampak Mt Everest 8,848 m & Lhotse 8,516 m ( tengah ), Mt Nuptse 7,861 m ( kiri ) dan Mt Makalu 8,463 m ( kanan sekali )

Rinpung Dzong, Paro

Rinpung Dzong, Paro

Rinpung Dzong, Paro

Paro, Bhutan

Bhutan

Bhutan

Bhutan

Tashichho Dzong, Thimphu

Parliament House of Bhutan, Thimphu

Tashichho Dzong, Thimphu

Tashichho Dzong, Thimphu

Kuenselcholing, Thimphu

Thimphu Valley 2,248 above sea level

Memorial Chorten, Thimphu

Thimphu

Thimphu; the capital city of Bhutan

Bhutan

Paro Valley, Bhutan

Paro Valley, Bhutan

Tiger's Nest Monastery. 800 meter. Nampak tak muka harimau atas tu?

Bhutan

Tiger's Nest Monastery

Taktshang Monastery

Bhutan

Bhutan

Paro Valley

Paro Valley

Paro Valley

Paro Valley

Paro Airport

and Mt Everest sekali lagi..masa flight balik ke Kathmandu.............. ( Everest 8,848m & Lhotse 8,516m - Jarak antara keduanya adalah sejauh 2 km )

Amacam?

Ada rasa nak pegi?

Plan aku ke Bhutan datang 2 hari sebelum aku fly ke Kathmandu. Memang pernah teringin nak ke Bhutan tapi tak de la rancang nak pegi tahun ni. Tapi bila aku ada trip ke Nepal tu dan sebab aku dapat berita naik pangkat dan ada salary increment plus baki bajet Trans Siberian yang tak jadi hari tu so aku telah memberi hadiah kepada diri sendiri iaitu trip ke Bhutan ni !

Tapi I was waiting for a suprise. Sebab bagi aku Bhutan sangat mistery dengan jumlah pelancong yang dikawal ketat untuk keluar masuk, visa yang susah nak dapat dan semua expenses kena paid up front sebelum pegi.

Malangnya... aku tak rasa impressed mana dan aku boleh cakap Bhutan ni sebenarnya overated !

Sorry to say. Tak tau la mana silapnya. Bhutan reminds me so much of Mongolia dan aku asyik tersasul je sebut Bhutan as Nepal macam aku masih berada di Nepal ! Punya la tak terasa mana. Bagi aku view biasa biasa je. Lawa tu memang la lawa tapi that is just it. Attractions tak banyak dan tak de la gempak mana. Tapi landing di Paro Airport memang thrill gila.

Apa apa pun layan view di Bhutan memang indah. Negara yang masih suci murni.

Mungkin jugak ada sesuatu masa di Bhutan yang buat aku rasa macam tak berapa nak excited sangat.

* kesat airmata

Ni gambaran perasaan aku time tu. Chewah !



Biasanya aku lelap tidur
Terbangun ‘tuk fikirkan diri mu
Mengenangmu yang kini telah jauh

Biasanya aku tenang tidur
Terbuaiku mengingat dirimu
Mencintamu namun kau telah jauh

Ku coba lupakan dirimu
Mengingatmu hancurkan hatiku

Dahulu seia sekata
Namun kini semua telah berlalu

Sayang ku ingatkan dirimu
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu
Sayang kuingatkan dirimu
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu

Ku coba lupakan dirimu
Mengingatmu hancurkan hatiku

Dahulu seia sekata
Namun kini semua telah berlalu

Sedih tak?

Hahaha. Mereng.

Tau kenapa?

Sebab kat Bhutan tak boleh merokok !!!! Nehi. Nehi. No No No. Tak de orang jual rokok ! Tak boleh bawak masuk rokok. Merokok boleh di denda dan juga di penjara 3 tahun !

Kau berani?

Aku tak berani.

Tapi aku survived 3 hari tanpa rokok. Sadis gila rasa.

Mungkin sebab kekurangan nikotin dalam tubuh buat aku tak berapa bersemangat waja, wira, perdana, suprema S. Tak excited mana sewaktu di Bhutan !

#pengakuanberanimatiperokoktegar

Balik ke Kathamandu baru la jumpa rokok. Nak menetes airmata !

* sambil pose pose Sofea Jane terkangkang depan pintu hisap rokok berkepul kepul sambil peluk kotak rokok

Apa apa pun, Bhutan memang lawa la kot. Kalau sesapa yang memang teringin nak ke sana, nasihat aku, pegi saja ! Tapi kalau masih considering, with the same amount of money... go somewhere else je lah !

