Monday, March 11, 2013

10 Langkah Keselamatan Bila Travelling Sorang Sorang

Ramai yang teringin nak travel sorang diri. Mencabar diri sendiri. Tapi tak ramai yang berani pursue. Ada la macam macam hal. Salah satunya faktor adalah takut dan bimbangkan keselamatan di tempat orang.

Betul tu. Tak di nafikan, bila kita travel sesorang diri, kita ni lebih prone kepada bahaya. Kalau pompuan lagi la. Kalau pondan pun belum tentu selamat. Lelaki macho cemana pun, orang kata, kalau nak kena, kena jugak !


Apa apa pun, berikut adalah beberapa langkah keselamatan yang perlu di praktikkan especially bagi yang travel alone. Kalau tak solo pun still kena ambik tau jugak at least sorang daripada ahli group kena peka dengan benda benda macam ni.

1. Research kawasan !

Sebelum pegi satu satu tempat ni, check dulu kawasan bahaya, kawasan black area ( yang selalu dalam zone tak berapa selamat ). Kawasan nightlife. Dan kawasan kawasan terpencil. Dari situ kita boleh budget lah kalau terpaksa nak kena lalu area macam ni pastikan kita ambik precaution tertentu. Begitu juga kalau pilih hotel. Memang nak yang murah, tapi cari la yang area tumpuan. Backpacker's area ataupun kawasan kawasan shopping ker should be OK sebab area macam ni siang malam pun, dah tentu ramai orang.

2. Awasi kawasan gelap.

Paling penting ni sebab kalau kita tak biasa dengan sesuatu area tu, ada part part kita kena lalui kawasan gelap. Kalau perlu avoid. Avoid lah. Kalau kita dah tau awal awal, make sure, kita balik sebelum hari malam. Kalau payah sangat, naik je teksi biar selamat terus sampai ke hotel. Kalau terpaksa menapak dalam gelap. tunggu la kot ada orang lain yang lalu, then buat buat la menumpang. Dalam keadaan takut, jangan buat takut takut sangat, kalau kantoi, masak ! 

3. Hati hati naik public transport.

Kadang kadang, sebudget mana pun kita ni, ada kalanya kena jugak naik teksi ke apa. Dan masa ni memang kena hati hati. Sebab drebar teksi ni pun strangers dan dia orang ni kalau tengok kita ni jenis lain skit. Ada je kang niat tak suci murni yang dia orang simpan. Jadi. Kalau tahan teksi, pastikan teksi tu yang semenggah skit. Tengok orang pun kadang kadang kita boleh tahu orang tu cemana. Trust kita punya first impression la. Lagi satu kalau macam di Indon. Nak naik becak ke apa ker, memang kena lebih hati hati walaupun orang kata, dont judge the book by its cover, tapi kalau muka macam pailang, fikir la dua kali sebelum kita decide nak naik kenderaan dia ke tidak.

4. Mesti Kondifen !

Penting ni. Memang kalau orang cakap perlu up diri sendiri pun tak per. Bila gi travel konfiden level kena tinggi ! Apa yang penting. Kita tak boleh nampak lemah di mata orang. Jangan nampak hilang punca. Jangan nampak weak and so vulnerable sebab takut ada orang take advantage. Kadang kadang kalau travel nak pegi satu satu tempat tu, payah sangat nak bukak peta, aku lebih suka skrin capture map kat phone. Ambik je gambar map dan tempat kita nak pegi tu so bila kita macam buntu, boleh refer kat picture kita ambik tu. Tak de la bukak peta besar besar tepi jalan. 

 5. Travel light.

Senang cerita, tak payah la macam nak pindah rumah kalau travel. Dan satu lagi, kalau keluar dari hotel tu, pepandai la budget duit nak bawak banyak mana. Macam aku, biasanya duit ada dalam wallet tapi kalau currency lain lain tu aku simpan dalam beg dan tinggal kat hotel. At least kalau apa apa jadi, kita ada back up. Tapi kena pastikan hostel tu selamat la. Kalau duduk sorang ke, ada safety box better. Satu lagi kalau travel, wallet aku biasa simpan kat poket depan. Sebab kat belakang agak bimbang. Satu lagi kalau jenis yang pakai beg camera cover dia bukak bukak macam tu je, pasti kan bila kita sendeng tu, cover dia ke belah dalam mengadap badan. Jangan biarkan cover mengadap luar sebab memudahkan orang nak selak dan curik apa je yang ada dalam beg kita ni. Kalau boleh minimize kan jumlah beg lagi better. Lagi banyak beg lagi la chances nak hilang beg, hilang barang etc.

