Sunday, September 23, 2012

Europe 10 - Confession of Shoppaholic

Pagi tu aku bangkit dari tidur, LL4 dah tak de kat katil sebelah. Mana dia pegi? Dia buat aku tertanya tanya. Tengok beg dia ada lagi. Aku bangun check kat bilik air, tak de orang.

Dia merajuk lagi ke? Mati la aku sehelai sepinggang kat sini.. Tengok beg dia ada lagi...

Fuh. Fuh. Fuh.

Aku syak mesti dia turun bawah breakfast ke apa. Ke pegi surf internet kat bawah? Sewel ke apa dia ni, mati agaknya kalau tak dapat surf internet. Tengok MacBook dia tak de.

Sah !

Lega.

Terus sambung tido seround lagi pastu terjaga.

Aku pun tak ambik port dah. Duduk bermalas malasan dalam bilik. Bukak tingkap.. arghh angin sejuk mula menusuk ke kalbu. Layan rokok lagi best. Nampak orang bilik belakang pun duduk kat tingkap layan rokok jugak.

Best hisap rokok time sejuk sejuk.

Merokok membahayakan kesihatan. Iklan Kementerian Kesihatan Malaysia !

Tapi abang kat London. Merokok ada gaya, mutu dan keunggulan ! Hisaplah rokok Bukit Dun !

Tiba tiba telefon aku berdering.

"Abang ! Cepat siap"
"Nak gi mana?"
"Kita nak gi Factory Outlet"
"Kat mana?"
"Kat Bicester Village"
"Naik apa?"
"Sewa kereta"
"Huh?"
"Cepat lah abang siap. Baby nak naik dah ni"

Aku tak mandi apa lagi. Terus kocoh kocoh masuk toilet. Perut ada sedikit sakit. Macam nak terberak tapi tak berapa nak keluar. Uk Uk.. haram dia nak memunculkan diri.

Lantak kau lah, tak nak keluar sudah ! Membusuk lah kau orang di situ !

* mati la marahkan tahik sendiri.

Pastu aku siap mandi then dia bukak pintu.

"Baby tau jalan ke?"
"Ada kawan baby bawak"
"Kawan mana?"
"Kawan jumpa kat Stockholm hari tu. Dia kata dia boleh bawak"
"Abis tu kereta?"
"Baby dah call. Sewa kereta kat airport. Kita kena pegi airport sekarang"

Aku pun siap siap pakai baju.

"Berapa sewa kereta ni?"

Aku dah check sebelum pergi, sewa kereta memang tak advisable sebab mahal. Tapi kalau nak keluar dari London City terpaksa lah.

"50 Pound je"

Aku diam. Siap semua kemas beg dan kami turun.

Memang plan dah pun. Malam nanti kami akan menginap di Malaysian Hall. Kat sana murah sikit. Walaupun bukan duit aku, tapi aku rasa aku bertanggung jawab dengan duit duit LL4 ni sebab kalau ikutkan dia ni, memang duit tu keluar macam air lah. Aku tak nak lah, dia dah lah sponsor aku ke sini pastu nanti dia bising duit tak cukup lah apa lah. Tu pun beberapa kali dia merungut buat aku rasa bersalah je. Macam aku lak yang habiskan duit dia.

Aku tak suka orang komplen komplen depan aku. Buat aku rasa tak sedap hati.

Kami tinggal beg kat bawah lobby Berjaya Eden Park tu. Kami janji akan balik lewat sikit cuma tinggal je la beg kat situ. Orang hotel tu OK je. Dia pun letak je beg aku kat situ. Bukan dia kisah sangat rasanya.

Kami keluar dan terus ambik train dari Bayswater Station terus ke Earl's Court. Dari situ naik Picadilly Line dan terus ke Heathrow.

LL4 jalan laju tak sabar sabar. Aku masih mengantuk dan keadaan kaki masih sengal sengal ikut je lah dia berjalan menonong nonong.

"Mana kawan baby?"
"Dia tunggu kat airport dah"

Kami terus ke Terminal 1, Heathrow kat situ ada banyak counter untuk sewa kereta. Ambik bas yang di sediakan di situ dan kami di bawa ke bahagian Terminal 5 tempat kereta sewa. Aku sempat lah jumpa kawan yang di katakan oleh LL4 tu. Mereka jumpa masa kat Stockholm hari tu dan mamat tu memang duduk London.

