Monday, July 9, 2018

Pesta Foya-Foya GBS : RED BOX, Empire Gallery & POLPERRO Seksyen 7, Shah Alam

Sesungguhnya geng GBS ni jarang kelihatan di tempat tempat awam. Kami kan Golongan Bangsawan. Sebab tu la jugak walaupun cuma dua tiga kerat je dan mostly duduk di KL tapi susah jugak nak berjumpa jumpa. 

Masing masing busy mengilap aksesori dan permata !

Tapi kalau ada time, semua intan permata waima berlian Swarovski sekalipun akan di campak ke tanah dan tidak di ambik peduli lagi sebab ................. tiba masa untuk GBS keluar berfoya foya !

* chicken dance

Ini cerita sebelum puasa lagi !

Setelah sekian lama tak berjumpa, akhirnya kami kembali berpadu tenaga.

Memula IH dengan BW nak gi rumah MH sebab nak suruh MH betulkan laptop mereka. Pastu aku memula buat buat busy pastu nak turut serta, maka kami bertemu sua di lokasi yang telah di tetapkan !

Tekak rasa kotor dan perlu di cuci. Jadi kami pegi nyanyi nyanyi.

Budak Subang Jaya selalu lepak empire...

Kami ke Empire Gallery Shopping Center

Kira tempat pertemuan yang tak jauh mana. So dia orang datang pick aku di rumah.

As usual aku kan pemalas nak drive.

So nak ke mana kita????

Empire mall....

Dan rupanya kat Empire ni dah ada Red Box !

Tempat yang paling sesuai untuk menghilangkan stress dalam diri....

Macam lama tak gi nyanyi walhal suara bukan sedap mana tapi sebab tak sedap tu la jadi terhibur dan boleh gelakkan diri sendiri. Setakat pitching off shore tu apa heran?

Janji................ happy !

Laksananya kalau pokok dengar kami menyanyi, terus tipis peluang mereka untuk hidup !

Head charge di Red Box Empire. Tapi kat sini tak de buffet dinner.

Tapi mereka sediakan buffet kudapan

Ada macam macam jajan, kerepek dan kudapan boleh ambik sesuka hati dan boleh refill sambil sambil menyanyi

Rasanya red box empire ni masih baru

Terus kami ke kamar untuk sesi konsert dan paduan suara suara sumbang akan bersatu dan bergema dalam tu.

Kamar yang menempatkan 4 orang artis antarabangsa yang di telah ditamatkan kontrak rakaman dek kerana suara tak istiqamah. Kejap macam merdu, kejap sendu !

Sambil nyanyi sambil makan kudapan. 

Pastu batuk... Kong Kong Kong.

* baling kacang kepada waiter... 

"Air mana air?" 

Khai Bahar tercekik ni...  Nak nyanyi lagu Luluh terus jadi lagu Lulur.

Tempat baru kena sesuaikan diri

Tapi lebih kurang macam redbox tempat lain jugak la..

Ni usha bilik sebelah untuk jemaah yang lebih ramai. Ruang lebih luas... diri bergerak bebas.. namun keupayaan ku terbatas..... * baling mic sebab tak lepas nak tarik suara Sudirman.

Siap break kejap gi solat dan gi shopping kat bawah. Pastu sambung nyanyi sampai tekak pedih. Pastu give up dan malas dah.

3 jam buat konsert suara terus kejap kejap bertukar pitching halilintar.

Pastu abis tu blah lah. Konon nak cari tempat makan. Tak tau nak ke mana. Dari Empire membawa sampai ke Shah Alam.

Inga nak gi makan kat Fei & Ali ni.... tapi dah last call !

Buntu !

Memang susah nak pilih tempat makan, jauh lebih sukar nak pilih lagu untuk vokal tampak mencabar. 

Sudahnya kami ke Polperro di Section 7, Shah Alam.

Aku pernah makan di cawangan mereka di Polperro, Seksyen 13

Kami sampai orang dah tak ramai mana.

Tapi menunggu waiter tu kemas meja dan hantar menu rasanya macam sempat karok 3 lagu. Selowwwwwww.

Dah order satu hal lagi nak kena menunggu. Masing masing mata dah start layu (di hujung mekar)

Dapat air gelas besar baru la rasa segar semula di ingatan (manis di bulan september)

Order platter dengan aneka kudapan untuk kunyah mengunyah. Sebelum tibanya makanan berat (mata memandang berat lagi bahu memikul beban)

Gi kedai steak tapi order nasi goreng seafood. Tak kena dengan tema-(n tapi mesra). Belasah je lah. Rasa pun kurang enak.

Lamb shank jadi pilihan ahli jemaah. Sapa punya ntah, aku dah lupa (kan saja kisah yang lalu gantikan cerita baru.. agar hati mu waspada selalu..... ) eh. Lagu raya.

IH cas cas mat Salleh order Aglio Olio ale ale ale... 

Dan MH yang rajin pegi ke gym tapi tak kurus kurus sebab tengok la apa yang dia order... Lasagna dengan cheese meleleh

Makan makan, sembang sembang pastu kenyang. 

Pastu menyesal dan memasang semula azam dan niat untuk kurus. 

Walhal.... makanan pun tinggal serbuk jer....

Kalau outing, misi nak kurus memang KIV. Seronok makan dan cedok cedok makan orang. Lagi lagi kalau makanan sedap, murah dan portion banyak.

Pastu sembang pasal plan akan datang. Gebang hebat macam nak gi bercuti ke Las Vegas !

Biasanya planning planning ni semuanya terbabas. Mungkin sebenarnya penanda dah tua dan masing masing perlu fokus pada rumahtangga dan kehidupan peribadi jer lah.

Bersidang lagi next time !



Di waktu malam bulan terang
jalan jalan kekuala loyang
kalau hati dah mula sayang
jadilah engkau si gila bayang

burung balam terbang melayang
mencari makan sampai senja
siang malam asyik terkenang
sehari tak jumpa macam nak gila

jangan turutkan hati
nanti meranalah diri
kalau sedang bercinta
usahlah dibuai rasa

pergi mencari daun palas
terjumpa si anak kelawar
kalau cinta sudah berbalas
tak kan lari gunung yang dikejar

Di waktu malam bulan terang
jalan jalan kekuala loyang
kalau hati dah mula sayang
jadilah engkau si gila bayang

burung balam terbang melayang
mencari makan sampai senja
siang malam asyik terkenang
sehari tak jumpa macam nak gila

jangan turutkan hati
nanti meranalah diri
kalau sedang bercinta
usahlah dibuai rasa

pergi mencari daun palas
terjumpa si anak kelawar
kalau cinta sudah berbalas
tak kan lari gunung yang dikejar

6 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...