Monday, April 23, 2012

Menjejak Tsunami Aceh - Banda Aceh - Part 1

Hoi manushia !!

Apakah yang sedang kau lakukan itu?

Macam tu mukadimah aku kali ni. Gempak tak?

Meh. Nak cerita. Kisah basi ni. Meh sini dekat sikit. Dekat la. Ala bukan bersentuh pun. Lite lite jer...

Apaa??? Kopiah ni?

Well. Untuk bercerita kisah perjalanan di Aceh ni abang kena la pakai kopiah. Sebab Aceh ni merupakan bandar Serambi Mekah. So kena la kita semua bersopan santun ada nya.

MH !

OK tak Kopiah aku ni?? 

BW !!

Make up Iols comot tak??

OK. Semua OK. Maka, mari kita mulakan.

* muzik !

*********

Kalau cerita pasal aku pegi Banda Aceh mesti orang tanya soalan yang sama.

"Banda Aceh? Apa ada kat sana?"

Begitu.


Rata rata mesti pernah dengar pasal tragedi Tsunami yang pernah melanda Banda Aceh satu ketika dulu dan selepas tu Banda Aceh ni tak de la kedengaran lagi dah. Tak de sebab glamer pesta wau ke, hot air balloon ke atau apa apa pun. Memang selain dari cerita Tsunami tak de cerita lain dah lah. Kecuali baru baru ni berlaku lagu satu gempa yang melanda. Alhamdulillah tak de menyebabkan apa apa kerosakan teruk atau tsunami lagi. 

Tapi !

Aku ni kan suka je pegi tempat yang orang tak mahu pegi. Suka suka hati aku je lah. So plan nak pegi Aceh ni datang dengan tiba tiba waktu aku usha tiket tahun lepas pasal trip aku tahun ni. Tengok tengok, harga tiket adalah RM34 one way. Pegi balik baru RM68 !

Why not??

Why?? Why not??

* begitu aku ulang.

So termaktub sudah Banda Aceh dalam satu trip perjalanan aku tahun ni. Dan GBS pulak dia orang book lepas tu selepas dia orang tanya mana aku plan nak pegi.

"Banda Aceh? Nak buat apa kat situ?"

Kannn.

Aku dah agak dah. Dah agak dah.

* letak kopiah atas riba.

Macam ni lah....

Aku tak de sebarang sebab kenapa aku pilih Banda Aceh. Apa yang aku tau, tiket murah dan aku nak pegi. Itu saja !

Dan..................

Selepas satu bulan pulang dari Semarang, Banda Aceh ni merupakan bandar ke 10 di Indonesia yang aku pernah jejak.

Hah.

Kenapa aku kerap pegi Indonesia?

Well. Aku akan kasi tau nanti.

So hari yang di nanti pun tiba. Trip ni seperti yang di rancangkan lah. Tapi awalnya memang aku patah seribu sebab tak boleh nak pegi. Aku ada event office pada tarikh yang sama. 

* nanges.

Hinggalah BW, IH dan MH yang bakal pegi tanpa aku. BW tu asyik dok bising je sebab aku tak pegi. Heyy. Abang nak pegi tidur di hotel mewah, takkan la aku nak melepaskan feel dapat tidur hotel mewah dengan Banda Aceh.

Apa ada di Banda Aceh?

* begitu la roh gila mula menjelma dalam diri sebab tanya soalan yang sama pada diri sendiri.

Dan............

Si BS tu pulak tetiba je cakap nak pegi Banda Aceh.

Tu lagi sorang. Dan dan tu nak pegi, dan dan tu dia pegi ! Kalau kita orang book tiket setahun, dia book tiket seminggu ! 

'Apsal kau nak pegi Banda Aceh? Apsal tak Medan? Bali? Bandung?'

See? 

Aku pun tanya soalan yang sama dengan dia. Dan BS yang degil tu tetap dengan bulat tetek dan tekad dia nak pegi Banda Aceh.

Apa ada di Banda Aceh ni uols???

* mati la mukadimah 10 ela panjang.

Tetapi. Bila BS pulang dan bawak gambar gambar separa lucah di sana aku jadi teruja ! Wah... agak lawa Banda Aceh ni sebenarnya. Perlu di explorasi dengan kadar lebih tinggi.

