Monday, July 15, 2019

PADI HOUSE Concept Outlet @ Nadayu99, Cyberjaya

Makan lagi. Cyberjaya lagi.

Aku nak jadi duta Cyberjaya lah. Boleh pakai Maxis 5G ! Ihik.

Padi House lagi !

Di Cyberjaya ni ada 2 Padi House. Satu yang dekat CIMB bank area TEKNOKRAT tu dan ada satu lagi dekat dengan Nadayu99.

Nadayu99 ni area dia dekat dengan Tamarind Square. Port yang menjadi viral baru baru ni.

Lot kedai

Opposite Tamarind Sq

Padi House.

Port rumah kedai tu macam tak berapa ramai penyewa jadi parking adalah mudah dan banyak. Jalan pun area tak sibuk so ada kedamaian sikit kalau melepak atau ada sesi bertemu sua di sini.

Setting yang menghijau

Seat setting. Ada di luar dan boleh jugak lepak di dalam..

Ada la pepokok sikit... ku lihat Hijau.

Lepak sambil makan. Tak sempat nak snap buku menu sebab busy berdiskusi.  Menu dia sama je rasanya macam Padi House yang lain.

Bermula dengan appetizer hingga lah ke set set makanan dan desserts, menu hidangan adalah pelbagai. 

So menu tak perlu muncul lah. Order jer ikut selera tekak.

Kita mulakan dengan salad. Ni salad betul. Bukan petik daun hijau kat pokok dan feeling feeling vegetarian.

Mushroom Soup

Teka apa dalam bekas kuning tu?

Jawapannya kuah kari

Bihun

Sandwich pulak. Hantu raya kalau lapar memang meminta makan yang bukan bukan !

Nasi Goreng

Minuman bagi yang menjaga badan

Padi House ni more to makanan Asian dan western. Di sebelahnya ada Deli Cafe yang menyediakan coffee dan desserts.

Banyak cake cake di situ.



Rasa pun sedap sedap belaka. Boleh melepak dari tengahari sampai ke petang. 

Tenang dan nyaman !

Apa yang aku nak share, Padi House kat Nadayu99 ni lagi best nak melepak santai compared to yang dekat Teknokrat sana.  So boleh gi lepak lepak kat sini !

Padi House Cafeteria and Deli Cafe
Nadayu 6G&7G,Nadayu Square ,
Nadayu99 Persiaran Bestari ,
Cyber 9 ,
63000 Cyberjaya

4 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...