Wednesday, April 11, 2012

Misi Mencari Maria Ozawa 2012 - Day 4 - Tokyo - Part 3

Hah !

Dah sampai Roppongi ni.

Apa ada sini?????

Well. Roppongi adalah kawasan nite entertainment di Tokyo ni.

Di kawasan ni la banyak club especially untuk Foreigner lah. Busy jugak la kawasan ni cuma kalau nak sampai sini payah sikit. Tak de JR Line yang ada. Kena naik subway dan turun di station Rappongi.

Dari station Shinjuku Station yang aku naik tadi kena tambang 220 Yen !

Lebih kurang 10 minit jugak maka keluar dari Roppongi aku sibuk nak mencari arah menuju ke tempat yang aku nak tuju.

Mana tu?

Ni hah !


Daripada tak de dalam agenda now dah jadi macam tempat wajib nak pegi !

Gigih tak aku semata mata cari HRC Tokyo ni?

Hahahaha.

Tapi nak sampai tempat ni macam leceh jugak. Bukan leceh apa sebab HRC Tokyo ni terletak menyorok sikit. Kena betul betul tau kat mana baru boleh sampai.

Keluar dari Station Roppongi kena jalan dulu sampai la nampak sign Mc Donalds'

Dia tidak terletak kat tepi jalan yang sibuk ke apa tapi terletak kat belakang Mc D tu !

Tak pe lah. Janji dah sampai. Tapi bangunan dia cool jugak lah. Seketul je.


Nak masuk tak??

Dah alang alang sampai mari la kita masuk !

Dah alang alang lapar, baik la kita makan !

Dan alang alang kumpul gelas Hard Rock mari menambah koleksi !





Kat sini aku minum air lain so dapat gelas lain.

Menarik jugak  kalau tak gelas yang sama je cuma tukar nama Hard Rock tu je. Menambah koleksi la katakan.

Minah yang layan aku kat HRC ni OK jugak. Friendly. Sempat la borak borak dengan dia. Aku sibuk tanya cemana nak naik keretapi nak pegi ke destinasi aku lepas ni sebab dalam peta yang aku tengok, subway dia tak bersambung.

Aku kena naik subway lain turun dan tukar train baru boleh menuju ke tempat tu.

Koma.

Tengok la peta yang aku nak kena analisa ni !


Silap silap muntah balik Fish And Chips aku tu.

Aku makan cepat cepat. Tak boleh buang masa. Lepak ala kadar dan keluar. Pegi ke Mechandise Shop depan bangunan restoran ni dan usha apa yang patut.

Tak beli apa apa pun sebab aku dah ada souvenir glass ni ! 

Baju pun tak berapa menarik.

Keluar menapak ke station Roppongi tadi balik semula. Memang banyak bar dan restoran di kiri kanan jalan. Nampak TGIF pun ada. TGIF punya Fish and Chips sedap jugak, tapi kalau makan kat situ tak boleh la aku dapat gelas tu.

* mati la gila gelas pulak.

Dan ini lah sign Roppongi !

Kawasan hiburan, modern lifestyles dan busy.


Destinasi seterusnya???

Shibuya !

Kalau tak pernah pegi Jepun dan tak ambik tau mesti tak tau apa yang menarik di sini. Tapi ! Di sini lah kawasan di Japan ni di katakan paling busy.

Sebab apa?

Sebabnya dia ada persimpangan jalan kaki di tengah tengah jalan raya yang busy. Persimpangan dan kawasan ni kiranya menyerupai Time Square di New York. Di sini memang kawasan fashion, shopping, entertainment dan banyak la lagi.

Pendek kata memang busy.

Tak salah kalau nak cakap, kalau sampai Tokyo tak datang area ni maknanya kita tak sampai Tokyo lagi !

Usha gambar di kawasan ni.

 

 

 

 

Macam ralit dok tengok orang.

Time lampu merah semua menunggu ramai nak melintas. Bila hijau dan boleh cross boleh tengok la penuh orang melintas di simpang 5 ni.

Memang betul betul ramai orang. Macam macam orang. Macam macam fashion dan gaya.

Ni aku dok usha dia orang ni ambik gambar. Muka semua toye gila. Macam kena paksa ambik gambar. Tukang ambik gambar tu pun punya la slow. Orang semua berhenti sebab nak suruh dia ambik gambar tapi tetap la lampi.


