Wednesday, August 21, 2019

NATURE ESCAPADE | 02 : Nasi Kukus My Mama, Gambang

Dah kata perut lapar minta di isi. Tercari cari kedai yang boleh melunaskan gelora keroncong dalam diri.

Ternampak sign besar besar. NASI KUKUS MY MAMA.


Lokasinya di tepi jalan. Nampak signage dia besar besar. Sebesar BIG MOMMA.

Nampak macam menjadi tumpuan. Ayuh sibukkan diri. Kita cuba mana tau sedap bersari.


Masuk dalam tengok orang melimpah. Nasib tak de yang tergoleh golek di lantai.....

Confirm enak nih !






Takut tengok orang ramai. Yang sedang makan. Yang sedang beratur. Teruja aku jadi nya. Tapi aku malas beratur.

Di persilakan tolong beratur......................

* ulur duit je.

Konsep dia. Order. Bayar. Dan pick up.

Beratur..

Order.. Eh. Nak order apa?

Tengok menu list.

Tak nampak? Teleng skit kepala...

Basically Nasi Kukus My Mamma jual nasi Kukus lah !

Duh................ Takkan jual creme brulee pulak.

Tapi ada jugak Kambing. Dan Ayam pulak banyak kategoryi. Ayam Goreng Berempah. Ayam Masak Merah. Ayam Kicap.. dan lain lain lah.

Dah order. Dah bayar then dia orang prepare.





Sebab macam fast food chain, expect tak lama. Tapi masa kami hari tu lama gila. Sebab ayam tengah di goreng. Hmmmph..

Nasib mood aku baik. ( sebab bukan aku yang beratur ). Tunggu nak ngap jer. Lapar weh.



Akhirnya. Penantian satu penyiksaan untuk otot perut.

Tak lalu nak makan di situ, kami tapau je.



Punya lah ramai abang abang bikers kental datang menjilat jari

  Apparently. Sedap tak terperi ! Sesuai dengan tagline nya. SIMPLY DELICIOUS.


Ayam berempah enak hingga menjilat jari. Ayam masak merah pun kick dia lain macam. 

Memang tak syak lagi kenapa Nasi Kukus My Mama menjadi pilihan. 

A pioneer of fast food industry in Malaysia. Aspired to provide the best dining experience for any occasion, Nasi Kukus MY Mama is a prominent chain of traditional Malay food restaurants primarily founded in Kuantan, offering adverse range of dishes, everyday and special meal sets cooked and served using authentic recipes and original ingredients.

Founded in Kuantan recently, Nasi Kukus MY Mama has already expanded five branches across Kuantan, gaining positive feedback from customers. In near future, we are planning to extend another 14 branches in Kuala Lumpur, Johor Bharu, Kelantan and Terengganu – offering more delicious meal sets for customers particularly the children, party meals and franchising programmers supplemented with drive thru & online sale services.

Masa ni aku makan di Gambang. Hari tu gi Pekan, makan lagi. 

Nasi Kukus My Mama - Gambang Branch
A37-A41, Jalan Bandar Gambang 1,
Pusat Komersial Bandar Gambang 1,
26300 Kuantan.
PAHANG


Buat masa ni dia orang ada cawangan di area Kuantan dan Pekan jer.  Branches

Agak ketagih lah. Sila try dan rasakan sendiri. Aku promo kaw kaw ni. Rasa memang sedap tapi service aku tak leh jamin pantas ke tak. Member aku cerita ada orang ni sanggup datang dari Terengganu semata mata nak makan Ayam Kicap dia. Abis makan terus balik semula ke Terengganu. ( aku assume dia duduk Kemaman je kot )

Try lah. Aku takut nak try. Takut berkicap nanti kemaruk nak gi jauh jauh.

bersambung............

8 comments :

  1. memang sedap tuan.
    saya kalau ke area Kuantan mmg singgah. Kwn office la promote. Try memang sedap ah. Garing ayam dia. Kat area Pahang memang ada 2,3 cawangan dia.
    Tp tu lah, buatnya teringin dan mengidam, memerlukan kos dan tenaga utk gerak dari KL ni semata mata nak makan ayam myMama ni. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. kena tunggu dia bukak cawangan di area berdekatan....

      Delete
  2. Memang sedap (kata kita org Kuantan, alamat Jalan Gambang hehe)

    ReplyDelete
  3. Saya pernah makan sekali sebab sub cont bawak. Boleh tahan la cuma style kedai ni saya kurang minat. Bersepah2 huhuhu

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Nama dia Dato' Azman Abdul Razak
      Pengarah Urusan Rangkaian Nasi Kukus My Mama

      di pilih Sebagai Penerima "Most Diversified Entrepreneur" bagi SME & Entrepreneur Business Award: Malaysia Edition 2017.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...