Friday, September 30, 2016

Jom Kudap : Souka Cafe, SS15 Subang Jaya

♫ ♪ Jangan-jangan terlalu suka
Suka-suka akibatnya duka ♫ ♪
♫ ♪ Mari kita bersamalah sama
Membaca amalan yang mulia ♫ ♪

Pernah dengar tak lagu tu? Lagu zaman budak budak dulu. Tapi ntah kenapa tetiba pasal membaca pulak.

No.. Bukan nak ajak gi kedai buku, tapi nak gi lepak kedai yang aku mention adik kepada Mouka Cafe iaitu Souka Bakeshop.

Cawangan utama Souka Bakeshop Cafe yang terletak di SS 15 Subang Jaya.

Seperti yang aku mentioned dalam entry lepas, dekat Mouka Cafe sana tu pun ada cafe kecik Souka ni tapi yang dekat SS 15 Subang Jaya ni adalah main cafe dia. Boleh beli cake dan jugak boleh lepak lepak di sini.

Kunjungan kali pertama aku dengan family nak makan makan di sini. Dah aim apa nak order dan kami datang dengan semangat yang membara.

Park kereta, masuk dan usha ruang kedai dulu.

Souka?

Boleh lepak luar

Atau lepak belah dalam

Usha usha cake macam menarik. Tapi bukan datang setakat nak makan cake saja sebab masing masing dambakan makanan jugak.

Ambik tempat masing masing dah ready nak order.

Konsep layan diri juga

Tengok menu

Borak borak dengan waitress tu then dia kata menu malam tu agak limited. Tak de main course sebab chef tak de. Yang ada makanan ringan dan kek kek saja !

Kecewa.

Datang dengan Mouka Souka.. tapi Murka dan kecewa sebab makanan tiada !

Patah hati dan kami undur diri. Tak jadi makan kat sini.

Merajuk bawa hati nan kecewa. Layan perasaan jap.



Di hatiku cinta berbunga
Dan rinduku seharum bunga
Setiap detik kini nyata
Hanyalah dirimu sayang

Namun jauh di sudut hati
Mungkinkah kau daku miliki
Tak sanggup aku bersendiri lagi
Kehilanganmu oh! kasih
Tak sanggupku menghadapi
Tuhan sesungguhnya
Kau lebih mengerti

Pedih… menyaksikan dikau dan dia
Pilu… airmata kasih mengalir di pipi
Hampa… impianku luka berdarah
Mana harusku bawa hati yang kecewa
Tak sanggup kehilanganmu
Walau itu hanya dalam mimpiku
Dengarkanlah oh sayang bicaraku
Sesungguhnya ku menyintaimu

Ku luahkan perasaanku
Yang terpendam di dalam kalbu
Ku tulis lagu
Dengarkanlah getaran cinta di jiwa

Seandainya dikau mengerti
Katakanlah pada diriku
Siapakah yang ada di hatimu
Telah sekian lamanya
Kau bertakhta dalam jiwa
Setiap ketika rinduku untukmu

Selang beberapa ketika, kekecewaan dah hilang dan peluang datang berulang !

Sekali lagi aku datang tuju ke sini, tapi kali ni dengan member member GBS untuk sesi mengopi dan lepak lepak.

Teringat kisah luka yang tidak kesampaian kami datang sekali lagi ke sini bertandang.

Usha sekali lagi.

Setting dalam kedai sekali lagi

Cermin besar

Rak buku dan barang barang

Tempat duduk santai santai

Order sini

Layan diri

Sebab datang nak lepak dan kudap kudap je jadi kami aim nak minum kopi dan makan cake jer. Tak cari dah makanan makanan utama. 

Usha cake cake dan deserts yang tersedia !

Cake macam macam aneka. Rasanya cakes dia hari hari bertukar.

Usha dan pilih ikut suka

Ada yang menarik dan mengoda jiwa

Antara jenis jenis cakes yang ada di sini.

1. Death by Nutella
2. Chocolate mousse pie
3. Red velvet
4. Biscoff Cheesecake
5. Hummingbird
6. Oreo Cheesecake
7. Snickers Cheesecake
8. Chocolate Chip Cookies
9. Salted caramel chocolate

Boleh check facebook mereka untuk list terkini.

Sebab bukan aku yang order so aku ikut je apa yang ada.

Red Velvet

Mud Chocolate dan apa benda ntah aku lupa nama nya

Lepak kat luar borak borak bersenda gurau

Red Velvet dia sedap ! Aku suka. Tak manis sangat dan aku rasa one of the best Red Velvet yang aku pernah rasa.

Yang Mud Chocolate tu pahit sikit so aku kurang gemar.

Satu lagi aku jamah sikit je, lupa nama dia apa tapi ada pisang dalam tu. Sedap jugak tapi tak leh lawan Red Velvet dia tu.

Kopi kat sini so so jer. Air masak jugak sedap bila kena dengan makanan manis.

Dan duduk lepak lepak borak borak dengan kawan kawan merancang trip yang akan datang sambil berkongsi angan angan... itu aku lebih Souka !

Red Velvet di Souka ni adalah highly recommended. Anda pasti suka !

Selamat mencuba !

Souka Bakeshop (Main)
53 JALAN SS15/5A,
47500 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia
+6 019 555 3532
+6 03 5613 3532 (Subang Jaya)

15 Lorong Rahim Kajai 13
Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur
Malaysia
+6 03 7732 2248 (TTDI)

Operating hours:
Tuesday – Thursday & Sunday : 11am – 10pm
Friday – Saturday : 11am – 12am

FB : Souka Bakes
Insta : Souka Insta
Website : http://souka.com.my/

6 comments :

  1. Nmpk semuanya sedaaaaaappppp..... Tetiba rasa lapar yg amat2 sgt...!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nampak semua sedap tu confirm la tengah lapar tu

      Delete
  2. Mud chocolate tu cam x nmpk rupa...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...