Friday, February 2, 2018

MASJID AN NUR, Temasya Glenmarie

Salam Jumaat !!!

Dah lama tak gi masjid ! Eh... silap. 

Dah lama tak buat entry masjid. Ni masjid terbaru dalam list yang sempat aku kunjungi iaitu Masjid An Nur yang terletak di Pusat Perindustrian Temasya, Glenmarie.

Aku singgah di sini untuk singgah solat. Dah perasan bila lalu area ni tapi kali ni baru sempat singgah !


Masjid An Nur, Glenmarie


Pintu masuk

Masjid An Nur, Glenmarie ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada tanggal 2 Jun 2017. Baginda turut hadir bersempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya yang di adakan buat julung kalinya di sini.

Bercirikan reka bentuk moden Islamik kontemporari, masjid itu boleh memuatkan sehingga 4,000 jemaah dalam satu masa.

Usha kawasan persekitaran masjid An Nur ni.


Bangunan masjid An Nur


Menara masjid


Kubah masjid


Parking


Bangunan bangunan lain di persekitaran kawasan


Ruangan solat


Tempat wuduk dan kemudahan tandas

Masjid yang mula dibina pada 9 Disember 2014 itu siap digunakan pada penghujung Mac tahun lalu dengan kos pembinaan sekitar RM 12.3 juta.

Masjid An-Nur adalah antara hasil komitmen berterusan syarikat I&P Group ke arah pembangunan komuniti dan keperluan rakyat yang memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.


Ruang solat di bahagian hadapan


Plak perasmian oleh DYMM Sultan Selangor

Maklumat dan informasi masjid

Usha bahagian dalaman masjid.


Ruang masuk ke dalam masjid


Ruangan yang luas dan pengudaraan yang selesa


Senibina simple tapi menarik


Ruang tambahan untuk jemaah solat


Ruangan berlantaikan marmar di bahagian luar

Membawa maksud ‘cahaya’ atau ‘sinar’ dalam bahasa Arab,  Masjid An-Nur diharap dapat dimanfaatkan dan digunakan secara aktif sepenuhnya oleh penduduk sekitar Temasya Glenmarie bagi majlis keagamaan atau sebarang aktiviti yang memberi kebaikan serta faedah juga menjadi tempat untuk jemaah solat Jumaat terutamanya yang bekerja di kawasan ni.

Seingat aku dulu dulu area Glenmarie ni tak de masjid. Kalau nak solat jumaat payah kena ke Subang SS15 nuh.


Daun pintu kayu


Ruangan masuk ke dewan solat utama


Kubah yang simple


Ruang dalaman yang kecil tapi selesa dan beraircond


Mihrab


Mimbar


Ruangan solat utama


Kitab kitab disediakan


Dinding kaca menyerlahkan keluasan dewan solat dengan pencahayaan yang secukupnya

Lengkap dengan kemudahan dua unit kuaters imam dan dua kuaters bilal, ia turut dilengkapi rumah tamu, asrama tahfiz dua tingkat, pondok wakaf serta gelanggang badminton. masjid itu diharapkan mampu berperanan sebagai pusat komuniti komprehensif bagi menampung pelbagai aktiviti masyarakat.

Bagi aku masjid ni selesa walaupun saiznya tak besar mana. Ruangan dia walaupun kecil tapi nampak luas sebab agak terbuka. Ada ruang untuk solat berhawa dingin. Masjid pun nampak di jaga dengan bersih dan banyak aktiviti aktiviti keagamaan di laksanakan saban malam.

Syabas jemaah Masjid An Nur, semoga terus maju jaya !






Masjid An-Nur Temasya Glenmarie
1-3n, Jalan Perintis U1/52,
Kawasan Perindustrian Temasya,
40150 Shah Alam,
Selangor

Fb : Masjid An Nur Glenmarie

Selamat singgah !

6 comments :

  1. dkt area opis...mmg pegi keje blk keje nmpk la masjid ni..cumanya tk pernh singgah lg...cantik juga...ms perasmian oleh sultan selangor ms bln puasa lastyear , mmg jammed juga la area situ sbb ramai juga yg hadir kn sbb nmpk masa on the way blk kj

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.... masjid baru. binaan pun lawa... sila singgah !

      Delete
  2. aduh, xtahu pulop ambe ade masjid ni...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...