Dan rezeki aku jugak la, event aku yang sepatutnya jatuh pada tarikh aku pegi Banda Aceh ni telah di tunda. Maka BW berguling guling keriangan sebab kalau tidak dia kena pegi berdua je dengan MH. IH tak jadi pegi sebab ada bengkel. Aku pun susah nak imagine cemana kalau BW pegi dengan MH. Mesti dia orang ambik hotel dan pose pose di bilik je. Siap BW suruh aku buatkan itenarary untuk dia orang.

Tak perlu !

Tak perlu dah !

Sebab akhirnya aku berjaya meloloskan diri dan aku bakal turut serta dalam kembara Menjejak Tsunami Aceh ini.

Urusan persiapan berjalan lancar. Aku bank in duit pada  BW dan dia yang pegi tukar semuanya. Aku tahu siap je.

Urusan berkemas beg adalah macam biasa. Last minit!. 

Pagi tu MH dan bertolak dari rumah dia. Patut dia ambik BW dan ambik aku kat rumah adik aku sebab aku nak tinggalkan kereta kat adik aku untuk servis. So sebaik saja BW SMS.

'MH dah on the way'

Dan aku pun pulun berkemas.

Apa lagi nak di bawa? Dua tiga helai baju, kain pelikat la la la la, baju mandi, bikini polkadot semua cukup. Hiks. 

Tak de lah. Santai je aku bawak 3 helai baju, short untuk mandi dan pakaian dalam serta kelengkapan lain.

Walla !

Siap.

So let's uols. Kita pegi ke airport !


Sampai di airport masih ada masa. Plan kami memang nak tinggal kereta kat sana je. Senang agar tidak menyusahkan sesiapa nak hantar dan ambik kami.

So kami cari parking space yang dekat belah nak keluar dari LCCT tu. Harga dia RM16 satu hari. Kami pegi 2 hari so kira OK lah. Tak de la mahal sangat.

Cuma nak menapak tu agak jauh.

MH nak terkencing. BW kelaparan tapi dia dah belasah makan nasik lemak kakak aku bagi masa dia orang ambik aku dekat rumah adik aku sebelum tu. Dia belasah makan dalam kereta jer. Aku dengan MH pun mendapat bekalan masing masing.

So terkocoh kocoh kami ke bangunan terminal. 

Selesai semua kami terus boarding. Ada masa beli rokok sekejap then menunggu di gate no T8 untuk perlepasan ke Banda Aceh.


Gambar ini di rakam waktu aku dengan MH tengah belasah makan mee goreng dan nasik lemak sambil bersila kat balai menunggu.

Korang mampoo?

Kami lapar okeh.

Makan ala kadar dan bersiap siap nak masuk dalam flite selepas pengumuman di lakukan.


Rata rata dalam flight tu ramai yang bertudung labuh. Kalau lelaki tu berkopiah bagai.

BW dah cuak. Dari awal dia sibuk dok cakap nanti tak boleh nak mandi laut la. Mandi laut kena pakai purdah lah. Apa lah.. 

Tu lah.. pegi tempat tempat macam ni harus la menutup aurat kan uols???

Hiks.

Ada aku pedulik?

Tak de. Apa yang penting. Aku tetap bawak short !

Penerbangan memakan masa selama sejam. Dok baca magazine sambil melayan perasaan. Aku duduk dengan BW, ambik seat IH. IH tak jadi pegi tapi BW check in kan dia jugak. MH duk belakang sikit.

Dan belakang kami ada rombongan set set mana ntah nak ke Banda Aceh. Punya la bising berborak. Cakap Kelantan pulak tu. Si BW tukang gelak.

Masa nak kena isi borang Kastam Indonesia tu, tetiba kedengaran.

"Ni dia tulih gapo ni?"
"Passport mu mapuh !"

Kedengaran yang sorang lagi jawab.

Kokek kokek si BW tu gelak sorang sorang. Gila ke apa.

Aku malas nak ambik pot. Melayan perasaan dan akhirnya kami pun tiba di ruang udara Banda Aceh. Pesawat berlegar legar sebelum membuat pendaratan tepat jam 11.30 pagi.

airport runaway dari udara.

sebahagian dari muka bumi Banda Aceh 8 tahun selepas di landa Tsunami

Cuba melihat kawasan Banda Aceh yang luas terbentang dengan kawasan permukaan buminya yang pernah musnah dilanda Tsunami kejam.

