Bersedia untuk kawad hari ni?
"Baris, akan bergerak ke kanan.................pusing"
"Buka..barisan.....gerak"
"Baris...keluar..............baris"
Okey. Sapa yang keluar tu terus balik rumah masing masing...... Sapa yang masih kekal berkawad... sila tunjukkan barang kemas yang korang pakai? Cincin suasa ke, gelang Zhulian ke... yang penting bling bling !
Kenapa?
Kerana hari ni kita nak gi santai dan bermewah mewahan di hotel 5 bintang !!!
* percikan bunga api
Mesti banyak soalan yang bermain di minda korang. Jadi tanpa perlu berahsia.... kita akan lepak santai secara mewah di Sofitel Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Damansara.
Bukit Damansara
Pernah nampak? Biasa lalu kat kawasan ni tapi tak perasan? Tak per.... tak penting pun. Tapi di sini lah lokasinya, Sofitel pertama di Kuala Lumpur yang di buka pertengahan 2017 ni. Actually website dia tulis first Sofitel in Malaysia tapi seingat aku dulu ada satu Sofitel di buka di JB tapi dah di tukar ke Le Grandeur Palm Resort Johor.
Tak pe lah dia orang tak nak mengaku sedara pun. Bukan masalah kita. Yang pasti, Sofitel Kuala Lumpur ini adalah satu lagi hotel mewah bertaraf 5 bintang dengan 312 bilik dalam kawasan gugusan pembangunan baru Damansara City seluas 8.5 ekar.
Salah satu binaan tu adalah Sofitel Kuala Lumpur, Damansara
Intro....
Welcome to 5-star luxury with exquisite comfort and breathtaking views at Sofitel Kuala Lumpur Damansara. Sleek contemporary design and classic French Riviera style effortlessly coalesce, engendering elegance while ensuring your stay is infused with joie de vivre. Enjoy lavish suites and our inspiring lobby festooned in Malay Hibiscus flowers and adorned with beautiful objets d’art.
Delicious dishes can be savored in five outlets showcasing Cantonese and Imperial cuisine, pan-Asian dishes with a twist, and a whole other universe of tasty temptation. Delight in the sublime union of French culinary art and traditional Malay ingredients. Take advantage of the SoSPA, SoFIT gym and wellness facilities, the poolside menu or our 24-hour room service.
Situated within 5 minutes of the MRT station and a short walk from downtown Damansara – with its national museums, botanical gardens, shopping centers and picturesque temples and mosques – you are never more than 30 minutes away from the soaring sights, succulent smells and seductive cultural hotspots of the Klang Valley.
Wah. Intro pun rasa macam dah mewah.
Main entrance
Kena masuk celah celah bangunan tu sikit baru jumpa lobby area nya
Sofitel Kuala Lumpur
Dan entrance dia terletak berhadapan dengan Damansara City (DC) Mall. Mall terbaru yang turut di buka di kawasan ni.
Aku ada urusan di sini. Tak tau lah kenapa hotel ni yang di pilih tapi aku excited jugak sebab nak merasa stay kat sini. Tak pernah lagi aku under mana mana chain hotel Sofitel ni....
Sesekali Shima memang teringin ! Kan Shima?
Datang atas urusan kerja tak de banyak masa nak explore sebab busy sikit. Tapi aku cari cari masa untuk menjengah hotel mewah di bawah jenama Accor Hotels Group yang turut memiliki brand brand hotels yang lain termasuk yang paling mewah Fairmont dan Raffles.
Selain Sofitel, hotel brand pada luxury class yang sama adalah Pullman, Swissotel dan So Sofitel. Kalau pengkelasan yang bawah sikit adalah Grand Mercure, Mercure serta Novotel dan yang paling rendah dari segi penjenamaan seperti Ibis etc.
Eh. Tak penting tu semua. Yang penting kita nak tengok lobby dia, grandis ke tidok ! Sesuai kah dengan taraf 5 bintang dia tu atas sekadar lobby cap ayam sahajork?
Ayuh !! Kekalkan dalam barisan... menuju ke dalam !
Lobby ceiling
Lobby
Reception area
Bunga bungaan
Reception desk
Uish ! Tangan tu jangan dok usik pegang sana pegang sini. Kang sat gi pecah hak orang. Mati kena ganti oiiii...
Dok diam diam................. !
Urusan check in tak berapa pantas walaupun tak de orang. Aku expect no glitch since service 5 star should be impeccable start dari masa check in lagi.
Oh by the way. Parking hotel ni share dengan parking mall. Kena bayar RM 10 sekali masuk. Kalau keluar masuk keluar masuk... setiap kali nak masuk kena bayar another RM 10.
