Friday, April 27, 2012

Menjejak Tsunami Aceh - Pulau Weh - Part 3

Sampai kat chalet kami bersiap siap untuk acara renang berirama !

Jangan tak percaya, BW muncul dengan pakaian mandi ala ala jilbab.

* lari............



Ingat nak snorkelling, tapi dah petang. Pulak tu nak sewa snorkelling gear pun macam rugi je jadi kami mengambil keputusan untuk berenang renang di tepian saja.

Hahahaha.

Mandi syok syok, pastu datang idea.

"Eh. Kat sana tu ada jetty lah. Jom kita pegi?"
"Jom"

Dengan baju baju basah ni 3 manusia merayap.

Terjumpa pulak katak tepi pantai ni. Terus la BW dengan MH pose pose sendu mencium putera katak yang telah di sumpah ini dengan harapan akan bertukar kepada putera raja Sabang.

Ado?


Sapa punya keje ntah tapi cool jugak la. 

Gelak gelak kita orang tepi pantai tu. 

Memang tak de ramai orang pantai kami duduk ni. Yang ada pun orang kampung duduk lepak lepak menghirup udara segar petang. 

Destinasi kami menuju ke jetty yang kami nampak dari kejauhan ini.


Jauh jugak la nak menapak.

Tapi gigih punya pasal. Aku siap bawak kamera ni. BW dengan MH pose pose di gigi air. Sambil sambil melayan perasaan sendiri.

Dah nak sampai kat jetty tu, BW dengan ramah nya bertegur sapa dengan orang kampung. Tegur makcik ni yang teman suami dia memancing.

Dapat ikan.

Ikan apa pun tak tau.


Jalan jalan lagi sampai ke jetty. Jetty tu berbatu. Kami semua ni tak pakai selipar. Satu hal lak nak berjalan atas batu batu tu.

Sekali lagi BW cuba meramah tamah dengan pengail pengail di situ tetapi tidak mendapat sambutan.

Semua orang tak nak melayan.

Sudahnya kami duduk je menikmati keindahan alam.

Para pengail yang sombong dan tidak mahu melayan peminat. 

Hujung sana tu kawasan chalet kami

Dan cubaan mencari sunset petang itu

Ada dah sikit

Sun setting



Pastu dah gelap.

Bertempiaran kita orang lari balik ke chalet. Takut jugak malam malam kang, buatnya kena sorok dengan hantu kopek. How???

Ada ke hantu kopek nak sorok aku dengan MH??

Macam tak muat je kan? Kalau BW tu ya la kot.

Sampai di chalet kami check dulu dinner jam berapa sebab kami dah cakap nak turut serta makan malam nanti. Tak siap lagi, so kami balik ke bilik dan bertukar uniform.

Untuk dinner yang grand kami kena muncul dengan busana yang grand.


Grand la konon.

Padahal balik sempat berguling guling atas katil.

Penat jugak badan seharian berjalan di Pulau Weh ni.

Tup tup budak keje situ yang datang panggil kami bagitau dinner dah siap.

Ayuh ! Kita turun pegi makan.


Dinner kat gazebo by the beach !

Hanya ada satu set 2 pasangan mat salleh pastu ada satu set lagi orang orang Indon satu family. Dan kita orang juga.

Makanan dia?

Ya... Ini appertizer. Di hidangkan. Nama dia Asparagus dengan buah betik.

Italy tak kita orang?


"Hapa benda ni? Pahit nyaaaa"

Tu dia ! Bila orang kampung feeling feeling nak makan makanan Italy macam tu lah. Hiks.

Last sekali semua tak abis. Pahit lak asparagus ni di buat begitu. Nampak bukan main indah. Tapi memang kena makan dengan betik tu la baru rasa kemanisannya. Jika tidak. Payau. 

Pening pening lalat la kami di buatnya.

Masing masing sibuk update facebook. Kat chalet ni ada wifi so apa lagi, BW post, MH tukang komen. Pastu gelak gelak. Sewel itu orang berdua.


Makan bertemankan cahaya lilin.

Lomantis tak?

Dan kemudian, Freddie pun datang untuk membaca menu makanan.

Bla bla bla. Ntah apa benda ntah macam macam dia cakap makanan untuk malam tu tapi semua berkonsepkan Italy.

* pening.

Kalau Italy kampung aku tu senang je. Lauk Singgang. Ikan Goreng Etek. Gulai Daging. Pastu sedikit kuyah muyah. Kuih akok, abang, adik semua cukup.

Baru lah Italy namanya kan???


Appetizer dan mushroom soup adalah di hidangkan jadi kita feeling feeling je tunggu nanti makanan datang. Keje kita adalah makan je sambil tersenyum walaupun makanan pahit.

Pose tetap pose !

Pastu bila buffet semua terhidang. Tak reti reti nak pegi ambik sendiri?

Pegi lah !

Ada lasagna, sayur sayuran macam macam lah. Ada yang sedap ada yang so so. Tempe pun ada. Kami makan dan belasah sampai kenyang. Janji kenyang.

Buffet dia 60 ribu seorang (RM20). OK lah. Pada nak gi makan jauh jauh kenderaan pun tak der.


lasagna. Boleh tahan. 

