Wednesday, September 21, 2016

StayCation KL - Oasia Suites Kuala Lumpur, Malaysia by Far East Hospitality - 01 : Room

Hari minggu biasanya aku memang melepek kat rumah jer. Keluar pun kalau ada hal. Malas benar nak berkeliaran tanpa pedoman lepak lepak atau ukur jalan di luar unless memang ada benda nak di cari.

Kalau tak memang hari minggu di penuhi dengan aktiviti tidur tiduran dan terjelepuk hina tak buat apa. Kalau lama sikit mahu kulapuk dan teritip boleh membiak dek kerana kemalasan yang melanda.

Jogging? Hey. What is that?

* baling kasut jogging belakang pintu.

Kali ni kita StayCation ke KL lagi. Ayuh turut serta !

Hotel yang menjadi pilihan kali ni adalah Oasia Suites Kuala Lumpur.

Nama surat beranak dia adalah Oasia Suites Kuala Lumpur by Far East Hospitality

Sebenarnya aku pun tak berapa tahu kewujudan hotel ni. Tapi ada aku dapat email pasal openingnya di Kuala Lumpur dengan harga promosi, aku pun cuba cuba la booking. Tak pernah pulak aku menginap di hotel under Far East Hospitality ni dan rasanya ini hotel pertama mereka di Kuala Lumpur. Sebelum ni banyak di Singapore.

Nak di dijadikan cerita. Masa aku booking tu  tarikh weekend yang aku book tu aku gi Umrah. Sebab Umrah tu memang last minit, dah hotel ni dah booking lebih awal dari tu so aku tak de option selain daripada menagih simpati mintak tukar tarikh baru. Nasib baik mereka approve tanpa mengenakan sebarang penalty. Jika tidak terkuburlah harapan..............

Pendekkan cerita, so weekend tu pun tiba dan kami ke KL untuk check in. 

Boleh pulak tak jumpa cari hotel ni dan kami tersesat sampai ke jalan Menara KL.  Rupanya hotel ni duduknya kat tepi tepi hutan Bukit Nenas tu masuk ikut Lorong P Ramlee.  

Hah jumpa pun ! Hujung sekali bangunan dia

Terletak dekat dengan Hutan Simpan Bukit Nenas

Sebelah je dengan Menara KL tapi laluan yang berbeza

Opposite dengan Shangri La Hotel Kuala Lumpur

Lokasi dia memang agak hujung hujung semak dan belukar. So agak sunyi dari hiruk pikuk kenderaan dan lalulintas di ibukota. Aman damai la jugak. Cuma signage tak nampak so mencabar jugak kalau orang yang tak pasti dengan lokasi hotel ni untuk mencari.

Kami sampai pun dah petang. Check in agak lewat dah kiranya tu. Tapi bila sampai katanya bilik belum tersedia !

Tu la bahana kalau ambik harga promosi. Nak melawan pun tak boleh. Nasib baik dia bagi check out extend sampai pukul 3 petang.

Sebab bangunan hotel ni agak baru dan terletak di kedudukan paling hujung, tak banyak kedai mahupun restaurant yang berdekatan. Kena menapak keluar ke arah KLCC dan Jalan P Ramlee tu baru meriah sikit. Tapi sebelah hotel tu ada 7 Eleven so kalau nak beli barang barang runcit dan jajan tak de la susah payah mana.

Dah sampai let's kita check in.

Reception area. Sebab time ni hotel ni kira baru bukak so agak kelam kabut jugak la dia orang ni. Bilik tak ready, pastu dengar ada complain sana sini... dan mungkin sebab tu jugak la kot, aku pun kena tunggu lama sebelum bilik ready

Lobby. Biasa biasa je. Hotel 4 bintang so tak de la grandis mana. Cuma mungkin tak ramai orang so tenang sikit keadaan

Hotel lobby. Menunggu la kat sini sampai mereput bilik tak siap siap.

Lama la menunggu. Bayar deposit RM 200. Urusan check in dah settle awal tapi bilik tak siap siap. Kunci tak di bagi. Rengsa jugak aku di buatnya. Itu pun pukul 4 baru aku sampai sepatutnya dia orang lebih pada ready dah time tu.

