Dari Maibara aku tunggu Shinkansen yang akan membawa aku pulang ke Osaka !
Tak boleh mellow lama lama dalam sejuk beku di Maibara. Walaupun aku suka je tapi tak boleh !
Kena bergerak dengan pantas. 6 hari di Japan aku belum jalan jalan di Osaka tu sendiri. Baru pegi Osaka Castle tu je hari tu.
Osaka cuma jadi port untuk aku bergerak dari tempat ke tempat yang lain dan aku rasa tu keputusan yang bijak.
Ni Shinkansen yang membawa aku pulang.
Bye bye Maibara.... Kenangan terindah aku dalam trip Japan ni.
Jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Aku tak de banyak masa nak jalan jalan di Osaka tapi dalam otak aku dah merangka beberapa tempat yang aku kena pegi sebelum aku balik malam nanti.
Harap harap mencukupi.
Sebenarnya di Osaka sendiri tak banyak tempat yang menarik sangat. Osaka hanyalah kota besar yang sibuk dan padat dengan manusia tapi bukan la destinasi pelancongan sangat. Tapi masih ada beberapa tempat yang aku nak pegi.
Ni lighter kecik yang aku beli di Fukuoka hari tu.
Sampai di Shin Osaka, aku terus naik train ke Osaka Station untuk ambik train ke destinasi seterusnya, Kaiyukan !
Kaiyukan adalah nama Japan untuk Osaka Aquarium.
Untuk sampai ke sini kena naik 2 train. Pertama sekali dari Osaka Station kena naik Osaka Loop dan turun di Bentencho Station. Dari sini pulak kena naik Chuo Subway Line dan turun di Osakako Station.
Osaka Loop covered by JR Pass tapi Chuo Subway tak cover. Kena beli tiket lain dengan harga 220 Yen. Agak hassle jugak nak tukar train dari Osaka Loop like ke Chuo Subway. Kena menapak agak jauh jugak la tapi kalau tengok arah dan baca panduan yang terdapat kat station tu senang je.
Sampai di Osakako Station, exit je menuju ke arah Kaiyukan ni.
Akan jumpa Ferris Wheel yang besar ni.
Dan dari sini kena menapak lagi dalam 300 meter dan akhirnya akan jumpa bangunan Osaka Aquarium ni.
Tak jauh. Tak berapa ramai orang. Tapi cuaca hari tu sangat sangat la mencengkam. Dengan angin nya. Memang boleh mabuk sekejap.
Di kawasan ni sebenarnya adalah kawasan perindustrian terletak di atas tanah yang telah di tambak di pinggir kota Osaka di kawasan Osaka Bay. Ada beberapa tempat menarik di kawasan ni termasuk Science Muzeum dan sebagainya. Across the bay tu pulak ada Universal Studio. Kalau ikutkan dekat je tapi tak de laluan kena patah balik ke station Rapid lain untuk ke sana.
Apa lagi, dah sampai akuarium ni. Nak masuk ke tidak?
Usha dulu dekat dekat.
Unik kan design Aquarium ni. Menarik. Kalau tengok tak nampak macam Aquarium. Tapi bangunan ni sendiri dah jadi macam ikon utama Osaka.
Tengah dok jalan jalan tu tup tup tapak kasut aku tercabut lagi !
Aduh.
Kali ni belah depan di sebelah kiri. Terus aku zapp dah cabut.
Ya lah. Pada dia klepek klepek everytime aku nak berjalan.
So berkubur lagi satu tapak kasut di sini. Ada aku campak kat dalam pasu yang aku jumpa kat tepi Kaiyukan ni. Duduk la situ diam diam. Tak de rezeki nak ikut aku balik !
Dah jadi bertambah cacat la pulak.
Hiks.
Tapi tak pe lah. Dah nak balik dah pun. Tahan je la wahai kasut. Aku nak menapak ke few tempat lagi hari ni.
