Thursday, July 4, 2019

ALCHEMIST Dessert Café, SS15

Kalau nak cuci mulut boleh guna tisu atau air bersih.

Tapi kalau nak mencari pencuci mulut, boleh terjah ke cafe ni nama dia Alchemist Dessert Cafe. 

* pakai lab coat

So mana satu buret mana satu pipet ni? Sila jawab !

* cucuh diri sendiri dengan penunu bunsen

No !

Nama je macam makmal sains tapi cafe ni menyediakan makanan dan desserts dan tempat yang menarik untuk hang out dengan kawan kawan.


Terletak di SS15 Subang Jaya. Nak datang makan kena ada gaya? Gaya hipstur.

Tapi nak parking memang challenging gila. Banyak kereta dan port ni area warga Subang santai santai dan lepaking jadi memang ramai orang selalunya. Siang atau malam.

Saja aku nak tunjuk punya lah banyak kereta.....

Aku datang cafe ni 2 kali. Memula dengan OR saja nak pekena desserts dia di sini, tapi tak dapat parking sampai sudah akhirnya pulang dengan perut kosong.

Kali ke 2 datang lagi kali ni dengan kawan kawan. Saja saja lepak lepak dan sembang sembang.

Sebaik je kaki melangkah masuk, pasti terpesona dengan hiasan dalamannya yang funky dan berjiwa muda. Tapi orang tua pun boleh datang.

Di belah luar adalah port shisha. Cafe belah dalam, ada setting untuk duduk santai dan sama jugak di belah luar. Tapi belah dalam tu kalau ramai orang rasa macam stuffy jer. Maybe boleh jadi tak berapa selesa.

Usha dulu dekorasi cafe ni.








Konsep dia layan diri. Order di kaunter. Bayar dan nanti mereka hantar makanan.

Usha menu.




Signature dish di sini adalah banyak jenis jenis pemanis mulut seperti crepe, waffles dan lain lain. Tapi ada jugak lah main dish ringkas macam pasta etc.

Kopi pun ada jugak.

Since aku sorang je lapar, aku je yang makan. Dia orang minum minum jer. Tapi kami order Shibuya Toast 

Dipanggang panas-panas sebelum diletakkan hirisan pisang dan strawberi segar, 2 scope aiskrim vanila dan coklat, kemudian ditabur pula dengan Oreo serta kacang hancur sebelum dihidangkan bersama whipped cream sebagai pelengkap rasa.



Bayangkan semuanya bergabung dalam satu suapan, Masa nak suap tu kena tutup mata.

Pastu celik balik semula sebab rasanya tak de lah sedap mana...... Hahaha.

Ntah lah bagi aku macam tak sedap mana. Manis je lebih. Maybe kat orang lain kena selera kot.

Pasta

Coffee

Minuman

OK lah makanan dia. Tak de lah rejek terus. Dan banyak lagi dalam menu menu dia yang aku tak cuba.

Makan sambil lepak dan borak borak. Kebetulan IH datang ke kota. Cerita hantu dan kisah seram rumah baru beliau.

Menggiggil pegang cawan kopi.


Apa apa pun, cafe ni memang menarik sebagai port lepak dan kudapan ringan ala ala sesuai untuk yang nak mencari pencuci mulut dan desserts.

Tak cuba tak tau. Kan? Atau boleh datang untuk sesi bershisha-rama bershama shama geng kaki retort?

ALCHEMIST Dessert Café
90, Jalan SS 15/4b,
SS 15, 47500 Subang Jaya,
Selangor


Dibuka setiap hari dari pukul 12 tengah hari hingga 1 pagi tapi hujung minggu dibuka lewat sedikit iaitu pada pukul 2 petang hingga 1 pagi.

Kalau dulu nak jadi scientist tapi tak cerdik, boleh la datang ajet ajet berexperimentasi dengan rasa dan selera kat sini.

Selamat mencuba !

6 comments :

  1. lpas ni buat entry cerita hantu tu lerr

    ReplyDelete
  2. Apa ni supermeng, entri europe xhabis lagi kita tunggu. pastu hapdate mkn kat area ofis kita plak...

    ReplyDelete
  3. dah lama ko x bukak citer hantu ni Meng

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...