Monday, April 16, 2012

Misi Mencari Maria Ozawa 2012 - Day 6 - Maibara - Part 2

Perjalanan di Maibara tidak terhenti di situ.

Aku terus terusan lagi merayau.

Usha burung burung ni. Ntah burung apa ntah. Banyak pulak tu. Mesti dia orang kesejukkan.

Aku pun sejuk tak terkata.



Pastu usha lagi kawasan sekitar Tasik Biwa ni. Nampak macam tak de apa benda aktiviti berlaku di kawasan ni.

Mungkin jugak sebab cuaca sejuk kot. 

Tak pe lah. Dia bagi aku chance ambik gambar sepuas hati aku. Dah aku nak, so aku dapat. Alhamdulillah. Tuhan permudahkan semuanya.

Paling penting, aku rasa puas hati walaupun tempat ni tak de dalam agenda aku pun.

Aku sendiri pun tak sangka aku boleh berjalan sampai ke sini.








Aku menyusuri jalan yang ada. 

Hajat hati nak berjalan sampai ke hotel sana. Tapi separuh jalan aku patah balik sebab macam tak de apa apa. Di tepi Tasik Biwa tu pun nampak macam tak de sampan ke apa ke jadi aku rasa memang tak de guna pun kalau aku nak berjalan jalan sampai ke sana.

Ada satu kawasan tu snow tebal gila. Tenggelam kasut aku. Dah la kasut tak bertapak.

Akhirnya aku patah balik ke Castle tadi. Baru nak usha apa sebenarnya ada di castle di atas bukit tadi.

Terasa nak terkencing pun ada. Nasib baik jugak jumpa toilet. Tapi sebab tak de orang lain, cuak jugak la aku ni sebenarnya.





Bila naik kat atas bukit ni baru aku tau castle ni sebenarnya muzium. Nagahama Historical Museum.

Nak masuk kena bayar. Tapi tak de nampak orang keluar masuk pun. So aku tak masuk lah. Nampak la minah phillipines tadik masuk dengan husband dia. Bising bercakap bersungguh sungguh dua orang tu. Apa dia orang borak sah sah la aku tak faham.

About Nagahama Castle.

Aku cut and paste dari Wiki.

Nagahama Castle, Koen-cho 10-10 (Walk west from the station. It should be visible!), ☎ 0749-63-4611, [1]. 9:00 - 17:00. Nagahama Castle was built in 1575-1576 by Hashiba Hideyoshi (later known as Toyotomi Hideyoshi) in the village then called Kunitomo, renaming the area Nagahama. In 1615, the castle was demolished, though parts of it were utilized in the construction of Hikone Castle. The castle as it currently stands was rebuilt in 1983 and houses a museum (in Japanese only) about the history of Nagahama. Nagahama Castle is located in the middle of Hokoen Park, which is the only place you'll find nature in Nagahama, and has a stunning view of Lake Biwa. In Spring, it is a favorite place to picnic under the cherry trees. ¥400 adults, ¥200 children








Kat bawah pondok ni aku berhenti dan duduk.

Menikmati suasana taman di Hokoen Park park ini. Lama jugak aku duduk. Hisap rokok. Dalam cuaca sejuk macam ni nak mengimbau kembali zaman zaman dulu kala.

Perjalanan hidup yang jauh yang telah aku tempuh. Pencarian yang aku sendiri tak pasti. Penggembaraan yang tiada henti. Dan kehidupan yang aku tempuhi dan bakal tempuhi.

Aku tenang. Aku suka. Tu lebih utama. 

Aku cari cara sendiri untuk membahagiakan diri aku sendiri. Asalkan aku tidak menyusahkan sesiapa.

Jangan tanya apa yang aku cari sebab aku pun tak tau. Aku cuba tau, aku akan buat benda yang aku nak buat dan benda tu aku pasti tak akan menyusahkan sesiapa pun kecuali aku dan aku lah yang bertanggujng jawab untuk menentukan arah dan tujuan hidup aku sendiri.

* mati la emo


Furishikiru ame no naka o
Ashibaya ni toori sugita
Natsu no hi no inazuma no you ni
hakanaku kieta futari no koi

Aaaaahhhh...
Are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru

Aaaaahhhh...
Kurikaesu dake no omoide wa
yomigaeranu kako no monogatari
Yukizuri no hito naraba
Wasuraremo suru keredo
Namida gumu rasuto shin dewa
Ai no fukasa ni kizuite ita

Aaaaahhhh...
Arehodo yasashikatta anata no
Omokage ga ima wa aozametari ribaribaru

Aaaaahhhh....
Kurikaesu dake no omoide wa
Asu wo shiranu kako no monogatari

Aaaaahhhh...
Are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru

Aaaaahhhh...
Kurikaesu dake no omoide wa
Asu wo shiranu kako no monogatari

Aaaaahhhh...
Are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru

Aaaaahhhh....
Kurikaesu dake no omoide wa
Asu wo shiranu kako no monogatari
Mayumi Itsuwa - Ribaribaru


Lama tu aku rasa dah puas hati aku pun melangkah semula balik ke Nagahama station.

On the way tu baru aku jumpa orang. Ada makcik ni bawak anak dia main snow.

Ralit jugak la aku tengok.

Rasa rindu dan teringat jugak pada orang orang yang aku sayang.







Gambar atas tu pakcik yang bagi aku peta tadi. 

Aku tunjuk isyarat bagus kat dia. Dia senyum sambil tunduk hormat.

Dan kat bawah ni orang dah siap siap nak bersihkan jalan dengan snow yang tebal.

Dan aku ambik train balik ke Maibara terus.





Aku suka je buat trip secara spontan macam ni. Aku fikir lebih challenging. 

Dan aku memang suka travel ikut cara aku. Mana aku nak pegi, apa aku nak buat. Tak kisah la kalau orang lain pegi tempat lain yang lebih glamer sebab bagi aku, yang nak travel nya aku. Yang berjalannya aku. Dan yang nak tengok tempatnya aku.

So aku decide apa aku nak buat.

Bagus macam tu.

Sebab tu aku lebih suka solo travel. Aku bebas menentukan jadual dan perjalanan aku. Tapi ada jugak trip aku perlukan GBS. Sebab aku tau dengan dia orang je aku boleh travel sama sama. 

Teringat kat dia orang, kalau dia orang ikut aku mesti lagi seronok. Tapi aku puas hati je. Aku faham dan tau, tak semuanya berkemampuan dari segi masa dan tenaga untuk berjalan suka suka macam aku ni.



Dan Shinkansen membawa aku pulang ke Osaka.

Aku ada agenda lain yang aku perlu buat di Osaka sebelum aku terbang pulang malam nanti.

bersambung...........

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...