Oh.... 

Begitu abang insap tiba tiba.

Masa nak keluar tu mamat belakang kita orang tu tetap la nak berborak dengan kuat.

"Masih sega dale ingate...."

Ntah apa dia borak tapi tu yang aku dapat tangkap. Pastu aku dok ulang ulang depan BW. Dia pecah perut gelak.

Gila pompuan ni.

Dan pesawat mula docking di Bandara Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh.

Let's kita keluar.

Lapangan Terbang. Siap ada kubah masjid tu. Sangat Islamic.

Keluar dari pesawat mula nak chop imigration. Punya la leceh. Kaunter dia 2 pastu sekarang ni dia orang kena capture finger print semua. Benda alah tu la slow. Aku sebab dah biasa tak de nak capture lagi, tapi orang orang beratur kat depan tu fuh... makan masa dekat sejam jugak la kami terpaksa beratur.

Bosan dan kerengsaan.

Imigration lepas. Kastam ada tahan, memula je banyak tanya sebab dia ingat BW datang secara individu. lepas BW cakap dia datang dengan aku dan MH terus dia soal siasat kami pulak

"Abang pernah ke thailand?"

Dia tanya tu kat MH sebab satu-satu nya cop kat pasport MH. Almaklum la passport baru

"Iya pernah"
"Kamu pergi main?"
"Ya pergi main snokling"

Haha nasib baik MH blurr, terus kastam tu termalu sendiri. Padan muka. tak ada masalah sangat lah lepas tu terus dia lepaskan kami

Sebaik saja keluar dari pintu ketibaan tu tiba tiba kami di serbu.

"Bang. Taxi ke kota Bang?"
"Bang"
"Bang... taxi Bang?"

Aku lemah betul part ni. Stress dan geram. Rasa nak lempang lempang je di tempat kejadian. Aku tak suka orang berpusu pusu kejar aku.

"Hoi para peminat !!!! Bagi laluan okeh. Abang dengan entourage abang ni baru sampai. Capek !!! Jangan di kerumunin !!!!"

Begitu aku merapu.

Dalam ramai ramai tu ada 2 orang mamat yang terlebih gigih.

Keluar tu aku terus berjalan laju laju. Dia orang kejar.

Akhirnya sorang je yang tinggal.

"Kota Aceh. Abang mahu ke mana?"
"Berapa?"
"75 ribu"
"Mahal"
"Tu. Harga biasa di sini Bang"

Dia keluarkan kad tunjuk kat aku senarai harga taxi ke Banda Aceh.

"Nggak apa apa"
"Boleh ya Bang"

Aku diam je.

Misi aku adalah nak cari bas !

* mati la kedekut. 

Aku ada terbaca, ada bas dari airport ke Banda Aceh dan bas ni akan ada bila flight ada sampai. Harga dia sorang 10 ribu Rupiah. Murah la tu kan? 

Tapi mamat ni memang merengsakan aku. Aku bukan boleh. MH dengan BW mengekor je aku kat belakang. Dia orang pandai  kunci mulut dan mamat mamat taxi ni tak de la pegi tanya dia orang. Dia orang kejar aku je.

Aku bukan marah kat dia orang ni tapi kadang kadang cara dia orang tu sangat pushy !

Aku buat bodoh terus sempat pegi snappy snappy.

Lalalalalala.......

Welcome to Banda Aceh. It is time to visit......

Kalau MH dan BW mesti terpinga pinga. Dia orang akan tunggu je arahan aku. Apa nak buat lepas ni. Bagus ! 

So lepas tu aku ajak dia orang bergerak. Mamat tu tetap nak mengekor.

"Jom"

Aku ajak dia orang. Dia orang angkat beg dengan muka ketakutan.

Takut la sangat. Hahahahaah. Kocoh kocoh kejar aku. 

Pastu aku jalan ke belah tepi. Tengok tengok kot ada bas tu.

"Bang... Taxi nya saja"
"Bas di mana?"
"Bas ngga ada"

Mamat taxi tu cakap. Aku dah syak tu la jawapan dia. Tak banyak membantu.

