Tuesday, September 13, 2016

Jom Makan : Restoran Rebung Dato Chef Ismail, Kuala Lumpur

Entry Aidilfitri tapi keluar kat raya Haji !

Tak pe lah kan !

Aku kongsi acara makan makan di Restoran Rebung Dato Chef Ismail di Kuala Lumpur !

Restoran Rebung yang di miliki oleh Dato Chef Ismail dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar

Tak kenal siapa mereka?

Memperkenalkan.....................

Muka Chef Ismail

Dan Dr Sheikh Muzaphar aka Angkasawan Negara aka Pelancong Angkasa ! Opsss

Kalau dah biasa tahu dulunya Restoran Rebung ni terletak dekat Bangsar dan aku pernah jugak makan kat sana dulu.

Kini mereka telah berpindah di kawasan depan Bukit Aman dekat dengan area Taman Botani Negara aka Taman Perdana sana.

Lebih tepat lagi, ianya terletak di tingkat atas parking lot Bukit Aman

Sebab ada parking bertingkat so parking je kat situ dan ikut laluan yang di tunjukkan. Restoran Rebung ini terletak di tingkat 5 bangunan parking tersebut.

Naik lif sampai di tingkat atas dan jumpa lah entrance restoran nya

Hiasan hiasan di depan restoran Rebung

Rebana

Sebab lokasinya di atas bangunan so kawasan dia agak luas.

Setting restoran pun menarik dengan konsep Melayu dan klasik.

Boleh duduk di belah luar

Bertemankan kehijauan pokok pokok yang di tanam maybe untuk kegunaan sendiri

Tumbuhan di tanam dan di jaga rapi

Dengan hiasan ala ala Kampung

Selain daripada bahagian luar, pelanggan juga boleh duduk di belah dalam restoran yang bertata hias gaya Melayu klasik yang menyerikan lagi setiap sudut dinding restoran ini.

Sudut dalaman

Terdapat beberapa private room untuk tempahan group function yang inginkan privacy

Dan bahagian outdoor yang lebih luas untuk tetamu yang lebih ramai

Restoran Rebung ni menyediakan masakan Melayu ala buffet dan juga ala carte mengikut pilihan dan citarasa pelanggan yang datang menjamu selera.

Tapi sebab time aku datang ni masih raya, so aku opted untuk buffet raya je lah. Datang bawak customer tapi customer aku sampai lambat so aku usha kawasan dulu dan aku belasah makan dan kenyangkan diri sendiri dulu !

Langkah bijak tak?

Lambat sangat customers aku sampai, aku dah kelaparan

Tengok hidangan dah siap sedia terhidang buat aku tak tahan !

Jadi kita usha dulu makanan yang ada untuk buffet Melayu di Restoran Rebung ni.

Aneka lauk pauk Melayu. Macam macam ada.

Tengok je pun memang membangkitkan lapar dan perut bergelora

Bubur dan pengat pembuka selera

Kuih muih Melayu beraneka rasa

Tambahan selera pelbagai citarasa

Salad dan appetizer

Banyak jenis kuih muih bertalam

Hey ! Dodol di lupa jangan !

Bukan setakat tu saja. Selain hidangan buffet di belah dalam. Di bahagian luar juga terdapat gerai gerai kecil yang menyediakan juadah tambahan.

Antaranya....

Rendang. Ketupat. Lontong. Lemang. Roti Jala dan macam macam lagi ada

ABC dan beraneka minuman turut terhidang

Mee Bandung. Rojak. Mee Rebus. Laksa dan beraneka juadah. Ikan bakar pun turut sama di hidang

Lempeng. Goreng Pisang dan macam macam lagi lah memang rambang mata

Pendek kata makanan memang banyak !!

Lauk pauk. Kuih Muih. Beraneka juadah memang tak abis nak sebut. Aku main jamah sikit sikit je sebab banyak sangat.

Tipu la kalau cakap ni je yang aku makan !

Makanan memang banyak dan yang paling menarik semuanya SEDAP  SEDAP !

Serious aku rasa semuanya sedap. Memang tak mengecewakan !!!

Bagi yang mencari masakan Melayu yang sedap, aku rasa ini lah buffet paling menarik. Plus harga untuk buffet pun tak de la mahal sangat. Untuk RM 40 sekepala, rasanya berbaloi untuk makan sampai kenyang !!

Sudut lain dalam restoran Rebung yang menampilkan portfolio pemiliknya

Boleh tumpang tumpang tengok dan baca

Seriously makanan memang sedap dan puas hati !

Highly recommend untuk yang makan banyak dan merindukan aneka juadah lauk pauk dan hidangan Melayu !

Makan la sampai kenyang !

Bangga dengan lauk lauk Melayu yang disediakan sedap dan hebat.