OK jugak mamat tu. Aku rasa dia pun boring duduk London tu kot tu yang dia setuju nak teman LL4 dan aku ke Factory Outlet Store tu.

Menunggu nak dapat kereta memang lama gila.

Aku duduk melangut hisap rokok dengan mamat tu. Dia OK lah, boleh di ajak berbual. Dia buat PHD kat sana.

Dari area Terminal 5 tu kira belah belakang Heathrow tu ternampak la pesawat MAS. Hah. Mesti pukul 12 tengahari nanti flight balik KL. Flight aku besok. Masa tu dah pukul 11 pagi dah flight tu docking untuk ambik penumpang. Bangga sekejap nampak pesawat MAS kat situ.


Borak punya borak dengan mamat tu akhirnya LL4 keluar.

Dapat kereta.

Aku mengikut je.

"Keta ni ke baby sewa?"
"Haah"

Dia sengeh.

Aku ambik kertas kat tangan dia.

"100 Pound? Baby gila ke apa?"
"Baby upgrade"
"Kenapa?"
"Saja"

Aku angin. Stress lah aku ni. Dia sewa Mercedes E Class ! Hilang akal ke apa dia ni?



"Baby ni kenapa?"
"Alah tak pe lah"

Then aku diam je. Dalam hati ni nak marah ni. Pastu aku baru teringat. LL4 ni memang lah suka bermegah megah dan tunjuk best. Mesti dia nak tunjuk kat mamat tu yang dia sewa Mercedes kat London. Nanti mamat tu akan bercerita lah dekat kawan kawan dia yang lain. Lantak dia orang lah. Aku malas layan. Malas nak masuk campur. Bukan duit aku pun.

Aku duduk belakang. LL4 drive. Mamat tu duduk depan sebab dia tahu jalan.

Lama jugak duduk kat parking dalam kereta tu.

"Kenapa?"

Aku tanya dia. Lama sangat kereta tak bergerak gerak.

"Handbrake dia tak jumpa"

Kann ! Nak tergelak pun ada. Nak keji pun sama banyak. Tu lah nak berlagak sangat. Handbrake pun tak jumpa.

"Kat belah kanan. Bawah. Tarik !"

Aku bagi arahan. Dia pun tarik. Baru lah kereta mula bergerak perlahan.

"Mana abang tahu drive kereta ni?"

Sibuk la dia tak puas hati kalau aku cakap aku reti. Memang aku pernah drive Mercedes E Class tu ex boss aku punya dulu. Tapi takkan lah aku nak bagitau dia. Aku diam je lah.

Kereta Merc tu ada lah GPS tapi GPS dia macam lahanat. Mamat tu pun sebenarnya buta jalan. Dia tak tahu sangat. LL4 lagi la hampeh. Last sekali berpusing pusing sesat. Dok ikut GPS tu. Tapi sebenarnya GPS tu betul aku rasa, dia orang tu je tak ikut arahan dengan betul.

Perjalanan kami meninggalkan Lapangan Terbang Heathrow menuju ke arah barat Kota London.

Sepanjang perjalanan aku duduk je kat belakang. Sesekali aku dengar LL4 berborak dengan Mamat tu. Memang lah LL4 ni tak nak kalah. Kalau dia cerita pasal dia semua yang best best. Aku diam je lah, nak kena basuh dengan aku nanti. Menipu kuat !










Tapi takkan lah aku nak buka pekung di dada. Mamat tu pun aku tak kenal.

Perjalanan melepasi tanah lapang menghijau sayup mata memandang. Sesekali aku terlelap dek kerana kebosanan. Tak de apa yang menarik pun sepanjang jalan.

Lebih kurang sejam perjalanan, kami akhirnya sampai ke Bicester Village. Tempat yang terkenal untuk shopping sebab banyak factory outlet stores kat situ.

Park kereta, LL4 tak sabar sabar dah ni. Cepat je dia meluru. Tapi sekerat jalan dia tunggu aku dengan mamat tu.

"Pegi lah"

Aku cakap kat dia.

Masa tu aku tengok dia dah buntang mata. Melilau lilau tak tahu mana satu kedai dia nak pegi. Nak tergelak aku sekali lagi, dia masuk kedai ni pastu keluar, pastu masuk kedai lain. Mabuk sungguh !

Satu kedai pun tak menarik perhatian aku. Aku just jalan dan tengok tengok dari luar je sambil borak borak dengan Mamat tu.