Puding roti. Sedap jugak tapi sebab dah kenyang sangat.

Makan bertemankan lilin. Tapi walaupun tepi pantai, cuaca sangat panas

Kawasan di mana kami berdinneran. Hampir betul di gigi air. 
Kedengaran ombak memecah pantai.

Balik bilik semua pengsan !

Kenyang satu hal. Penat satu hal. Lepas membersihkan diri, solat segala, semua hilang pedoman dan tidur tak sedarkan diri.

Aku sedar dulu pagi tu. Tak berapa nak tidur sangat sebab panas. Tak de aircond. Berharap pada kipas je. Aku bangun dan tak boleh tidur dah. Tengok tengok BW dah naik tidur tempat aku. Tempat dia lagi la panas sebab ke tepi sikit.

MH pose pose di ranjang tak sedarkan diri.

Masa subuh tu je aku nampak dia bangun.

Aku duduk kat balkoni melayan perasaan. Tunggu sunrise nak mencapap.


Ada awan gemawan jadi sunrise tak berapa menarik.

Penat je aku tunggu. BW bangun dia buatkan kopi secawan pastu aku blah turun merayau ke bawah buat kali terakhir. Jalan jalan di gigi air sampai ke hujung. Menikmati keindahan pagi Pantai Sumur Tiga di Pulau Weh ini.


Sunrise yang tak berapa nak ada.

Satu lagi chalet di hujung pantai. Chalet ni kepunyaan anak Freddie !







Pastu sebelum kami bergerak nak tunggu si Iwan sampai, baru la nampak mentari menyinar.

Argh................

Cepat cepat capai kamera dan ambik gambar.





Lepas check out, kami tunggu tunggu Si Iwan ni tak sampai sampai.

Hish.

Rengsa kami. Takut la lewat nanti kami terlepas ferry balik ke Banda Aceh. Aku call tak dapat. Pastu try berkali kali. Janji pukul 7. 

Pukul 7.30 baru dia angkat phone. Dia kata nanti abang dia pegi ambik kita orang bawak ke Balohan.

Tak kisah la sapa sapa pun, janji kami sempat naik ferry.



Sampai di Balohan kami beli tiket. Ferry yang bergerak pagi hari dari Balohan ni adalah ferry Bahari. Sekali lagi kami naik ferry laju je. Kang ferry slow, besok agaknya baru sampai.

Beli tiket dan sempat la aku merayau rayau di kawasan sekitar tengok apa yang ada.

Ada jualan dan juga kedai kedai. Nak cari FM memang tak ada di kawasan ni, sudahnya kami pun bergerak masuk ke ferry dan bersiap sedia untuk belayar.

Penjual berniaga di pagi hari

Kakak penjual buah salak dengan aksi tersendiri

Ferry Bahari yang membawa kami pulang.

Selamat tinggal Pulau Weh. Jasa mu di kenang.

Ferry slow dengan nelayan yang baru pulang dengan hasil tangkapan

Ferry mula bergerak. Kami duduk kat belakang je sebab ramai orang.

Bye bye Pulau Weh !

Walaupun Ferry slow bergerak dulu, tapi kami berjaya memotong dengan riak nya

Si Daud terdampar pilu di belakang ferry. Beg oren tu BW punya. Beg merah tu berisi makanan dan jajan. Masa ni MH naik atas

Suasana belakang kapal. Agak bising tapi sumbat telinga dengan MP3 dan melayan perasaan dengan angin sepoi sepoi bahasa Mandarin

Bot nelayan mencari ikan

Jauh di samudera raya

Sudah memasuki Pelabuhan Ulee Lheue

Dah sampai uolss !!! Ya aw aw.....

bersambung.................

9 comments :

  1. berapa lama dari pelabuhan ulee ni ke pulau weh ye?

    ReplyDelete
  2. bot laju dlm sejam. bot slow tu sejam setengah.

    tapi masa balik hari tu 45 minit je dah sampai..

    tengok keadaan gak la. tapi within that range of time je ler

    ReplyDelete
  3. nak tanya la berapa bayar untuk round2 kat weh tu?

    ReplyDelete
  4. alamak. lupa dah. rasanya around 200 ribu kot. try nego dengan drebar drebar kat sana...

    ReplyDelete
  5. harga tu tak silap sekali dgn pick up ke port pagi esoknya..

    ReplyDelete
  6. ok..ok.. terima kasih supermeng malaya.. ^_^

    ReplyDelete
  7. Salam...nk tanye ni..tgk gamba mmg cun freddie's tu..tp mlm betul pnas sgt ke?..ingt nk 1nite situ..tp risau sbb xde aircon dh tu nk bwk anak2..

    Buke tingkap pn pnas ke?..kalo mmg pnas kne le tuka tmpt :(

    Tq!

    ReplyDelete
  8. Wasslaikumusallam. Masa pegi hari tu memang panas tapi ada la kipas. Mungkin time tu musim panas kot, tak berani nak ckp.

    tapi setakat 1 nite je ok kot.. sebab tempat tu memang lawa !

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...