Dua tiga kali jugak aku terpaksa gi tanya kat kaunter Reception tu bila bilik nak ready. Minah tu dah cuak aku gertak gertak lelebih, last sekali Manager dia datang.

Aku ambik 2 Bedroom Premier Suites tapi dia kata bilik tengah di prepare lagi. So dia bagi aku 1 unit Bedroom Premier Suite  dan 1 unit Deluxe Room tapi bilik Deluxe Room tu tak ready lagi sebab aircond tengah di baiki.

Eh. Pening kan? Berbelit belit dua orang ni.

Dah lah. Bagi je lah kunci ! Nak kelentong pun tengok cuaca la sikit.... kejap itu kejap ini. 

Passkey

So kami dapat akses 1 bilik je dulu. Suite kami terletak di tingkat 18. Aku memang request nak tinggi tinggi.

Dah tak sabar nak betul betulkan urat. Akhirnya.................

"Assalamualaikum..................."

Ruang tamu One Bedroom Premier Suite

Kitchen

One bedroom

King size bed

Size memang besar. TV ada dalam bilik dan juga di ruang tamu

Bilik air dia ada standing shower tapi tak de bath tub. Amenities biasa jer

Meja sisi

Bathrobe

Kelengkapan di dapur

Wifi pun OK jugak la. Laju

Bilik memang besar dan best. Sebab hotel ni agak baru so semuanya masih kira pada kondisi yang elok lagi.

Cuma tak best bagi aku bilik dia non smoking room semuanya. so cemana? ( Siap ada warning kalau di dapati merokok di dalam bilik akan di kenakan penalty RM 200 )

Eleh. Apa nak heran. Tingkap boleh bukak so aku hisap rokok la tepi tingkap tu dengan view macam ni.

View nampak pokok pokok hutan jer

Tak de aktiviti apa pun, just lepak lepak je duduk atas katil ramai ramai sambil layan budak budak main game dan layan utube. Tu je la quality time bersama padahal kat rumah macam lah ada beza. Tapi orang kata environment tu lain. Sekali sekala kena jugak la ubah angin kan?

Eh chop. Duduk lepak lepak gelak ketawa sampai lupa yang hotel ni patutnya bagi aku lagi satu bilik ! 

Sampai kat pukul 6 petang, tak de khabar berita langsung. Dia buat senyap jer.

"Hello !!! Hello ! Ada orang ke tidak ni?"

Cinabeng betul. Berkali kali aku call dia orang tanya status bilik aku 1 lagi. Lama jugak la baru lah staff dia datang dan hantar kunci bilik sebelah yang bersambung dengan bilik yang aku memang dah duduk ni.

So usha bilik satu lagi. Deluxe Room ada laluan connecting ke bilik aku tadi tu.

Size dia kecik sikit dari bilik aku memula tu

Tapi ada dapur, bilik air dan kelengkapan yang sama juga

Budak budak tidur bilik ni

Size bilik dia kecik sikit 

So begitu lah view bilik di Oasia Suites Kuala Lumpur, Malaysia by Far East Hospitality ni. Nak kata menarik sangat tak jugak tapi saiz dia sebab apartment style macam ni bagi lebih ruang dan kira much better dari hotel hotel yang biasa.

Bilik bagi aku OK. Cuma bilik air kalau mandi lama sikit melimpah air keluar. Banjir sampai ke ruang tamu.

Paling best TV ada 4 ke semuanya. So masing masing tak payah berebut nak tengok cerita apa pun yang di sukai. Cuma Channel tak berapa banyak jugak.

Masa aku stay kat sini petang tu hari hujan. Lebat jugak la jadi kami keluar lewat sikit untuk gi dinner.

Hujan di Kuala Lumpur

Balik dari dinner tu lepak lepak jap tengok tv sementara tunggu time nak tidur. Budak budak dah kat bilik sebelah. 

Layan tengok TV

Sebelum tidur malam tu aku nak hisap rokok kat tingkap. Masa nyalakan rokok tu, terpandang ke arah hutan belukar sebelah tu tetiba aku perasan something.

Sudah.

Mata kasar aku kata ada kelibat perempuan dekat atas pokok besar tu. Pakai baju putih !

Berkali kali aku cuba pastikan betul ke apa yang aku nampak? Aku nak cakap dengan OR takut dia histeria pulak nanti.

