Pada tahun 1998, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir bin Mohamad telah merasmikan Masjid Bukit Aman sempena ulang tahun ke 191 penubuhan Polis Di Raja Malaysia.
So buat julung julung kalinya, hari ni kita nak singgah dan mengimarahkan Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur !!!!
Masjid Bukit Aman
Masjid dengan kubah biru
Pohon pohon
Ianya dibina tanpa dinding dan kelihatan seolah-olah sekuntum cendawan yang baru tumbuh dan berkembang dari muka bumi taman ini dengan cepat sekali serta betul pada tempatnya. Ini adalah bertepatan dengan motto PDRM iaitu "Cepat dan Betul".
Terletak di pintu utama Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman
Dikelilingi dengan taman
Dengan kehijauan pokok pokok
Rekabentuk Masjid Bukit Aman ini adalah berdasarkan ciri-ciri kekuasaan Allah sebagai penentu keamanan dan kemakmuran sesebuah negara.
Simbol-simbol seperti KEKUATAN, KESEDERHANAAN DAN KEBERKESANAN telah ditonjolkan.
Kedudukan tapak masjid yang terletak di dalam kehijauan dan keindahan Taman Tasik Perdana telah banyak memberi ilham dan rangsangan kepada perangcangan susunatur dan ciptaan manusia khusus untuk masjid ini.
Masjid ini dibina di atas sebidang tanah seluas 1.95 ekar menelan belanja RM8.3 juta. Idea penubuhan bermula apabila bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Samsuri bin Arshad memberi cadangan supaya surau bukit aman yang uzur perlu dibaiki dan hasrat itu disampaikan kepada YDH Tan Sri Abdul Rahim Noor, Ketua Polis Negara yang kemudiannya memaklumkan kepada Perdana Menteri dalam perjumpaan pada 13 Jun 1995.
Sehubungan itu, YAB Perdana Menteri meluluskan peruntukan dan menyarankan supaya surau tersebut dinaikkan taraf menjadi sebuah masjid.
Ketua Polis Negara telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bukit Aman, di pengerusikan oleh DCP Datuk Kamarudin bin Md Ali. Pada 25 Januari 1996, upacara pecah tanah pembinaan masjid telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara. Sesungguhnya dengan terbinanya masjid yang tersergam indah ini, dapat di dimanfaatkan dengan pengisian-pengisian ilmu yang menuntut kepada perkembangan umat Islam yang lebih berilmu pengetahuan dan merealisasikan hasrat negara ke arah melahirkan masyarakat cemerlang, gemilang dan terbilang.
Jom masuk ke belah dalam.
Tangga ke dewan solat utama
Khutbah Wida
Tatatertib di Masjid
Chandelier di dewan solat utama
Dewan solat yang luas
Ciri-ciri kesederhanaan dan keberkesanannya pula ditonjolkan melalui satu struktur kubah yang besar yang menutupi ruang sembahyang utama.
Kubah yang berbentuk cendawan ini pula diapit oleh sebuah menara dan tiga kubah rendah yang seolah-olah bertindak sebagai benteng kawalan yang akan menjaga setiap penjurunya yang menonjolkan nilai "Bersedia Berkhidmat"
Ruang yang luas
Rehal
Mimbar
Karpet biru. Seiring dengan warna PDRM
Keistimewaan masjid ini ialah dari segi keindahan landskap iaitu Kolam Air Pancutan berbentuk Bintang Lima Pancutan Dari Lima Sudut melambangkan Rukun Islam yang lima sebagai Ad-Din.
Terdapat juga Tapak Air Pancutan Berbintang Lima yang melambangkan Sembahyang Fardhu Lima waktu sebagai asas atau tiang agama dan Tiga Tingkat Sirih Junjung dengan Air yang sentiasa mengalir.
Terdapat juga Tapak Air Pancutan Berbintang Lima yang melambangkan Sembahyang Fardhu Lima waktu sebagai asas atau tiang agama dan Tiga Tingkat Sirih Junjung dengan Air yang sentiasa mengalir.
Di kaki menara-menara tersebut, dibina tapak yang kukuh di mana ia seakan-akan kubu-kubu kawalan yang dengan sendirinya melambangkan peranan sebagai benteng keselamatan.
Kubu-kubu ini pada hakikatnya merupakan bilik-bilik kulia yang akan digunakan sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan keislaman yang luas dan universal.
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah Dewan Besar, Kelas Komputer, Kelas Pra-Sekolah, Kelas Agama, Pentas dan Perpustakaan.
Masjid Bukit Aman
Buleh singgah beli apam balik sedap kat tepi parking tu
Bukit Aman? Aman ke bukit ni? Jawapannya YES.. sebab tempat polis !
Tapi masjid ni terbuka untuk sesiapa saja bukan polis saja. Entrance dia open to public.
Tapi masjid ni terbuka untuk sesiapa saja bukan polis saja. Entrance dia open to public.
Masjid Bukit Aman,
Jln Bukit Aman,
50480 Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur
Tel & Fax: 2274 0521
FB : Masjid Bukit Aman
Web : Masjid PDRM
Boleh singgah kalau berkesempatan !
Salam Jumaat !
Nok masuk xpayoh register?
ReplyDeletedok payoh. masuk je.. polis ada entrance dia sendiri dan kena access pakai kad or something.
DeleteMeng, memang masjid ni cukup selamat. Selalu juga pergi solat Jumaat kat sana. Kereta parking kat luar pun selamat sebab ada polis yang jaga. Begitu juga kasut. Memang ada anggota yang bertugas utk memastikan keselamatan jemaah dan barangan jemaah. Masjid yang paling selamat di KL
ReplyDeletebetul lah tu. pencurik pun takut nak curik sebab tau ramai polis situ.
Deletesupermeng ni kan..
ReplyDeleteentry apa2 pun waima kesah masjid bukit aman pun...
best je penulisan dia
tak jemu baca
.
.
.
.
.
(komen berbaur 'peminat kipasmati' (diehard fan) tadi..sila amatinya dgn jelas..)
.
.hahahahaah
* hulur kicap cap kipas udang utk diehard fan
Deletehi kak anash. thank u !