Wednesday, July 17, 2019

OLE-OLE BALI @ D'Pulze, Cyberjaya

Jom singgah jap kat Bali.

Eh. Ole Ole Bali jer. 

Ole ole Bali ni merupakan resto dengan gaya dan menu makanan ala ala Bali. Aku pernah terjah di cawangannya di Ole Ole Bali, Empire Gallery di Subang.

Kali ni usha pulak cawangannya di Cyberjaya.




Deco kedai memang cun melecun. Macam berada di Bali, siap dengan iringan muzik lagi.

Usha setting resto di sini.....






Ada jugak seating belah luar kalau nak open air. Keseluruhannya agak besar jugak resto dia, maybe untuk menampung acara besar dengan jumlah pelanggan yang lebih ramai.




Tapi even kat luar pun tak leh nak hisap rokok, jadi kurang berguna untuk insan insan kamil seperti aku ni !

Usha menu.........





Menu dia adalah pilihan makanan Bali. Ada siap set set dan harga pun boleh tahan Israel jugak. Tapi maybe penyediaan dia memang rumit dan nak kekal authentic tak leh la main cincai bocai.

Kena sama macam di Bali dan food presentation kena lah menarik.

Aku dengan team aku so kami agak ramai jugak. So makanan yang di pilih adalah bervariasi juga. Tak ingat nama jadi usha gambar je ler....



Uiks ! Apa jadi????

Photographer jatuh kerusi ke tu?

Okey. Semula !









Rupa agak macam dalam gambar. Food presentation memang menarik walau nampak melampau tahap serai sebatang siap dalam air. Tu je dah tambah cost RM 5. 

Apa apa pun, aku sendiri tak biasa dengan makanan Bali tapi makanan di Ole Ole Bali ni agak sedap jugak lah. Dengan sauce dan sambals, memang boleh di terima selera kita kita ni. Portion pun agak besar dan boleh sharing sharing.


Tapi deco memang menarik dan bagi ambiance yang sedikit berbeza dari biasa dan service pun acceptable. Cuma harga agak high end.

Boleh cuba !

OLE-OLE BALI
Lot UG16, Dpulze Shopping Center,
Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12,,
63000 Cyberjaya, Selangor
fb : oleolebalidpulze/

2 comments :

  1. Ole bali kt ioi city mall lawa gila. Food presentation wise pun terbaik tp rasa dia biashe-biashe je pd aku. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dia kata kata dari orang yang baru balik dari Bali tentang ole ole bali......

      * lari

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...