Pastu aku nampak ada kakak 2 orang ni. Aku tanya dia.

"Kak.. Di mana bas mahu keKota?"
"Damri?"
"Ya.. Damri"
"Di sebelah sana"

Hah !

Kan ada. Ramalan ku benar belaka..............

* pose pose pegang Umbrella

Terus mamat taxi tu hampa.. 

Ini lah rupa paras bas Damri ni

Sampai kat bas tu pintu terbukak tapi tak de orang.

Aku usha keliling. Ada mamat yang lalu di situ bagitau.

"Ini waktunya Jumaat. Bas cuma jam 2 nanti aja. Selepas solat"
"Oh"

Lama pulak la nak kena tunggu.

Pastu ada sorang lagi mamat ni datang.

"Abang mahu naik bas?"
"Ya..."
"Bas ke kota selepas jam 2. Waktu Jumaat gini ngga ada"

Hmmmm.

Aku fikir. Lama pulak la nak tunggu bas ni. Tanya MH dengan BW dia orang mesti cakap.

"Ikut U lah"

Jawapan standard.

"Kalau abang mahu, saya hantarkan"

Mamat tadi masih berdiri di sebelah aku. Bukan mamat taxi tadi tapi kali ni baru aku tau dia juga pemandu taxi jugak.

"Berapa?"

Aku tanya dia.

"65 ribu. Bisa kurang Bang"

Ha. Murah la sikit.

"Abang mahu ke mana aja. Saya hantar"
"Jalan Iskandarmuda"
"Ya. Boleh Bang"
"60 ribu?"
"Ya.. Boleh bang"

Hmmm. Aku dapat lah murah sikit kot dari yang tadi. Padahal murah 3 ringgit je, tapi aku suka cara dia approach aku, bukan macam mamat tadi main rempuh jer. Jadi aku pakat pakat dengan MH dan BW akhirnya kami bersetuju.

Mamat ni bawak kereta biasa je. Plate hitam. Maksudnya bukan yang bawak pelancong dari airport ke bandar pun, sebab tu dia boleh nego price banyak tu kot. Kalau tak, harga standard memang 75 ribu.

Kami load barang masuk kereta dia dan bergerak ke kota.


Kami bergerak dari airport terus ke Banda Aceh.

Perjalanan memakan masa hampir 40 minit. Jalan lengang sekali.

"Kalau hari Jumaat gini, ngga ada mobil yang bisa di jalanan. Cuma mobil dari airport aja"
"Ohh. Kalau ada?"
"Bisa di tahan. Nanti di bicara"
"Oh...."

Memang lengang jalan dia. Kedai kedai pun wajib tutup. Kalau ada pun kedai kedai makan yang jurujualnya wanita tapi tak de la banyak kelihatan. Sesekali cuma ada motosikal je. Sempat kami pass kawasan masjid, orang ramai baru nak solat. 

Sempat kami lalu kawasan perkuburan beramai ramai. Bak kata mamat ni, masa Tsunami, mayat mayat di kumpul di satu kawasan roundabout. Penuh dengan mayat. Pastu masing masing datang tuntut. Mana yang tak di tuntut di kuburkan dalam satu kawasan yang besar secara beramai ramai.

Terdiam kejap dengar cerita. Tak dapat bayangkan cemana saat dan waktu ketika kejadian itu berlaku.

"Di Aceh ini, yang wanita nya ngga bisa kalau ngga pakai kerudung, gitu?"
"Kalau orang Acheh itu.. ya.. memang. Kalau ngga di pakai, dilihatin. Nanti orang bercakap cakap. Tapi ada juga yang ngga pakai kerudung. Kalau orang bule atau yang datangnya wisata gitu... ngga apa apa. Tapi kalau ke masjid itu, perlu Bang"

So soalan itu menjawab semua prasangka BW. Boleh la dia pose pose nak mandi laut esok.

"Kalau pakai celana pendek bisa?"

Mamat tu ketawa dengan soalan aku.

"Tak apa apa"

Orang Aceh ni cakap macam Bahasa Melayu sikit. So Ngga, Bisa. Mas apa semua tu tak di guna pakai sangat di sini sebab dia orang bukan orang Jawa. Tapi kadang kadang aku yang terlebih cakap Indon dengan dia.

