Tuesday, January 30, 2018

Restoran WINDMILL, AEON Bukit Tinggi, Klang

Dengan kuasa berpindah randah kita sekarang berada di Bukit Tinggi !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

* keluar dari pintu masa dan toleh kiri kanan cari orang....

Pssst ! Ni Bukit Tinggi yang kat Klang ke atau yang dekat Pahang?

Dah ! Usah kau tertampi tampi lagi. Sememangnya kita dah berada di sini.

Kenapa kita kena ada di sini?

Mencabar soalan tu ! Tapi cukup la aku katakan aku datang dengan misi....... ( misi tu mission bukan missy nurse tau !)

Tak penting misi aku tu sebenarnya, tapi aku selesai urusan di Bukit Tinggi Klang ni, mencari cari tempat makan, jadi terjumpa lah restoran ni yang terletak dalam bangunan membeli belah AEON ni.

Restaurant Windmill. Ni belah luar

Yang ni entrance dari belah dalam mall

Memula macam tak perasan, tapi bila masuk, duduk dan tengok buku menu dia baru la aku ingat yang aku pernah makan di restoran asalnya di Restoran Windmill SS14, Subang Jaya tu.

Kiranya mereka maju setapak lagi dan kini dah ada outlet di tempat lain juga.

Setuju untuk lunch di sini, kita usha dulu setting dalam resto ni.

Sila masuk

Cozy dan trendy jugak tempat makannya

Ciri ciri kemewahan pun ada

Cukup bersih dan banyak tempat duduk tersedia

Memula nampak kosong tak de orang, tapi lepas aku duduk je tengok makin ramai yang masuk dan makan. Maybe dah waktu lunch.

So perut pun lapar, jadi kita tengok apa yang tersedia di sini......

Lantingkan buku menu tu sebijik ke sini !

Macam kat Holland

Steak promo. Langsung tak mengujakan bagi aku

Ha ! Peha peha ayam ala ala Beyonce ni aku gemar

Tapi ada set set lain jugak


Macam menarik..... 

Malangnya dah order siap siap lepas tu waitress tu datang kata ayam seketul ketul tu tak der ! 

Ini boleh mengundang nestapa... Nasib baik chicken fillet ada, terpaksa la aku pasrah dengan ketentuan yang ada. Kang kalau tak dapat, aku jugak yang lapar.

Misi seterusnya adalah menunggu makanan sampai.....

Lama jugak menanti.... Jenuh aku tunggu sampai kipas windmill tu bergerak..... hehehe

Air sampai dulu..... Teh O Iced Limau

Aku ambik set ada mushroom soup. Boleh lah basah basahkan tekak

Steak tiba... Jeng Jeng Jeng... sapa punya tewwww..

Sudah tentu bukan yang aku punya. Ni aku punya..... Pasta dengan Chicken Fillet.. Boleh lah dan mengenyangkan. Steak tu rasanya menepati piawaian gak kot sebab tukang makan tak complain pun.

Dah makan, mulut dah comot, kena lah ada pencuci mulut.... Ice cream ni termasuk dalam set yang aku ambik tapi manis ler pulak

Kesedapan makanan agak OK. Harga makanan RM 83 lebih. Kira OK gak lah. Ambiance kedai pun agak OK.. Cuma service agak selow mellow sikit.

About Windmill Restaurant

Contact and maklumat penting

Alhamdulillah misi selesai, perut pun kenyang. Dah boleh balik......  

RESTORAN WINDMILL
Lot G23, Ground Floor,
No.1, Persiaran Batu 1/KSG,
Bandar Bukit Tnggi 2,
41200 Klang,Selangor Darul Ehsan
Tel/fax: 03-3326 2913

Check website mereka for outlets lain....


Sebenarnya misi aku adalah beli hp baru. Gigih pegi jejauh sebab tak menyabor nak tunggu.

Memula rasa sedikit menyesal sebab kurang berbaloi...

Tapi dah mungkin memang takdirNya, jodoh aku dengan IpX ni ada. Now dah tersuka. Tak leh berpisah lama lama.

Pegi toilet pun cepat je rasa rindu....................... :-) eh !

* lambai lambai tangan kat Fazura

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...