Friday, September 28, 2012

Bila Kena Tinggal Kapal Terbang

Perkara yang ditakuti oleh orang yang nak naik kapal terbang adalah kena tinggal dek kapal terbang. Betul tak?

Aku ada short trip ke JB. Pasal keje. Kena pegi dengan IG. Dah siap kat airport aku call dia.

Dia kata dia lewat sikit. Ada orang datang betulkan paip rumah dia. Dan kelewatan dia membuatkan aku tertunggu tunggu. Dan aku terus menunggu dia tak sampai sampai.

Bila dia muncul, kami nak check in.

"Sorry Encik, Flight dah boarding. Pintu dah tutup"

Argh !

Nak cakap apa? Nak marah tak guna. Kerengsaan bertimbunan jadinya. Aku nak fight jugak memula, tapi ada ada couple ni dia pun missed flight tu jugak, dan dia orang dengan muka senyum je back off, so takkan aku nak over.

Sudahnya?

"Jom la beb. Duk luar hisap rokok!"

IG rasa bersalah. Aku pun menyirap jugak, tapi nak marah dia macam tak de gunanya. Kapal terbang dah tinggal. Dengan doa dan harapan, aku tak naik kapal terbang tu sebab ianya akan meletup !

Hahaha. Fikir cemana nak nak attend meeting pagi esok. Nak ambik flight lepas tu dah penuh.

Puas fikir dengan IG. Nak drive atau macamana. Atau tak perlu langsung ke JB ?

"Kita pegi  tengok kot ada tiket bas?"

IG setuju saja. Nak drive malas. Kalau drive confirm tiket balik pun burn.

Adik ipar IG yang datang ambik kami kat LCCT dan hantar ke BTS. Sampai je aku riki tiket, nasib baik ada dan kami terus masuk dalam perut bas.

Ya. Aku sendiri dah lama tak naik bas. Sapa sangka, tetiba malam tu, aku naik bas. Penat sangat aku tidur tak sedar apa dalam bas. Tapi perasan macam dalam bas banyak nyamuk !

Sedar sedar, dah nak sampai.

Sampai JB, naik cab terus ke Thistle Hotel, JB.

Dulu hotel HYATT (Hotel Yang Anda Terbau Tahik). Now, Thistle dah ambik alih, rupa paras dah berubah, tapi interior design dia lebih menarik kali ni. Hotel tu dah di refurbished. Dah tak de bau tahik.

Kami kelaparan sebab bas tak berhenti, tahan lapar. Sampai hotel hajat nak merayau kawasan sekitar, hampeh. Tak de kedai makan, last sekali nampak orang jual burger. Hujan pulak tu, lari balik hotel kebasahan. Dah pukul 3 pagi dah.

Sampai bilik terus ketiduran terbongkang.

Maka bermula lah, aktiviti berbalas pantun subuh subuh hari, aku dengan IG. Lawan berdengkur ! Aku jual pantun dan dia beli dengan senang hati.

Ada geng.




Bangkit pagi, abang gagal berak di hotel 5 bintang ! Perut tak best.

Pastu mula rasa asyik nak kentut je.

Aku kejut IG dan kami pegi breakfast. Makanan biasa je.

Tapi lepas tu mula jalan setapak, rasa nak kentut, selangkah lagi, kentut lagi !

Lepas breakfast, terus kami check out. Pegi meeting.







Abis meeting petang then terus off ke Senai airport.

Takut ketinggalan kapal terbang lagi.


4 comments :

  1. waaa,i pn pnh kne tinggal kapal pg saigon..rasa nk telan2 je org yg bikin onar

    ReplyDelete
  2. makan sambil baca blog ni ada risiko dia....sekali terbaca bab kentut berak mmg buat putus selera...so moral dia jgn makan sambil membaca.... wakakakakakaka...

    ReplyDelete
  3. meletop?? kejammmm hahahaha!

    kira korang sedar sesama sendri denkur ke? wah hebat tu! hahaha! saling tuduh menuduh sambil berpantun!

    ala tak best la tak berak...pas bekfast takkan tak berak weh? hahahaha!

    ReplyDelete
  4. kena minum kopi.. baru berak tahik cantik cantik...

    * taxi !

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...