Tuesday, September 25, 2012

Europe 12 - Post Travel Entry

Penerbangan dari London ke Kuala Lumpur mengambil masa 13 jam.

Tak de apa aku boleh buat selain daripada bermalas malasan dan melayan perasaan sendiri.


Perjalanan mencari bulan dan bintang sering ada di tengah tengah gugusan cinta. Bila si angin menghembus bayunya, ditempelek aku dengan persoalan demi persoalan.

Sudahkah kamu rasakan erti bahagia?

Apa tulikah matamu wahai angin? aku ini bukankah dalam kelopak warna cinta? mana mungkin aku tidak rasakan bahagia?

Sambil mengulit lorong selingkuh cinta, aku mengacu tajamnya kata pada angin lena.

Kini kau pulang dengan rasa baru. kau tinggalkan bius selesa Kota London dan Paris, katamu di sana itu adanya damai sedang disini fikiranmu kusut

Aku mencari damai? dalam diri bersama semangat aku sudah ketemui, yang tinggal hanya pengertian.

Di sana aku gambarkan cinta penuh dengan warna. Segarnya buatkan aku dalam leka dan lena, anginnya buatkan aku terlupa pada jalanan hidup, hiruk pikuknya sering menukar rona suka dan duka.

Kota ini buatkan jiwa ini kacau dan resah. Mungkinkah kedamaian kan datang mencecah. Nyamannya ada, panas dan sejuk bersilih ganti namun setianya cuaca pada alam mengajarkan aku apa itu gugusan cinta.

Yang lalu telah rebah, cinta disulam punah sudah, di telah rakusnya keegoan. Aku mencari cari apa itu cinta hingga utusan pilu kulayangkan buat si cinta.

Angin petang, aku benar kecapi bahagia kini. Aku tak mahu lagi berpisah ribuan batu, aku mahu cinta yang ada sentiasa mekar tanpa ada celanya.

Angin petang, semalam sudah aku kuburkan. Masihkah kau ingat betapa buntunya aku? Mencari dan mengenali rasa cinta yang terikat akhirnya karam dan tenggelam?

Bulan tertawa dengan keluhan hati. Bintang mengekek sambil terkerdip kerdip.

Mari doakan aku terus bahagia. Aku tak peduli siapa pun cemburu, aku nyahkan terus angin buntu yang hadir dalam jiwa mereka nan kalut. Permata yang dihadiahkan Illahi padaku jawapan akhir dalam pencarian kebahagiaan hidup. Usah kau kekekkan semalamku, usah kau tawakan aku.

Aku menerawang kisah lalu, di rimbun usang Kota Inggeris. Kelihatan hanya ada samar samar, menari dan mencari fokus yang hilang. Gelak tawa hanya sendiri, mencari menumpang kasih tatkala jauh dari semuanya buatkan aku tewas bersama hukum karma.

Pengalaman ini mendewasakan, aku hanya mahu kenali diri yang kini walau hati meronta mahu pulang kembali.

Hari ini aku izinkan kau untuk kembali ke tapak jajahan. Kalau suratannya aku harus turut ke sana, sepanjang hayat aku pasti menemanimu.

Ah ! Indahnya bermonolog dengan angin seberang.

Aku sudah persiapkan diri, aku mahu kembali lagi ke sana membawa cinta yang abadi. Aku tak sunyi lagi, dimamah gelisah. Aku rindukan kamu kota Inggeris, aku rebah dalam rangkulan cintamu.

Bulan dan bintang sering nantikan aku dengan jarak lebih hampir. Bila ku tatap wajah sang bulan, terbayang sinaran yang menerangi alam gelitaku.

Dengan izinmu Illahi, aku mahu kembali ke sana menyulam rasa cinta dengan mu.

Maka bulan, bintang dan angin tersenyum melihat tanaman cita citaku.

Aku masih perlu merangka benteng utuhnya kesempurnaan hidupku. Masih banyak yang menanti di tanah sendiri. Dan aku perlu pulang untuk selesaikan setiap problema dalam hidup dan diri.

Terima kasih kota London dan Kota Paris

Terima kasih kerana menemani ku.... Bersama bumbung langit dan angin segar mu...



Les feuilles mortes se ramassent à la pelle
Tu vois, je n'ai pas oublié
Les feuilles mortes se ramassent à la pelle
Les souvenirs et les regrets aussi.

Et le vent du Nord les emporte,
Dans la nuit froide de l'oubli.
Tu vois je n'ai pas oublié,
La chanson que tu me chantais...

C'est une chanson qui nous ressemble,
Toi tu m'aimais, moi je t'aimais
Et nous vivions, tous deux ensemble,
Toi qui m'aimais, moi qui t'aimais.

Mais la vie sépare ceux qui s'aiment,
Tout doucement, sans faire de bruit
Et la mer efface sur le sable
Les pas des amants désunis.

Tetiba aku terjaga.

"Ah... mimpi???? Dammit !!!"

Apakah angin petang dari kota seberang hanya dalam ilusi? Cuma mainan mimpi untuk terjadi lagi?

TAMAT

Dah ! Apa kau orang tercegat kat situ tu??

Tepuk tangan !!!

11 comments :

  1. fuhhhh igtkan salah masok blog... supermeng dah bertukar shakespeares.. rupanya mimpi...lega..

    ReplyDelete
  2. Clap clap clapppp... uolssss! Hahaha mimpi kah iols ini

    ReplyDelete
  3. pehh meng monolog.

    sedap. puitis. mendalam. bravo

    ReplyDelete
  4. mendalam kan??

    mendalam sampai tak faham. aku pun tak tau apa benda tu

    ReplyDelete
  5. * hulur kain buruk kat FJ

    tepuk sampai berdarah tangan

    ReplyDelete
  6. lahhh..tamat ke dah???
    best je dgr abg meng bpuitissss

    ReplyDelete
  7. tp cam tergantung jek citer ni...apa jadik ngan LL4? apa berlaku lepas tido dalam kemarahan? apa jadi pagi esoknya? ishhh.....

    ReplyDelete
  8. lelaki yg penuh drama. itukah abg meng? anda pasti? syahdu. haha

    ReplyDelete
  9. *tepuk tangan sambil jeling tepi dan sengetkan mulut*

    duhhhhh...

    ReplyDelete
  10. so dah abih la ni??? sure??? ko jgn bosankan hari2ku wahai meng...tlg la buat travelog cinta lagi...TOLONG LA...walaupun benar belaka, ko kata ko tipu pun takpe, kami terima...

    hahaha!

    *peminat yg kebasahan disimbah air namun tetep teguh berdiri tidak berganjak*

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...