Santai di ibu kota.
Yes. Itu lah tujuan perjalanan melilau tak tentu hala ni. Saja masa tu bawak budak budak bercuti sebab Hero balik bercuti dari asrama. Saja la dia bosan lama lama kat rumah. Bagi mengelakkan dia stress dan tertekan, sebagai bapak yang mithali aku bawak mereka bercuti !
Cuti santai berlangsung sekitar January 2020 : Ada Apa Dengan JANUARY
Malas nak gi jauh jadi kami ke KL saja.
Penginapan yang jadi pilihan adalah Komune Living !
Mungkin ramai yang tak pernah dengar dan tak tau pun pasal tempat ni. Aku pun tau by accident. Bila riki riki, rupanya salah satu pilihan penginapan yang terbaru di sekitar ibukota ni.
Time kami pegi ni tahun lepas lagi masa tu tempat ni baru je di buka.
Excited nak usharina sebab dari pembacaan aku, tempat ni style penginapan dia lain dari yang lain !
Let's check it out !
Nak tau lokasi sebenarnya di mana?
To be exact nya adalah di area Bangsar South aka Kampung Kerinchi. Opposite Menara TM bebetul sebelah dengan Federal Highway tu.
Tapi kalau nak sampai ke entrance dia kena ikut KL Gateway dan pusing keliling kawasan tu. Masuk dari exit lepas Angkasapuri kalau dari arah MidValley.
Dulu ni kawasan setinggan tu. Sempat aku merasai kehidupan dan aktiviti pasar malam kat area tu sebelum kawasan ni dibangunkan dan di tukar nama.
Eleh.. Bangsar South konon. Ngaku je lah Kg Kerinchi !
Nanti laluan tu akan membawa ke arah bangunan Komune Living ni. Dan kalau nak parking kena pusing dulu satu bangunan baru jumpa entrance ke basement.
Jangan risau. Parking free untuk tetamu yang menginap. Tapi park at your own risk !
Dari basement boleh ambik lif terus ke lobby area untuk urusan check in....
Tapi kalau tak de kenderaan boleh terus ke lobby dari ruang foyer.
Masuk ke ruang lobby dan buat buat muka mewah. Eh ! Jangan mewah sangat. Jangan expect hotel ni bertaraf 5 bintang sangat.
Kan aku cakap style penginapan dia macam lain sikit. Belum masuk belum boleh check it out.
So kena check in dulu.
Oh kat entrance ni ada belah tepi sebuah restaurant dia dan smoking area.
Then masuk ruang lobby menunggu...
Nampak kan tu reception area?
Tapi urusan check in bukan kat situ !
Kalau pegi situ dia orang buat layan tak layan je tau. Sebab Komune Living ni aku rasa antara penginapan pertama di Malaysia yang aku pernah tau guna perkhidmatan check in secara layan diri !
Ya.... layan diri sendiri di lobby................
Nampak mesin macam mesin ATM tu?
Pegi ke sini dan check in dengan memasukkan ic atau passport dan akan keluar pass key dan apa semua benda kat situ.
Kalau pegi kat receptionist pun dia akan suruh check in sendiri. Dah la masing masing muka tak mesra sebab malas nak melayan or keletihan?
Pepandai la ikut instruction dekat skrin kiosk ni.
Pro.... kira contactless lah. Bagus mengelak interaksi atau elak jangkitan covid etc. ( walhal masa datang sini covid belum menjadi pandemik dan belum kecoh kecoh lagi.
Cons.... Ada 2 machones je di sini dan kalau satu rosak, memang beratur la menunggu nak guna. Lagi lagi orang tak biasa, so consume time jer !
Dah check in, dah verify id, dapat key... baru boleh naik terus ke penginapan yang dah di tempah !
Itu lah cara penginapan di Komune Living ni.
Komune Living is a brand-new co-living concept space with private studios, apartment-style rooms, community facilities, and a great location at the intersection of Kuala Lumpur and Petaling Jaya for both long- and short-term stays.
Apa itu co-living?
Komune Living’s take on co-living is all about a new way of living focused on community and convenience as well as an alternative accommodation option or hotel stay for experience-seekers when travelling or on holiday.
Basically menginap macam di hostel !
Ya. nama je hostel tapi ada 2 benda yang menarik yang aku nak kongsi di Komune Living ni sebelum kita usha rupa penginapan di sini.
Satunya. infinity pool yang terletak di tingkat 29 !
Considering tempat ni bukan lah hotel 5 bintang tapi pool dia dengan view yang macam ni? Memang menjadi tarikan tersendiri !
Mana nak dapat duduk hostel tapi facilities cam ni?
Dan atas pada pool area tu ada lookout point area, boleh tengok sekitar kawasan Bangsar South dan keliling kawasannya.
Siapa sangka kawasan dulu yang terpinggir jika di bandingkan dengan area lain di ibukota ni kini dah jadi top spot pilihan pencari penginapan yang bertandang ke kota Kuala Lumpur ni !
Tapi boleh ke di terima cara penginapan di hotel tapi macam di hostel oleh masyarakat kita di sini?
Nanti bersambung dengan pilihan penginapan di sini.
Aku warning siap siap. Jangan sampai nanti terkejut badak !
Dah. Badak nak gi berendam dulu ni.
Komune Living ; more than a hotel, a new way to live, work and play !
bersambung.................
Senang sekarang. register kat kiosk je.
ReplyDeletesenang sebab contactless. tapi machine kena banyak dan kena selalu berfungsi.. kalau tak mau berjam jam nak check in kalau tak kena cara
DeleteYesss... area pasar malam ambo setiap hari isnin & jumaat di zaman sebelum kurun ke-21.
ReplyDeletefeel dia lain doh sini.. jadi vibe vibe mewah doh
DeleteHai nak tanya, macam saya ingat nak stay sini dah book dah pun.. tapi pilih nak bayar kat sana.. jadi nak kene bayar kat mesin tu ke? And kunci dapat kat mesin tu?
ReplyDelete