Abisko. Sweden
Abisko merupakan salah sebuah taman negara yang tertua di Eropah. Kawasan ini memang sangat terkenal dengan aktiviti Northern Lights. Dari bandar Stockholm, kami menaiki keretapi ke Abisko. Perjalanan selama 18 jam ini tidak terasa lama dan merupakan salah sebuah memori yang sangat berharga. Sepanjang perjalanan, keretapi ini juga berhenti di beberapa bandar seperti Borden Centralisation dan Kiruna. Tiket keretapi boleh di beli secara online di SJ website. SJ merupakan operator keretapi yang terbesar di Sweden.
Terdapat pelbagai kelas tiket untuk keretapi arctic circle ini. Untuk keselesaan, kami memilih couchette. Setiap couchette mempunyai 6 seats, yang kemudiannya boleh di adjust untuk dijadikan katil. Air mineral diberikan secara percuma pada setiap orang. Sistem pengangkutan di Sweden sangat punctual. Make sure datang awal ke platform.
Alternatif lain untuk ke Abisko, korang boleh juga naik flight ke Kiruna, dan naik train atau teksi.
Sebuah perjalanan yang meruntun perasaan.............. penuh amarah dan kasih !
Canteknya panorama.. Hope one day diberi rezeki melancong ke luar negara. InsyaAllah.
ReplyDeleteInsha allah.. moga sampai ke sana kelak !
DeleteWah.. northern light hunting ke Meng?
ReplyDeleteniat asal. tapi nan hado sangat
Delete