Mari kita mendekati Osaka Aquarium ni.
Osaka Aquarium ini atau lebih di kenali sebagai Kaiyukan terletak di Tempozan Harbor Village di kawasan Bay Area. Ada banyak kehidupan laut di pamerkan di sini terutamanya yang mendiami pacific rim.
Kehidupan di sini di letakkan dalam 15 tanks yang berbeza yang mewakili setiap region dalam Pacific Rim. Ada tank tengah paling besar mempamerkan hidupan dari Lautan Pacific berketinggian 9 meter dan ada banyak ikan ikan yang besar macam shark dan sebagainya.
Untuk melawat akuarium ni kena beli tiket lah !
Harga dia 2000 Yen ! (RM80).
Nak masuk ke tidak?
Memula aku macam contemplating jugak lah. But then aku fikir, I dont come to Osaka every day ! And this is one of the biggest Aquarium in the world, so aku kena masuk lah walaupun aku tak tau apa nak expect dan aku jarang masuk aquarium aquarium ni. Kat Aquaria KLCC pun aku belum pernah pegi. Cuma pernah pegi di Langkawi je dulu.
Aku ada satu map yang ada voucher kaiyukan ni. Dalam tu bagitau, kalau tukarkan voucher tu boleh dapat gantungan kunci gambar platipus ke apa. Aku pegi tukar dan dapat !
Tu aku bagi Lily sebab aku tau dia suka kumpul keychain !
Sorry nak. Itu FOC je okeh. Hiks.
Dan lepas bagi tiket kita terpaksa naik escalator yang tinggi terus ke tingkat 8 !
Memang tinggi. Dan dari situ kita akan masuk ke bangunan Kaiyukan ni dan berjalan menuruni setiap tingkat.
Dan ini la hasil sepanjang penglihaan aku dan yang sempat aku snap !
Di sana menanti, di sini menunggu
Bebas berlari
Layang Layang Terputus Talinya
3 Suara - Beribu Sesalan
Pencinta Terbaik
Robek Hatiku
Kekasih yang tak di anggap
Cubit Cubitan Senggol Senggolan
Setiaku di sini
Aku Maafkan Kamu
Ombak Rindu
Bicara Manis Menghiris Kalbu
Di Alam Fana Cinta
Hatimu Milikku
Tiba
Kosong
Hanyut
Resah
Aku pun tak tau nak cakap worth it ke tidak nak masuk Kaiyukan ni.
Masing masing punya selera dan justification lah. Kalau minat, OK je. Kalau tak minat, tak payah masuk. Dan bagi aku pun sama.
I dont come to Osaka every day !
So why not?
Ada masa, ada duit lebih, boleh spare untuk masuk dan tengok sendiri.
Tapi aku tak spend banyak masa di sini. Masa keluar tu dekat kedai souvenir aku perasan macam ada 2 orang budak Melayu. Lelaki. Tapi dia pun macam tak pandang je aku. Sibuk beli bantal dan segala jenis cendermata untuk orang kampung.
So aku blah terus.
Aku ada tempat lain nak pegi.
Dari Kaiyukan tu, jalan kaki bali ke Osakako Station tadi.
Cuaca sangat sejuk. Sejuk gila gila.
Akan lalu di Ferris Wheel tadi tu.
Oh ya. Ferris Wheel tu kalau sesiapa yang nak naik, pilih yang gerabak kaler putih. Yang tu lantai dia glass. Yang lain lantai biasa. Lebih thrill kan?
Aku tak sure harga berapa tak check pun sebab aku pun tak de plan nak naik. Tapi tiket dia ada combine sekali dengan masuk Kaiyukan. Boleh usha kalau mahu.
Sampai di Osakako Station, aku naik train Chuo Subway dan balik semula ke Bentencho Station.
Aku nak pegi ke destinasi seterusnya selepas ini...
Tunggu.
bersambung.........
No comments :
Post a Comment