Mamat ni drive terus memandu laju ke kota Banda Aceh. 

Dia sendiri pun tak pasti kat mana hotel kami tu. Sempat berhenti tepi jalan sebab alamat ada kat dalam beg BW. Tapi dia kata nanti dia akan cuba cari jugak.  Ntah siapa dia call lepas tu baru la dia pasti kat mana hotel kami tu sebenarnya berada.

Hotel kah?

Crystal Guesthouse

Ini la teratak kami untuk satu malam di Banda Aceh. Nama dia Crystal Guesthouse. 

Aku booking dari Agoda dengan harga RM52 satu malam. Sebab BW ada kami book 2 bilik. Aircond. Kalau kipas saja harga RM36 sajork.

OK la tu sebagai transit dan melabuhkan bontot dan lelapkan mata sebelum agenda kami seterusnya esok ke Pulau Weh.

Waktu kami sampai Guesthouse ni masih di tutup sebab orang solat Jumaat. Jadi kita orang tunggu je lah. Mamat tu pun tunggu sama dengan kita orang.

"Apa nama kamu?"
"Munawar"

Baru nak tanya nama. Lepak kat depan guesthouse tu. Tepi tepi tu ada kedai motosikal, kedai makan tapi rata ratanya masih belum di buka.

Sempat la BW dengan MH pegi beli air kat kedai runcit kat seberang jalan. Kami kedahagaan. Cuaca sangat panas !

"Kalau saya mahu mutar mutar di Banda Aceh ini, kamu bisa bawa?"
"Bisa Bang"
"Berapa?"

Dia pun kira kira... dia mintak 300 ribu untuk half day sampai ke malam lah. Aku nego nego dengan dia akhirnya dapat 250 ribu termasuk harga dari airport tadi.

Kira OK lah.

So kami tak membuang masa. Memandangkan guesthouse kami tu tak buka buka, jadi kami terus je masukkan beg semula dalam kereta Munawar dan terus untuk misi jelajah Banda Aceh.

Cuaca memang panas hangat. Aku bagitau Munawar mana tempat yang dalam list aku nak pegi. Munawar angguk je setuju dan dia kata boleh bawak.

Tak de masalah.

Jadi kami bergerak meninggalkan Guesthouse kami tu ke destinasi pertama di Banda Aceh ini. Kapal di Atas rumah !

Jaraknya dari guesthouse kami tak de la jauh pun. Tapi sebab cuaca panas. Perit muka muka.

Waktu dalam perjalanan tu Munawar sempat bercerita sebab kami tanya, waktu kejadiah Tsunami tu dia di mana.

"Waktu itu Bang. Saya lagi mutar sama mobil. Tapi bukan mobil ini. Tiba tiba gitu kelihatan dari arah bertentangan, ramai. semuanya lari lari sambil menjerit. "Air laut naik !!!" Jadi. Saya terkejut. Saya bawa mobil langsung mahu pulang. Tapi kayaknya mobil saya tersangkut, saya lari, airnya udah paras pinggang"
"Waktu itu, suasananya bagaimana?"
"Macam kiamat Bang. Udah ngga ada kemanusiaan. Masing masing lari selamatkan diri. Ada yang di pijak. Ada yang macam macam. Kalau pertolongan itu udah ngga ada. Semuanya udah ngga diambil peduli"

Kann? Aku dah macam reporter. BW dengan MH diam je kat belakang pasang telinga.

Aku cuma berimaginasi.

Gagal. Tak boleh nak imagine. Kalau dia kata macam nak kiamat, semestinya dah haru biru. Hish.

Dan akhirnya kami sampai juga di tempat Kapal di Atas Rumah di Lampulo.



Tak tau macamana nak cakap bila tengok kapal nelayan ni betul betul berada di atas rumah.

Terpana. Terkejut. Tak tau nak imagine. Tapi dari apa yang berlaku tu dah boleh agak setinggi mana gelombang tu telah melanda kawasan ini. Bak kata Munawar, seluruh kawasan ini musnah dan kapal ini telah menyelamatkan 59 nyawa dari terus hanyut di bawa arus deras.