"Siti Nurhaliza datang hari tu shopping kat sini"

Dia bagitau aku.

"Oh"

Aku angguk.

"Mawi buat Mawi Di London kat Astro dulu tu pun kat sini. Ramai artis datang sini"
"Oh"

Aku angguk. Dalam hati.. Mawi? Siapa Mawi?? Hahaha

Dan mamat tu bukan lah kaki shopping dan dia bagitau dia banyak kali datang dah sampai dah muak nak masuk kedai kedai tu.

"Abang ! Abang !"

Tetiba LL4 menjerit panggil aku.

Aku pergi dekat dia.

"Kenapa?"
"Best nya abang. Baby gembira ! Baby gembira!"

Terus je meluru masuk kedai lain. Aku tengok dia macam orang gila. Macam tak tahu mana satu kedai nak masuk. Mana satu barang nak cari.

Aku jalan je lah melepasi kedai kedai tu. Ada lebih kurang 50 kedai di kiri kanan kawasan Bicester Village tu. Aku cuma masuk kedai Clarks tengok kasut. Then Timberland saja tengok tengok. Tak de apa yang menarik sangat pun. Murah memang lah murah. Tapi abang kan miskin hina. LL4 aku dah tak tahu ke mana.

Aku biarkan je lah dia. Biar dia shopping ikut suka dia. Biar dia puas !

Pastu aku terserempak dengan dia. Dia masuk kedai perfume.

Dia panggil aku ikut je lah.

"Abang sedap tak bau ni?"
"Hmm baby kan dah banyak perfume?"
"Ala.. tak pe lah. Baby nak perfume ni, Dah lama baby cari. Orang semua cakap ni bau signature baby"

Bau signature lah sangat.

Hapa hapa je lah. Aku biarkan je.

Last sekali aku nampak dia borong 5 perfumes kat situ. Aku buat bodo je lah.

Then aku keluar. Jalan lagi sampai ke penghujung. Nampak kerusi, aku duduk lepak dengan Mamat tu. Mamat tu baik hati lah dia belanja aku Starbuck. Aku minum Hot Chocolate. Cuaca sejuk sejuk macam ni kena Hot Chocolate sambil layan rokok memang best.

Ada cafe cafe jugak di antara kedai kedai tu. Agak ramai orang. Dan orang paling ramai aku rasa orang Malaysia.

Apakah orang Malaysia ni memang gila shopping?

Memang boleh kenal lah. Makcik makcik then student student merata merayau kat situ. Tak de sesiapa yang tegur kami pun atau mungkin buat buat tak perasan sebab tengah gila nak shopping !




Lepak la aku kat bangku hujung tu dengan mamat tu then tak lama lepas tu LL4 muncul.

"Hah. Dah beli ke?"
"Tak de yang menarik lah"

Dia tak puas hati. Dia bagi beg perfume yang dia beli tu kat aku dan aku bawak.

"OK lah. Dah abis kedai kan? Kita orang jalan tunggu kat kereta OK?"

Aku bagitau dia.

Dia angguk. Then menghilang semula.

Aku pun berjalan lagi berpatah semula ke kereta dengan Mamat tu sambil borak borak. Langsung tak menarik perhatian nak masuk kedai kedai tu. Tapi may be sebab tak de duit kot. Kalau ada duit nak jugak la aku shopping. LL4 pun tak de tanya aku nak apa apa, aku assume dia tak nak belikan lah tu.

Sampai kat kereta tu, kami duduk lagi kat bangku borak borak menantikan LL4 tak kunjung tiba.

Sejam berlalu.

"Mana dia ni? Aku lapar ni"

Mamat tu bagitau aku.

"Ntah lah. May be beli barang lagi kot. Banyak orang kirim agaknya"

Jam ke dua berlalu.

"Lamanya dia shopping? Memang dia macam ni ke?"

Aku diam. Tak tahu nak cakap apa. Senyap je lah.

Jam melepasi pukul 5 petang. LL4 masih tak muncul muncul.

"Lama nya...."

Mamat tu bising lagi.

Aku tak puas hati lah kalau orang komplain depan aku banyak banyak kali. Bingit telinga.

Aku text LL4.

'baby lama lagi ke?'

Haram dia nak balas. Langsung tak balas. Aku call lepas tu tak berangkat. Aku lak jadi naik darah macam ni. Kedai tu bukan banyak mana pun, ntah apa dia buat lama lama kat situ.