Cepat cepat hisap rokok then aku masuk selimut dan tidur. Cuak badak tapi tak cerita kat OR lagi takut lain pulak jadi nya nanti. 

Nasib baik aku mudah lelap. Cuma aku terjaga dari tidur sebab nak terkencing. So bangun pegi toilet. Masa nak balik ke katil tu, tetiba aku nampak OR aku macam pelik jer. 

Dia tidur tapi dia menyeringai macam pandang aku. Siap tangan macam nak cekik ! Cuak lagi aku jadi nya. Aku duduk tepi katil, aku pandang dia.

"Yang.. Yang... awak OK ke tak ni?"

Dia senyap jer. Tetiba..........................

Hmmmmmmmm
Hmmmmmmmm
Jadi kau ........................ HATI HATI !

Sebut hati hati siap dengan gaya penuh scary !

Lama jugak aku nak cam dia baca mentera ke apa. Tapi bila aku dengar dia sebut HATI HATI tu terus aku tau yang dia mengigau nyanyi sebuah lagu ! 

Salah lirik lak tu.. Isk Isk Isk.


Ada dua jalan cerita
Duka atau bahagia
Mahu pilih yang mana
Lekas, aku mahu jawapnya

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin buaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biarberlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

Dalam cerita ada rahsia
Rahsia engkau, aku dan dia
Masih aku bertanya apa pengakhirannya
Lekas, aku mahu jawapnya

Jaga kau hati-hati
takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin buaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

Wahai merpati dua sejoli
Jangan kau lupa
Ikutkan hati engkau kan mati
Ikutkan rasa kau binasa

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin buikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau

Jagalah kau hati
Takut kan patah hati
Dan kali ini ku biar rasaku
Jadi kau hati-hati

"Eh.. Yang.. Awak ni dah kenapa? Tak payah nak hati hati lah. Kot ya pun nak menyanyi lirik tu biarlah betul !"

Pastu dia tersedar.

"Saya mimpi saya dapat kuasa"
"Kuasa konon. Tak kuasa saya nak dengar !!!"

Mamai mamai dia bangun terus gi bilik air.... Isk. Buat cuak aku je ingat kan kena rasuk dengan lembaga kat pokok yang aku nampak malam tadi.

Terus aku bangun intai sekali lagi kat tempat yang aku nampak lembaga putih kat atas pokok tu.

"Shit ! Ada lagi kat situ !!!!! Biar betik. Hantu ke apa ni???"

Tak jadi nak nyalakan rokok. Malas aku nak usha lebih lebih. Kang aku intai dia, dia pandang aku mau aku terkencing kat sini. Lagi terbayang muka OR dok ngigau ber hati hati tadi sambil tunjuk jari dia kat aku.

Naik atas katil semula dan tarik selimut.

Eh. Mana pulak Penyanyi Hati Hati ni lama pulak duduk dalam bilik air. 

Takoooot !!!!

bersambung..................

20 comments :

  1. Replies
    1. tu la.. cahaya tak terang. mcm mcm je nampak di pandangan mata yang rabun ni

      Delete
  2. Seram pulak baca citer Abg Meng ni..x sabar nk tunggu sambungan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar... sabar...... tapi sambungan dah tak seram dah. hehehe

      Delete
  3. hahahaha suspen betol...rasa mcm baca citer hantu plak...hahahaha

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. dup dap dup dap..

      jangan biarkan diri anda diselubungi... misteri..............

      Delete
  5. sib baik dia tak terbang masuk bilik supermeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau terbang.. aku cucuh dgn puntung rokok. biar jadi mangsa penderaan.

      Delete
  6. Hahaha..seram tp kelakor. Dah knape OR ngigau chenggitu..hahaha. adoii sakit perot gelak 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kdg kdg dtg angin dia ngigau bukan2....

      Delete
  7. Meng ...

    I confuse ... I tak tau samada I nak jerit ketakutan atau ketawa mengilai kerana kelakar sangat!

    Hehehhehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan mengilai kuat sgt.... hati hati !

      * sambil tunjuk jari kasi amaran

      Delete
  8. hahah mula mula takut pastu gelak non stop. comel sangat OR ngigau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel ke benda. aku yang naik hantu jadi nya. nasib dia tak berzapin ke apa

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...