Dan kat kawasan tepi Shibuya Station ni ada statue yang menarik perhatian.

Menarik jugak. 

Ada jugak statue anjing. Simboliknya anjing tu konon menunggu tuan dia setiap hari di Shibuya Station. Tu gambar kat atas bebudak poyosing ambik gambar tu.

Dan di bawah ni statue budak budak bermain tak pakai baju.

Mana ntah mak bapak dia orang ni? Tak sejuk kah? Kesian budak budak ni.




Dah tentu la kawasan Shibuya Crossing ni penuh dengan papan iklan dan lampu neon.

Sebab masa aku sampai tu belum gelap lagi so tak berapa boleh nampak sangat limpahan cahaya. Kalau malam tempat ni memang la meriah kot.

Usha je lah.

Aku pun ambik port tepi tengok orang sambil layan merokok !

Shibuya Crossing ni terletak just lepas exit Shibuya Station so tak jauh mana sangat nak kena menapak.




Abang sumo tetap ada !!!

Dan aku pun buat kerja gila. Aku cross semua persimpangan ni dari semua arah. Hahahaha. Tak de keje. Kiranya aku dah cross dari pelbagai arah. Nak try jugak waktu lampu hijau menyala memang berpusu pusu orang melintas. Cepat pulak semua berjalan.

Ramai macam pegi haji. Laju macam nak pegi berak.

Sedar sedar penuh orang. Pastu lenyap. Pastu ramai lagi pastu senyap. Semua tunggu turn nak melintas.

Sempat la aku merayau di kawasan sekitar. Banyak shopping mall, kedai kedai dan jugak tempat beli belah. 





 

Agak dah penat dan tak tau nak buat apa dah, aku pun blah !

Naik train. Nak gi merayau ke lain pulak. Hari pun dah petang. Aku rasa ni lah destinasi terakhir aku di Tokyo ni. Dah nak gelap. Kang lambat lambat aku takut tak sempat nak kejar Shinkansen balik ke Osaka.

So aku naik JR Train dari Shibuya Station menuju ke Tokyo Metropolitan Government Building (TMG). Bangunan yang pernah menjadi bangunan tertinggi di Tokyo !

Nak buat apa situ?

Jom !

 

 

Dari Shibuya Station, naik JR sampai Shinjuku Station. JR Pass free !

Turun dan ikut arah ni. Ada walkalator terus sampai ke bangunan ni. Jauh jugak la. Tapi walkalator ni tipu. Memula je pastu kena jalan pulak. Naik tangga turun tangga last last aku rasa macam jauh gila.

Penat jugak lah. Kawasan sunyi pulak sebab laluan bawah tanah ni memang tak ramai orang. Hari pun dah petang orang dah abis balik keje kot.

Tapi tak kisah Tokyo tempat yang selamat, yang paling penting, biar sampai ke destinasi yang hendak di tuju !


Dan ini la bangunan dia !

Bangunan kerajaan ni tau. Walaupun bangunan ni antara yang tertinggi di Tokyo tapi dia tak de la glamer sangat macam Tokyo Tower. Ada 2 building dan yang menariknya, orang awam boleh naik ke atas ada observation deck dan tengok keseluruhan bandaraya Tokyo dengan percuma !

It is free !

Percumah !

Ko tak mahu kah??

Mana lagi boleh dapat macam ni. Nak naik Tokyo Tower kena bayar. Kalau naik Sky Tree tu nanti pun sah sah kena bayar. Tapi kat sini tiada ongkos !

Cuma kena gigih sikit la menapak.

Bangunan ni terletak dalam ratusan bangunan bangunan tinggi yang lain di belah Barat Tokyo.



 

Sampai kat lobby nanti ada lif khas naik ke atas. 

Ada 2 tower. Tower Selatan dan Tower Utara. Tower Utara tu tak boleh ramai sangat tapi South Tower tu boleh.

Naik ke tingkat 45.

Ada penjaga la kat situ. Masa aku sampai orang tak ramai terus boleh naik. Tapi bila aku turun tu panjang gila orang beratur. May be ramai nak tengok night skyline kot.

Dan ini observation deck dia.


Dan layan view dari bangunan Tokyo Metropolitan Government Building ni.

Aku advise sapa ke Tokyo baik la naik building ni kalau nak tengok keseluruhan bandaraya Tokyo. Free dan mudah. Menarik jugak lah.

Jom layan gambar gambarnya.






