Wednesday, August 7, 2019

BAWAL POWER SEMPOI, Glenmarie

Dulu dulu ada 2 jenis ikan yang power dan glamer. Ikan kekek dan ikan gelama.

Kenapa?

Sebab semua orang nyanyi lagu Ikan Kekek Mak Iloi Iloi. Ikan Gelama Mak Ilai Ilai.

Tapi sekarang, bukan mereka berdua je yang glamour.

Dengan kuasa viral,

"Ikan Bawal .... Power !!!!!"

* paksa Faezah Ilai siang ikan bawal sambil pakai tudung bawal.................

Bawal Power Sempoi yang terletak di Cyberjaya memang menjadi sebutan ramai dek kerana penangan ikan bawal dan sotong goreng panas panas yang di hidangkan dengan nasi. Tapi kalau nak rasa memang nak kena pegi ke Cyberjaya sana. 

Kini... tidak perlu lagi !

Bawal Power Sempoi dah di buka di Glenmarie, Shah Alam dan beberapa cawangan lain. Tak tau la memang cawangan atau pun dah di franchised.

Kami berkunjung di restoran di Glenmarie.






Restoran agak luas sebab dia occupied 2 lot kedai.

Menyediakan hidangan nasi dengan lauk pauk gorengan seperti bawal, sotong, ayam dan sebagainya. Boleh pilih hidangan atau set mengikut citarasa masing masing.


Antara hidangan yang ada.... boleh goreng atau pun bakar..






Hidangan akan di panaskan kalau sejuk. Ada jugak yang di goreng on the spot bagi rasa lebih sedap. Malang sekali time kami datang sotong kehabisan. So tak berjaya menyotongkan diri.

Beberapa pilihan sambal....

Dan pilihan menu hidangan kami...................








Dan selepas sekelip mata semuanya berubah !

Licin.........

Maksudnya boleh tahan la sedapnya tu.

Ada jugak menu lain dan kudapan petang.



Alhamdulillah kenyang. Harga pun berpatutan.........

Apa yang penting, makan kat kedai kedai macam ni lebih proper dan selesa compared to di Cyberjaya nuh.



BAWAL POWER SEMPOI @ Glenmarie
No.9, Jalan Penguasa A U1/53A,
Kawasan Perindustrian Temasya,
40150 Shah Alam,
Selangor
BawalPowerSempoiGlenmarie/

Selamat menyotong sambil pakai tudung bawal...  Power !

3 comments :

  1. sedapnyaa! btw saya singgah sambil follow #537

    http://sayesyadiya.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. wuih menarik ni... dekat pun dekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la gi usha... jgn lupa pakai tudung bawal...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...