Tuesday, February 27, 2018

KEMBARA BALKAN - GREECE | 11 KALAMBAKA : Meteora to Thessaloniki

Layan dulu pemandangan sekitar Kalambaka dan Meteora..................

Enoice !

Five seconds until the enemies reach the battlefield. Smash them! All troops deployed. 

"First Blood"

 "Double kill"

 "Killing spree!" 

"Launch attack!"

 "Unstoppable!"

"Legendary" 

"You have slain an enemy" 

"An ally has slain"

 "Initiate retreat!"

 "Request backup!"

 "Our inhibitor turret is under attack" 

"Our inhibitor turret has been destroyed" 

"Our base is under attack!!!"

 "DEFEAT"

Burn !

Burn !

Burn !

Sememangnya area Meteroa ni memang lawa. Highly recomennded bagi yang ke Athens so boleh day trip or singgah area ni untuk melihat sendiri keindahan tapak warisan dunia di sini.

Abis tour tu kami kembali semula ke pekan Kalambaka.

Kalambaka

Kalambaka Railway Station

Jalanraya di Kalambaka

Lepas pemandu van tu dropped semua yang lain di train station, aku mintak dia hantar aku ke bus statuon. Tak jauh pun tapi kalau jalan kaki merana la jugak kalau mood malas menapak !

Aku sememangnya tak de plan tetap. Hari ni aku ingat aku di Meteora ni sampai awal malam dan kemungkinan aku bermalam di sini. Tapi since hari masih siang, aku nak gi bus station riki riki kot kot ada tiket ke mana mana destinasi.

Aku ada 2 options  Bergerak ke Florina dan merentas sempadan ke Bitola dan akan membawa aku ke Lake Ohrid di Macedonia. Option satu lagi, aku ke Thessaloniki dan ambik bas ke Skopje, Macedonia kalau ada malam ni !

Tinggi cita cita. Apa apa pun redah jer.

Kawasan bus station Kalambaka berlatar belakangkan Meteoria

Bahagian bawah tu adalah counter beli tiket bas

Waktu aku masuk tak de orang. Cuma ada sorang minah kat kaunter.

"Do you have ticket to Furina?"

Dia geleng kepala. 

"Thessaloniki?"
"Yes.. 7 pm but you need to change at Trikala"

Aku menimbang tara dan akhirnya aku decide ke Thessaloniki je. Situ bandar besar, banyak kemudahan daripada aku ke Furina dan tersadai di sempadan. Harga tiket ke Thessaloniki 21 Euro, katanya makan masa 2 setengah jam dan setengah jam adalah dari Kalambaka ke Trikala dan aku akan tukar bus yang melewati Trikala menuju ke Thessaloniki.

Kebetulan masa tu kul 6.15 petang lebih ada bas ke Trikala, walhal aku beli tiket kul 7, minah tu suruh naik bas ni je.

Naik bas menuju ke Trikala. Dan dari Trikala nanti bas pukul 8 malam ke Thessaloniki.

Duduk je la dalam bas tu diam diam....  

Perut lapar. Ingat sempat la tadi cari makanan sekitar station bus Kalambaka tapi dah dia suruh naik bas ni cepat, aku ikut je lah.

Hampir setengah jam kemudian aku sampai di station bas Trikala.

Kebanyakkan bas ke Thessaloniki dari Athens dan kawasan lain akan melintasi Trikala. 

Memang bas tak melalui Kalambaka sebab kawasan berbeza dari laluan. Sebab tu kena naik bas lain di Trikala.

Sampai di Trikala aku melilau cari benda nak makan

Dapat beli bagel dan makan dengan sambal bilis... Hmmm nikmat jugak lah. 

Then menunggulah aku kat situ sampai bas tiba untuk ke Thessaloniki. Dan nasib baik kat bus station ni ada free wifi, aku study study sikit pasal Thessaloniki sebab plan awal aku tak de pun ke sini. Sekarang dah berubah sikit.

Dan aku cari jugak penginapan untuk malam ni di Thessaloniki nanti. Kurang kurang aku ada tempat di tuju....

Tepat pada masanya bas ke Thessaloniki pun tiba

Tiket bas

Bas bergerak meninggalkan Trikala... bas tak penuh.

Melalui laluan highway

Penumpang lain start membuta

Aku layan suasana jap

Menanti senja

Dan perjalanan di teruskan lagi ikut laluan highway

Senja di perjalanan

Matahari mula menghilang

Aku memang target aku akan sampai malam di Thessaloniki ni. Misi lebih penting, aku akan cuba dapatkan tiket bas ke Skopje. Sebaiknya esok pagi.

Station bas Thessaloniki

Aku ke kaunter untuk beli tiket bas ke Skopje tapi maklumat tak jelas. Kaunter semua pun dah cukup. Tak de bagitau pukul berapa bas bertolak esoknya.

Melilau lilau aku tanya orang kat bus station ni, dia orang kata kaunter bas tu dah tutup.

Tawakal lah. Aku pun tak tau jadual pukul berapa esok bas akan bergerak ke sana. Untuk masa yang ada, aku nak pegi tidur dulu la di penginapan yang aku dah booking masa kat Trikala tadi tu.

Masalahnya dah malam ni cemana aku nak tuju ke area hotel penginapan aku tu?

Bas station Thessaloniki

Kalau ikut kan jarak hotel tu 2.5 KM dari station ni. Nak jalan kaki macam tak jumpa punca laluan. Aku nak naik teksi tapi mamat tu nak samapai 20 Euro. Pundek dia lah.

Last sekali since aku nampak ada banyak bas bas lagi, aku tanya orang cemana nak naik bas. 

Ramai yang cuba membantu tapi susah tak fahan soalan dan aku tak faham jawapan. 


Last sekali aku bedal je naik bas dan usha laluan melalui peta yang ada

Dan nasib baik la, sampai juga.

Malam tu aku menginap di Nea Metropolis Hotel, Thessaloniki.

Sampai je mamat pekerja tu dah menanti. Selesai semua urusan aku di beri bilik penginapan. Harganya 20 Euro semalaman.

Bilik basic. Tengah malam baru dapat check in.

Tapi aku suka toilet dan bathroom dia. Air laju. Terus aku mandi kasi hilang likat peluh seharian. Biar segar bugar. 

Biar lena tidurku malam ini di ulit intan..............

bersambung..................

6 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...