"Kau tunggu sini lah, aku cari dia jap"

Aku pun berpatah semula cari dia di setiap kedai. Tak jumpa. Tak tahu lah mana dia pegi. Aku assume dia mesti tengah test baju kot tu yang aku tak nampak dia kat mana mana.




Penat menunggu sampai aku patah balik kat tempat mamat tu LL4 masih tak muncul muncul. Masih tak balas balas SMS aku. Masih tak call aku balik semula.

Fed up ! Aku terus nak marah nih !

"Tu hah"

Mamat tu cakap kat aku. Aku toleh.

"Fuyooooo ! Ni betul betul nama dia kaki shopping"

Jerit mamat tu. LL4 berjalan laju lah konon konon tak nak bagi kami tunggu lama lama. Kat tangan kanan ada dekat 10 beg. Kat tangan kiri ada lagi 10 beg. Terhuyung hayang macam hapa je.

Dari jauh dia dah sengeh kat aku.

"Cari apa lama sangat?"

Aku mula nak menengking. Abang kan garang dan selalu naik angin.

"Banyak lagi abang baby nak beli, tapi tak sempat dah"
"Gila ke apa? Ni dah beli banyak banyak ni, apsal lama sangat?"
"Alah nak bayar tu kaunter tu lembab"

Macam macam la alasan dia.

"Baby beli apa banyak banyak ni?"
"Murah bang"

Tu lah Confession of Shopaholic. Semuanya murah. Pastu semuanya kena beli ! Tu yang jadi tak muat tangan.

Aku dah panas hati. Aku jalan terus ke kereta. Dia nonong nonong ikut kat belakang. Tapi aku bawak la jugak separuh barang dia.

Sampai kat kereta, letak semua barang kat boot belakang.

"Abang tengok lah apa baby beli"
"Heh ! Orang dah tak de masa ni. Dah lah lama !! Tak ingat ke kita orang tunggu kat sini! !!!"

Aku tengking dia. Terus dia diam. Mamat tu pun buat muka bosan je. Mesti dalam hati dia sumpah seranah jugak.

Semua masuk kereta then aku drive pulak. Dia bersandar kat belakang. Keletihan la tu. Dia tak tahu aku tengah amukan puaka jurus tak boleh nak cakap dah ni.

Mendidih !!!!!!

bersambung.................

11 comments :

  1. Seronok baca blog ni. Kamu kerja bidang apa boleh merantau pelosok dunia?
    Thanks sudi berkongsi. Sekarang, saya belum punya peluang seperti ini. Mampu membaca aje. Harap masa depan nanti Allah izinkan.

    ReplyDelete
  2. Abang meng! Sumpah best shopping kat sini! Terbayang2 lagi kebestan shopping sini haahahhaha. Ya allah. Nak p lagi. Sobss.. tahu tak iols hbskan masa kat sini kul 8 grk frm victoria london, balik frm bicester kul 8 mlm kedai da tutup semua. Muahahaah. Seronott. And memang beberapa org kat sana tgk iols mcm org gile siap geleng2 kpale kekekee tp ade iols kesah. Tidekk

    ReplyDelete
  3. kejelesan... :(
    pegi London tp x sempat nak g Bicester Village.. actually Xtau knape X pegi sbb ada gak seharian X kuar dr umah (stay umah pakcik kat sna).. ruginye.. sob sob.. kalo X bley join baby bro skali..kekekek

    ReplyDelete
  4. so boleh ke kita org duduk menumpang rumah 'pakcik' tu kelak?

    balang..

    pelanduk berupa rupa.. gaya dah lebih kurang sama tu.. hahhaa

    ReplyDelete
  5. Hahahaha nnt iols nak post gambo wordless wednesday soping di bicester!

    pengsannnn!!! giler bicester ni.. kenapa wujud tempat camtu. huhuhu.

    ReplyDelete
  6. Taboley sbb de da transfer ke Oman plak.. Hehe...

    ReplyDelete
  7. wah, gambar vontot cikduuuuuu

    ReplyDelete
  8. shopping sakannnnnnnnnnn! teringat masa aku kat Texas, camtu la hoyong hayang bawak beg hahaha! tapi aku bet lagi murah la dari LL4 ko tu. haish, bestnyer org sponsor, len kali ajak hokeyyyyy.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...