Thursday, September 27, 2012

Genting Highlands 2012

Idea nak pegi Genting Highland ni dah lama. Teringin benar aku nak pegi ke sana setelah sekian lama tak pegi. Last sekali aku pegi dulu pun tak ingat bila.

Aku teringin nak pegi lagi bawak Hero. Dia pun asyik dok ulang bila nak gi jalan jalan lagi, so I thot Genting Highland may be tempat yang bagus untuk bawak dia plus dia tak pernah sampai lagi.

Aku usulkan pada OR dan dia kata dia pun nak pegi. Last dia pegi masa muda remaja dulu.

So hari yang di nanti telah tiba. Sebab last minit punya decision so nak plan nak bermalam di sana tak jadi sebab hotel semua penuh. Aku check juga di kawasan sekitar Awana Genting pun tak ada.

Jadi tak pe la, fikir baik je kita orang keluar awal pagi dan balik petang. Cukup kot jalan jalan satu hari di sana.

Malam tu aku dah pesan Hero tidur awal awal sebab esok nak bertolak awal pagi.

"Kita nak pegi Genting ke Papa?"
"Haah"
"Genting tu ada apa?"
"Banyak benda la Hero boleh main"
"Boleh mandi mandi tak?"
"Tak tau la Papa. Papa pun dah lama tak pegi, tapi kat atas sana sejuk"
"Ada salji ke Papa?"
"Tak de. Tapi ada rumah salji"
"Ya ke? Best nya..."

Dan dia pun excited terlebih.

Hari yang di nantikan telah tiba. OR bangkit awal siap siap masak konon nak bawak bekal. Yang lambatnya aku. Janji pukul 9 nak bertolak. Tapi pukul 9 aku baru bangkit. Dah bangkit pukul 7 then tanya dia pastu aku sambung tidur balik semula.

Sedar sedar semua orang dah bersiap sedia sedangkan Papa masih lena di ulit intan.

"Papa ni kata nak pegi pagi pagi?"

Salahkan Papa yang tak pandai menjaga waktu. 

Kami terus keluar dan menuju ke Karak, lalu exit Genting Sempah dan on the way tu singgah tepi jalan makan bekalan makanan.

"Kenapa kita berkelah kat sini Papa?"
"Hahahaha"

Berkelah tepi kereta dan makan nasik lemak. Soalan tak perlu di jawab.

Lepas makan aku drive terus sampai ke puncak.


Cuaca berkabus. Cari parking dan kami park di P1. Nasib baik senang jumpa parking.

Park kereta terus menapak ke pintu masuk Outdoor Park. Beli tiket. Harga tiket untuk All Park (In door dan Out door ) Dewasa RM66. Kanak kanak RM45.

Lepas beli tu then kami masuk. Cuaca agak berkabus.


Dan bermula la episod main game tanpa batasan.

First first masuk tu lepas di pasangkan wrist band, kami nampak buaian. Tapi belah kiri tu ada benda baru.

Beryl's Chocolate Wonderland.

Kami masuk. 


Tak de apa pun yang menarik.

Cuma dalam ni dia tunjuk cemana cara pembuatan chocolate dan pastu ada gerai jual chocolate.

Jalan jalan pusing pusing je dalam tu.


Lepas tu kami main buaian. 


Buaian pusing pusing yang laju laju tu. Menarik jugak. Hero tak nak naik, dia takut. Beratur satu round je lepas tu masa dah nak naik tu dia pulak takut. So aku naik dengan OR.

Then kami pegi ke DinosaurLand



Lama jugak la dekat Dinosaurland ni. Hero bukan main lagi suka. Pulak tu, some of these dinosaurs boleh bergerak gerak dan keluarkan bunyi. Beriya dia ambik video dan gambar dengan kamera dia. Siap cakap dinosaur tu macam ada dalam cerita Ultraman yang dia tengok. Kamera IXUS dia abis battery pulak tu, lupa nak charge.

Lama jugak la kami melepak di kawasan tu. 

Layan ni apa yang menarik.



Actually ada sampan boleh pusing pusing dalam Dinosaur land ni, tapi orang ramai jugak beratur, so malas la. Kami jalan kaki je.

Cuaca kejap OK, kejap tak OK.

Pastu Hero dengan OR pegi beli makanan. Aku beratur naik benda alah ni.



