Kurang menarik la trip ke Langkawi kalau tak pegi naik cable car.
Logik kot kalau cakap macam tu. Sebabnya? Sebab ianya grand dan boleh di banggakan ! Kena naik dan rasakan sendiri feel dia yang mengujakan ini. Cable car yang juga di kenali sebagai Panorama Langkawi ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat panorama Langkawi dari atas puncak gunung. Tapi tu kalau cuaca cun. Kalau hujan, pegi la berdiri depan cermin dan tengok lobang hidung sendiri !
Cable Car Langkawi terletak berhampiran dengan Pantai Kok kira kira 15 minit je dari airport Langkawi. Tak jauh mana, kalau kentut pun bau tak sempat hilang lagi dah sampai ! Ianya terletak berdekatan dengan Berjaya Langkawi Resort, kalau bawak kereta, pegi je menuju ke situ dan park kereta lalu berjalan la ke dalam kawasan yang di beri nama Oriental Village ni.
Tapi kalau hari hujan, jawabnya, basah kuyup lah. Macam kami tempoh hari.
Machinchang Geoforest Park
Pintu masuk
Cable car
Di bahagian based Cable Car ini terdapat satu Oriental Village yang merupakan kawasan membeli belah yang mempamerkan perkampungan Malaysia serta Timur untuk di nikmati di kaki Gunung Machincang ini.
Ada banyak kedai duty free. Ada tasik untuk berehat. Ada kemudahan awam lain termasuk la restaurants dan tandas.
Tapi, alangkah malangnya nasib aku hari tu, waktu aku ke sini, hujan turun dan angin menderu jadi cable car tidak beroperasi. Maka kita jalan jalan di kawasan bawah ni saja lah.
* berjalan dengan muka hampa
Tasik
Kedai kedai dan restorants
Jambatan
Jambatan merah dengan Japanese Restaurant
Ini restaurant Tun M punya juga
Kawasan persekitaran tasik
Sesuai untuk beriadah
Dan membeli belah
Tetapi !
Jangan bersedih hiba.
Selepas aku korek korek, terjumpa gambar gambar masa aku datang sini tahun 2011 dulu dan berkesempatan naik ke puncak atas menggunakan cable car ini.
Jadi?
Jangan merasa terkilan dan sedih sendu. Ayuh layan gambar gambar ini dulu.
Jambatan merah
Teratai layu di tasik madu
Stesen Base terletak di Kampung Oriental (di kaki bukit banjaran gunung Machincang). Dari asas, pengunjung akan dibawa ke Gunung Machincang melalui Cable Car Langkawi dengan gondola dengan peluang untuk melihat kawasan hutan persekitaran, Telaga Tujuh (Seven Wells) serta laut.
Harga tiket adalah seperti berikut.
Adult RM 30.00, RM 15.00 With MYKAD
Child (2 -12 yrs old) RM 20.00 RM 10.00 With MYKAD
Bergerak !!!
Gondola bergerak menuju puncak
Kelihatan air terjun Telaga Tujuh
Panorama Langkawi
Pergerakan gondola dari base hingga ke station pertengahan
Gondola akan berhenti di station tengah di mana pelawat boleh melihat panorama 360 degree dengan ketinggian 650 meter dari paras laut.
Pheww ! Menarik.
Sekali lagi, layan je la gambar gambar ni sambil ketaq lutut.
View Oriental Village dan Pantai Kok
View dari station pertengahan
Kawasan pergunungan
Pantai Kok dan Telaga Harbour dari puncak
Skybridge
Dari station pertengahan, naik lagi cable car untuk ke station paling atas iaitu di puncak Gunung Machinchang ini.
Station pertengahan tadi
Pandangan ke arah Thailand
Skybridge lagi dari sisi atas
Dari atas skybridge
Bukit bukau gunung ganang
Siap pada tahun 2004. Jambatan gantung ini di bina di atas Gunung Machinchang dan boleh di akses dari station paling atas. Jambatan digantung pada tiang tunggal 82m tinggi dan tergantung kira kira 100 meter di atas tanah.
Pemandangan yang sangat indah di atas hutan dara yang masih terjaga dan tidak tercemar. Dara tu !!!
Skybridge ini adalah sepanjang 125 m. Kalau angin kadang kadang ada rasa bergoyang. Aku ada baca, skybridge ni di kira antara 10th scariest bridge in the world !!!
Bukan la scary sebab ada hantu, tapi sebab gayat dan bergoyang goyang kot.
Mari la bergoyang !
Tapi nak turun dan naik agak mengah jugak ler sebab kena turun bawah sikit melalui anak tangga dari station paling atas.
Waktu paling best nak naik cable ni adalah petang menuju ke senja sebab boleh tengok sunset. Tapi ikut cuaca jugak la. Ni waktu cable car beroperasi.
Monday - Thursday 10:00AM - 07:00PM
Wednesday 12:00PM - 07:00PM
Friday - Sunday, Public & School Holiday 09:30AM - 07:00PM
Di bahagian puncak ada 2 platform kiri dan kanan dan boleh la menapak dari platform sana ke sini. Ada kedai jual minuman dan sebagainya.
Paling best, layan sunset di sini
Station paling atas
Apa yang menarik kat atas ni ada post box dan sesiapa yang nak pos postcard dari ketinggian ini, ada post box khas daripada Pos Malaysia di puncak gunung ini.
OK dah naik jangan lupa turun.
Abis lawatan. Sila turun dengan berhati hati dan bagi yang gayat, sila kembangkan hidung sebab anda baru saja berjaya mencabar diri sendiri untuk naik cable car ini.
Some Facts for Langkawi Cable Car System
- Horizontal distance: 2079m
- Vertical rise: 680m
- Inclined distance: 2158m
- Haul rope diameter: 50mm
- Bull wheel diameter: 6.10m
- Passenger per gondola: 6 persons
- Design speed: 5m/sec
- Operating speed: 3m/sec
- Turn around trip time: 28 minute
- Hourly capacity: 700 passengers/hour
- Number of stations: 3
- Number of in-line towers: 2
- Height of Tower 1: 38m
- Height of Tower 2: 70m
- Longest free span: 950m (between Tower 2 & Middle station)
- Steepest gradient: 42 Degrees
- Construction period: 16 months (April 2001 - August 2002)
- Testing & Commissioning period: 3 months (August 2002 - October 2002)
* sumber google