Hampir berakhir bulan July 2020. Maka akan berakhirlah bulan selebrasi aku setiap tahun.
Memandangkan aku agak top di persada seni tempatan dan pernah dinobatkan menjadi artis terulung kawasan kampung 14 bulan berturut turut maka bulan July kali ni tidak terkecuali diraikan dengan beberapa acara fiesta vaganza oleh para peminat dan pemenat.
Namun ada 2 acara selebrasi yang agak sentimental dan dekat di hati tahun ni.
Staff belanja & celebrate birthday di Ole Ole Bali.
Celebrasi berlangsung di Ole Ole Bali D'Pulze sebab dekat dengan site. Geng geng pun join sekali meraikan hari jadi aku tahun ni.
Suprise lah ni konon !
Tapi macam aku dah tahu permainan dia orang ni semua. Tapi buat la purak purak terkejut badak.
Acara di penuhi dengan berkumpul dekat 20 orang dan makan makan sambil bergossip riang !
Birthday boy makan ni je sebab shy shy cat ! Benarnya aku dah kenyang tak tau dia orang plan ajak gi makan makan.
Tak de cake. Aiskerim sebagai ganti...
Sekali lagi birthday boy shy shy cat. Hanya mampu memandang sepi...
Apa apa pun thank you anak anak buah aku yang buat surprise yang tak berapa nak menjadi ni !
Tapi masa kat opis ada dia orang belikan cake dan suruh aku tiup lilin.
I is malu..
Gila ke apa dia orang ni. Artis macho dengan track record cemerlang di suruh berpoyo poyo bagi mode sendu syahdu macam tu.
Anyway tengkius !
Dan selebrasi ke 2.
Sambutan birthday dengan kaum keluarga. Sama jugak konon surprise tapi macam tak berapa menjadi.
Sekali lagi tiup lilin dengan linangan airmata.
Dan capat hadiah berupa jambangan cokelat dan wang ringgit bernilai jutaan ringgit Malaysia !
Bagus. Mengikut tema tahun ni. CASH & JEWELRY !!
Dan tahun ni selain dari ucapan bday dari rakan dan taulan, ada jugak dari ntah sesapa thru email.
Saja la tu, nak ingatkan aku supaya tak lupa bayar cukai lagi tahun depan.
Anyway. Terima kasih semua. Datang pula bulan OGOS !
Ada beberapa selebrasi menanti............................
Semoga panjang umur & terus murah rezeki
ReplyDeletemakasey.. amin
Delete