Nasib orang tak ramai. Beratur pun tak lama.

Nak gugur jugak la jantung lama tak naik benda ni.

"Papa takut tak?"
"Papa nak pengsan !! Hero nak naik tak? Papa naik sekali lagi"
"Tak nak... dah la Papa ni, nanti jatuh...."

Haha. Padahal dia tak sabar nak bergerak pegi main kat tempat lain.

Makan lepak jap makan makan lepas tu. Barang barang kat atas ni memang berganda mahalnya. Tapi nak buat cemana. Nak tak nak kalau anak mengaruk, bapak pun sama mengaruk.

Beli je lah.

Masalah jugak sebenarnya bagi Hero ni. Sebab dia tinggi ! Semua rides untuk kanak kanak max height 122cm tapi Hero dah 132cm.. So banyak kali bila dia beratur then kena ukur, pastu tak lepas.

Keluar balik dengan muka hampa.


"Papa. Kenapa asyik asyik Hero tak boleh main jer?"
"Tak pe lah. Nanti kita main kat lain"

 Muncung mulut dia tak puas hati. Terpaksa pujuk berkali kali.

Pusing pusing lepak lepak tengok orang. Pastu main tikam tikam la. Tembak tembak la. Dia tak nak tembak, aku lak yang kena tembak. Pulak tu payah, jatuh botol nak jatuh bawah terus. Aku tembak dah kena tapi tak jatuh bawah tak dapat jugak hadiah.

Cheh. Penipuan je.



Layan gambar bunga bungaan je lah.




Pastu nak gi main Cockscrew.


Elok orang tak ramai, tapi bila aku nak beratur tu dia kata closed for maintenance pulak sejam. Malas la nak tunggu. 

Duduk je la lepak tengok orang turun naik menjerit jerit. Frust jugak sebab aku dah aim nak naik benda alah ni. 


Pusing pusing lagi jalan jalan di kawasan outdoor park tu.

Cuaca kejap berkabus, kejap cerah, pastu berkabus balik. Nak kata sejuk tak de la sejuk sangat.  

Kita orang lepak lepak tunggu je Hero main.

"Papa.. seronok la Papa kat sini !!!"
"Main je lah"
"Esok kita datang lagi ke Papa?"
"Mana boleh"
"Kita tak tidur hotel ke Papa?"
"Tak.. Hotel penuh"
"Ala.. tak seronok la Papa"

Banyak la dia punya seronok.

First World Hotel

Highlands Hotel

Pastu lepak lepak sampai hari pun dah nak malam.



Ingat nak naik flying coaster ni tapi orang ramai walaupun hari dah nak malam. Tapi tak pe lah, aku pernah naik dulu. Memang best gak ride ni sebab kita macam terbang jer.



Kami lepak kat kedai kat luar tu makan nasi lemak dan bihun. Hero sibuk nak snow cap. Macam la ada salji pun. Tapi menjelang petang, cuaca dah makin sejuk. Memang sejuk la.  

Dah start vain dengan snow cap dan sarung tangan Ben 10


Banyak jalan kat outdoor park lepas tu di tutup sebab ada show di Arena All Star. So laluan artis artis yang buat persembahan tu nak lalu dengan kereta dan entourage dia orang. Show Cina pak guard tu cakap.

So kami decided nak masuk dalam ke in door park pulak. Cuaca pun dah gelap. Hero pun dah kemaruk sibuk tanya bila nak pegi kat tempat game.

Layan gambar kat indoor park.


Hero seronok sebab dia boleh main bumper car yang untuk dewasa ni. Yang budak kecik tadi dia tak boleh nak naik.

Berkali kali dia pegi naik. Nasib la orang tak ramai so senang je, sekali beratur je dah boleh naik ride ni.

Layan gambar dalam indoor park je lah. Kita orang tak utilize sangat tiket All Park tu. Macam rugi sikit la sebenarnya.






"Papa. Hati Hero ni tak puas lagi"
"Kenapa?"
"Hero nak main game"
"Sabar lah. Nanti la pegi satu satu"

Tapi aku ni nak gi SnowWorld sebenarnya.


Tapi SnowWorld ni kena beli tiket lain. Tak masuk dalam All Park tu. Lagi satu tak boleh bawak kamera. So macam tak best je. Cakap dengan OR, then kita orang decide tak payah masuk la. Lagi pun dah malam. Hero pun dah asyik bising nak gi tempat game tak abis abis.