Jikalau abang merindu
Sebutlah oh namaku
Lihatlah di bulan biru
Disana tentulah bertemu

Jikalau abang dah sayang
Janganlah abang bimbang
Lihatlah bulan mengambang
Disana wajahku terbayang

Jikalau abang menyinta
Berilah tanda mata
Berlian cincin permata
Itu tandanya cinta

Jikalau abang dah sayang
Janganlah abang bimbang
Lihatlah bulan mengambang
Disana wajahku terbayang

Jikalau abang menyinta
Berilah tanda mata
Berlian cincin permata
Itu tandanya cinta

Jikalau abang merindu
Sebutlah oh namaku
Lihatlah di bulan biru
Disana tentulah bertemu
Disana tentulah bertemu
Disana tentulah bertemu

Lagi menarik kalau ditemani dengan lagu lagu Melayu Klasik time menikmati hidangan.

Alamat dan maklumat restoran

Sebaiknya call dulu untuk tempahan. Takut ramai orang dan group datang so tak cukup tempat kalau waktu waktu tertentu.

Selamat mencuba !

Restoran Rebung Dato Chef Ismail  
Cascade Parking Bukit Aman,
5-2, Jalan Tanglin,
50480 Kuala Lumpur
Phone: +60 3-2276 3535

Open Hours: Everday : 7AM–10PM

FB : Restoran Rebung Chef Ismail

16 comments :

  1. Saya dah beberapa kali kesini bersama
    pelancong2 Singapore untuk lunch dan dinner,mereka suka sangat dan memuji makanan di Rebung ni..
    Memang bangga dengan Chef Ismail and team dalam menyediakan masakan kampung yang super sedap di tengah2 KL yo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju !!!

      makanan sedap sedap. staff pun OK. Sesuai kalau nak bawak customer. Harga pun murah.

      Delete
  2. Tak pernah pegi tapi sebut Rebung je memang tau ni restoren Chef Ismail dan Dr. Sheikh ^^, nak try la nanti...tengkiu suggest

    ReplyDelete
  3. Eh..tak tau pulak dah pindah..aiyoh..setiap hari aku lalu depan bukit aman...haruss singgah...mana tahan tengok gambau je...aku adalah pengemar lauk kampung...heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila singgah dengan kadar segera....

      ikan bakar kat gerai bawah parking tu pun mengancam juga.(walaupun aku tak makan ).. aku ambik ayam bakar

      Delete
  4. Zaman2 doc sheikh ni br nak glemer, aku mmg rajin menempel kt rebung ni...hahaha acah2 pnyokong setiaa gituh...tp mmg mknn kt sini sedao2 belaka. Dr lauk pauk dia yg bykkk pilihan smpi ke kuih muih tradisional tu kn...aku sukaaa kuih dia ada yg pyh nk jupe kt tmpt lain...klo jupe pun xsdppp....hehe

    Meng, aku maraaahhh ko ckp dia pelancong angkasa!eh. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa kau marah? sebab dia memang pelancong angkasa eh? ke bukan? ke ya? eh ke bukan?>

      ya kot..

      hahahhaa....

      p/s mesti kau ada poster dgn sign dia eh?

      Delete
    2. Hahahaha! Marah btol aku nih. Hahaha

      Ehhh mestilaaa byk poster dia sign. Tu blom lg aku gunting sndiri gmbo dia buat collection, tampal kat meja study. Eh. Hahahaha

      Delete
    3. pernah ke mimpi berlari larian sambil berpegangan tangan dgn angkasawan tu di gigi pantai?

      Delete
  5. Meng ...

    Actually kita amat teringin sangat ngan Chef Wan nyer 1Market ... tapi malangnya dah tutup.

    Bila tengok Rebung , terus terliur and ala ala dah bubuh dalam buku Itinerary dah hahahahahhaa

    Meng;

    Tak ramai bebudak sekarang yang kenal ngan Nona Aishah !!! Tahniah kerana mempromotekannya !!!

    Betul ker dia gi Angkasa - soalan buat DJ !!! Katanya tak kan? (saja jer nak kasi panas!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh chef wan yang kat IOI city tu ke? dah pernah bukak ke? mcm dengar nak bukak tapi rasanya tak jadi bukak.

      encik ghaz.. saya pun tak kena nona aishah.. hahah main taruk jer... asal bunyi lama lama skit. anyway... ikon kegilaan DJ tu dia sebenarnya pegi Angkasapuri je kot.

      Hahahaha.

      Delete
    2. Oi kutuk aku yer!cessss enghaz nih bersekongkol dgn meng...angkasapuri???ISS ok...ISS...

      Delete
    3. ISS? oke...... kami terima.

      * pusing belakang buat muka keji sesama sendiri

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...