Itinerary

Day 06 - Fly from KTM to Paro, Bhutan. Visit Rinpung Dzong di Paro then drive ke Thimphu ( 1 jam ). Visit Tashichho Dzong dan Thimphu Valley. Overnite.
Day 07 - Drive from Thimphu to Paro. Hiking to Taktshang Monastery (Tiger's Nest), Visit farm house and Paro Valley.
Day 08 - Flight from Paro to Kathmandu. Shopping di Thamel dan malam flight balik ke Kuala Lumpur.

Dah mengelat tak nak hiking di Nepal tapi terkena di Bhutan sebab nak panjat Tiger's Nest tu. Separa kojol jugak la aku dibuatnya.

Costing.

Travel di Bhutan adalah all inclusive and must be paid upfront. Memang tak boleh masuk sesuka hati dan kena go thru agent. Dan tour guide akan ikut dengan driver mana saja kita pegi dan tak boleh sesuka hati nak merayau ikut kaki. All expenses paid ( transport, pick up, hotel, makan etc ) cuma sediakan duit untuk beli souvenir je. Makanan dia orang banyak serve vegetarian food so no problemo.

How much?

Hmmmm.

Minimum expenses di Bhutan adalah USD250 sehari. Harga termasuk visa, royalty dan segala mala tax. Kalau single tambah USD40. Kalau berdua or less than 4 tambah USD 30 each. Lepas tu kali lah berapa hari kita kat Bhutan. Harga tu tidak termasuk air fare !!

Please note, kalau tukar duit ke Bhutan Ngultrum (BTNu) sila simpan resit sebab kalau lebih, nak tukar balik ke USD kena ada resit tu. Macam aku terkono lah sebab tukar USD 50 tapi tak belanja apa pun nak tukar balik tak boleh. Nak beli barang pun mahal.

FM harga dia USD 12 seketul !!!!

* ayuh kita ramai ramai pengsan.

Apa apa pun, aku cuma 3 hari di Bhutan, maybe tak boleh nak justify sememangnya worth to visit Bhutan dengan cost yang sebanyak tu dan apa Bhutan can offers. Maybe duduk lama sikit boleh explore Bhutan sepenuhnya or maybe kalau dapat rokok masa di Bhutan hari tu aku baru syok sikit la kot........

* kembali pose mengangkang macam Sofea Jane dalam cerita Isteri, Perempuan dan .......  hisap rokok berkepul kepul depan pintu.................. qada !

Oh. Minus part berkemban.

Nanti rajin aku buat entry penuh.

22 comments :

  1. Macam tak best je Bhutan...terlalu banyak peraturan....saya tak suka sangat dikawal...boleh lemas kalau banyak sangat peraturan...

    ReplyDelete
  2. perghhh...sehari usd250...kali ngan 3 hari...usd750...tukar duit RM...gulppp... semua visa agent dari KTM uruskan ke Meng? VOA? atau semua booking ngan visa ko dh buat dari KL?

    FM seketul usd12??...jom la pengsan sama2

    Apapun mmg lawo tempat dia....kagum dan ternganga tgk mt everest tu....

    ReplyDelete
  3. bhutan tempat dock kapal kiamat 2012 tu..
    sebab tu tak boleh gerak sesuka hati.. nanti ko jumpe dock kapal ko kecoh kecoh lak nanti... hehehe..

    ReplyDelete
  4. Ok mahal..

    merenung tabung pili bomba..

    ReplyDelete
  5. cool. sempat divert gak ko ye meng. eh..view everest to cam lagik mabeles jer dr bhutan. hehe.

    ReplyDelete
  6. wallawehhhhhh ko yg baru naik pangkat dan ada increment pun menangisi kemahalan bhutan apetah lagi aku huhuhuhu...

    so kalo bwk rokok letrik atau rokok balut pun xleh ke??? gile menggayakan kehidupan yg sihat org kat sana!

    FM usd12 tu kalo campak tak pecah ke! buat dari ais batu mt everest ke! nyampah!

    ReplyDelete
  7. terbaik!!gambar pun cantik sgt..

    *dok terbayang beberapa keping syiling dlm tabung ayam..owhh!!

    ReplyDelete
  8. meleTOPs trip pembukaan ko tahun ni.

    menanti entry penuh.
    *grab popcorn, air, kuih rokok.

