Banyak masa kami terpaksa habiskan dalam kereta dek kerana jem yang luar biasa.
Nampaknya Vienna tak seperti yang kami harapkan. Hari pun dah petang. Memang tak tau nak cover mana mana.
Redah je lah !
Babida !
Seranah dalam hati. Akhirnya kami berjaya dapat parking. Cara dia senang je. Parking dalam bangunan.... tapi................. rate dia ya ampun. 10 Euro. Lagi kami pasrah dan berserah.
Kau mampu parking mahal mahal macam tu kat Malaysia?
Selamat park kereta, jalan kaki buat buat muka mewah.
Tempat pertama kami tuju adalah Hard Rock Cafe, Vienna dulu.
Masuk, ambik gambar dan usha usha kawasan. Lepas tu dia orang masuk kedai souvenir untuk membeli belah cenderamata.
Pastu kami jalan jalan je ikut orang ramai. Memang jalan kaki lagi laju dari naik kereta kat Vienna ni.
Anker Clock.
Elaborate, historic clock with copper accents & figures that move around on the hour. Salah satu landmark di Vienna.
Tak jauh dari situ adalah Johannes Gutenberg Monument
The bronze statue is the work of Austrian sculptor Hans Bitterlich in 1900. Here the 15th-century goldsmith and inventor is bearded with hat and overcoat, standing and peering downward. Gutenberg is positioned atop a pedestal with reliefs carved into each side.
In the end, it is a decent statue and worth viewing if you are in the area and enjoying seeing historical monuments and statues like this one of Johannes Gutenberg.
Memang kami tak sempat nak refer apa apa peta ke. Main jalan je ikut kaki.
Sampai lah di area St. Stephen's Cathedral - Medieval Roman Catholic place of worship with an ornate spire, catacombs & a treasury museum.
Macam ada dataran dan ramai orang melepak lepak di kawasan sekitar. Busy jugak kawasan ni, siap ada kereta kuda bawak penumpang keliling area.
Kita orang pun lepak lepak gak kat area tu usha usha orang.
Sempat usha dalam cathedral tu. Lawa jugak.
Pastu masuk area pedestrian street, tempat shopping !
Memang kita orang lost kat Vienna ni. Jalan jalan je sampai hujung jalan dekat Opera House Vienna.
Banyak sungguh bangunan bangunan yang rupa lebih kurang dan tak berapa menarik. Rasanya sebab dah tengok too much buildings yang lawa lawa sebelum sebelum ni, jadi Vienna ni macam krik krik sikit.
Sebenarnya kami malas nak explore bersungguh. Hari pun dah menjelang malam.
Jalan lagi dan lagi pastu siap ada jalan tutup dan polis suruh detour ikut laluan lain. Sudahnya kami sampai balik kat tempat shopping.
Asyik nak suruh shopping je, duit mana ader? Dah bayar parking mahal tadi tu !
Usha usha je la kawasan. Dah lah tak tau apa apa pasal nama bangunan etc. Main pandang kosong jer.
Josefsbrunnen
Pestsäule
Late 17th-century sculpted Holy Trinity column, built to commemorate victims of the plague.
St. Peter's Catholic Church
LV
Jangan di tanya kat Vienna ni ke mana kita orang pergi. Aku pun tak tau. Banyak historical dan landmarks di kota Vienna ni kami tak sempat cover pun.
Tetiba dah malam. Jadi apa lagi? Perut lapar lah. Jumpa pulak kedai kebab Halal, apa lagi. Feeling feeling mewah bila perut minta di isi.
Kalau ikut kan plan, malam tu kami akan bermalam di Vienna. Tapi sebab Vienna macam kurang menggemari kita orang plus tak jumpa penginapan yang murah maka kami decided nak ke Bratislava je.
Maybe di sana murah skit penginapan. Jarak cuma sejam perjalanan. Since masih awal malam jadi ke sana lah kami malam ni.
Ambik kereta dan bayar parking harga Yahudi tu dan bergerak meninggalkan kota Vienna. Sorry Vienna, pertemuan kita ditakdirkan tidak begitu baik. Maybe kena datang lagi dan explore dengan lebih banyak masa di sini.
Tapi aku percaya Vienna memang menarik untuk dilawati !
Aku berjanji pada diri sendiri, satu hari nanti Vienna akan aku jejaki lagi.