So tempat terakhir kami pegi adalah tempat video game ni semua.




Kusyuk dia main video game dalam tu sampai abis token RM20. Tu pun tak puas hati lagi. Malas nak tunggu dah. Merajuk dia.

Kami berjalan sampai ke kereta, then sampai kereta baru realized hp OR ilang. Tak tau kat mana. Pusing cari cari tak jumpa.

"Memang dah nak ilang kat sini la Yang. Beli lain je la"
"Ala................."

Pun nak merajuk. Padahal telefon dia tu sezaman dengan dinosaur tu dah.

Ingat aku doremon ke buleh ting ting bagi semua benda yang orang hendak?

Turun dari Genting, masing masing keletihan.

"Papa esok kita datang lagi tak tempat ni?"
"Tak"
"Hmm tak seronok lah Papa ni"
"Tidur !"

Tak mendapat layanan yang setimpal akhirnya dia ketiduran. 

Baru dia tahu rasa letih.

Balik rumah aku pun pengsan tak sedar apa. 

Papa pun letih juga.

9 comments:

Danny / John said...

dah lama aku tak mai genting tu. ade 1 tahun tu aku naik sana sampai 8kali. tp bukan semuanya pegi main dlm theme parks tu. ade dtg konsert, dtg new year, dtg makan je. hahaha.

budak2 tetap nk main arcade tu, aku pn x fhm nape. hahah

f i d a j a c o b said...

Hahahahah. Best! Dah lama tak pergi. Last pergi mase skoka menengah. Ya ampon. Mcm best je perangai hero tu. Hahahaa i loike.

Biqque said...

huyuh last gi genting bila tah, family day aku kot. bosan yakmats sume benda kena beratur, tu benci gi masa cuti skolah tu!

aku suka solero shot tu. masa beratur dah menyumpah2 sbb cari pasal menakutkan diri sendri. skali naik, umphhhhhh mmg gugur jantung. hahaha! tapi aku suka cockscrew, berdoa je tak terpelanting jatuh gaung...ish!

best gile kot ride cam superman tu! aku naik, tapi tempat letak dagu tu busuk hahahaha!

sian hero berada dlm ketinggian separa dewasa. hahaha! ikut apaknyer la tu tinggiiiii...tapi jeles sbb kecik2 dah ada baju HRC osaka! cis!

kat indoor tu, kitorang belasa je sume ride sbb geram gile tiket mahai hahaha! yg bodo jalan slow2 cam siput pun naik gak. amik! snowworld tu pun aku masuk teman anak2 sedara, then amik gambar dari luar cermin, sebijik cam binatang dlm akuarium hahaha!

hp dinasour? haipppp! hp aku pun sama tauuuu!

pB said...

mahal jugak tiket tu ...

family pB sahaja dah ada 5 org dewasa. Itu dah RM330. Fuyoooo

Supermeng Malaya said...

happening x snow world tu?? maksudnya dah lama la benda alah tu situ?

ntah ntah snow pun snow basi

Supermeng Malaya said...

pB.... ambik outdoor je... indoor tak payah ambik. bak kata biqque.. dlm tu semua ride ride siput sedut jer

jalan kaki lagi laju

Danny / John said...

ko tanya sape psl snow world tu??? aku penah pegi time aku SPM. haaaa...dah lama la tu. bese2 jela. tp suhu dlm tu adalah negatif x silap.

f i d a j a c o b said...

cucuk bintang. danny nye gambar. ahakss.

Biqque said...

happening utk bebudak la. tapi if tak biasa, diorang tak reti bernapas dlm tu. jenuh gak aku jadi maid utk 8 org budak! kejap2 kena pi blajar breathing kat tempat masuk. tapi utk org dewasa, best la kalo nak main lempar2 ais kat muka ke, letak ais dlm suar sejuk bontot ke, mmg jenuh la lari, TAPI lari2 pun kat situ jugak! hahaha! ada satu tube pendek, bleh la naik gelongsor, patu gagah naik balik, gelongsor lagi. snow tu sesekali akan turun dari langit siling la hahaha! tapi tak brani nak nganga, tah apa ada dlm tu tah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...