Hari terakhir di Japan.
Aku bangkit pagi tapi tak tau nak pegi mana. Langkah... ini... seakan terhenti henti.
Depan kelabu !
Pedih memilu !
Masa bukan lagi teman ku.
* bersandar di dinding station keretapi dengan pose Rahim Maarof.
Macam biasa, kalau nak merayau kena pegi Osaka Station. Aku ada few plan untuk hari ni ke Osaka tapi aku rasa aku ada masa untuk pegi tempat lain.
Cuaca pagi tu sejuk gila di Osaka.
"Kenapa la tak snow ? Aku dah last day ni. Turun lah !!"
Begitu aku terus berharap. Ntah apa kena ntah kemaruk nak main snow. Maybe sebab semalam dekat Kyoto snow pun ala ala je. Buat aku tambah keciwa.
Memula aku fikir nak pegi Mino Park. Tapi aku ada baca dia kata kena trekking nak panjat tu dan tak berapa worth it walaupun ada air terjun di sana.
Hmmmph. So aku rasa aku kuburkan la nak panjat memanjat ni. Dah lotih dah den ni hah.
Memula aku fikir nak pegi Mino Park. Tapi aku ada baca dia kata kena trekking nak panjat tu dan tak berapa worth it walaupun ada air terjun di sana.
Hmmmph. So aku rasa aku kuburkan la nak panjat memanjat ni. Dah lotih dah den ni hah.
Tiba tiba datang roh buat benda tanpa di rancang.
Aku fikir, kalau aku pegi ke area yang nampak snow masa on the way ke Tokyo hari tu macam menarik jugak ek?
Fikir balik. Macam tak jauh mana.
Tak pe. Mari kita ke Shin Osaka dan tanya kaunter tiket di sana.
Gigih la aku naik train dari Osaka Station dan sampai di Shin Osaka aku terus pegi ke kaunter Shinkansen. Alang alang Shinkansen ada, mesti la di gunapakai semaxima mungkin. Jika tidak bukankah akan mengalami kerugian di situ?
Betul tak?
"I want to see snow"
Aku cakap kat mamat kaunter tu. Dia terdiam.
Pastu ada mamat belakang dia gelak.
"We dont rike snow"
"I know but I dont see snow everyday"
Rike adalah like. L tetap pelat bagi orang Jepun.
"You can go to Maibara"
"How far?"
"Hmmm 40 minit"
"Cool. Gimme ticket to Maibara then"
Dan dia pun print ticket untuk aku.
Aku pun tak tau Maibara tu kat mana. Hahahaha. Ikut suka hati je. Janji aku nak tengok snow macam ni !
Kat mana Maibara tu?
Apa yang aku tau, dia on the way ke Tokyo.
Mesti area yang aku nampak hari tu. Area snow sebelum Nagoya dan selepas Kyoto tu.
Tapi kalau aku pegi sana apa aku nak buat? Mana nak tuju?
Peta pun tak de. Check peta ni.
Ya. Di situ lah Maibara.
Tak kisah la. Janji hari masih awal aku masih ada masa sebelum flight balik ke Malaysia malam nanti. Yang penting.
Snow ! Snow ! Snow !
* buat rusuhan kaum.
Ada ke orang peduli?
Aku naik Shinkansen dari Shin Osaka terus ke Maibara.
Tak sangka. Kalau ikutkan semalam dah last aku naik Shinkansen. Belum puas ! So hari ni merayau lagi.
Train selama 40 minit. Sampai di Kyoto dan terus ke Maibara aku nampak padang memutih.
Yes !
Masih ada snow. Snow mungkin baru turun. Tapi tak setebal macam masa aku lalu ke Tokyo kelmarin. Tak kisah la, janji dapat rasa jugak.
Shinkansen akhirnya sampai di Maibara. Memang tak ramai orang turun. Aku je.
Pastu keluar dari train sejuk macam hapa je.
Cepat cepat aku carik port dan hisap rokok dulu di hujung station. Belum keluar lagi.
Tak tau mana arah nak tuju pun. Aku usha keliling dari kawasan station tu kot ada tempat yang menarik. Tapi penuh dengan rumah rumah orang je. Takkan aku nak pegi ambik gambar rumah orang?
Mesti orang kata aku gila.
Tak mengapa.
Aku jalan jalan dalam train station Maibara tu dan cuba cari panduan. Last sekali aku nampak peta Maibara. Aku nampak ada tasik. Aku fikir kalau tepi tasik mesti lagi lawa nak tengok snow.
Hmmm.
Aku pegi ke kaunter train.
"How to go to Lake Biwa?"
Aku tau nama Lake Biwa ni kat peta tu je lah.
