Akhirnya si Iwan tiba juga.
Fuh. Lega.
Kalau tak, dah tak tau nak buat apa la kami bertiga ni. Nak pose pose kat chalet je kang kerugian.
Maka Iwan bawak kami pusing pusing di kawasan Pulau Weh ini.
Destinasi pertama kami adalah ke Titik Nol !
Apa tu Titik Nol?
Nantikan.
Tapi sebelum tu lalu di kawasan bandar Sabang dulu.
Bandar Sabang ni ada 2 kota. Kota atas dan Kota bawah. Satu atas bukit, satu lagi bawah bukit tepi pantai. Kota atas lebih kepada pejabat pejabat dan kota bawah lebih kepada rumah rumah dan tempat tempat rekreasi dan kedai kedai.
Yang ni pantai di Kota bawah.
Hah !
Di pantai ni la selalunya ikan lumba lumba banyak bermain especially waktu pagi dan petang. Tapi waktu kami pegi ni panas hangat. Ikan lumba lumba pun malas nak memunculkan diri. Sombong lah tu.
Kami usha je kawasan ni. Pantai dia berbatuan tapi petang petang bak kata Iwan memang ramai penduduk setempat lepak lepak menikmati keindahan laut. Ada yang makan dan berborak. Ada warung warung di buka di pesisir pantai di waktu petang.
Dari Kota Bawah kami terus ke Titik Nol.
Tapi tak lagi. Singgah dulu dekat Sabang Hills.
Sabang Hills ni merupakan kawasan atas bukit di mana didirikan sebuah hotel penginapan. Sabang Hills Hotel. Kata Iwan tu dulu orang Malaysia yang punya. Kami usha usha dan menikmati kawasan dari atas bukit ini saja.
Saksikan.
Dan kawasan hujung berbalam balam tu lah Titik Nol tempat arah tuju yang bakal kami pegi.
Sebelum tu sempat lalu di kawasan kedai kedai di Kota Sabang bawah. Banyak jugak kedai tapi hari Sabtu tak banyak yang di buka. Kata Iwan. Mostly kedai kedai berhenti rehat dari jam 2 petang hingga 5 petang. Pukul 5 baru buka semula sampai ke malam.
Di kawasan Kota Sabang bawah ni juga ada pelabuhan. Pelabuhan baru siap untuk Cruise docking.
Kebetulannya, esoknya ada satu Cruise dari Latin akan singgah. So persiapan sedang rancak di jalankan. Dulunya Pelabuhan Sabang ni memang terkenal sebagai pusat perhentian kapal kapal dagang tapi setelah di ambil alih oleh Singapore tempat ni jadi sunyi dah.
Dan dengan kehadiran Kapal Cruise tu lah maka bakal menaikkan Sabang sebagai destinasi pelancongan. Kata Iwan ada lebih kurang 500 orang akan sampai dan mereka ada 6 jam untuk melawat kawasan Pulau Weh ni. So orang orang yang bawak van dan taxi macam Iwan ni dah kena book untuk orang orang dari cruise ni.
Dia orang memang excited la sebab cruise ni cuma akan berlabuh 3 kali saja setahun.
Di kawasan pelabuhan ini ada satu kapal yang terdampar atas jetty hasil kesan daripada Tsunami.
Waktu Tsunami melanda, Pulau Weh ni tak de la terkena sangat sebab dia agak terlindung, tapi kapal nelayan tu telah dibadai ombak dan terus melekat atas jetty. Kami tengok dari jauh je so tak sempat nak snappy gambar.
Perjalanan di teruskan dan kami terus menuju ke Titik Nol.
Jalan agak sunyi dan sepi.
Sebelum sampai di kawasan Titik Nol ni ada 2 resort yang agak lawa jugak. Iwan kata satu tu Korean punya dan satu lagi tu orang Malaysia punya.
Tapi menarik jugak kawasan tu.
Titik Nol ni juga di panggil Kilometer Zero !