Tolak markah !
Pastu memula dia boleh mintak deposit lak dengan aku, RM 200. Padahal dah bayar penuh kot. Tapi tak per lah. Nasib aku ada cukup cash.
Lobby
Lobby
Di ruangan lobby tersebut di kelilingi dengan kerusi kerusi santai untuk tetamu duduk atau menunggu seseorang. Terdapat juga restaurant dan bar untuk kemudahan f&b bagi pengunjung yang datang.
Usha meh... Awas ! tangan tu jangan dok pegang pegang...... Pecah jatuh jahanam barang orang !
Le Bar di lobby menyediakan cocktails dan wines untuk tetamu yang dahagakan minuman setan di situ ( hahahaha ).
Lepak lepak santai
Minum minum
Interior pun macam power
Kerusi dan hiasan
Ah... rasa nak berguling guling jer
Kau ingat aku ada masa nak baca buku buku ni semua?
Santai
Tapi lobby dia tertutup dan adalah no smoking area. Nasib baik lah kat tepi tu ada pintu boleh keluar dan kalau nak merokok boleh merokok kat situ.
Kelas tak tempat merokok?
Nyalakan rokok sebatang !
Merokok di sini
Nak menyendiri konon lari dari masalah hidup pun aci. Tapi jangan order arak tau !
Yang penting area lobby dia memang cozy. Sesuai nak duduk bertemu client ke sambil ambik feel di hotel mewah sebegini. Tapi lobby dia tak wangi !!! Maksud aku bukan lah busuk cuma kalau kita pegi hotel mahal biasanya kat lobby dia ada some nice smell seolah olah meng-welcoming kita datang.
Tolak markah lagi.
Tapi ball room dia memang mantap. Terpegun terpana jap melihatnya.
Ballroom Wau Bulan
Dan floor dengan bilik functions and events
Di bahagian atas di tingkat 5 tak silap, ada jugak function room, restaurant, gym dan jugak swimming pool.
Perunding dan perancang acara wedding
Nizza Restaurant
Belum di buka
Gym
Fitness center yang dikenali sebagai SoFIT
Dan rasanya ada SPA bakal di buka
Dan tak lupa, tarikan utama yang selalunya menjadi plus point bagi tetamu yang datang ke hotel mewah mewah begini adalah nak usha swimming pool dia.
Pool area
Santai
Aku tak sempat nak mandi pun, just usha usha je. Kalau anak anak aku ada mesti dia orang syok. Tapi pool dia nampak kureng sikit sebab suasana dia tak kena cahaya matahari sebab terlindung dek bangunan bangunan. In a sense bagus jugak sebab tak panas tapi kalau redup manjang tak de rasa air kolam tu mengelit ngelit memanggil orang terjun ke dalam.
Tapi ada je orang mandi dan berseksi seksi. ( aku usha dari atas je lah )
Masa kat Sofitel ni aku sempat makan breakfast di restaurant mereka iaitu Kwee Zeen Restaurant.
Jangan tanya aku Kwee Zeen tu nama sapa, tapi aku rasa dia hypster kan ejaan CUISINE.
Terletak di tingkat Mezzanine.
Buffet dia OK lah. Not bad
Orang boleh tahan ramai
Layanan pun not bad
Breakfast
Makan pagi.
Sebabnya event aku abis awal esoknya, aku ajak kawan kawan GBS aku datang breakfast dengan aku kat hotel ni. Kebetulan hari tu IH dengan BW nak gi Tanjung Malim so aku suruh mereka singgah konon nak breakfast.
Tapi aku tertidur lena tak sedar diri dia orang call. Bila aku return call dia orang dah lepas masuk highway dah.
Hish. Lena sangat tidur sampai tak terkejut. Tilam dia gebu sangat kah? Bantal dia selembut sutera kah? Syok sangat di belai kemewahan hidup yang sementara ni?
Kenapa cepat lupa diri ni? Baru dapat sikit kemewahan dunia !
* matilah tazkirah diri sendiri.....
Nanti usha bilik penginapan di Sofitel Kuala Lumpur, Damansara ni.
Suasana malam
Entrance
Lif lobby ke tingkat atas penginapan
Good nite Sofitel Kuala Lumpur.....
bersambung.............
biasa nmpk sbb tiap2 tahun buat report utk projek ni..huhu..dari vacant land sampai completion..
ReplyDeletemenarik hotelnya..nmpk mewah..
duduk pun rasa mewah... sesekali nak bajet bajet org kaya leh la gi stay semalam
Deletewah, gi ggori nihh
ReplyDeletehahaha. gi rasmi dulu sebelum org lain buat jahanam
Delete