Waktu kami tiba memang tak de orang. Ada kedai kat kawasan tu pun masih belum di buka. Cuma kami berempat. Pusing pusing dan usha usha tengok tinggalan yang kini menjadi salah satu objek wisata penting di Banda Aceh.

Kawasan ini telah di bersihkan dan semua facility dilengkapkan untuk kemudahan pelancong.

Ada juga beberapa sign yang menceritakan objek wisata ini.





Lebih kurang 20 minit kami di situ, Munawar bawak kami bergerak lagi.

"Abang mahu ke mana ni?"
"Kita makan dulu. Kamu lapar?"
"Saya ngga apa apa. Terpulang sama abang"

Jadi kami sepakat nak pegi makan. Tanya apa yang menarik untuk juadah di Banda Aceh, Munawar terus suggest makan Ayam Tangkap yang terkenal.

Let's check out. 

Kawasan roundabout utama di Banda Aceh. Rata rata bangunan di sini tidak boleh tinggi daripada kubah masjid. 

Tempat tempat di Banda Aceh ni letaknya tak berapa jauh dari satu tempat ke tempat yang lain. Jem pun tak de la jem sangat. Cuma banyak kereta. sebab waktu ini orang ramai sudah habis solat..dan kedai-kedai mula dibuka kereta pon dah banyak di jalan.

Cuaca memang panas gila.

Dan akhirnya kami sampai di Rumah Makan Khas Aceh Rayeuk.

Rayuek tu bahasa Aceh bermaksud besar.


Seperti yang di beritau oleh Munawar. Menu utama yang menjadi kegemaran orang ramai di Acheh ni adalah Ayam Tangkap.

Memula dengar macam pelik je. Tangkap Ayam ke apa?  Tapi kata Munawar. Ayam Tangkap ni adalah Ayam Kampung yang di goreng menggunakan daun daunan.

Kami sampai perut masing masing pun dah agak lapar. Jadi kami order makanan. Kedai dia cozy jugak la. Ada boleh duduk dalam kedai makan dan ada juga ruang di tepi yang lebih santai. Kami pilih duduk di bahagian tepi.


pelanggan lain. Ramai jugak

Dan kami mula di serang rasa haloba bila tengok menu.

Nak itu. Nak ini. Order saja. Sambil sambil tu dok borak dengan Munawar.  

Dan ini list menu kami. Tapi sebelum tu ada set set makanan yang sampai seperti kuah kuah dan sayuran yang come standard. Sambal belacan. Sambal hijau. Ada udang. Gulai kambing dan sebagainya.


Ada jus apricot ! Pergh... Rindu. Terus kami order.

Pastu menunggu lauk lauk tiba. Ada few lauk yang kami order. Ini dia.

Daging Dendeng. Sedap !!!


Ni lah Ayam Tangkap !

Ayam Tangkap ni ayam kampung sekor, dia goreng dengan daun daunan. Ada daun kari dan macam macam la daun lagi. Memang garing dan rangup. Sedap. Munawar kata daun daun tu boleh je nak makan.

Tapi memang sedap la. Ntah ntah dia goreng dengan daun ganja kot?

Sebab memang sedap. Tak cukup ! Tau tau je la kalau ayam kampung bukan banyak pun. Siap menambah kami semua makan. Munawar malu malu. Tapi dia OK la makan jugak.

Udang yang kami order lambat sampai. Ni ha, lauk udang.


Lauk udang ni sampai lewat.  So sebab aku dah kenyang maka BW kena paksa habiskan semuanya. Dia yang makan sorang sorang.

Belanja makan di sini agak mahal macam Munawar cakap la. Harga semua sekali lebih kurang RM100. Tapi rasanya OK la kalau nak mencuba. Sedap memang sedap pun.

Duduk lebih kurang lepas layan rokok dengan Munawar kami pun blah.

"Kamu cuba rokok dari Malaysia"

Aku bagi dia rokok. Dia cuba.

"Lebih ringan Bang"
"Ya...

Selepas makan kami terus ke destinasi seterusnya. Masjid Raya Baiturrahman di Banda Aceh.





Di hadapan masjid ini lah Munawar terkandas dengan mobil dia. Dan dia lari masuk ke masjid.