Nampak gambar atas tu, observation deck dekat North Tower.

Ramai jugak la orang usha dari situ.

Yang menariknya, kalau cuaca cerah memang boleh nampak Mount Fuji. Tapi hari tu berawan. Hari pun dah petang, layan tengok sunset je lah.



Lepas puas tu aku pun turun.

Tak boleh tunggu sampai gelap sebab aku kena balik ke Tokyo Station nak kejar Shinkansen balik ke Osaka.

Turun dari tower tu hah orang dah ramai. Tadi aku datang memang tak de orang. So kalau nak pegi, pegi awal sikit jangan tunggu sampai gelap.

 

So kalau tadi masa datang aku ikut walkalator, balik ke Shinjuku Station aku jalan kaki kat tepi tepi bangunan pencakar langit di Tokyo ni.

Banyak yang menarik. Memang hebat Jepun ni.

Cuma yang tak tahan satu je.

Sejuk !!!!!!

Terpaksa aku jalan laju laju nak panaskan badan.








Dan akhirnya sampai kat station aku naik Subway terus sampai ke Tokyo Station.

Kalau naik JR Train kena buat satu pusingan lambat pulak. Subway ni terus je dari Shinjuku Station ke Tokyo Station. Yang bestnya covered by JR !

Free lagi !

Sampai Tokyo Station aku fikir ada masa lagi aku merayau kat kawasan sekitar Tokyo Station tu.





Kalau nak ikutkan 1 hari memang tak cukup nak cover Tokyo.

Aku nak pegi Imperial Palace pun tak sempat. Tapi tak pe aku dah fikir esok aku di Kyoto banyak tempat tempat macam tu aku boleh pegi. Banyak lagi tempat aku nak pegi tapi tu la. Masa !

Tapi aku dah jalan jauh dah. Banyak jugak la tempat aku sempat cover dalam masa yang sesingkat ni. Tu pun duduk satu tempat tak boleh lama lama. Dan tak boleh jalan lenggang kangkung.

Jalan kena laju !

Sebab aku sorang sorang so tak de la berhenti banyak kali. Berhenti bila aku dah terpongeh kepenatan je, kalau tidak jalan pun macam lari pecut. Dah sama macam orang Jepun dah. Kalau kat Malaysia aku jalan laju laju jauh jauh macam ni satu hari mahu boleh kurus ramping lepas ni.

Dan akhirnya jam 6.33 petang aku naik Shinkansen balik ke Osaka.

Sepanjang jalan aku membuta !

Mengantuk dan kepenatan tak terhingga.

Esok satu hari lagi aku merangka ke Kyoto !


bersambung............

12 comments :

  1. mesti byk memory card yg pakai or besar gila babeng size memory card tuh kan spnjg dok japang tuh..syokny kn

    ReplyDelete
  2. buleh tahan. sebab tu x berani nak shoot pakai RAW

    ReplyDelete
  3. askm. Kalau trip 6 hari dan turun di haneda airport boleh tak balik dari mana2 airport AA lain? jarak/transport camana?

    tq

    ReplyDelete
  4. RM : Haneda di Tokyo.. AA cuma landing di Kansai ( Osaka ), Haneda dan Narita ( April onwards ).

    Kalau turun di Haneda nak balik ikut Osaka pun OK. Tapi kena pegi Osaka.. ( shinkansen 3 jam ).. bas lama lagi.

    Kalau lepas April buleh balik ikut Narita.. (2 jam by shinkansen dari Tokyo )...

    Tapi OK jugak. turun di Haneda .. pusing2 Tokyo.. dan ke osaka lalu balik dari Kansai ke KL...

    ReplyDelete
  5. Statue anjing yg kat shibuya station tu ada di movie kan 'Hachiko - a dog's story' mmg sedih gila movie tu..tuan dia played by Richard Gere..based on true story :)

    ReplyDelete
  6. JJ : yeah JJ. I heard about the movie but never have time to look for it. Nanti la one fine day..

    sedih kan?? tak suka la cerita sedih2

    ReplyDelete
  7. ha samala, tak suka cerita sedih2 tapi tertengok jugak sbb cerita dia sweet sgt n touching sbb anjing dia setia (same like my cat...mmg kalau travel lebih dari 3 hari, i dah sakit rindu nak balik!)

    ReplyDelete
  8. JJ : rindu nak balik tu mostly sebab rindu nak makan sedap sedap kan??

    hahahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...