Saturday, August 24, 2019

NATURE ESCAPADE | 05 : Mangala Resort & SPA - Facilities

Bermula sebagai lembah tanah yang tandus, Mangala Resort & SPA berkisar sejarah awalnya dengan aktiviti perlombongan bijih timah dari tahun 1930-an hingga akhir tahun 1970-an, kemudian untuk aktiviti perlombongan pasir dari akhir tahun 1970-an sehingga tahun 2000-an yang mempunyai hasilnya sebahagian besarnya dibekalkan melalui Pelabuhan Kuantan. 

Kemudian kawasan ini ditinggalkan tandus, hampir tidak ada tumbuh-tumbuhan.

Dan kini hasil dari penanaman semula hutan, villa-villa yang indah terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit, bunga eksotik dan taman herba, pokok buah-buahan, tasik-tasik yang dibangunkan di atas tanah lembap yang tidak terganggu. Tempat bernafas kawasan tropika yang mewah ini sengaja direka untuk mencipta pengalaman setiap tetamu ke resort ini untuk lebih dekat dengan alam semulajadi

View sekitar resort yang mendamaikan....





Dan kali ni kita tengok facilities yang ada di sini...........................

01. Swimming Pool...

Selain di villa villa, di area berdekatan dengan reception building ada large swimming pool overlooking tasik. Khusus untuk yang duduk kat villa tak de pool lah kalau nak mandi dan bersantai mantai.









Lawa jugak la pool dia ni. Tapi dekat dengan restaurant ler pulak.  

Lagipun buat apa nak posing posing sendu di pool public walhal ada private pool di villa sendiri? Baik pose pose majalah mangga di situ jer....

02. Gymnasium.

Bagi yang menjaga body dan sentiasa ingin kekal sihat dengan aktiviti berpeluh walaupun dalam hutan....



Resort ni besar, nak balik ke villa pun kalau jalan kaki mau berpeluh ketiak tu. Sebab tu buggy disediakan sebagai pengangkutan. 

Cakap je nak ke mana dalam area resort tu, nanti dia orang akan datang ambik dan hantar.

03. Function room for Meeting or event.

Kalau nak buat meeting pun Okey. Ada meeting room jugak di sini walaupun nampak tak banyak. Yang pasti view overlooking tasik dan pool...





04. Restaurant & Bar..

Ada satu area ni more to private function kalau nak organize wedding ke event ke berdekatan swimming pool.






Tapi all day dining area adalah dekat The Lakeside Restaurant

The Lakeside Restaurant is an inviting all-day-dining restaurant offering sumptuous buffet/ unlimited a la carte breakfast (subject to occupancy levels), a la carte lunch and dinner. Guests can choose from the chef’s range of signature local and international dishes.

Boleh lepak dalam atau luar tepi pool





Kat sini la aku dengan family had breakfast. Lunch dengan dinner pun ada.








Breakfast spread dia OK lah not bad. Tapi since tak ramai orang, makanan tak di replenished kalau kehabisan. Kena breakfast awal.

05. Activities...

Sebenarnya pihak resort ada sediakan banyak jugak aktiviti di sini antaranya bird watching, cycling, jogging ke berpiknik dan sebagainya.

Ada jadual dalam villa berkenaan aktiviti yang diadakan. Semuanya FOC

Board Games

Ping pong

Cycling. Basikal di berikan percuma untuk di guna. Ramai yang guna buat balik ke villa masing masing so pepandai la chop.. Ada banyak saiz untuk kegunaan.

Tapi ada satu area untuk activities ni tapi lokasi agak jauh skit dalam ladang kelapa sawit. Tapi boleh naik basikal atau suruh buggy hantar dan ambik.



Kat sini boleh berkayak dan main archery.




Boleh jugak santai santai kat area ni sebab ada kolam dan view yang cantik...






Boleh tahan jauh gak kawasan ni. 

Nasib ada buggy

Overall, nice stay... sesekali dapat pengalaman bersatu dengan alam dengan villa yang cukup lengkap dan facilities yang tip top aku rasa memang percutian di Mangala Resort & SPA ni jadikan trip yang sangat menarik.

Lagi menarik kalau villa dia ada dapur. Memang boleh masak gulai kawah  la kat situ bahagi kat jiran jiran tetangga.. Hiks.

Cuma kalau nak cari bekalan makanan atau stok apa apa kena keluar sikit dari area resort tapi banyak je kat belah laluan jalan besar.











MANGALA RESORT & SPA
Lebuhraya Tun Razak,
26300, Kuantan,
Pahang, Malaysia
+609 505 7788

mangalaresortandspa.com/
fb : mangalaresortandspa/

bersambung...............

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...