Tuesday, September 6, 2016

06 : Cuti Sekolah Dekat Jer...... Ipoh - Jalan Jalan Cari Makan di Ipoh

Salah satu aktiviti wajib kalau pegi bercuti ke tempat tempat yang tak biasa adalah mencari tempat makan yang best !

Di Ipoh tak terkecuali.

Dan rujukan paling best sudah tentu la dengan orang yang berasal dari tempat tu. Contohnya akak kawasan ni.


Ada banyak je suggesi tempat tempat makan yang menarik yang menjadi tumpuan umum disekitar bandaraya Ipoh. Kalau ikutkan nafsu nafsi memang nak try semua, tapi masa tak banyak dan paling penting, perut pun ada had boleh di isi.

Kang sumbat banyak banyak masuk hospital pulak. Belum lagi kira kebarangkalian tinggi untuk mencapai tahap obese selepas tamat percutian dan mengundang saiz pinggang yang bertambah nanti.

Jadinya... di Ipoh, dalam banyak banyak tempat makan yang ada, ni lah antara yang kami sempat usha !

Kosongkan perut !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

01. RESTORAN NASI VANGGEY, GREENTOWN IPOH

Sebut je nasi ganja sudah tentu ramai yang akan teringatkan nasi kandar yang famous di Ipoh ni. Dulu dulu pun aku pernah datang Ipoh dan menjamu selera.

Dan kali ni, kedatangan kami ke bandaraya ni tak melepaskan peluang untuk makan Nasi Vanggey atau juga di kenali sebagai nasi ganja ni.

Nasi Vanggey sejak 1955

Masing masing kelaparan, jadi kami memang tuju ke sini untuk menjamu selera dan mengisi perut yang berkeroncong !

Dengan bantuan Waze, kami sampai di Greentown Ipoh

Dan tak susah untuk jumpa resto dia sebab signboard yang maha besar ni

Ruang yang luas dan meja yang banyak. So tak perlu menunggu lama untuk dapat seat

Dah sampai siap siap la untuk usha lauk pauk dan order apa yang patut

Sudah semestinya apa yang paling menarik untuk nasi kandar adalah ayam goreng dan juga kuah kari nya. 

Minuman di lupa jangan

Untuk Hero. Lauk dia sedikit pedas so anak aku ni macam aku gak la tak tahan pedas. Sebab pedas sangat, siap ambik nasik dan lauk lain sebab yang tu dah tak leh nak makan.

Nasi untuk OR

Untuk habuan diri sendiri

Restoran Nasi Vanggey sememangnya dikenali oleh penduduk sekitar Ipoh, menu nasi vanggey atau dikenali sebagai nasi ganja merupakan sajian utama restoran ini yang sering mendapat perhatian pengunjung. 

Ramai yang bersetuju hidangan ayam gorengnya adalah yang terbaik setakat ini kerana menggunakan resepi istimewa.

Bagi aku nasi kandar dia memang sedap. Tapi tak de lah sampai ke tahap ke-canduan. Ayam goreng sedap dan garing. Air pun sedap. OR aku yang kecanduan. Lepas balik hotel tu asyik dok sebut sebut lagi pasal nasi Vanggey ni. Siap sebelum balik dia goda goda ajak aku gi makan kat sini lagi.

Nehi ! Nasi kandar hari hari buat aku lesu jiwa nanti.

Greentown Business Centre, 
30450 Ipoh, Perak
05-2456786

Dan kini, Restoran Nasi Vanggey sudahpun mempunyai beberapa cawangan di Lembah Klang termasuk la di Sri Rampai Business Park, KL, Nasi Vanggey KAMPUNG ATTAP, KL dan Nasi Vanggey Sect 19 Shah Alam berdekatan dengan Salam Medical Center !

Selamat mencuba !!!!

02. MEDAN SELERA TAMAN KANAK KANAK, IPOH

Kami ke sini untuk makan malam.

Lokasinya di tengah tengah bandaraya Ipoh memberi satu kemudahan untuk dikunjungi. Pakai Waze je pun boleh jumpa.

Medan Selera Taman Kanak-kanak ini terletak di antara Jalan Raja Musa Aziz (Anderson Road) dan Jalan Tahwil Azhar (Osborne Street). Jalan Tahwil Azhar kini terkenal dengan Gerbang Malam Ipoh yang menjadi loksi kunjungan di waktu malam.

Apa yang menarik di Medan Selera Taman Kanak Kanak Ipoh ni?

Sebenarnya kat Taman Kanak Kanak ni ada food court

Ada banyak pilihan makanan yang boleh di pilih dengan harga yang berpatutan

Sampai sampai je kena cukai dulu sebab Princess nak main kereta

Layan la tunggu dia abis main. Boleh pulak anak aku kena ngorat....  Nasib la kalau tak berbesan la aku dengan orang Ipoh agaknya.

So apa yang menarik di Medan Selera Taman Kanak Kanak ni? Jawapannya banyak ! Pilih je la ikut kemahuan tekak masing masing.

Ada ayam berempah dengan nasi kukus

Boleh try popiah SS Ali yang termasyur di sini

Tapi rata rata ramai yang mengesyorkan untuk mencuba Sate Endut di sini !

Endut bukan bererti berendut. Endut ni nama orang lah kot. Tapi kat medan selera ni memang port cantik untuk berendut. 

Eh tau tak berendut tu apa?

Tak tau tak per. Tapi Sate Endut wajib cuba kalau ke sini. Boleh tahap sedap nya !

Cuba nasi kukus di sini. Malangnya..... tak berapa sedap.