6. Sentiasa alert.

Kalau travel sorang sorang memang tak de orang nak tengokkan diri kita kecuali diri kita sendiri. Avoid tempat tempat yang kita rasa tak selamat. Laluan yang gelap dan macam suram suram. Pastikan kalau kat belakang kita ada jarak yang selamat dan make sure kita tau mana kita nak tuju. Kalau nak ikut jalan jalan short cut pun, pastikan decision tu bukan sebab nak suka suka je tanpa mengambil kira keselamatan diri kita.

7. Simpan information hotel.

Penting ni. Biasanya alamat, peta atau business card hotel. Ini semua bagi memudahkan diri kita juga. Lagi lagi kalau ke tempat yang susah nak berkomunikasi. Biasanya pada access key hotel tu ada semua info. Tapi pastikan kita aware. Pernah sekali masa kat Guangzhou. Hujan lebat. Nak menapak tak jumpa jalan. Jadi tahan teksi. Tapi nak suruh dia hantar ke hotel tak tau macamana. Nasib ada simpan kad akses bilik tu dan drebar teksi tu tolong call kan.

8. Photostat document yang perlu.

OK. Alhamdulillah. So far travel aku tak pernah la berlaku benda benda yang tak di ingini. Mintak di jauhkan. Tapi penting kalau kita simpan copy passport, IC, flight booking etc. Kalau boleh buat few copies dan simpan kat few places. Beg ke wallet ke. Senang kalau jadi apa apa, at least kita still ada back up. Paling senang pun, scan dan send kat email sendiri. Apa apa jadi, kita tau mana nak rujuk.

9. Makan dan Minum di tempat orang.

Benda benda macam ni masing masing pun tau. Kalau jenis kaki minum. Pepandai la menjaga limit. Kalau jenis berhibur, jangan sampai di dadah dadahkan di tempat orang, kang kepala weng sendiri mau ingat la apa jadi lepas tu. Apa yang penting, hati hati dan sentiasa berwaspada. Solat dan berdoa jangan lupa. Mintak di jauhkan semua yang tak di ingini. Sebelum keluar dari hotel tu baca la doa apa apa dengan harapan jauh la kita dari sebarang marabahaya. Doa orang musafir tu kan biasanya mudah di kabulkan.

10. Bagitau keluarga atau kenalan di mana kita berada dan apa kita buat.

Ni aku biasa buat every time aku travel. Pagi pagi bangun, aku akan SMS OR. Bagitau apa plan aku hari ni, mana aku nak pegi, nak buat apa at least dia tahu. Kalau rajin, bagi copy itinerary kita kat sesapa yang kita percaya. Kalau duduk hostel, tak salah rasanya share apa plan kita hari tu dengan orang hostel so at least ada seseorang yang tahu. Bukan susah pun. Kan?

Ada member aku tambah.

'Untuk pompan, sila bawak botol mineral kosong. Senang nak isi air utk basuh kenching. Aku tak lalu nak selet fefetz ngn tisu. Huhu'

Dia yang tulis macam tu, bukan aku sengaja nak mencarut di sini.

* skipping lari masuk semak

Apa apa pun, bila cakap pasal keselamatan, apa yang penting kita kena sentiasa berhati hati. Be it alone or dengan orang lain, bahaya tetap ada.

Kalau nak jadi tu, dah kira kemalangan la nak buat cemana, tapi kalau boleh elak. Elak !  

Selamat travel dengan riang !  Kalau tak riang pun, berlakon je la buat buat riang !

19 comments :

  1. ok noted and many thanks to Meng....

    tp tang kaki minum tu cam pelik jek baca hahahaha....kaki minum air kopi tongkat ali ke Meng??