Tempat ini merupakan tempat paling hujung dalam Negara Indonesia yang menjadi awalan kilometer untuk kepulauan Indonesia keseluruhannya. Terletak di hujung Pulau Weh, hujung Sumatera dan merupakan titik paling hujung sekali.
Apa ada kat sini?
Tak ada apa apa pun.
Tapi view agak menarik sebab kawasan ni memang tak berpenghuni. Masih belum tercemar dan cuma ada post tentera saja.
Tengok view dari Kilometer Zero ini.
Tapi kat sini ada satu menara yang menjadi tempat beradanya Titik Nol ni.
Kami nak pegi usha. Masa nak naik tangga tu tiba tiba aku ternampak sesuatu.
"Ular !"
"Mana? Arrrrrhghhhhhhhhhhhhh"
BW terus hilang pedoman.
Padahal anak ular je pun.
Terus dia dengan MH tak nak naik. Tapi nasib baik ada tangga belah lain so dia orang naik ikut atas sana.
Di atas menara ni ada satu mamat ni menjual lukisan. Aku kesian tengok dia. Sebab aku fikir tempat ni bukan ramai orang datang pun, kalau dia menjual lukisan sapa nak beli?
"Kamu lukis sendiri?"
"Ya Bang"
Masalahnya lukisan bentuk corak corak. Aku nak beli pun tak berminat.
Dia ada jual sticker dan sebagainya tapi tak de pulak jual Fridge Magnet. Sticker dia semua lawa lawa. Semua dia design sendiri.
Dia baik gak la. Dia yang tunjukkan kami di mana Titik Nol tu.
Ni hah !
Tu yang bulat tengah tengah tu.
Kena mengendap ke bawah baru boleh nampak. Kalau tak, kita orang sendiri pun tak perasan.
Tengok siapa aku jumpa di Titik Nol !
No ! No ! No !
Bukan Titik Puspa...
Ni ha....
Tengah mengelamun ke Hazamon?????
Van Si Iwan yang bawak kami berjalan jalan.
Dari Titik Nol, kami berpatah balik ikut jalan kecik tadi tu dan menuju ke Iboih.
Kita orang ni konon konon nak sewa motosikal je nak keliling Pulau Weh ni. Nasib baik la tak buat keje gila macam tu kalau tak, mahu la sakit pinggang.
Jauh okeh. Boleh tahan jugak la besar pulau ni.
"Di sini ada binatang buas?"
"Tak ada Bang. Paling paling pun Ular saja. Gajah, harimau semua tak ada"
Jawab Iwan.
Akhirnya kami sampai di Iboih.
Iboih ni merupakan kawasan yang terkenal untuk snorkeling dan diving di Pulau Weh ni. Memang Pulau Weh ni terkenal dengan pusat diving.
Cantik jugak la kawasan ni. Di seberang tu ada pulau nama dia Pulau Rubiah. Pulau tu lah menjadi destinasi untuk diving.
Memang diving heaven di sini. Tapi kita orang tak de la nak diving. Nak snorkelling pun rasanya kat chalet kami tu je. Nampak macam lawa je. Dok pusing pusing usha kawasan sekitar.
Nampak adik Lampard ni kat jetty. Tapi adik ni malu nak bercakap. BW dok interview dia macam macam. Dia tengah mengail dan dapat udang !
Boleh naik bot ke Pulau Rubiah tu. Tambang dia berbeza mengikut bot. Dan boleh juga pusing pusing pulau tu. Ada je orang tempatan yang bawak bot dan boleh deal dengan dia orang.
Kawasan Iboih ni dah commercial. Banyak chalet, kedai kedai, kedai makan dan macam macam lah. BS hari tu duduk kat sini la kan?
Nampak kedai ni, usha FM. Ada banyak !!!
Tapi kita orang keras hati tak nak beli.....
Nasihat aku, kalau sampai sini sila beli FM kat sini. Kat sini je ada FM lawa lawa dan cantik cantik. Kat Town ada tapi tak banyak choice.
Kami tak beli so kempunan !!
* nanges.
Sempat kami singgah minum teh botol menghilangkan dahaga.