OR makan sup ekor. Pun dia kata tak menarik !

Dan tak lupa. kami cuba Popia SS Ali ni. Menarik dan agak sedap. Tapi sebab kenyang makan benda lain, so tak abis. Anyway... recommended dan boleh di cuba. Boleh piluh yang kering atau yang basah. Harganya RM 5 untuk 5 ketul kalau tak silap.

Overall food di sini ada yang OK dan ada yang biasa biasa. Tengok nasub la. Kena riki riki tanya orang jugak la gerai mana yang sedap dan mana yang tak.

Tapi harga memang murah la since makanan standard gerai gerai. Tapi OK lah. Pilihan pun banyak.

Cuma ada satu perkara yang aku tak suka. Gerai yang jual air kat sini.

Ni gerai nya. Citarasa Marmila.

Kami order air dengan dia sebab Pakcik tu datang ambik order.

Dah la air lambat sampai. Makanan dah abis, air tak nampak rupa lagi. Dua tiga kali aku terpaksa gi tanya, dia cakap tengah buat. Aku rasa memang kurang orang kot hari tu nak buat air. So kami order Laichee Kang, Hero order ABC kosong dan OR order air tembikai.

Dah abis makanan baru sampai air !

Yang sadisnya, air Princess tak sampai sampai. Air Sirap je pun !

So bila aku gi tanya, minah gerai ni siap boleh kerek lagi berborak dengan aku.

"Kak... air sirap 1 lagi tak dapat lah"
"Baru order ke?"
"Tak..dah order sekali tadi. Yang lain semua dah dapat. Sirap tu jer"
"Oh... tu kena ikut turn lah tu... Lambat lagi tu"

Dia tunjuk kertas bergantung kat tempat buat air. Orang buat air pun tak der.

"Eh... bukan order baru. Order yang tadi dah...cuma belum dapat jer"
"Kalau abang nak cepat, abang order kedai sebelah je lah. Cepat sikit, Dia orang tak banyak order !"

Ewah ewah Cik Som....  sopan sungguh mulut berkata kata. Menyirap air sirap aku di buatnya.

Tapi tu lah.. rasa tak puas hati terpaksa terpendam dalam hati jer. Settled bayar then pegi 7Eleven belikan air Princess. Apa laa punya kedai.. dah la tak buat air aku, pastu bercakap kerek semacam je. Esok esok kedai kau tak laku baru tau !

Bengkek jugak la aku sekejap tapi tak pe lah.

03. RESTORAN MEE REBUS RAMLI

Bagi yang sukakan mee rebus, jangan lupa untuk mencuba Mee Rebus Ramli di Ipoh ni.

Orang kata mee rebus dia adalah terbaik so memaksa aku drive 8 KM ke arah jalan lama Kuala Kangsar untuk mencuba nya.

 
Restoran Mee Rebus Ramli

Kedai agak selesa cuma panas sikit dek cuaca yang hangat

Aneka makanan yang boleh di order

Mee Rebus

Tarik skit kasik merembes air liur

Anak anak aku makan Nasi Ayam jer

Air jangan di lupa. Panas panas ni....kena minum air secukupnya

Verdict?

Mee Rebus dia biasa biasa jer...... ! Maybe tak berapa kena dengan selera aku kot. Apa apa pun kenyang Alhamdulillah.

Restoran Mee Rebus Ramli
Lokasi : No. 767, Taman Tasik Jaya, 
Jalan Kuala Kangsar, 
31400 Ipoh, Perak
No Tel : 017-5494055

04. IPOH CENDOL DAN NENAS MANIS

Ni satu lagi yang sempat kami pekena. 

Dengan cuaca panas membara, dapat cendol pun memang menarik juga. Lagi menarik sebab cendol pun sedap !

Ipoh Cendol dekat area pekan Ipoh lama

Sedap

Dan beli nenas kecik yang manis di sini

Nom Nom Nom.... manis

Dan bersari...............................

So itu saja tempat tempat yang sempat kami kunjungi untuk menjamu selera semasa di Ipoh. Lain lain nya kami cuma makan di hotel jer sebab malas nak keluar.

Apa apa pun, Ipoh tak tandus dengan destinasi tempat makan yang menarik yang boleh di kunjungi.

Apa yang penting adalah mencari tempat yang sesuai untuk dipadankan dengan selera masing masing.

Selamat berkunjung dan selamat mencuba !

bersambung...................

8 comments :

  1. ishh.. bnyk lg tmpt mkn yg lg authentic smpi aku pun xtau nak listkan. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.... kena tanya abg long dgn kak long kawasan la baru jumpa yang authentic.

      Delete
  2. ada satu kedai mee kicap kat area silibin, pon recommended la, pada aku sedap. nama kedai aku lupa tp mmg ramai org pagi2 dan nak dpt tempat duduk pon agak payah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi la nama kedai kang senang org lain nak pegi.

      Delete
  3. hehe vanggey mmg my favorite.
    byk lg tmpt makan best ..maybe u x sempat gi.
    kat taman kanak2 tu yg betul2 femes popiah ss ali, satay endut & gerai ah yoong..kena cuba Abc & lai chi kang ah yoong!
    next time boleh cuba nasi ayam fuziah, restoran pakeeza, restoran old andersonian club, restoran tasik raban, cendol depan kamdar ipoh etc etc hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.... nanti kalau sesapa ke ipoh buleh la try list kedai2 tu.

      Delete
  4. Replies
    1. kat header pun dah tulis.

      ini blog berjalan dan makan makan !

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...