Stockholm. Sweden
Terbentang merentasi 14 buah pulau, Stockholm merupakan salah satu ibu kota paling bersih dan paling padat di dunia. Beberapa buah pulau ini telah dihubungkan dengan jambatan yang boleh diseberangi dengan kereta atau berjalan kaki, sementara pulau-pulau yang lain dapat dikunjungi melalui feri dan tunnelbana (metro).
Apapun pilihan anda untuk meronda-ronda di sekitar ibu kota Sweden, anda tetap akan menikmati lawatan ini. Bandar lama yang cantik, Gamla Stan, dibangunkan sejak abad ke-13. Di sini terdapat dataran-dataran lama yang sempit, jalan batu buntar yang dipenuhi dengan bangunan berwarna emas dan gereja-gereja yang penuh dengan lukisan fresko. Dengan lebih daripada 600 bilik dan beberapa muzium, Istana Stockholm adalah salah satu istana yang terbesar di dunia. Pemerhatian pertukaran pengawal harian di sini merupakan salah satu aktiviti paling popular di Stockholm.
Ketahui lebih tentang sejarah zaman pertengahan Sweden yang diketengahkan di Skansen, sebuah muzium dan zoo terbuka, dan Muzium Vasa – sebuah kapal perang yang unik dan terpelihara dengan baik dan telah tenggelam dalam beberapa minit selepas pelayaran sulungnya pada tahun 1628. Lebih dari tiga abad kemudian, kapal ini dibawa naik dari dasar laut dan ditukar menjadi muzium. Ambil lawatan berpandu untuk mempelajari kisah kematian dan kebangkitannya, melalui filem pendek dan pameran.
Budaya kontemporari Stockholm juga menarik, dengan banyak kafe bohemia, kedai-kedai berjenama mewah dan muzium moden seperti Moderna Museet dan Spritmuseum.
Aku lah rindu yang kau bawa pergi !
So beautiful!
ReplyDeleteindeed.... tapi kg kita pun lawa juga
Deletebumi IKEA
ReplyDeletebarang baik buleh famous satu dunia...
Delete