Waktu Tsunami melanda. Masjid Raya ini terselamat. Air yang melimpah dari lautan tidak masuk ke kawasan masjid kerana sampah sampah semua tersangkut di sekeliling. Kuasa Tuhan kan. Tapi menara di hadapan tu ada mengalami kerosakkan disebabkan oleh gempa bumi yang melanda 2 jam sebelum Tsunami tu.

Let's check out kawasan masjid yang menjadi mercu tanda Banda Aceh ini.



Masjid ni selain menjadi tempat beribadah. Ianya juga merupakan tempat mengembangkan syariat Islam. Ada ramai kanak kanak mengaji. Ada juga wanita wanita yang berehat di kawasan ini.

Pendek kata tempat ni tak sunyi. Tak macam sesetengah masjid di negara kita yang hanya ada orang waktu nak solat je. Tapi tak di sini. Sentiasa ada orang. Mungkin terletak di tengah tengah kota. Ada pasar dan pusat jualan di sekeliling tapi fungsi masjid tidak terbatas hanya untuk solat semata mata.






Nampak tak air macam longkang kat gambar di atas tu?

Hah. Memula aku dengan IH pelik jugak kenapa ada air kat situ dan air tu bersih sebenarnya. Rupa rupanya baru kami sedar yang air tu mengalir untuk orang basuh kaki !

Kami singgah di sini agak lama jugak la sebab nak solat semua. Kebetulan nak masuk Asar jadi kami sama sama solat di sini.

Lihat kawasan dalam binaan masjid ini.





Kawasan masjid ni besar. Compound dia tu sangat luas. Dan tempat ambik air sembahyang dia jauh. Kat tepi pagar macam di setiap hujung kawasan masjid. 

Di dalam kawasan masjid ni boleh berkaki ayam je. So aku nampak ramai orang pegi ambik air sembahyang dengan kaki ayam. Lepas tu balik ke masjid sebelum masuk ruang dalam masjid, dia orang cuci kaki dengan air yang macam air longkang tadi tu.

Hmmmm..

Menarik kan?

Tapi kat sana tak de anjing dan binatang binatang berkeliaran kot. So OK lah.



Kami beredar meninggalkan kawasan yang tenang dan mendamaikan ini. Memang menarik masjid ni. Sejuk je. Angin pun bertiup sepoi sepoi bahasa. Ramai je orang dengan macam macam aktiviti di sini.

Destinasi kami seterusnya adalah ke Muzium Tsunami.

Muzium Tsunami ni terletak tak jauh dari Guesthouse kami tu. Rasanya kalau jalan kaki pun sampai. Terletak di tengah tengah pusat kota Banda Aceh.

Apa yang menarik di sini adalah struktur binaan dia.





Kalau tengok dari luar, binaan dia adalah macam menyerupai sebuah kapal yang besar.

Munawar bawak kami masuk di perkarangan tapi kata abang guard tu, hari Jumaat muzium ni tutup.

Oh. Kuciwa. Jadi kami park dan ambik gambar di kawasan persekitaran je. Tak boleh nak masuk ke dalam. 

Di luar ada peninggalan waktu Tsunami yang masih di simpan. Contohnya helikopter yang di gunapakai untuk menyelamatkan mangsa waktu itu.

Yang lain lainnya semua kat belah dalam bangunan. Jadi kami tak sempat nak tengok.



Selepas Muzium Tsunami Aceh. Kami di bawa ke Kapal Apung.

Terjumpa budak yang cute ni. Suruh dia pose. Bak kata MH.

"Nanti kamu besar bisa berlakon Sinetron !!"

Hahahahaha.


'Di sebelah kawasan terdamparnya kapal tu, ada dibina Taman Edukasi Tsunami. Taman tersebut dibangunkan untuk anak-anak korban tsunami bermain serta menghilangkan trauma. Di sekitar taman, berdiri satu bangunan yang berisi catatan sejarah serta gamba-gambar sekitar kejadian tsunami. Memang ngeri! Ada gamba pompuan mengandung terdampar, ada yang baby terkeluar dari perut, ada yang kembung sampai dah jadi hitam. Kesian sangat'

Aku quote kata kata BS sebab aku malas nak menaip. Hahaha.







'Kat situ ada penjaga yang menjual DVD berkaitan dengan tsunami tu. Saya beli dengan harga Rp25,000. Tapi saya belum tengok lagi. Tak sampai hati. Kang menanges lagi. Nanti-nanti lah saya tengok.

