Tuesday, July 2, 2019

TUNE HOTEL DPULZE, Cyberjaya

Tune Hotel agak tak asing dan kebanyakkan dari kita tau tentang wujudnya chain hotel di bawah naugan syarikat penerbangan Air Asia ni. Namun menginap tu mungkin ramai yang tak pernah.

Aku sendiri sebelum ni macam dengar dengar cerita kalau stay Tune Hotel tak de airocnd lah, nak tuala kena extra charge lah, silap silap nak sabun kena bayar lain. Standard business model Air Asia. Now everyone can fly.. with additional charges. Kalau hotel kang, Now everyone can stay.... with less comfort !

Tune Hotel D Pulze

Aku pun seingatnya pernah sekali stay tapi lupa kat mana. Manila kot. Tapi rasa macam OK jer.

Dan hari tu aku ada meeting di Cyberjaya waktu siang dan malamnya ada business meeting lain. Nak balik rumah macam jauh sangat dan jalan jem jadi aku riki riki untuk tumpang berehat di Tune Hotel Cyberjaya ni.

Sebelum tu riki riki jugak hotel yang murah di kawasan Cyberjaya ni tapi aku macam cuak takut kena raid. Kang tak pasal pasal jer. Biar hotel yang well- known, ada rasa secured skit.

Entrance

Tune Hotel DPulze Cyberjaya is a popular pick for travelers as it's situated within the DPulze Shopping Centre, the only integrated commercial and retail development in Cyberjaya. Serviced office facilities are available from Regus Cyberjaya (above the hotel), and many multinational companies are within walking distance. 

In addition to that, Putrajaya is a mere 15 minutes drive away. For ease of transportation, the Cyberjaya Transport Terminal is right opposite the hotel.

Terletak di DPulze, Cyberjaya

Sebab kira decision pun impromptu je so aku walk in lah check kot ada kekosongan. Since rasa belengas dan berpeluh dan aku perlu mandi sebelum meeting seterusnya. 

Gadis front desk agak tak friendly.

"Sorry. Bilik penuh"

Errrr... Frust.

Aku keluar dari lobby. Hisap rokok then check agoda dan kat agoda ada kekosongan. 

Aku masuk balik nak verify dengan front desk, dan aku bagitau thru agoda ada available room, dia boleh cakap.

"Then Encik book je lah agoda"

Adoi. Nak je aku lempang minah tu. Sombong gila. Tapi sebab aku desperate tak tau nak ke mana, tak pe lah aku mengalah. Aku book thru agoda dan bayar then aku check in. 

Tapi masa nak check in tu minah lain yang attend dan minah tu OK pulak.

Usha area lobby hotel.




Aku tak pasti pulak hotel ni bagi free parking ke tak sebab aku park dekat mall DPulze tu je. Sebab memang plan tak menginap pun so should be aku stay lama bebeno kat sini pun.

Dapat kunci aku terus naik ke bilik.


Pass kad

Tingkat penginapan....

No smoking

Aku lupa bilik aku jenis apa. But standard room je la kot. Harga RM 99 per night with breakfast. Tapi aku memang tak nak stay for breakfast pun.

Usha bilik dia. 










Bagi aku bilik dia agak comfortable lah untuk night over. Walaupun level dia agak basic tapi sesuai dengan harganya dan acceptable. 

Semua all inclusive, tak de lah kena bayran exrta atau pun harga bilik by hours ke apa. Tapi memang aku tak stay overnight pun.





Bilik dia dia pun basic with basic amenities. Kira OK lah sebagai persinggahan.

Layan pemandangan dari Tune Hotel Cyberjaya ni.








View biasa biasa je tapi tingkap boleh bukak so aci je nak smoking ! Opps.. jangan bagitau rahsia ni.

Facility wise rasanya tak banyak. Tak de resto tapi dia bagi voucher breakfast dekat Oldtown Coffee. Tak de pool. 

Tune Hotel Cyberjaya

Check in time: 2:00 pm onwards
Check out time: 11:00 am

Parking is available at a flat of RM5 daily for Tune Hotel DPulze Cyberjaya guests. Normal parking rates are as follows: RM2 per hour and RM1 every subsequent hour. RM2 flat rate for entry between 4PM – 7AM daily and on Saturdays, Sundays and Public Holidays

Meeting rooms are available for reservation at enquiry.cyberjaya@tunehotels.com or call us 03-8320 9920

Cyberjaya Transport Terminal is located directly opposite. It serves 7 bus routes – KL Sentral, Terminal Bersepadu Selatan, Gombak, Kepong, Klang North, Klang South and Seremban
27 km from KLIA and klia2 airport terminals
34 km from Sultan Abdul Aziz Shah Airport, Subang
Several MNCs like BMW, Dell, Hewlett-Packard, HSBC, Motorola, Shell and Fujitsu are located within walking distance
Located nearby are several academic institutions – Limkokwing University of Creativity, Multimedia University, Cyberjaya University College of Medical Sciences, University Malaysia of Computer Science & Engineering, Kirkby International College, and Kolej Cyber Putra.
Serviced office facilities are available from Regus Cyberjaya, which is located on level 14 and 15 above our hotel
Multimedia Development Corporation (MDEC) is walking distance, approximately 14 min (1 km)
10 km (15 min) to Palace of Justice, Putrajaya, the Federal administrative centre of Malaysia






Sempat baring baring jap. Mandi dan bersiap semula. Lepas maghrib aku check out terus. 

Minah kekwat yang sama kat reception area. Nak je aku lempar kunci tu.

"Nah.. ambik balik bilik kau ni !!"

Tapi aku tak de lah buat gitu. Just pulangkan kunci dan bagitau dia aku nak check out. Aku pulangkan dengan voucher breakfast yang dia bagi tu semula. Biar dia tertanya tanya dalam hati apsal aku just lepak kejap je. Mesti dia tau aku tak puas hati. Or dia ingat aku sewa untuk niat lain? 

Hah. Lantak lah. Apsal aku nak kena fikir apa yang dia fikir? Duit aku. 


TUNE HOTEL D'PULZE, Cyberjaya
Cyberjaya DPulze Mall Block D,
Cyberjaya CBD,
Persiaran Multimedia, Cyber 12,
63000 Cyberjaya,
Selangor
+603-8320 9920
Tunehotels/dpulze-cyberjaya/
fb :  tunehotels

Tapi location memang not bad. Dekat dengan mall. Senang nak makan dan beli belah. Banyak restaurant dan cafe di sekitar. Access pun kira OK jugak la dah boleh jadi port singgahan kalau ada hal di area Cyberjaya ni.

Kira OK la considering rate dia pun tak de lah mahal. Dan kalau aku tersadai kat area ni lagi nanti, aku rasa agak OK untuk stay lagi kat Tune Hotel Cyberjaya ni.

2 comments :

  1. Replies
    1. merah tanda berani..

      tone dia okey.. maybe sebab cuaca kat luar hujan

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...