Cuaca panas terik.
"Iwan. Lepas ni kita ke mana?"
"Gapang bang"
Sekali dengar macam gampang. Sebut betul betul..............
Gapang !
Sampai di Gapang usha kawasan persekitaran.
Lawa jugak kan pantai dia?
Boleh lah. Kat sini ada pusat Scuba nama dia Lumba Lumba. Pun orang Malaysia yang punya. Tempat ni memang menjadi destinasi pilihan untuk yang gemar scuba diving di laut lepas.
Nampak la bot bot bawak diver baru nak bergerak ke tengah laut.
Kami usha pemandangannya sambil cuci cuci mata.,
Bukan kita orang je usha.
Si Iwan ni pun usha.
Hiks.
Lepas menghabiskan masa di Gapang kami terus beredar. Kali ni nak singgah kat Air Terjun.
Ada tanya Iwan cemana nak pegi tempat air panas tu Iwan kata ikut laluan lain dan agak jauh. Kalau nak pegi ke sana nanti kami tak sempat nak pegi Air Terjun dan Benteng Jepun.
So kami akur.
Terus je bergerak balik semula ke Sabang tu sebab Air Terjun tu terletak di pertengahan jalan.
Sempat nampak orang jual aiskerim ni. BW kemaruk nak makan aiskerim.
Pelik tong aiskerim dia tu.
Dan Iwan bawak kami ke Air Terjun.
Dari luar jalan, van boleh masuk ke dalam tapi lepas tu kena berjalan dalam 200 meter.
Tak jauh mana. So saksikan view menuju ke Air Terjun. Lupa la nama air terjun tu.
anak sungai menuju ke Air Terjun
Ada itik tengah termenung
Kena panjat panjat batu baru boleh sampai ke atas.
Masalahnya waktu kami sampai di air terjun tu kami tak di benarkan naik.
Motip la gila.
Bukan kita orang je kena tunggu. Adik adik ni pun terpaksa menunggu. Muka semua tak puas hati. Dah datang jauh jauh kena pulak menunggu macam ni.
Nak tak nak terpaksa lah.
Wajah wajah kerengsaan
Ada lagi.. Sugul menanti bilakah detik aku boleh mandi ni.
Dekat 20 minit jugak la kami semua menunggu. Puas dah aku hisap rokok. BW dengan MH ada la dok main main air jugak. Aku pun dah tak tau nak buat apa. Si Iwan dok sembang dengan driver tu lah.
Tup tup..
Mempersembahkan.......
Pasangan bercinta.. sehati sejiwa.....
Taraa................
Orang Morocco ke mana. Motip la nak mandi air terjun. Dah tau nak nak mandi tempat terbuka perlu ke nak kever kever???
Tapi tak pe lah. Yang penting waktu kami dah sampai.
Budak budak ni terus je terjun.
Dalam jugak air dia. Boleh tahan la air terjun dia. BW dengan MH dah mengenyam.
"Cemana nak mandi? Tak bawak baju"
"Ngga apa. Mandi aja"
Iwan bagi harapan jitu dan mereka terus pose pose memerang lepas tu.
Aku duduk tepi je. Malas nak mandi.
Lepas mandi manda tu, kami pun bergerak turun semula.
Si Iwan ni tinggal kita orang. Laju je dia lari turun. Keji betul. Nasib la aku ingat jalan. Tapi kami telah di kejar lepas tu.
"Tolong Bang... Tolong !!!"
BW menjerit penuh drama.
MH pun seram sejuk.
Tengok tengok...
Lembu uols !!!
Sibuk la. Lembu ni mengekor aku sebenarnya. MH dengan BW belakang lembu ni. Ntah apa dia nak dari aku. Padahal BW yang pakai baju merah.
Nak aku ambik gambar kah???
Elok je dia orang ramai ramai berjalan beratur....
Sepanjang jalan nak sampai ke kereta nampak la orang orang kampung basuh kain dan mandi manda.
