Monday, July 13, 2020

JULY 2020 | BIRTHDAY TRIP

Dah lama sangat berkurung, hati tak keruan, sekali terlepas buat birthday trip 2020 sambil bawak anak anak berjalan.............



Ke mana haluan selebrasi dan cuti cuti kali ni????


Ya. Kami ke Ipoh sajork... Tapi budak budak ada permintaan lain ! Kita sekali kan............

Bermalam di The Haven, Tambun...



Bersatu dengan alam !











Bersantai dan mencari ketenangan. Dah lama usha tempat ni, kali ni baru berpeluang !







Kawasan penginapan siap dengan jogging track, ado aku nak berjogging? 

* campak kasut sukan dalam tasik jadi umpan sambil bertepuk sorak bila ikan tertipu 

Malah trip ini di penuhi dengan acara makan makan memboyakkan badan............






Penginapan di The Haven memang menawan tapi agak menyeramkan tapi maybe hantu jembalang tak sampai hati nak sergah aku sebab tau iman aku senipis kulit bawang. Kang payah pulak nak kena panggil ambulan datang.









Beraktiviti dan santai santaian dan of chos celebrate birthday secara kecil kecilan....














Oh. Potong kek celebrate simple simple jer. Yang penting ada orang orang tersayang. Hati berbunga riang seiring dengan beburung berkicauan.

#tungguposlajuhantarkasutjoggingbertatahkanswarovski





Anak dara aku lah paling seronok, mandi kolam, main basikal merayau rayau sebab dah lama tak berjalan. Yang si bujang terperap je dalam bilik main game. Langsung tak moh bersosial. PKP imposed 20 tahun pun dia suka agaknya.

Dan acara percutian ni tidak hanya berakhir di Ipoh ni saja. Dari Tambun kami bergerak tapi tidak terus pulang ke kota.








Tunaikan hajat anak tersayang yang nak gi Cameron Highlands !

Ya. Pilihan anak dara aku pastinya ke Cameron Highlands lagi walhal baru tahun lepas je jejak ke sini.





Malangnya cuaca di CH agak suram dan hujan. Banyak aktiviti yang dirancang tertangguh dan tak dapat di jalankan. 

Tambah lagi, port port nak pegi kebetulan tutup waktu kami tiba di sini. Last last tido jer.







Esoknya cuaca hujan lagi, jadi memang tak banyak aktiviti dapat dilakukan. Nak patah ke Kea Farm pun jem macam harom ! Strawberry farm pun masih tak dibuka nak petik petik. Maybe banyak pokok pokok yang dah jahanam tak berapa terjaga beberapa ketika.

Bertubi tubi penyesalan datang mengharungi jem kat Cameron Highlands ni mengalahkan kat KL !







Tapi tak pe lah singgah je la mana tempat yang ada dan di buka sehingga lah masa untuk berangkat pulang................






Maka tamat lah percutian pertama selepas MCO merangkap trip birthday saya yang ke 23 tahun ini.......  

Tahun ni sambut birthday simple simple je lah. Bukan celebrate mana pun aku ni tapi kalau family celebratekan atau orang bagi hadiah aku terima je. Kann? 

Cash and Jewelry only ! Ingat tu.




Dan dapat lah jugak habuan !

* campak wallet lama kasi biawak rasa terharu nengok kulit wallet lama tu lagi buruk dari kulit mereka.

Apa apa pun Alhamdulillah. 

Syukur dengan apa yang aku ada sekarang ni. Bertambah umur setahun lagi.

*  berdiri di hadapan cermin sakti sambil tersenyum sendiri melihat wajah yang tak dimamah usia dan masih kacak dan bergetah pemadam !

Perlu ke cucuk paku 14 inci ke leher untuk kekal segak, tampan penuh gaya, mutu dan keunggulan sampai ke tahun hadapan ?

Terima kasih donia !

16 comments :

  1. Sorry meng. Aku dah rampas kotak hadiah dr abam posmen lepas ko kutuk aku makin lebar mcm kereta...

    #nangespelukkasutjoggingswarovski

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mana ada... aku kata ramping mcm ysuku...

      * pulangkankasutittew

      Delete
    2. Ok ok ysuku ok.

      #isiborangposlajubalik

      Delete
    3. * hari hari intai abang poslaju lalu..

      dalam hati terdetik.

      "rasa macam dah kena scam nih !"

      Delete
  2. Happy besday yg ke 23 (+××) to u bang meng! Semoga sentiasa menten segak bergaya.
    Aku pun baru balik dari cameron, jem mmg xleh bawak bincang punye lah T____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal nya.. cemana org kat CH tu redah jem hari hari.. mcm baik je jalan kaki...... ( pengakuan dari seorang bekas athlete )

      thanks for the wish !

      Delete
  3. Happy besday supermeng malaya

    ReplyDelete
  4. Hepi Besday Meng...yg keberapa agaknya? 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas ucapan birthday aku yang ke 23 ni... ( bersiul tanda hati girang )

      Delete
  5. Hepi besday supermeng malaya.. G tido hotel, ada swimming pool anak2 dah suka doh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.... budak budak yang kecik suka la main pool.. bila dah besar semua dah malas dah.. nak berkurung je

      Delete
  6. Happy Bday Meng...teruskan berkarya hehehe

    ReplyDelete
  7. ada cerita seramkah kat the haven tu?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...