July sememangnya bulan selebrasi untuk kami GBS. Aku, CP dan BW berkongsi birthday di bulan yang sama.
Dan tahun ni tak terkecuali, selebrasi bersama geng geng GBS diraikan bersama dan setelah berdiskusi secara maya kami akhirnya bersetuju untuk berkumpul dan celebrate birthday kami tahun ni di KL Tower !
Pernah celebrate kat sini sebelum ni tapi tahun ni pemilihan lokasi secara belasah ajer. Dan kami decided to get together and berafternoon tea di sini.
Agak berserabut sebab bulan ni jugak Menara KL bagi free entrance jadi ramai pengunjung. Nasib baik la untuk ke restoran berputar ada laluan khas dan tak perlu susah payah. Cuma kena bertabah cari parking etc.
Tempahan dah di buat sehari awal tapi malangnya afternoon tea bukan buffet style so pasrah je lah. Nasib baik la kat restorannya tak de ramai orang.
Not so much nak makan makan pun. Just get together and celebrate sambil sembang mambang dan bergossif liar !
Sambil sambil tu menikmati pemandangan dari puncak menara.
Tea session lebih kurang 2 jam dan di lepas di jamu kudapan dan manisan, birthday cake di hidang dan nyanyian HAPPY BIRTHDAY berkumandang dengan sumbangnya oleh staff kat sana.
Well, at least dia berusaha untuk menyanyi dan menghiburkan kami.
Terima kasih banyak banyak atas lontaran suara yang tak berapa lunak tu. Sila prektis lagi !!
Ingat nak terjah area sky deck tapi sebab orang ramai, leceh lah. Jadi kami blah je lepas abis meraikan acara ringkas selebrasi di sini...
Tak lupa dapat habuan hadiah birthday tahun ni. Terima kasih kawan kawan kerana menambah koleksi perfume aku yang ada !
Acara di KL Tower tidak berakhir begitu saja. Hari pun masih muda dan pesta muda mudi di teruskan dengan merayap dan usha River of Life di tengah tengah ibukota.
Dah lama nak usha bendalah ni. Kali ni alang alang di KL dah, pegi la ajet ajet menjadi pelancong di ibukota KL.
Kami bermula dari Central Market, parked kereta kat situ dan menapak sampai ke Masjid Jamek.
Fuh ! Lama gila tak usha area nih. Memang banyak yang dah berubah.
Dan seperti tujuan asal, kami nikmati suasana petang di kotaraya melihat kawasan River of Life.
Singgah solat maghrib di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Sambung lagi usha kawasan River of Life di waktu malam...
Lapar balik, terus menuju ke Kg Baru untuk dinner dinner-an.
Eh kejap. Mana satu betul, ais cube atau ais tiub?
Kat Kg Baru buntu nak makan kat mana. Sudahnya, Suraya juga menjadi pilihan.
Dah kekenyangan maka sehingga itu lah sepetang bersama geng GBS dalam selebrasi tahun ni. Happy dapat berkumpul dan berborak riang tapi malangnya hanya kami ber-empat je yang ada. CP tak dapat turut serta. Beliau masih dalam tempoh berduka kehilangan ibunda tercinta baru baru ni.
Semoga CP terus tabah dan bersabar di atas dugaan yang ditempuhi. Percaya lah, kita orang yang tak ramai ni akan tetap setia dan memberi sokongan untuk dia.
To geng GBS.. Thank you so much. Bertabahlah korang stuck dengan aku forever and everrr !
XOXO !!!
Kemain sambut besday sebulan
ReplyDeleteartis antarabangsa kann.. tu pun awek awek di hollywood ajak celebrate tapi aku blue tick je wassap dia org.
DeleteWah menarik! Kita ni duk kl pon tapi jarang sangat gi melawat tempat2 kat kl gini
ReplyDeleteok. nanti boleh gi riki riki...
DeleteCantik pulak River of life tu.....
ReplyDeletelawa juga. pegi weekend la kurang skit orang
Deleteudang celup tepung montel
ReplyDeletesupo makey jepput
Delete