Adik ni pose pose vain mandi bogel
Kakak menggunakan keberkesanan sabun fab buku biru untuk cucian yang lebih meyakinkan
Dan adik tadik membuat terjunan sambil menujukkan juburnya yang masih suci. Haks.
Lepas abis mandi manda di air terjun, kami balik semula ke Kota Sabang bawah.
Hajat hati nak cari souvenir lah. Nak beli FM dan sebagainya. Tapi kedai banyak tak bukak. Ada satu kedai bukak. FM dia hampeh. Pulak tu ada 3 je. Tak boleh nak beli banyak banyak.
Kejam !!
Kejam !
Rasa nak patah balik je pegi Iboih tadi tu. Kalau beli kat situ je pun dah selesai. Padahal harga sama je !
Bagi menghilangkan rasa kecewa kami pun makan.
Singgah kedai kakak ni dan makan.
Oh ya. Orang Aceh ni bukan orang Jawa. Jadi tak perlu panggil Mas, atau Mbak, atau Non apa apa semua tu. Cukup panggil, Adik, Abang atau Kakak saja.
Kami makan di kedai Anggun.
Diam diam Anggun bukak kedai makan kat Sabang ya....?
menu kami. inzal jugak makanan dia.
Makan hingga kenyang !
Lepas tu Iwan cakap kita ke destinasi terakhir.
Hari pun dah petang.
Lewat Sumur Tiga tadi balik semula kami ke Benteng Jepun.
Apa ada kat sini?
Usha dulu.
Iwan turunkan kami di tepi jalan je. Dia tunjukkan jalan ada tangga so kami ikut je tangga tu menuju ke atas bukit.
Ni view dari atas bukit
nampak tu benteng Jepang?
Boleh tahan jugak la kan kawasan ni.
Iwan kata tempat ni hari tu ada artis buat video clip. Tanya siapa, dia tak tau. Motip tak mengambil tau perihal gossif?
Dan usha kawasan sekitar. Menarik sebenarnya kawasan ni. Tempat ni menjadi tempat pertama Japan berlabuh sewaktu menawan Indonesia dulu. Dan kawasan ini di jadikan kubu penting untuk mereka berlindung dari ancaman musuh.
Ayoh !
Cun tak??
Tengah dok berjalan jalan tu BW mengamuk dengan selipar dia. Siap membebel bebel marahkan selipar dia.
"Kau dah kenapa budak akak?"
"Selipar ni hah putus"
Mati la sewel.
Selipar dia putus. Terus menapak kaki ayam. Hahaha. Tinggal lah selipar merah dia bermukim kat situ.
Ntah apa la aku dengar dia bebel marah selipar dia. Tapi aku dok gelak sorang. MH tukang ambik gambar BW. Bagus ada MH. Dah pandai ambik gambar. Tu belum IH ada. Lagi lama agaknya BW duduk area ni.
Tu pun aku dah abis jalan. Dah ke depan tengok tengok budak berdua ni tengah dok ambik gambar lagi.
Kejap kau ambik gambar aku.
Kejap aku ambik gambar kau.
Kejap ilang..
Aku patah balik cari bebudak ni mana lah pegi.
Rupa rupanya....
Terguling ambik gambar !
* pengsan.
Tapi tempat ni memang lawa.
Dan menjelang petang kami pun pulang ke Santai Sumur Tiga.
Orang kampung sedang bergossip riang
Nelayan berseluar dalam. Siap memberi pose pose kever penuh makna.
Dan akhirnya kami sampai di Santai Sumur Tiga semula.
Apa itu uols????
abaikan baju Phi Phi itu
bersambung............
cadbury hutan ade gak kat kwsn titik nol tu,manje kot hehe
ReplyDeletePacak : manja ke?
ReplyDeleteaci kasi depa gesel gesel?
hahahaha
meng , ada contact supir kt acheh tak?
ReplyDeleteSK : dulu ada.. tapi rasanya ada org try contact tapi dah tak respon. maybe dia rengsa dpt ramai sgt pelanggan.
ReplyDeletehehhe. cuba try cari kat blog DJ.