Saturday, September 3, 2016

03 : Cuti Sekolah Dekat Jer...... Ipoh - Weil Hotel, Ipoh - Room

Untuk trip ke Ipoh ni, mencari penginapan tak de la complicated mana walaupun time cuti sekolah !

Maybe sebab Ipoh tak de la ramai mana orang pegi dan penginapan pun mencukupi since kami pegi pun weekend.

Hasil dari usha usha penginapan terbaik dan menarik, aku shortlisted few tempat.


Setiap satu ada pro and cons nya. Tapi apa yang penting bagi aku adalah penginapan yang terletak di tengah kota dan kids friendly. So tanpa susah payah aku akhirnya booking penginapan kami di WEIL Hotel Ipoh.

Since ni antara hotel terbaru di Ipoh, so aku expect penginapan yang bagus serta service yang setara dengan kelasnya.

Offering quality accommodations in the shopping, restaurants, sightseeing district of Ipoh, WEIL Hotel is a popular pick for both business and leisure travelers. With its location just 1 km from the city center and 5 km from the airport, this 4-star hotel attracts numerous travelers each year. With its convenient location, the hotel offers easy access to the city's must-see destinations.

Offering hotel guests superior services and a broad range of amenities, WEIL Hotel is committed to ensuring that your stay is as comfortable as possible. Free Wi-Fi in all rooms, 24-hour front desk, 24-hour room service, facilities for disabled guests, luggage storage are just a few of the facilities that set WEIL Hotel apart from other hotels in the city.

The hotel features 313 beautifully appointed guest rooms, many of which include towels, carpeting, clothes rack, television LCD/plasma screen, linens. Throughout the day you can enjoy the relaxing atmosphere of the outdoor pool. Superb facilities and an excellent location make the WEIL Hotel the perfect base from which to enjoy your stay in Ipoh.

Santuary for the senses.

First aku suka lokasinya yang terletak di tengah tengah bandaraya Ipoh

Lagi tambah menarik, bangunan hotel bersambung terus dengan shopping mall, Ipoh Parade. Konon kami nak gi usha mall ni, tapi sampai ke check out.... hampeh. Dah sampai hotel semua malas nak keluar dah.

Kami sampai di hotel ni lewat jam 3 petang dah.

WEIL Hotel Ipoh

Park kereta di tempat yang disediakan selepas turunkan semua barang barang then selesaikan urusan check in bilik di lobby. Parking free untuk guests !

Usha kawasan lobby dulu.

Lobby agak grand. High ceiling with very nice interior

Reception desk

Bunga bungaan

Urusan check in tak smooth mana. Aku terpaksa menunggu lama jugak lah. Ntah apa masalah dia. Tapi staff dia agak friendly. Ada sorang mamat ni cuba cuba la nak berlawak lawak jugak bila dia tengok aku rengsa berdiri lama lama.

"Esok nak newspaper apa Encik? Kita ada surat khabar Cina jer. Boleh?"

Aku terkejut jugak memula apahal mamat ni, then tengok dia senyum senyum then aku tau dia cuba cuba nak buat lawak !

Ha Ha Ha.. Tak kelakor..................... ! Tak perlu pegi audition Maharaja Lawak.

Tapi untuk effort cuba menceriakan suasana aku kasik setengah bintang !

Terpaksa menunggu dalam 15 minit untuk urusan check in selesai

Dia kata ada welcome drink di sediakan di cafe di bahagian atas lobby, tapi bila aku gi check, welcome drink cuma disediakan selepas pukul 4 petang !

Walawey.... dah tak welcome dah tu !

Nasib la lepas tu dapat kunci so kami terus ke bilik penginapan kami di tingkat 11.

Ruang lif

Kerusi menunggu


Lif


Pass key. Kena guna ni untuk tekan button lif

Satu yang aku tak berapa gemar adalah lif dia slow gila !

4 tingkat pertama adalah parking dan meeting room, jadi bila ada event sapa yang parking kat atas terus ambik lif so lif agak slow turun ke lobby.

Di the WEIL Ipoh ni, accommodation dia ada berjenis jenis juga. Start dari Superior, Deluxe, Premier, Studio hinggalah ke Executive Suites serta Presidential Suites semuanya berbeza mengikut size dan design. Aku ambik Studio Room yang size nya lebih besar dan ada sofa so aku buleh la tidur atas sofa tu. 

Jom usha Studio Room di sini.

Studio Room. 

Memang saiz luas dan ada kawasan kosong. Macam pelik jer.. tapi boleh la buat area solat kat situ.

Sofa tak de la menarik mana. 

Tapi ruang luas budak budak boleh berlari lari. Meja tu design macam ntah hapa hapa jer

TV dan semua amenities mencukupi

King Size Bed. Katil dengan tilam dan bantal dia best gila !!! Baring rasa malas nak bangkit.

See thru bathroom. Tapi boleh tutup dengan curtain

Cuma satu je la aku agak bengang jugak.

Masa kami sampai bilik, tunggu barang barang tak hantar hantar. Dekat sejam jugak menunggu. Few times lak aku kena call. Apa masalah ntah. Slow gila !

Ada working desk. Wifi pun agak OK la untuk gadget budak budak layan youtube

Channel TV pun OK. Budak budak melayan TV jer... aku memang tak dapat hak la kalau time cuti cuti gini. Dia orang dah conquer

Ada jajan dan air kat mini bar semua FOC !

Benda benda lain rasanya OK. Baru baru lagi semuanya

Lampu

Usha bilik air dia pulak. Port paling aku suka... sebab jadi port smoking.

Besar dan bersih. Cuma bilik non smoking, so toilet ni jadi port aku hisap rokok 

Ada hot tub, standing shower dan bilik air pun luas. 

Favourite spot anak dara aku. Berkubang je la keje dia. Nak mandi pool cuaca lak panas so aku biarkan je dia berendam dalam bilik je ikut suka dia.

Toilleteris semua ada dan pelbagai. Shaver pun ada. 

Paling aku suka shower gel dia. Culti an Italian Product. Best. Macam bau shower gel kat Shangri La Hotel. Sempat lah aku paw extra dari housekeeper.

Now layan view dari bilik kami.

Nampak bandaraya Ipoh

Dan kawasan kawasan sekitar

Gereja St Micheal Ipoh

SMK Convert Ipoh

Bandaraya Ipoh

Overall, very nice hotel. Nice room....and very good service.

Big size room. Anak aku buleh berpesta pesta main belon

Thank you !

Highly recommended kalau mencari penginapan di Ipoh. WEIL Hotel truly a bespoke hotel in Ipoh !

Untuk jenis jenis accomodation di sini, boleh refer sini : WEIL Hotel - Rooms.

Nanti kita usha kawasan dan facilities di sini.

bersambung............

4 comments :

  1. M Boutique Hotel aku penah stay.

    Gambar last tu klakor

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tengok M hotel tu mcm tak de tingkap je. lemas. then bilik kecik.. pastu mcm mcm benda perhiasan. buatnya anak anak aku tu membuas.. abis tunggang langgang dan pecah dan nanti aku kena ganti.

      ok tak alasan?

      Delete
    2. Ok ok. Mmg betul pun. Haha
      Lg satu toilet/bilik mandi dia xder pintu. Heheh

      Delete
    3. tu kalau honeymoon ok la kot.. dok?

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...