Sedikit info mengenai Kapal Apung PLTD : Kapal Apung PLTD ini terdampar ke darat sejauh 5 km dari tempatnya berlabuh di laut Ulee Lheue Banda Acheh semasa kejadian tsunami. Kapal dengan berat 2.600 ton ini dahulunya digunakan untuk mebekalkan arus elektrik kepada masyarakat di wilayah Banda Aceh dan Aceh Besar, ketika Aceh dilanda konflik peperangan yang mengakibatkan sering terganggunya bekalan elektrik kepada penduduk.

Sekarang kapal ini telah menjadi bukti keganasan gelombang tsunami yang telah menelan korban nyawa rakyat Aceh 300.000 jiwa. Ia mendarat tepat di atas dua rumah penduduk. Hujung kapal menghadap ke selatan di mana pemukiman penduduk yang padat. Diberitakan bahawa masih terdapat mayat-mayat yang terkubur di bawah kapal tersebut dan tidak dialihkan sehingga kini'

Kita orang tak beli la DVD tu. Usha je gambar. Memang ngeri dan menyedihkan. Bak kata Munawar ramai yang di jumpai dalam keadaan berbogel. Mungkin sebab pagi tengah mandi, atau kain atau baju dah tersangkut kat mana mana tinggal la bertelanjang je.

Tapi ada juga yang di jumpai dah tinggal tengkorak je. Bak kata Munawar lagi.

"Kuasa Tuhan Bang. Siapa yang tahu. Mungkin udah mahu di tunjukkan begitu"

Ramai yang mati tertelan air laut masin yang beracun dek kerana sulfur. Ramai juga yang mati seminggu dua selepas itu kerana kesan dari gempa bumi dan Tsunami. Tapi ramai yang terkorban kerana lemas, dihempap, di himpit dan juga dalam keadaan huru hara waktu tu, macam macam la boleh berlaku.

Aku sebenarnya tak sanggup nak tengok gambar gambar kat situ. Too much untuk di digest dan digambarkan.

Selepas kapal Apung kami bergerak lagi. Kali ini kami ke Ulee Lheue.


Di kawasan ini lah terletaknya pelabuhan ke Pulau Weh. Dan di persisir kawasan pantai ini dijadikan kawasan rekreasi untuk santai terutamanya pada waktu malam. Dahulunya kawasan ini adalah kawasan penempatan tapi semuanya musnah. Sekarang di jadikan benteng dan kawasan rekreasi untuk menahan ombak sekiranya Tsunami berlaku lagi.

Di kawasan Ulee Lheue ni yang terletak betul betul di pinggir pantai terletaknya sebuah masjid yang masih tersisa waktu tsunami melanda. Hanya masjid itu sahaja yang tinggal.

Betapa Banda Aceh ini di uji dengan tragedi yang dasyat dalam sejarah manusia dan begitu juga Tuhan telah membuktikan kekuasaanNya..

Kami jadi lebih excited untuk terus menjelajah, menjejak kesan Tsunami yang pernah melanda Sumatera Utara ini.

bersambung.............

6 comments :

  1. salam..alhamdulillah ada gak orang pg acheh bulan april bebaru ni..ciku akan ke sana gak..insyaAllah mei ini.harap semua berjalan lancar.

    ReplyDelete
  2. insya allah tak de apa apa. go and explore !

    ReplyDelete
  3. Salam bro,
    Menarik baca cerita bro dlm blog nih.
    Memang ada plan nak pergi juga. Tapi banyak lagi info kena kumpul ni.
    Boleh tak share contact no Munawar?
    Alangkah pentingnya supir kalau kita g tempat2 di Indonesia...Thanks bro.

    ReplyDelete
  4. email me diarisuperman@gmail.com

    nanti aku kasi no munawar..

    ReplyDelete
  5. salam.en meng, dekat pelabuhan ada hotel dak. tq in advance:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelabuhan mana? sabang ke atau Ulee Iheue?

      zaman dulu tak de lagi. skrg tak pasti pulak tapi pelabuhan tak jauh pun dari bandar ... pagi pagi boleh gerak je dari bandar aceh tu..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...