    ReplyDelete
  2. meng,

    tips yg plg best...suke bt muek confident pdhal dlm ht rase cuak dh..salah naik tren pn hentam jer...pth balik kt tmpt same td..

    ReplyDelete
  3. Blog abam SM memang terbaikkk... tak bosan baca, riki-riki info kat sini.. nak kena prepare.. next vacation alone.. huhuhu...

    ReplyDelete
  4. abam doakan korang berjaya time square gi travel sorang2 !

    * mati la

    ReplyDelete
  5. rasa mcm dh komen pg tadi tp tgk cam xde jek...

    xpe la komen sekali lagik...errr

    ok noted. Very good infos...many thanks to Meng..

    tapi tang kaki minum tu cam lain mcm jek baca hehehe...

    kaki minum air tongkat ali xpe kan Meng? hehehe...


    ReplyDelete
  6. boleh. minum green tea pun okeh.

    hahaha

    ReplyDelete
  7. Tips yg sgt berguna tapi tatau bila leh praktikkan huhu...

    Kalau takut hantu how? Ape tips?

    Nak lebih afdhol bawak botol air airasia tu jer kekeke.. kecik comel sajork.

    And abam meng rasanya kena tmbah untuk gegirls bawak pepper spray kikiki.. walopon...







    ReplyDelete
  8. FJ :
    kalau takut hantu, sila tidur dengan make up hantu, supaya hantu tak jadi nak usik sebab dia ingat member.

    WH :
    selamat beriang ria

    ReplyDelete
  9. terima kasih di atas info.
    travel beramai2 pun masih cuak, apetah lagi bersolo. ohoho

    ReplyDelete
  10. sama2.

    Kata orang uganda utara, the first step is always the hardest...

    ReplyDelete
  11. rasanya sampai bila2 pon tak kan berani travel solo...

    ReplyDelete
  12. nak request ble tak...pasni buat entri...tempat2 yg sesuai utk travel solo for beginner

    ReplyDelete
  13. Meng...aku pun nak request, nak request lagu Pauziah Latip, boleh x? ahakssss....

    ReplyDelete
  14. terbaik la supermeng.. tips yang sangat berguna..

    ReplyDelete
  15. ETK : jgn begitu doremon... usaha tangga kejayaan..

    PM : aci ke nak buat entry cam tu? nanti ler aku fikirkan. pegi Giant secara solo pun ok kot mula2..

    HB : Pauziah Litup nak?

    Lav : welcomey

    ReplyDelete
  16. meng,

    aku pun nak komen jgk pasal tmpt yg sesuai utk solo traveller for beginner..bg aku, xdelah specific tmpt utk mulakan trip solo..skrg ni tepuk dada, tanya hati, sendiri berani or x nak travel solo..klu nk pg makan sorg2 pn rase xblh...guane tu nak travel solo?

    cm contoh meng bagi, pg giant secara solo pun ok jgk klu nak mulakan..bg aku semua tu terletak dgn diri sendiri...kt yg plan, kt yg put risk..tmpt ape yg kt nak pg..karang meng letak travel solo ke lombok utk beginner, tak ke naya..meng selamat pg n balik...alih2 org lain pg, tak selamat plk nk balik...

    sorry klu rase komen ni kasaq skit..kt yg kene pupuk keberanian utk travel solo n kdg2 keadaan yg menjadikan kt terpaksa travel solo...xpyh la nak terikut2 org..

    sorry ye tuan rumah...

    ReplyDelete
  17. aku setuju dgn DATT.

    Tapi kalau nak cuba travel solo, pegi semenanjung dulu. Area yang kita biasa dgn masyarakat, bahasa, tak risau sgt dgn risk etc.

    Then start pulak ke sabah/sarawak. Solo ke kuching/KK shud be OK.

    Then baru keluar skit, ke Indon dulu. Sebab bahasa dan masyarakat lebih kurang sama.

    Bila dah selesa.

    Yes.

    Uganda
    Senegal
    Venezuela.

    U name it... mesti dah OK.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...