Monday, September 3, 2012

Salam Terakhir

Semalam kami GBS dikejutkan dengan berita pemergian Ayahanda IH yang telah kembali ke rahmatullah.

Masa IH SMS, aku kat Genting. Phone tak kedengaran so aku tak perasan. Lepas tu baru la BW called. Aku angkat dan BW bagitau pasal berita ayah IH. Terkejut jugak sebab malam sebelumnya aku dok borak dengan IH. Tak de pulak dia cerita ayah dia sakit teruk. Tapi memang tau la kondisi Ayah IH tak berapa sihat. Hari tu ayah IH ada datang KL dan IH bawak ke IJN. Sepatutnya lepas raya ni kena buat operation, tapi Doktor kata macam chances tu tak berapa kuat, so ayah IH pun macam tawar hati nak buat. Lagipun beliau dah pun mencecah 70 tahun.

Bila BW telefon, aku baru baca SMS IH tu.

'Ayah aku dah takde. Al fatihah to my father. Doakan dia ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman'

Then aku text dia, suruh dia banyak bersabar dan mintak info pasal waktu kebumi.

'Tq. Arwah pergi dengan tenang kat hospital. Aku balik awal pagi tadi. Satu family sempat tengok sebelum arwah meninggal. tak sure kebumi malam ni ke esok. Missed him already :-('

Kesian IH. Mesti sedih. 

Pastu BW pun telefon. CP pun called. Dung dang dung dang... 

Terpaksa fokus nak settle hal ni dulu. Citer kat OR dulu dan dia pun tunggu kasik chance aku settlekan semua hal ni. Then dapat SMS dari IH terus aku shoot SMS kat GBS bagitau, esok kami semua sepakat akan melawat IH di kampung halamannya.

Pagi tadi awal awal pagi lepas sarapan dan minum kopi dengan OR aku pun keluar. Dah janji dengan MH ambik aku jam 7 pagi. Then kami pegi ambik BW dan terus ke Santorini Temerloh.

Perjalanan OK lah. Lepas tol gombak, kami tunggu CP muncul dengan awek baru dia tu. Dah tak baru la kot kan? Hahahah.

So kami convoi 2 kereta ke sana. Lepas tol Temerloh singgah breakfast dulu sambil text IH. IH bagi direction dan lepas mengisi perut kami terus ke kampung IH. Aku ingat ingat lupa jalan ke sana padahal dah 2 kali pegi singgah.

Akhirnya sampai lewat jam 10 pagi. Masa tu IH tengah mandikan jenazah so kita orang lepak kat luar. BW dengan awek CP pose pose kat dapur dengan kaum wanita.

Borak borak sampai la mayat di kafankan semua then IH baru jumpa IH. Dia busy kan tak pe. Then kami sama sama solat Jenazah bersama orang kampung.

Menurut cerita IH. Ayahanda dia mengadu sakit perut dan minta di hantarkan ke hospital. Selama ni IH pun cerita ayah dia memang culas nak pegi hospital. Tapi malam tu dia nak pegi jugak. Dalam pukul 1 pagi macam tu. Then dapat berita tu, IH terus shoot balik kampung pukul 2 pagi. 

Ayah dia meninggal  selepas support system dah tak dapat menyokong dan arwah menjadi bertambah lemah lalu menghembuskan nafas terakhir lebih kurang pukul 8.50 malam. Menurut keluarga IH, arwah banyak makan dua tiga hari ni, dan waktu bulan Ramadhan hari tu arwah sibuk mengerjakan solat ganti dan solat malam setiap masa. 

Mungkin macam dah tahu Ramadhan kali ni Ramadhan terakhir kan?

So lepas tu kita orang ke kubur di Kampung IH. Yang nak jadi hal nya. IH naik van jenazah. Kita orang bertiga follow dengan kereta. Pastu dok borak borak.

"Eh.. apsal kita je folllow ni. Orang lain tak pegi kubur ke?"

Rupa rupanya... kubur tu jalan sempit nak masuk. Memang susah nak bawak kereta. Orang lain semua naik motosikal ikut jalan lain. Dah kita orang stuck kat situ sekejap. Nasib baik la lepas tu OK.

Upacara pengkebumian semua berjalan lancar. IH dengan adik beradik dia yang menurunkan jenazah ke liang lahat dan selepas bacaan Talkin selesai semuanya beredar.


Sedih tengok muka IH. Tapi aku tau dia kuat. Adik beradik dia nampak la yang menangis, tapi Mak IH tabah betul. Dia cool je.. Mungkin ni yang terbaik kot. Dia je yang faham penderitaan ayah IH semenjak di sahkan mengidap penyakit jantung sebelum ni.

Eh. Macam skima je aku menulis. Korang beremosi sama kah?

* hulur tisu Premier kat semua orang.

Kesat air mata dengan hingus tu !

Then lepas selesai tu, kami tak tau jalan nak balik so IH naik kereta dengan kita orang. Kereta dah bergerak sikit tu baru la IH bukak cerita, dia kata ada orang ternama yang telah di kuburkan di tanah perkuburan yang sama dengan ayah IH ni.

"Apa?? Kenapa tak cakap?"

Macam tu reaksi kita orang. 

Dah la jalan sempit, lepas tu konon nak mengundur balik kereta. MH yang drive. Lawak betul.  Pastu elok undur nak sampai kat kubur tu semula ada pulak kereta kat belakang nak lalu.

Nak tak nak terpaksa jalan dan pusing balik semula.

Sampai, turun dan kami pun mula meriki yang mana satu kubur orang terkenal ni sebab IH pun tak sure mana satu.

Cari satu persatu, siap google image lagi.

"Hah... kubur dia macam ni. Cari la"

Sebab kubur dia biasa biasa je, tak de beza sangat dengan kubur kubur yang lain. 

Akhirnya kami temui.



Yes. 

Kubur Sudirman Haji Arshad.

Terus tetiba rasa nak nyanyi lagu tanggal 31.... hiks.

Duk lepak jap, sedekah apa yang patut, siap kita orang bawak air mineral dan siram di kubur arwah. Al Fatihah. Semoga ruh Arwah Sudirman dan Arwah Ayah IH di tempatkan bersama sama dengan orang orang yang beriman.

Amin. Al Fatihah.

Semoga IH tabah dan banyak bersabar menempuh dugaan dan rasa kehilangan ini.



Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

4 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...