    ReplyDelete
  9. Loh, tak boleh merokok Meng!Mesti mereng tak dapat rokok... apa-apa pun Bhutan memang cantik Meng!

    ReplyDelete
  10. nangis tgk kos T_T
    Bhutan cantik
    dpt tgk everest dgn dekat bonus jugak tuh.
    sy rs nama sy xbermaksud bintang.

    ReplyDelete
  11. Hmmm...berlagak tol negara ni.. Negara eh..? ke negeri ja..? I pon x berapa tahu tentng Bhutan ni.. Pernah dngr nama ja..Ingatkan one of the states in Nepal. Rupa2nya, bukan ya..? Mahal betol nak ke sana.. i think i pass la, x mo p...;)

    ReplyDelete
  12. MKL : tu lah. tapi nak buat cemana. moga moga nanti dia org lebih open...

    nak close door sgt bukannya dpt untung pun.

    HB : kalau nak ke bhutan, kena confirm siap bayar at least 72 jam sebelum tiba. nanti dia buat visa semua dan clearance untuk pegi ke sana...

    aku book thru org kat hotel di KTM.. tak de VOA di Bhutan. tunjuk visa clearance tu je.

    FM dia org banyak gambar raja dan permaisuri mereka. dia org ni respect raja gila gila...

    ReplyDelete
  13. JG : banyak sgt tengok tv ko nih !! tapi betul ke kat vbhutan, aku tgk movie tu tapi x perasan lak.. sebab tak terlintas nak pegi bhutan pung..

    jeaM : mahal jugak la.. macam tak berbaloi. tapi kalau nak pegi, ok jer...

    Agip : sempat ... lagipun aku malas nak trekking di nepal so ada spare berhari hari tak tau nak buat apa...

    view everest tu sama je... laluan yang sama dari KTM ke Paro.. maybe time tu angle lain skit..

    ReplyDelete
  14. Biq : tak pasti la pulak rokok letrik apa semua tu, tapi tobacco semua di haramkan !!! liquor juga begitu. so tak de la org mabuk2 di sana kot.

    FM yang mahal tu tak cantik !!!

    memang tak menyesal tak beli.

    Zilla : insya allah. ada rezeki mana tau nanti nanti dia org lebih open dan tak payah bayar benda bukan bukan tu. so boleh berbackpacking di bhutan.

    hopefully lah.

    NanaT : ini la mega trip aku 2014 kot. lepas ni tak de trip dah. yang ada pun kecik kecik je.

    pegi giant, pegi tesco...

    ReplyDelete
  15. AliP : tu la.. x de rokok boleh biking aku mereng kejap..

    cantik la kot sebab masih dara....

    Ajla : ya.. bonusnya dapat tengok everest la sebab on the way. nak mendaki tu memang tidok la kan..

    silap. najla tu bintang.

    Farikica : negara la bukan negeri.. tapi letaknya sebelah Nepal dan tibet.

    pegi je la tempat lain dulu abiskan. last sekali kalau ada duit lebih baru gi bhutan..

    hiks

    ReplyDelete
  16. Bhutan, festime dgr nama ni nampak sgt lemah geografi. Bentuk muka bumi yg bergunung ganang dan nampak tandus je kurang pembangunan dan kurang maju x nk pegi coz x ada tempat sopping. Puasa meorok eh sib baik 3 hari je klau 3 mggu? Haaaaa minta nyawa heeee

    ReplyDelete
  17. JM : kalau 3 minggu nangis awal2. balik kathmandu mandi air tembakau la jawabnya.. hahahhaa
    x leh gi lama lama.. ni stock stock org tua pegi berehat jer... negara yang feel feel damai sentosa.. ya.. shopping mall memang x der....

    ReplyDelete
  18. bhutan memang dalam wish list sebab rasa cambesh jer, tak ramai org pergi. so ingatkan everything easy, dan murah.... lepas baca entry ni macam nak cancel jer kuikuii... baik g tibet je kan. nyaman2 =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... tak pe boleh KIV dulu Bhutan ni. Tak de apa nak di kejar di sana. lagipun negara dia bagus bab preserve environment so harap kekal lama.

      maybe nanti syart dia tak ketat dan tak perlu pakai agent dah. so murah skit perbelanjaan....

      Delete
  19. Abang Meng, all in inclusive tu termasuk flite tic dr nepal ke bhutan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul.... return ticket lah. bukan one way .. hahaha

      Delete
  20. Kalau nk jimat nak merasa jejak Bhutan, boleh x pergi sehari semlm je? Hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...