Tapi minah yang keje situ memang tak boleh nak membantu. Kalau kampung macam ni, haram dia orang tak reti nak cakap English. Aku siap ambik pen dan kertas dan tulis besar besar.
Lake Biwa !
Tak tau jugak. Dia orang nak explain balik tu tak reti. Tapi mencuba sedaya upaya. Sampai panggil 2 orang yang lain try explain.
"Train. Nagahama....Ano.. Korek Korek Korek"
"Nagahama? How far from here?"
Tak jawab jugak. Dia tunjuk peta train baru aku faham. OK. Tak jauh. Dalam 2 station je.
So dengan bantuan dia aku pegi cari train ke Nagahama. Ntah mana tempat aku pun tak pasti, main ikut suka kaki je.
Sejuk beku. Tunggu train pun macam kena parkinson je. Akhirnya sampai la train dan aku naik. Tak ramai orang dalam train. Train pun tak berapa kerap. So aku masuk dan pastikan aku akan turun di station yang betul.
Lepas 2 station aku sampai di station Nagahama.
Confirmed !
Pastu aku keluar dari station.
Cuaca sejuk gila. Memang jelas nampak snow memutih. Cuaca pun malap je. Orang tak ramai lalu lalang menyusahkan aku nak bertanya.
Last sekali nampak kedai kat bawah station tu. Tak de peta. Aku check tapi tak faham. Yang ada cuma macam travel package je. Ada pakcik yang jaga kat situ, dia tegur aku.
"Lake Biwa?"
"Oh...."
Pastu dia tunjuk dengan jari. Aku angguk. Nak kena mula menapak. Tak tau jauh ke tidak.
Bila aku nak melangkah tu Pakcik tu kejar aku. Dia bagi aku map Nagahama !
Ah. Lega.
"Arigato. I can walk right?"
"Ano.. Oooooo"
Whatever lah pakcik !
Dan aku menapak cross Nagahama Station. Lalu ikut rumah rumah orang dan bermula la acara mari menyenap gambar dalam snow.
Aksi orang tak betul yang tak patut di tiru oleh sesiapa.
Berpandukan peta Pakcik tu bagi, nampak macam dekat je. So aku menapak je lah. Walaupun tak berapa nak faham tapi gut feeling aku kuat mengatakan tempat tu dekat je.
Jalan di kawasan rumah orang. Tak de nampak orang pun.
Pastu ada traffic light. Then aku nampak macam satu taman.
Dan aku masuk dalam taman tu dan jalan.
Tetiba rasa teruja.
Owh.
Apakah tempat ini?????
Terus rasa macam nak berguling guling.
Aku rasa aku berada dalam satu kawasan taman.
Tapi sebab semua putih tak boleh nak bezakan sangat taman apa. Tapi nampak pokok pokok macam lawa la bila dah kena simbah dengan snow.
Teruja la aku. Ralit lagi aku berjalan. Tak de orang lain. Aku sorang je.
Aku sorang je ke gila?
Ada la dalam 1 kilometer kot. Tiba tiba aku nampak castle !
Wah !
Ini sudah bagus. Memudahkan kerja aku. Now aku ada subject untuk di ambik gambar. Mari kita mendekati.
Dekat tangga ni aku nampak satu couple phillipines. Gila jugak tengah ambik gambar.
Kejap suruh laki dia posing macam tu, pastu posing macam ni. Kesian laki dia. Tapi nampak dia orang pun excited macam aku.
"Let's uols. Kita form satu group manusia phegak tengok snow"
Dan di sebalik istana atas bukit ni, aku nampak tasik.
Aku pastu, itu lah Lake Biwa.
Lake Biwa merupakan tasik air tawar terbesar di Jepun !
Keluasan seluas 670 km persegi. Dan tasik ini sebenarnya selalu muncul dalam puisi puisi lama bahasa Japan.
Cuaca sejuk gila. Angin sekali sekala bertiup kencang. Memang tak de orang kat kawasan ni maka aku terus terusan buat tak pedulik dan merayap sorang sorang diri.
Dari tepi Tasik Biwa ni kurang jelas nampak tasik ni sebab cuaca yang mendung dan kelabu. Tapi ada nampak hotel di sebelah kiri aku.
Dan banyak burung burung jugak. Tak tau burung apa. Terkedek kedek mereka berjalan. Bila aku dekat baru mereka lari berterbangan.
Mungkin kesejukan.
Dan aku terus melangkah kaki di destinasi yang aku sendiri pun tak pasti di mana aku berada sebenarnya ni.
bersambung...........
Misi mencari lake biwa berakhir di sini.
ReplyDeleteTerdampar akhirnya di blog meng dalam misi mencari arah ke tasik biwa
ReplyDeleteMKL : berjaya tak jumpa lake biwa?
ReplyDeletekalau sempat pegi la.. tapi xde apa pun yang menarik...