Menatap kepergian dirimu
Meratap menangis sedih tak tertahan
Terbayang saat bersama
Lewati masa terindah
Saat kau memelukku
Tuturkan cinta
Kaulah sluruh cinta bagiku
Yang slalu menentramkan perasaanku
Dirimu akan selalu ada
Di sisiku selamanya
Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan slalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama
Tak sanggup ku memikirnya lagi
Habis separuh nyawaku tangisimu
Tiada lagi bait yang indah
Terdengar merdu terucap
Merayu menyanjungku
Tenangkan jiwa
Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang slalu menentramkan perasaanku
Dirimu akan selalu ada
Di sisiku selamamnya
Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama
Tiada cinta yang setulus cinta mu (cinta mu)
Tiada yang sanggup gantikan dirimu
Tiada rasa seindah kasih mu
Tiada yang mampu temani diriku
Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menentramkan perasaanku
Dirimu kan selalu ada
Di sisiku selamamnya
Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan sgala gerakku
Ku kan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama
Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan sgala gerakku
Ku kan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama
Ku kan selalu memuja mu hingga nanti kitakan bersama
Masa on the way dari Vienna ke Bratislava, aku riki riki penginapan dan berjaya dapat rumah untuk kami tumpang bermalam di Bratislava nanti. Harga pun agak murah. Once confirmed aku terus locked GPS kereta untuk sampai ke sana.
Perjalanan menongkah malam membawa kami terus ke kawasan penginapan di bandar Bratislava.
Sampai di kawasan alamat yang dah locked tu kami tercari cari penginapan tersebut. Ada beberapa block rumah flat dan ada gym serta cafe di situ.
Mula mula kami cuba cari sendiri, tapi tak jumpa alamat seperti yang tertera. Nama jalan dah betul !
Berpusing pusing kami cari. Kejap IH cari. Kejap aku gi cari. Siap gi tanya sampai ke kedai makan tapi tak jumpa jugak alamat penginapan.
Tanya tanya orang, ntah ke mana mana di tunjuk nya. Konfiden lebih dia orang ni hujung hujung tak jumpa jugak. Last sekali aku called minah host tu. Dia dah lah Englisah agak kureng skit tapi boleh la nak berbual bual.
Aku bagitau dia kami depan gym. Dia confused dia kata rumah dia kaler kuning depan jalan. Bertekak pulak aku dengan dia on the phone. Dia cakap cam ni, tapi apa yang di bagitau tu langsung tak de bayangan depan mata aku.
Rengsa. Give up sungguh rasa.
Lagi ayat minah tu.
"I dont know .. I dont know"
Rupanya dia tak de kat area tu jugak. Dia suruh bapak dia tunggu depan rumah dia.
"My father has been waiting for you in cold. He is 50 years old !"
Stress pulak aku. Abis tu dia ingat aku suka suka hati je nak duduk dalam kawasan gelap ni tercari cari penginapan yang langsung tak de nampak.
Minah tu langsung tak membantu. Yang dia tau, bapak dia tunggu depan rumah. Depan rumah ada pasar dan kedai aiskerim.. bla bla bla...................
Erghhh. Stress. Dekat 2 jam jugak kami kat situ tanpa jalan penyelesaian.
Akhirnya tergerak hati aku nak check balik semula address penginapan yang kami booked tadi tu. Alangkah rasa macam hanat bila sebenarnya, lokasi penginapan tu bukan lah di Bratislava ! tapi di Pezinock. Some place 25 km away dari pusat bandar Bratislava tu. Tapi nama jalan memang sama !!!
Argh !! Memang betul betul buang masa.
Akhirnya kami bergerak tinggalkan Bratislava menuju ke Pezinok. Memang silap lokasi !!!!!
Sampai di sana terus kami tuju ke kawasan yang di maksudkan dan memang betul gambaran yang dia bagitau tadi tu semua ada kat situ.
Sorang pakcik tua menanti. Kesian gak dia. Dah lah tak reti cakap English.. tapi dia bawak kami masuk ke rumah penginapan yang kami tempat untuk bermalam.
Rumahnya luas dan cantik. Memang selesa untuk kami bertiga. Lagi menarik kat area rumah tu ada nampak pokok pokok apple sedang ranum berbuah. Nasib lah malam so kami usha usha lebih kurang je.
Lega dah sampai so boleh berehat dan buat apa yang patut.
Mati mati aku ingatkan anjing betul tengah tidur. Siap aku nak pegi kuis kuis.
Malam tu kami bermalam di Pezinok. Memang drama sungguh malam ni. Macam macam hal. Tapi part of it maybe salah sendiri.
Hahahahaha...
bersambung......................
Patung anjing ka tu. ...
ReplyDeletehaah. sebijik mcm betul. ingat tengah membuta
DeleteTravel uncle ni klau tak de drama tak sah....
ReplyDeleteSah ! kena ada drama
DeleteLawa gambar bahagian dalam St Stephen's Cathedral tu. Dulu masa kami pergi hari dah malam. Gelap je pemandangan. Kena jegil biji mata nak tengok apa ada kat keliling.
ReplyDeleteni pun dah petang.... org pun boleh tahan ramai...
Deletetq
ReplyDelete